Ikuti Blog ini

'Taktik dan Strategi Gaya Khulafa' Ar-Rasyidin' - TG Abdul Hadi Awang

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan buku tulisan beliau yang bertajuk 'Taktik dan Strategi Gaya Khulafa' Ar-Rasyidin', selepas kuliah mingguan beliau, di sini 6 Ogos.

Dalam sidang media selepas majlis pelancaran buku tersebut beliau berkata, PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyelamatkan Melayu dan Islam, tetapi tidak sekiranya untuk menyelamatkan Umno.

Menurutnya, yang akan menyelamatkan Melayu adalah Islam, bukannya Melayu itu kerana katanya orang Arab telah menubuhkan Liga Arab untuk menyelamatkan bangsa Arab, tetapi ia ternyata gagal

"Kita bersedia untuk menyelamatkan Melayu dan Islam tapi bukan untuk menyelamatkan Umno, nak menyelamatkan Umno, itu kerja dia,"tegasnya. -BO

IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya,” kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Pihak pembangkang membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Antaranya, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis. -M'kini

Faizzal Dipenjara Kerana Adu Kesalahan Pegawai Atasan

Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan

Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.

Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya."

Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan."

Air dan elektrik diputuskan

"Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu.

Faizzal yang telah berkhidmat selama 23 tahun mulai merasakan beliau dan keluarga ditindas dan diberi layanan yang buruk ketika bersama pasukan tersebut semasa mereka tinggal di kuarters tentera di Blok F4(0-2) di Kuching, Sarawak.

"Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.

Faizzal menceritakan kronologi peristiwa ini, "Sehingga ini lebih dari 20 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan dan juga Sarawak, tetapi tiada satu pun yang diambil tindakan. Pihak berkuasa membuat spekulasi dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan mereka dalam program persaraaan tetapi sebaliknya mereka cuba menghalang saya dari membongkar penyelewengan yang berlaku sehinggalah pelbagai kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan bukan saja terhadap saya tetapi juga keluarga."

Puluhan laporan polis

Isterinya Che Murni Dara Mat Zain turut menunjukkan bukti puluhan laporan polis yang telah dibuat bagi menuntut supaya mereka diberi pembelaan yang sepatutnya tetapi segalanya tidak berlaku.

"Aduan kepada Komander di Pengkalan Tentera Udara di Kuching dan juga di ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur pernah kita lakukan. Begitu juga kepada Kementerian Pertahanan tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil bagi membawa mereka yang menganiayai kami."

"Sebaliknya pelbagai cara dan bentuk penderaan mereka lakukan. Ini termasuklah menghumban suami saya yang telah begitu lama berkhidmat dalam tentera ke dalam penjara sebelum ini. Saya dan anak-anak diterbangkan secara spontan ke Semenanjung tanpa pengetahuan suami yang ditahan tanpa pembelaan," kata Che Murni Dara Mat Zain.

"Kemudian kami ditempatkan di sebuah rumah di Negeri Sembilan tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik sedangkan anak-anak saya masih kecil dan bersekolah. Penindasan ini bukan saja setakat ini, sebaliknya ia berterusan apabila kad pengenalan awam suami saya yang sepatutnya mencatatkan juga nombor tentera beliau sebelum ini tidak dicatatkan walaupun kami menghadapi kesukaran yang begitu payah bagi mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum ini," katanya lagi.

Masih diancam dan diugut

Faizzal yang kini menetap di Jawi, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan masih lagi menerima ancaman dan ugutan dari pihak tertentu yang membuat panggilan bagi mengancam keselamatan beliau dan keluarga.

"Sekiranya mereka yang bersalah masih tidak dibawa ke muka pengadilan di atas segala penyelewengan dan skandal yang mereka lakukan, maka selagi itulah ancaman dan ugutan akan terus kami sekeluarga terima."

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan saya dan keluarga bagi mendapat pembelaan yang sepatutnya dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kami supaya dapat hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang merdeka dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," tambahnya lagi. -MR

TG Nik Aziz dijangka lancar Tiram malam esok





MAKAN MALAM MEGA SEMPENA PELANCARAN TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA (TIRAM) :


TARIKH : 7 Ogos 2010 / 26 Syaaban 1431 Hijrah (Sabtu)

MASA : 8.00 malam - 11.00 malam

TEMPAT : Stadium Malawati, Shah Alam


TETAMU KEHORMAT :

1. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

2. Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim

3. Y.B. Lim Kit Siang

SHAH ALAM, 6 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka akan merasmikan majlis Makan Malam Mega sempena pelancaran Tabung Impian Rakyat Malaysia (Tiram).

Majlis berkenaan akan diadakan esok, 7 Ogos bermula pukul 8.00 hingga 11.00 malam bertempat di Stadium Malawati, di sini.

Pengarah Program, Ir Izham Hashim berkata, dianggarkan RM200,000 bakal dipungut sempena program berkenaan, tidak termasuk derma orang ramai serta lelongan gambar dan lukisan.

“Selepas majlis makan malam, diadakan ceramah sambil memungut derma.

“Pada masa yang sama juga, pihak kami akan menyediakan tabung khas bagi memberi peluang pada orang ramai untuk menderma untuk tabung itu,” ujarnya lagi.

Program berkenaan juga bertujuan untuk mengumpul dana Tiram untuk keperluan masyarakat di negara ini.

Katanya, dianggarkan lebih 50 orang pemimpin utama Pakatan Rakyat pelbagai peringkat di seluruh negara akan hadir pada majlis itu.

Katanya, sambutan dari pemimpin Pakatan Rakyat amat menggalakkan.

Menyentuh tentang tujuan Tiram ditubuhkan pula, beliau memberitahu beberapa program penting untuk rakyat akan diadakan antaranya kongres orang Melayu.

“Tiram juga akan melaksanakan program yang kerajaan Umno tidak mampu buat untuk rakyat seperti biasiswa, isu bahasa, tanah orang Melayu sudah gagal dilaksanakan dan berbagai lagi,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang penting Tiram ingin memastikan rakyat memilih sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang adil dan beramanah.

Beliau juga turut memberitahu, hasil sumbangan orang ramai terhadap Tiram, pihaknya akan membantu program yang dianjurkan Bersih, Mafrel, Gerakan Mansuh ISA dan berbagai program alternatif rakyat.

“Mana-mana pihak yang ingin menghidupkan demokrasi dan kebenaran, kita akan membantu,” ujarnya.

Kepada yang ingin menderma, orang ramai boleh menghantarnya melalui MBB 5621-0623-5615 atas nama Tabung Impian Rakyat Malaysia. -Hrkh

Apa Itu 1Malaysia

Permit SK : Pegawai KDN Pembohong

KDN Tidak Bercakap Benar

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad didakwa tidak bercakap benar berhubung isu surat jawapan daripada Suara Keadilan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Menurut laporan media semalam Zaitun berkata pihak KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kali pertama dan pihaknya tidak lagi menerima penjelasan daripada lidah rasmi KEADILAN itu walaupun diminta berbuat demikian.

Katanya lagi, KDN belum membuat keputusan sama ada akan menggantung terus akhbar tersebut atau membiarkan sahaja permit penerbitannya tidak diperbaharui.

Mengulas perkara ini Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib menjelaskan komen Zaitun tersebut tidak bersandarkan fakta dan dianggap satu pembohongan.

"Pada 28 Jun pihak Suara Keadilan dipanggil bertemu dengan Ketua Setiusaha KDN dan selepas sahaja tamat perbincangan, saya telah diserahkan surat tunjuk sebab berhubung artikel 'Felda Bankrap'.

"Surat bertarikh 29 Jun tersebut telah kami jawab dan diserahkan kepada pejabat KSU pada 30 Jun, iaitu sebelum mesyuarat yang membincangkan permohonan memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan.

"Pada 2 Julai pula kami menerima satu lagi surat daripada KDN yang menyatakan pihak kementerian tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung surat tunjuk sebab," jelas Dzulkarnain.

Tambah beliau surat tersebut tidak memerlukan jawapan kerana ia dianggap sekadar makluman bahawa KDN tidak menerima penjelasan Suara Keadilan disamping menyatakan pihak akhbar juga tidak menjawab tiga surat peringatan yang dihantar sebelum ini.

"Selepas itu KDN menghantar surat yang ketiga bertarikh 9 Julai meminta pihak kami menjawab surat mereka bertarikh 2 Julai.

"Itu pun kami telah menghantar surat jawapan dengan tangan pada 12 Julai kepada pejabat KSU juga. kami ada salinan yang mempunyai cop serta tarikh penerimaan daripada pejabat KSU. Jadi saya musykil apabila Zaitun memberi penjelasan yang berbeza kepada pihak media mengenai isu ini.

"Bagi Suara Keadilan, kami telah jawab kesemua surat KDN. Hanya KDN sahaja yang sehingga kini masih tidak memberikan salinan tiga surat peringatan yang kononnya mereka hantar kepada kami sebelum ini," ujar beliau lagi.Dzulkarnain berkata sehingga kini KDN masih membisu dan tidak memberi sebarang maklum balas berkaitan surat jawapan Suara Keadilan bertarikh 12 Julai tersebut.

"Kami masih menunggu kalau-kalau KDN masih tidak berpuas hati terhadap penjelasan lanjut kami berhubung isu Felda. Kalau tidak berpuas hati beritahu kami. Kami akan berikan lagi penjelasan lanjut. Sementara menunggu keputusan muktamad daripada KDN pihak KEADILAN akan terus menerbitan akhbar tidak berkala setiap minggu.

"Saya harap KDN telus dalam hal ini dan tidak bermain politik dan tidak tunduk kepada tekanan politik. Jalankan tugas secara profesional kerana rakyat memerhati segala tindak tanduk KDN," tegas Dzulkarnain.

Permit penerbitan Suara Keadilan tidak diperbaharui pihak KDN setelah ia tamat tempoh sahlaku pada 30 Jun lalu walaupun permohonan telah dikemukakan oleh KEADILAN sejak 11 Mac 2010. -SK

Terengganu; Negeri Kaya Di Salah Urus Oleh Umno BN



Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS berkata, Terengganu yang memiliki hasil royalti tetapi tidak nampak pembangunan yang dibuat untuk rakyat.

Saman Ekor: BN Hutang RM390,000 Kereta Exco

BN hutang RM390,000 saman ekor kereta Exco

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kesal kerana terpaksa menjelaskan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selagi tunggakan itu tidak dijelaskan, Kerajaan Negeri tidak boleh mendaftarkan lima kereta rasmi kerajaan yang baru.

"Kita terpaksa gantikan kereta Proton Perdana V6 yang selama ini digunakan Exco Kerajaan Negeri kerana sering rosak. Kita beli lima kereta Toyota Camry tetapi kereta yang baru dibeli ini tidak boleh didaftarkan kerana ada masalah tunggakan saman ekor RM390,000 oleh kerajaan yang terdahulu. Ini satu pembaziran yang nyata," katanya.

Azizan berkata, lima kereta Toyota Camry itu dibeli untuk kegunaan Exco atas keperluan pentadbiran.

"Ini tidak membazirkan wang rakyat. Kereta Perdana V6 yang kita ambil alih daripada kerajaan terdahulu kini tidak lagi begitu elok, selalu rosak. Kos baiki akibat kerosakan yang kerap boleh jadi banyak kerana kereta semakin lama semakin teruk dan kosnya akan meningkat, manakala nilainya juga akan semakin jatuh.

"Kerana itu kita perlu tukar dan kereta ini sudah dibeli bulan lepas," katanya.

Azizan berkata, penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat, dan akan diserahkan kepada Exco berkenaan mengikut keutamaan keperluan.

“Saya bersyukur kerana setelah Pegawai Kewangan Negeri berunding dengan pihak berkenaan, segalanya dapat diselesaikan segera. Kereta - kereta itu kini dalam proses untuk didaftarkan dan kemungkinan dapat digunakan dalam bulan ini juga,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri agak terkilan kerana wang yang diperuntukkan mencecah ratusan ribu ringgit, walhal peruntukan itu dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, bagaimana pun pihaknya terpaksa akur dengan situasi kerana tidak mahu menanggung beban hutang. -SH

Selepas Abdullah, Najib pula sasaran Mahathir

KUALA LUMPUR : Bukan sahaja tidak bersetuju dengan dasar Islam Hadhari Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak senang dengan dasar 1 Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak.

"Saya pun masih confused tentang 1 Malaysia," kata Tun Dr Mahathir dalam satu pertemuannya dengan Siasah di pejabat beliau yang terletak di Manara Berkembar Petronas baru-baru ini.

Demikian lapor akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang akan berada di pasaran mulai Jumaat. Siasah menjadikan berita ini di muka depannya.

Dalam wawancara itu juga, Mahathir berkata, dia juga tidak bersetuju dengan Islam Hadhari yang dibawa oleh Abdullah.

Bagi beliau, Islam ini satu sahaja iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga memberikan pandangannya tentang cadangan perpaduan antara Umno dan PAS. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .