Ikuti Blog ini

Pesuruhjaya PAS WP Sudah Ditemui

Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor didapati hilang dan tidak dapat dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Lawatan BPPNP ke penempatan pengundi import Sungai Miang



Giliran mesyuarat bulanan Dewan Harian BPPNP Selasa lalu diadakan di Pekan Bandar Di-Raja, dan kami didedahkan dengan beberapa perkara baru.


Kami dibawa melawat ke rumah panjang tidak jauh dari Kampung Sungai Miang, iaitu dikatakan penempatan ‘pengundi import’ untuk Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, iaitu mereka yang dibawa dari Langkawi, Kedah 7 tahun lalu.

Ketika itu Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan hanya dengan kelebihan 241 undi.

Rombongan kami disambut dengan baik, namun ada yg masih takut-takut, tak kurang juga yang melahirkan rasa tak senang. Rata-rata mereka adalah orang Kedah. Dibawa masuk ke Pekan secara berperingkat.

Setiap seorang mendapat tapak rumah suku ekar dan tanah untuk bercucuk tanah sebanyak 1 ekar Pada peringkat awal mereka mengusahakan padi, namun keadaan tanah yang tak sesuai menyebabkan sekarang ini nenas menjadi tanaman utama. Kami melihat ladang nenas seluas saujana mata memandang.

Selepas melawat rumah panjang, kami dibawa melalui jalan tanah merah sejauh 3 kilometer. jalannya berlubang lubang, kereta yang rendah pasti sangkut. Mujurlah bukan musim hujan. Bukan main terkejut kami, ‘pengundi import’ itu kini sudah memiliki banglo.

Apa yang kami dapat katakan sambil menggeleng kepala, ruginya jadi warga Pekan. Orang Pekan hanya sekadar dapat RM200 ke RM300, orang luar dapat tanah dan dapat banglo!

Najib - Atlantuya & Saiful - Anwar: 1Malaysia Gila..!

Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.

"Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar".
"Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini,".

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Bila Najib nak arahkan Wisma Putra bagi penjelasan untuk kes Atlantuya Shaariibuu pulak..? ramai jugak yang tak tahu kedudukan sebenar dan ramai yang nak tahu apa kedudukan sebenar kes tu...

Ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan PM sendiri dalam kes tu, ramai yang nak tau sejauh mana penglibatan BikMama dalam kes tu...

Ramai yang nak tau macam mana rekod kemasukan Atlantuya Shaariibuu dekat Imigresen tu boleh hilang...

Ramai yang nak tau macam mana dan siapa yang keluarkan bom c4 dari stor bahan letupan PDRM...

Ramai yang nak tau SEBAB apa Atlantuya dibunuh sebegitu rupa oleh yang kene tuduh dan dah dijatuhkan hukuman tu...

Setiap kejadian pasti bersebab, pembunuhan Atlantuya jugak mestilah bersebab... sebab apa..? tak kan orang yang tak de masalah mental boleh bunuh Atlantuya TANPA SEBAB..?

Kelantan rai dunia hiburan, Wardina gembira jumpa TG Nik Aziz

“Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz”-Wardina

Kerajaan Kelantan tidak sekat hiburan: TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Kerajaan pimpinan Pas di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, ia kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

“Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (Pas) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, Habibul Rahman di sini, hari ini.

Oleh itu, kata TG Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, TG Nik Abdul Aziz berkata, ia terletak kepada mereka.

“Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Wardina berkata, beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan TG Nik Abdul Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

“Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik Abdul Aziz,” katanya. – Bernama

Hilang sejak 4 hari lepas: Doakan PJ PAS Wilayah selamat

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar PJ Wilayah Persekutuan itu berada dalam selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

"Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera," cadang Dr Lo' Lo'.

Dalam pada itu anaknya, Umar Mohamad Nor berkata, kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada Jumaat malam yang lalu.

Pada pagi esoknya kira-kira jam 8.00 pagi, telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

"Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah," kata Umar kepada Harakahdaily.

Menurut Umar, perkara ini tidak pernah lagi berlaku ke atas ayahnya kerana dia akan memberitahu kemana sahaja dia akan pergi.

Siapalah Muhyiddin Nak Kritik Ku Li?

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tengku Razaleigh Hamzah perlu menilai kedudukannya dalam parti ekoran tindakannya yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO memandang berat tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.

"Platform yang dia (Tengku Razaleigh) gunakan itu bukanlah platform kerajaan pusat atau platform UMNO... saya dimaklumkan ia ditaja oleh PAS.

"Oleh itu sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan kita juga ikuti banyak kenyataan-kenyataan yang beliau dah keluarkan dan saya lihat ada juga bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya mengenai royalti petroleum melalui platform pembangkang pada 28 Jan lepas di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan.

Muhyiddin berkata bekas Menteri Kewangan itu yang sudah dianggap veteran dan berpengalaman sepatutnya mempunyai pendirian yang tetap berhubung soal royalti minyak.

"Saya tidak sesuai nak tunjuk ajar, padahal Ku Li lebih senior daripada saya dan dia lebih tahu daripada saya.

"Harap teliti semula kedudukannya kerana dilihat melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti atau yang bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Jadi serah kepada kebijaksanaan Ku Li," katanya.

Mengenai cadangan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO, Muhyiddin berkata cadangan yang dikemukakan itu tidak mengambarkan permintaan daripada akar umbi parti berkenaan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dah beritahu, kita (UMNO) tak pasti kerana mereka (PAS) selalu berubah-ubah. Ia dibuat atas kenyataan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) saja, kecuali kalau partinya buat keputusan seperti Majlis Syura yang bagi kenyataan nak berkerjasama dengan Umno dan kalau itu berlaku, kita ambil serius.

"Kalau setakat seorang dua yang nyatakan benda (kerjasama) itu, kemudian dia boleh berubah, tak setuju dan ia tak jadi apa-apa. Kita dah melihat banyak peristiwa dulu yang lepas-lepas, bila sebut nak kerjasama, esok dia patah balik," katanya.

Katanya, UMNO tidak boleh bergantung kepada cadangan seorang dua untuk bekerjasama, sebaliknya mestilah datang daripada keseluruhan parti.

"Setakat hari ini kita hanya mendengar...tak sesuai untuk kita respons," katanya.

-- BERNAMA

Siapalah Muhyiddin tu yang nak tunjuk-ajar YBM Tengku Razaleigh.
Ku Li jauh lebih berpengalaman, berkarismatik dan berkelayakan untuk menjadi PM daripada Muhyiddin, malah daripada Najib sendiri.

Jika Ku Li menyertai Pakatan Rakyat besar kemungkinan Ku Li mampu menjadi tokoh utama di dalam PR, jika ditakdirkan Anwar dikenakan tindakan ekoran kes konpirasi 2 yang sedang berjalan kini.

Setiausaha politik mamak bendahara rupanya dpt ang pau 2 juta.


1 Malaysia sudah tahu rupa2nya yang di cekup SPRM adalah setiausaha politik Mamak Bendahara Nor Yaakob. Setiausaha politik tersebut adalah Hasbi Sattar, umur baru 30 tahun yg memang bekerja untuk Nor Mohd Yaakop, Menteri yg jaga EPU.

Hairan juga....jika Pol Sec terlibat aktiviti yg mencurigakan takkan Boss dia tak tahu? Saya dengar Perdana Menteri telah tegur Tan Sri Nor Mohd Yakop untuk lebih careful dgn kakitangannya. Tapi saya rasa itu tidak cukup. Pasti isu ini akan juga memalukan PM. Akhir sekali nama PM juga yg akan tercemar.

Berapa kali lagi nak bodohkan kita? Dulu pun Dato' Norza yang kena rasuah itu ialah pol sec Nor Mohd Yakob. Berani kah pol sec rasuah kalau boss dia tahu? Tapi boss dia tak tahu ke? Tak nampak ke pol sec dia bawa kereta mewah? Kalau pol sec rasuah boss dia suci murni ke? Saya tidak hairan langsung mendengar bahawa setiausaha politik yang ditangkap itu bekerja untuk Nor Mohd Yakob, Menteri EPU sekarang dan dulu Menteri Kewangan No. 2.

Sewaktu di Bank Negara dia telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Tapi ramai orang tidak tahu bahawa pada masa yang sama, jaringan money changer dan Forex trader tertentu juga dapat untung. Ini boleh dikira perbuatan salah dan pecah amanah.
Tetapi yang pelik sekali apakah sebabnya Dato Najib sanggup melantik orang sebegini menjadi Menteri dan juga diberi tempat menjadi Wakil Rakyat? Sekarang sudah dua sec polnya sabit dgn rasuah. Malu bukan sebab rasuah saja. Malu sebab orang yg kontroversi dilantik lagi jadi Menteri. Dulu PM kita tertidur selalu. PM kita sekarang bagaimana? takut suami agaknya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Layan dulu lagu Search sebelum ikuti cerita Pijah.




ABAH, MULAI ARI NI, PIJAH TAK BALIK RUMAH SEBAB PIJAH IKUT ABANG JO PERGI INDONESIA.

KITA KAWIN KAT SANA ABAH. ABAH KITA MINTAK MAAF ATAS PERBUATAN JAHAT KITA ABAH. KITA SEDIH SANGAT ABAH, TAPI KITA SUKA KAT ABNG JO.

DIA BAIK ABAH,KALAU KITA TAK BUAT CARA NI ABAH, TAK MUNGKIN BAGI KITA KAWIN NGAN ABANG JO. SEBAB ABAH TAK SUKA. SEBAB TU KITA BUAT MACAM NI.

ABAH AMPUNKAN KITA ABAH.KITA MINTA MAAF DARI UJUNG RAMBUT SAMPAI UJUNG KAKI YE ABAH.

ABAH JANGANLAH MARAH KAT KITA YE ABAH. ABAH KITA MINTA MAAF BANYAK2. ABAH, ABANG JO BAIK ORANGNYA,DIA TAK PERNAH WAT JAHAT KAT KITA.

DIA SLALU BAIK NGAN KITA.ABAH JANGAN RISAU NANTI 1 HARI KITA BALIK JUGA.ABAH JANGAN RISAU NANTI KAT SANE ABANG JO JAGA KITA BAIK2 ABAH, JUGA ADIK, HANGPA TOLONG JAGA MAK AYAH YE.

PIJAH SAYANG KAT HANGPA SEMUA.

PIJAH


Sumber rembat dari blog ini, cerita selanjutnya, ulasan/pengalaman penulis asal lu orang klik link kat situ.

DATUK SERI NIZAR ZIARAH DATUK HASHIM EMBI(RTM)...TERLANTAR SAKIT

Mari kita doakan kesejahteraan Datuk Hashim Embi

Dato' Seri Nizar menziarahi Pembaca Berita Tersohor Dato' Hashim Embi yang terlantar dikatil di rumah anaknya di Seri Manjung. Beliau mengidap penyakit Kanser Prostat.


Dato' Seri Nizar sebagai wakil rakyat Pasir Panjang sedang menadah tangan untuk mendoakan kesihatan Dato' Hashim Embi, Bekas Pengarah Penyiaran Kementerian Penerangan Pahang yang juga bekas Pembaca Berita TV 1 yang terlantar sakit sekian lama di rumah anaknya di Seri Manjung.


Anggota keluarga dan Dato' Hashim Embi sangat terkejut dengan kehadiran Dato' Seri Nizar ke rumah mereka walau pun sebelum ini mereka belum pernah bersua muka. Namun berita-berita mengenai Ds Nizar dapat diketahuinya melalui akhbar-akhbar. Mereka sangat teruja dengan kehadiran Ds NIzar.

TG Nik Aziz kunjungi rumah pemimpin Tionghua

KOTA BHARU : Sempena Tahun Baru Cina hari ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut mengunjungi beberapa orang pemimpin masyarakat Tionghua.

Bagi menzahirkan seorang pemimpin Islam yang memimpin pelbagai lapisan masyarakat dan lapisan kaum, pagi semalam beliau mengunjungi beberapa buah pemimpin masyarakat itu di negeri ini.

Kira-kira pukul 10.00 pagi, beliau meluangkan masa ke rumah pemilik Syarikat SBJ, Datuk Tan.

Kemudian beliau ke rumah Kenny Chia pula.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dan lain-lain pemimpin kerajaan.

Para tamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti sate dan roti jala.

Kenny mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru serta timbalannya yang sudi mengunjungi rumah beliau sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.

“Moga dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kedua orang pemimpin berkenaan akan menambahkan lagi keharmonian dalam negeri ini,” ujarnya.



TG Hj. Hadi Wawancara Bersama Stesen TV Astro Awani


Tidak ada percanggahan diantara Presiden PAS, dengan Mursyidul Am, dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam.
Demikian kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu perbincangan antara PAS-Umno yang kini ‘timbul kembali’.

”Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz,”jelasnya dalam satu wawancara khas yang diadakan di kediamannya, di Rusila, semalam.

Menurutnya, apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri.

”Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita,

”setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu-talu,”ujarnya.

Beliau berkata, antara masalah yang dihadapi oleh Negara adalah masalah politik yang belum selesai dan masalah ekonomi serta sosial yang semakin parah


Katanya, Umno sepatutnya mencari penyelesaiannya dan PAS bersedia mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam.

”Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam, bukan sahaja melalui Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun), bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Katanya, PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan.

”Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia),

”dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama’-ulama’ dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka,”katanya
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .