Ikuti Blog ini

PAS Cerah!!! Ahmad Said "Peteh Keting" calon UMNO BN dalam PRK P36 Kuala Terengganu


 Membaca kenyataan MB Terengganu , Ahmad Said dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung , seperti berikut ;-

RM1.5b dikesan membiayai projek SPNB, negeri lain

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerajaan negeri masih menunggu senarai perbelanjaan lengkap wang royalti kerajaan Terengganu yang sudah digunakan Kerajaan Pusat.

Setakat ini, jumlah perbelanjaan wang royalti minyak Terengganu yang disahkan sudah digunakan kerajaan Pusat adalah RM700 juta yang digunakan bagi membiayai projek perumahan yang dibangunkan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Bhd), manakala RM800 juta lagi dibelanjakan untuk program pembangunan di negeri lain.

Sebanyak RM1.5 bilion ini akan dituntut semula kerajaan negeri termasuk pelbagai perbelanjaan lain yang belum disahkan Kementerian Kewangan

Ahmad berkata, kerajaan negeri hanya dapat membuat tuntutan pemulangan baki wang royalti yang digunakan Kerajaan Pusat sesudah butiran senarai perbelanjaan diperoleh dan rundingan akhir dilaksanakan.

Itulah sebabnya proses saman menyaman antara Terengganu dan kerajaan Pusat masih diteruskan. Ketika ini beberapa rundingan masih berjalan dan saman yang dikemukakan kerajaan negeri juga belum ditarik balik

ULASAN

Adakah langkah Menteri Besar ini boleh lah ditafsirkan sebagai salah satu tindakan menikam dari belakang calon umno/bn yang bakal diturunkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Adakah dengan memberikan satu fakta , dalam dewan yang mulia , sukar untuk dipertikaikan lagi kebenaranya , sebenarnya mempunyai serampang dua mata , iaitu pertama , bagi terus – menerus untuk mengaibkan bekas Menteri Besar , Derih Jusoh dan keduanya , akan mengakibatkan satu kedudukan sukar bagi jentera umno/bn untuk bergerak dan memberikan penjelasan dan penerangan

Akhirnya dengan tambahan isu ini , InsyaAllah dengan izinNya , PAS akan memenangi PRK P 36 KTRG 17 Disember 2008

Kenapa MB bertindak demikian ???

Pengayuh Jerit wira rakyat dan negara - Mahfuz

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan kumpulan pengayuh berbasikal di kalangan aktivis Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) adalah wira rakyat dan negara.

ImageKeberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga hari ini tiba di Parlimen membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan di hadapan kira-kira 120 aktivis Jerit sesudah penyerahan memorandum Jerit kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

Antara ahli Parlimen yang hadir ialah, Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Tian Chua (KeADILan-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang); Dr Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) dan Senator T Murugiah yang mewakili Perdana Menteri.

ImageSebelum itu polis membenarkan 30 peserta program berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.

Penyokong program anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) tersebut berkumpul, bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan menyatakan sokongan mereka.

Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang ke bangunan tersebut.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen.

ImageSeorang dilihat ditahan polis dekat Parlimen tetapi pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang dekat dengan Jerit, percaya beliau bukan seorang aktivis.

Aktivis jerit telah memulakan program kayuhan menuntut hak rakyat sejak 16 hari lalu dengan beberapa negeri telah menjadi destinasi mereka.

Antara tuntutan yang dikemukakan Jerit ialah, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); gaji minima; air bersih; rumah yang selesa dan pilihan raya kerajaaan tempatan (PBT).

Mengulas tuntutan itu Mahfuz meminta kerajaan setidak-tidaknya membuat perubahan satu dari enam tuntutan yang dibuat Jerit.




Muntadar, but saiz 10 dan kebebasan media.

MUNTADAR Al-Zeidi, 29, kini tiba-tiba menjadi ikon. Kasut but saiz 10-nya juga menjadi terkenal. Kasut yang dibalingnya hampir mengenai kepala orang paling berkuasa di dunia - George W. Bush. Seluruh dunia Arab memuji keberaniannya yang teramat sangat. Penduduk Iraq, negara kelahirannya, keluar ke atas jalan raya menari-nari sambil mengangkat but yang sama seperti milik Muntadar itu.

Tindakan Muntadar, walaupun bukan satu amalan biasa bagi wartawan di Malaysia atau di mana-mana negara sekalipun, dianggap sebagai luar biasa. Ia adalah nilai berita terhebat setakat ini. Ia juga akan menjadi catatan year ender terhebat bagi tahun ini.

Muntadar mengambil kesempatan di sidang akhbar yang diadakan sempena 'lawatan perpisahan' Bush sebagai Presiden Amerika ke kota Baghdad itu, untuk meluahkan perasaannya yang amat berat dipendamnya selama ini.

Sambil melontar, Muntadar melaung ''ini kucupan perpisahan untuk kami anjing!'' Lelaki itu mengambil sebelah lagi kasutnya dan terus melontar sambil melaung ''ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq." Bush tangkas menunduk bagaikan pemain besbol mengelak bola lisut yang akan menghentam mukanya.

Laungan itu menterjemahkan betapa ribuan rakyat Iraq - wanita, kanak-kanak dan orang tua terkorban atau dilenyapkan dari muka bumi negara itu.

Jeritan Muntadar itu juga pastinya akan menjadi ikonik. Ia datangnya dari dalam hati nuraninya. Muntadar hanyalah insan biasa, seorang rakyat Iraq yang hanya mahu meluahkan perasaannya.

Dia bukanlah pengebom berani mati, yang mahu meletupkan dirinya sia-sia, tetapi mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Bush perlu diaibkan. Bagi orang Arab, membaling kasut ke muka seseorang adalah perkara yang paling hina.

Walaupun balingan itu tidak mengenai sasaran - namun aib telah dilemparkan. Bush tidak akan lupa kejadian yang menimpa dirinya itu, sampai mati.

Simbolik

Semasa menyatakan rancangannya akan ke Iraq, sebagai simboliknya sebelum meninggalkan White House, tertanya kita betapa egonya Presiden itu. Mengapakah perlu beliau pergi ke situ, setelah perbuatannya terhadap Iraq selama ini telah dikutuk satu dunia. Malah rakyatnya sendiri menolaknya mentah-mentah, sehinggakan calon partinya sendiri pun menjadi mangsa akibat badi Bush itu. Semuanya gara-gara serangan-penjajahan, arahan Bush ke atas Iraq.

Apa pun, Muntadar kini menjadi hero bagi rakyat Arab. Ternyata bukan puak Sunni sahaja yang membenci Bush, malah Syiah seperti Muntadar pun sama. Lawatan Bush itu diadakan beberapa hari sebelum rakyat Iraq memperingati dua tahun Saddam Hussein digantung sampai mati oleh rejim Iraq, boneka Bush.

Para wartawan Arab yang lain menyifatkan tindakan rakan sejawatan mereka itu sebagi satu manifestasi ''kebencian yang amat sangat terhadap Bush." Sementara laporan dari Washington pula memihakkan berita (slant) dengan menyifatkan Muntadar ''hanya mahu mendapatkan perhatian dan ia satu kes terpencil."

Majikan Muntadar, sebuah stesen televisyen, Al-Banghdadia berpangkalan di Mesir, mengeluarkan kenyataan mendesak pekerjanya itu dibebaskan daripada tahanan dengan alasan ''selari dengan demokrasi dan kebebasan bersuara yang mahu diterapkan oleh Amerika ke atas rakyat Iraq.

''Sebarang langkah ke atas Muntadar bolehlah dianggap sebagai satu tindakan oleh rejim diktator."

Ironinya, sebaik sahaja insiden itu berlaku media Barat dipercayai cuba menutup aib itu. Agensi berita menghantar gambar yang tertera nota kepada editor di bawah imej itu yang menegaskan bahawa gambar itu hanya untuk kegunaan editorial sahaja, dan bukan untuk tujuan lain termasuk ''pengiklanan, papan tanda…''

Namun, yang penting seorang insan wartawan bernama Muntadar Al-Zeidi - telah mencipta berita dunia.


Gurindam Nik Aziz buat pengundi Kuala Terengganu

KOTA BHARU - Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.

Gurindam itu antara lain berbunyi:


Nak beri rasuah salah, tak beri rasuah kalah, akhirnya jadi serba salah, kerana itu jom pakat undi PAS.


Beliau menyatakan perkara itu secara spontan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung persediaan PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil itu tahun hadapan.


Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang mahsyur sehingga kini.


Gurindam berkenaan antara lain berbunyi:


Beri duit ambil,

beri kain pakai,

beri gula kacau,

bila mengundi pangkah bulan.


Dalam masa yang sama beliau turut menyampaikan salam kepada seluruh warga pengundi Parlimen Kuala Terengganu supaya mengundi calon PAS dalam pilihan raya kecil itu pada 17 Januari tahun hadapan.


Menurutnya, tiada sebab calon PAS perlu ditolak dalam mana-mana pilihan raya memandangkan parti itu juga mampu melaksanakan apa yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang BN buat, PAS juga boleh buat, seperti pembangunan, nak jaga Melayu, kita juga boleh berbuat demikian, jadi tiada sebab Umno dan BN diberi peluang sekali lagi untuk memilih mereka.


"Sedangkan pada waktu yang sama Allah telah memberi ruang pada manusia menilai setiap apa yang ada di hadapan mereka, contohnya terhadap pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,"ujarnya lagi.

Tuan Guru memberitahu, apa yang berbeza Umno memperjuangkan kebangsaan, sebaliknya PAS dasar Islam yang wajar disokong oleh semua pihak.

Tambahnya lagi, kerana keyakinan terhadap perjuangan PAS mereka menubuhkan Kelab Penyokong PAS dan bukannya kelab Umno walaupun sudah lama bersama parti itu.

Beliau juga berkeyakinan calon PAS dijangka akan memenangi dalam pilihan raya kecil itu nanti berikutan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku di dalam parti Umno dan kerajaan seperti perpecahan dan rasuah.


Sambungnya, masaalah itu merupakan petaka yang buruk dalam mana-mana Negara sekalipun termasuk Malaysia di mana ianya turut disebut dalam perlembagaan negara.

"Saya tidak kisah siapa yang bakal menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu nanti, mana-mana calon yang telah diputuskan dalam mesyuarat berhubung perkara itu wajar disokong.

"Cadangan calon terdahulu Mat Sabu (Mohammad Sabu) hanyalah pandangan peribadi saya saja, kalau nak letak orang lainpun jika itu keputusan mesyuarat parti tiada halangan," ujarnya lagi.

Ketika diminta mengulas berhubug calon bebas juga bakal bertanding dalam pilihan raya itu, PAS menerima dengan terbuka.

"Dia dah bebas, tak boleh nak cakap apa lah, dia bebaslah nak bertanding ke nak apapun," ujarnya lagi.


Tuan Guru turut menolak telah berlaku dua golongan dalam PAS di Terengganu sehingga menjadikan pilihan raya kecil itu nanti sebagai medan untuk menguji kekuasaan masing-masing.

"Itu hanya andaian musuh, oleh kerana musuh dalam keadaan kelam kabut sekarang, jadi pandai-pandailah dia mengadakan sesuatu pada parti lawan, itu memang dah jadi kaedah manusia.

"Biarlah lawan nak kata PAS sampai ada dua tiga kumpulan pun namun yang penting kita akan berdepan dengan senang hati," ujarnya.




Mohamad Sabu Calon Yang Paling Layak Dan Sesuai

Yang menimbulkan lebih cemas, rakyat melihat pimpinan PAS tidak yakin kemenanganya jika Bekas Ahli Parlimen, Haji Mohamad Sabu pemceramah ramai peminat itu diletakkan sebagai calon seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Yang menimbulkan lebih cemas, rakyat melihat pimpinan PAS tidak yakin kemenanganya jika Bekas Ahli Parlimen, Haji Mohamad Sabu pemceramah ramai peminat itu diletakkan sebagai calon seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

MOHAMAD SABU LAYAK CALON PARLIMEN KUALA TERENGGANU!

Rakyat negara ini menanti berdebar-debar kepada tarikh mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diisitharkan pada 17, Januari, 2009 yang penamaan calonnya 6, Januari sebelumnya.

Yang menimbulkan lebih cemas, rakyat melihat pimpinan PAS tidak yakin kemenanganya jika Bekas Ahli Parlimen, Haji Mohamad Sabu pemceramah ramai peminat itu diletakkan sebagai calon seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut laporan, terutama Ahli-ahli dan pengikut PAS terlihat seolah ada perselisihan pendapat hendak meletakkan kali ini dengan seorang profesional sebagai untuk memastikan kemenangannya nanti yang penting sangat bagi parti PAS.

Perkiraan sedemikian adalah baik pada pandangan kasar, tetapi jika dibawa kepada ikatan sailatulrahim sesama Umat nampaknya pimpinan PAS lebih pentingkan sangat kemenangan daripada menjaga hati sesama ahli seperjuangan.

“Apa salah dan kurangnya Mohamad Sabu sehingga sanggup memperkecilkan kemampuan dan kematanganya dalam perjuangan politik PAS dan apa dosanya Naib Presiden PAS itu sehingga hendak menolaknya sebelum berbincang panjang dan mendalam,” tanya peminatnya.

Kata mereka, dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu pun beliau kalah hanya kira-kira 650 undi sahaja.

Dari itu, mereka yang mengutamakan kemenangan kepada perjuangan Islam dan perpaduan Ummah maka jangan fikir panjang-panjang lagi ambil sahaja Haji Mohamad Sabu bertanding sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu di Hari Penamaan Calon 6, Januari, 2009 nanti..

“Menang atau kalah bukan kita menentukan tetapi dalam kuasa Allah,” tegas peminat ceramah-ceramahnya.




Jerit serah PM, pembangkang memorandum di Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR: Hasrat kesemua 130 orang yang menyertai program Rakyat Pengayuh Perubahan anjuran kumpulan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) untuk masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang tengah hari ini tidak kesampaian apabila hanya 12 daripada mereka yang dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar dan Ahli Parlimen Pokok Sena tidak dibenarkan berbasikal masuk ke Dewan Serbaguna di sini seperti yang dirancang, sebaliknya hanya dibenarkan berjalan kaki.

Mereka tiba di dewan tersebut pada jam 11.50 pagi dan disambut oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Lim Kit Siang (Ipoh Timur), Saifudin Nasution (Machang), Abdullah Sani (Kuala Langat), R. Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu) dan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian).

Mereka kini sedang berkumpul di dewan itu sementara menunggu kedatangan wakil Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

Sementara itu, kesemua basikal mereka kini telah dipunggah masuk ke dalam trak polis.

Berikutan rancangan kumpulan Jerit ini, pintu masuk Parlimen telah mula dikawal ketat sejak jam 7 pagi untuk tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku "apa-apa perkara".

"Kita tengok dulu. Bagi kami peluang untuk bekerja," kata beliau yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, menurut jurucakap Bilik Gerakan, Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Othman Ahmad ketika dihubungi, kawalan trafik sempena program Jerit itu hanya dilakukan di pintu masuk ke Parlimen tanpa melibatkan jalan-jalan lain.

"Pemantauan hanya dilakukan di pintu masuk Parlimen yang berhampiran Jalan Mahameru manakala kawalan trafik di jalan-jalan lain adalah seperti biasa," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan yang menyertai program Rakyat Pengayuh Perubahan anjuran Jerit ini telah menjadi tumpuan sejak sebulan lalu.

Difahamkan, ia adalah satu program yang dipimpin dan digerakkan oleh jawatankuasa pekerja dan masyarakat yang mahukan perubahan.

Ia bertujuan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat dan membawa perubahan.

Semalam, seramai 120 peserta program itu telah menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ia sebahagian daripada rancangan kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sejak sebulan lalu.

Polis telah pun menahan 57 orang termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana progrma itu di sekitar Sungai Choh, Rawang, Isnin lalu.

Antara yang ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr, D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).




Wacana Perdana "TRANSFORMASI POLITIK MALAYSIA"





Saya akan terima apa jua keputusan parti - Mat Sabu

"Saya akan tetap sokong siapa jua calon yang dipilih oleh parti," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani yang mahukan bakal calon PAS terdiri daripada anak tempatan.

Menurut Mohamad Sabu, siapa pun yang menjadi calon tidak penting kerana semuanya tertakluk kepada keputusan PAS Pusat.

"Saya akan terima apa jua keputusan parti," katanya di isini

Kenyataan yang menampilkan kematangan tanpa emosi dan menyenangkan semua pihak. Kenapa orang lain tidak boleh bersikap sedemikian? Syabas saya ucapkan kepada Mat Sabu diatas keterbukaan dan keikhlasannya itu.

Diharap keputusan PAS Pusat juga telus dan adil kepada semua. Semoga semangat persaudaraan yang Nabi pertautkan antara Al-Ansar dan al-Muhajirin tidak dilupakan dan berkubur begitu sahaja.



Kg. Baru Plentong Kena Roboh Lagi…

Dato' Siva Subramaniam , Ahli Suruhanjaya SUHAKAM akan mengadakan lawatan dan mendengar serta melawat sendiri masalah penduduk Kg. baru Plentong Tengah ini jam 2.00 Petang.

Dato' Siva Subramaniam , Ahli Suruhanjaya SUHAKAM akan mengadakan lawatan dan mendengar serta melawat sendiri masalah penduduk Kg. baru Plentong Tengah ini jam 2.00 Petang.

Kg. Baru Plentong Tengah : Perobohan 80% Bermula 18 Disember 2008

Dato’ Siva Subramaniam , Ahli Suruhanjaya SUHAKAM akan mengadakan lawatan dan mendengar serta melawat sendiri masalah penduduk Kg. baru Plentong Tengah hari ini jam 2.00 Petang. Diberitakan kerja-kerja merobohkan dalam 80% lagi rumah penduduk juga bermula ari ini. Ia adalah persetujuan penduduk semasa penghakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.


Beliau juga Penasihat Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku disitu.


Semantara itu kumpulan penduduk telah membuat lapuran Polis, Badan Pencegah Rasuah, SUAKAM dan akan mendapatkan peguambela baru bagi memastikan nasib mereka terbela. Kumpulan penduduk yang disertai oleh Ketua Bahagian Tebrau dan Johor Bahru Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) beryakinan mereka akan berjaya memenangi kes ini kelak. Dikatakan mereka dibantu oleh akuantan dan peguam berpengaruh bagi memastikan kali ini usaha mereka tidak sia-sia.


Dikatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berperanan dibelakang tabir sebagai usaha terbaru kumpulan yang dipengerusikan oleh En. Hassan Wan Ismail bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.




Ahmad Said dan Balak Haram - AMK Lapor Polis, DPPNT Lapor BPR


http://buletinonline.net/images/berita15/laporpolisbpr.jpg

Kuala Terengganu – Dua laporan berasingan telah dibuat hari ini kepada pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap kes pembalakan haram dan penebangan hutan simpan di negeri Terengganu. (Gambar Kiri - Ustaz Mohd Nor dan rombongan DPPNT selepas membuat laporan kepada BPR.Gambar Kanan - Fariz Musa bersama skuad AMK selepas membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu)

Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu, Fariz Musa pada jam 1.24 petang manakala laporan kepada pihak BPR dibuat oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah pada jam 3.00 petang.

Kedua-dua laporan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said semasa menjawab soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu mendedahkan kegiatan pembalakan haram dan pencerobohan hutan simpan yang tidak dapat dikawal.

Menurut Ahmad ada pegawai dari Jabatan Perhutan Negeri Terengganu yang terlibat dengan kes tersebut sehingga laporan yang dibuat oleh beliau sendiri tidak diambil tindakan.

Kedua-dua laporan oleh AMK dan DPPNT meminta pihak polis dan BPR mengambil tindakan segera menyiasat Ahmad kerana menyembunyikan dan melindungi pegawai berkenaan kerana tidak mengambil tindakan walaupun pegawai tersebut gagal mengambil tindkan sewajarnya.

Laporan yang dibuat berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian itu juga memohon pihak polis dan BPR menyiasat dan mendakwa ‘individu’ yang terlibat dengan pembalakan haram dan penebangan hutan simpan sebagaimana yang didakwa oleh Ahmad.


http://buletinonline.net/images/berita15/dppntlaporbpr.gif

http://buletinonline.net/images/berita15/keratanakhbarsinar.gif



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .