KUALA TERENGGANU: PAS yakin sokongan kepada parti itu khususnya daripada kalangan pengundi Cina tidak akan merosot meskipun undang-undang hudud menjadi isu sejak dua minggu yang lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, dasar parti itu yang mahu melaksanakan undang-undang hudud tidak menjadi satu isu utama dalam pilihan raya kecil ini.
"Bukan satu isu dan tidak akan menjejaskan sokongan (kepada PAS)," kata beliau pada taklimat harian kepada wartawan di Markas PAS Terengganu di sini hari ini.
PAS yang menjadikan pelaksanaan undang-undang hudud sebagai dasarnya, kembali menjadi tumpuan kontroversi pertengahan bulan lalu.
Pendirian parti itu menjadi kritikan banyak pihak dalam Barisan Nasional dan turut dipersoalkan oleh parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP.
Bahagian Parlimen Kuala Terengganu terdiri daripada 70,703 pemilih Melayu, 8,787 (Cina), 525 (India) dan lain-lain (214).
Beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil PAS berkata, pihaknya yakin akan memperoleh lebih daripada 51 peratus pengundi Cina di sebalik isu hudud yang menjadi hangat.
Kata beliau, undang-undang hudud sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu, cuma tidak boleh dilaksanakan disebabkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Malah, kata beliau, bukan Islam di Terengganu juga faham bahawa undang-undang itu adalah bagi masyarakat beragama Islam sahaja.
Pada taklimat itu, beliau juga memberitahu, pihaknya sudah menerima maklumat bahawa ada pihak sudah mula membeli kad pengenalan dengan bayaran RM500 seorang bagi memancing undi pada 17 Januari ini.
"Sudah ada satu dua kes... ini maklumat yang saya terima malam tadi dan kami masih menyiasat dengan mencari maklumat tambahan," kata beliau.
Kata beliau, PAS akan mengambil tindakan apabila mengumpulkan maklumat yang lebih tepat berhubung perbuatan tersebut.
Ikuti Blog ini
Isu hudud tidak jejas sokongan bukan Islam - PAS ,Rabu, Januari 07, 2009 at 7.1.09,
10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU , at 7.1.09,
- Wan Farid adalah 'anjing suruhan' (running dog) Khairy Jamaluddin. Sebab itulah dia terlebih dahulu dilantik sebagai Setiausaha Politik Pak Lah supaya dia sebagai proksi Pak Lah, seperti yang disahkan oleh Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dapat merobek dana negeri Terengganu.
- Abang Wan Farid, Wan Hisham pula telah dilantik sebagai Exco Negeri Terengganu bagi Perlancongan untuk memastikan rakan perniagaan Khairy, Patrick Lim dapat memonopoli semua projek perlancongan di negeri Terengganu.
- Wang Ehsan negeri Terengganu dari hasil Petroleum yang berjumlah berbilion ringgit tidak diagihkan kepada rakyat Terengganu tetapi disimpan oleh Si Pengkhianat Wan Farid untuk bosnya Pak Lah.
- Dengan Wang Ehsan, Wan Farid, Wan Hisham, Khairy dan Patrick Lim telah membina 30 buah rumah dengan nilai RM 1 juta sebuah di sebuah pulau di Sungai Terengganu. Keuntungan Wan Farid dan gengnya bertambah berlipat kali ganda dengan penganjuran Monsoon Cup yang memakan belanja RM 300 Juta setahun.
- Wan Farid bertanggung jawab dalam mengarahkan Polis bertindak ke atas rakyat Terengganu dalam‘Insiden 8 September Peristiwa Berdarah Batu Burok'. Wan Farid telah dilihat berada bersama Polis sebelum Polis bertindak ganas terhadap Rakyat.
- Perlantikan Wan Farid adalah hadiah Pak Lah kepadanya kerana dia memainkan peranan dibawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan polis menembak rakyat.
- Menteri Besar Terengganu Ahmad Said telah memaksa Kumpulan Giant, sebuah syarikat milik kaum Cina, untuk ‘menderma’ beberapa juta ringgit kepada 'Tabung Peperangan' Umno Terengganu sebagai syarat membuka perniagaan walaupun syarat yang sama tidak dikenakan kepada syarikat milik Melayu. Tindakan Ahamad Said ini yang bersifat perkauman sudah pasti akan menyebabkan pengundi Cina di Kuala Terengganu marah dan memberi undi mereka kepada PAS. Wan Farid telah kehilanggan lebih daripada 8,000 undi Cina kepada PAS sebelum bertanding.
- Wan Farid yang merupakan proksi Pak Lah tidak disenangi oleh Menteri Besar Ahmad Said, mantan Menteri Besar Idris Jusoh and Najib Razak. Wan Farid pasti kalah disabotaj dari tiga penjuru.
- Wan Farid terlibat langsung dalam penahanan YM Raja Petra, Sheik Kickdefella, YB Teresa Kok dan pemberita Sin Chew dibawah ISA.
- Wan Farid telah bersifat biadap dengan memperlekeh dan mempersendakan Fatwa yang dikeluarkan oleh seorang tokoh Ulama yang disanjung dan dihormati bukan sahaja dikalangan orang Islam tetapi juga dikalangan orang bukan Islam. Ulama yang saya maksudkan disini adalah YAB Tok Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat.
3 Bukti Pak Lah Memang Ejen Zionis! , at 7.1.09,
3 Bukti Pak Lah Ejen Zionis:
1. IKTIRAF ISRAEL DAN ENGGAN IKTIRAF HAMAS
Anwar Ibrahim yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai ejen Zionis menempelak tindakan UMNO dan Pak Lah yang enggan mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan yang sah di Palestin.
UMNO dan Pak Lah seterusnya secara tidak langsung hanya mengiktiraf Israel apabila UMNO dan Kerajaan Malaysia hanya berurusan dengan parti nasionalis Mahmud Abbas yang kalah pilihanraya Palestin. Parti Fatah ini diiktiraf oleh Israel dan UMNO mungkin terasa terpanggil untuk menunjukkan persefahaman dengan Israel dengan bekerjasama hanya dengan Fatah.
2. Pak Lah Enggan buat Sidang Tergempar
Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP berulangkali menggesa Pak Lah agar membuat Sidang Tergempar di PArlimen berhubung isu Palestin tetapi sehingga hari ini, Pak Lah masih enggan.
Sebaliknya, Pak LAh mengambil langkah paling bodoh dalam sejarah dengan membuat kenyataan kosong bahawa OIC perlu ada askar sendiri TANPA apa-apa TINDAKAN SUSULAN. Ayat kosong yang sekadar hendak menarik perhatian ini cukup menjengkilkan khususnya apabila datang dari seorang kaki tidur yang enngan membuat sidang tergempar pun!
3. Pak Lah dan UMNO tangkap mujahidin
Semua maklum bahawa UMNO dan kerajaan Malaysia akan menangkap mana-mana individu yang cuba berjihad dan kemudian mereka akan di ISA. Contoh mudah ialah Ustaz Iqbal yang ditangkap oleh UMNO dan dimasukkan ke ISA kerana menolong umat Islam yang dirogol dan disembelih di Ambon dengan berjihad.
UMNO memang pandai manyalak-nyalak kononnya simpati dengan perjuangan Palestin tetapi sikap mereka yang sebenar cukup menjijikkan.
Undi untuk UMNO umpama undi untuk Fatah, dan undi untuk Fatah ialah undi untuk Israel..
p/s: nak tengok sikap Pak Lah: Pak Lah menyepi bila Amerika jajah dan bunuh orang Iraq dan Afghanistan tetapi cukup marah dengan ‘KEBIADAPAN’ wartawan Iraq yang baling kasut kepada Bush!
Wanita Umno semasa penamaan calon PRK P036 macam harimau menguap.
Lagi Gambar-Gambar Menarik Sekitar Hari Penamaan Calon , at 7.1.09,
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 20,000 orang malam tadi.
Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas.
Kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi mendakwa ada orang tertentu yang menyamar seperti orang PAS untuk mengelirukan penyokong-penyokong parti itu dalam pilihanraya kali ini.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan penyokong PAS tidak bertindak sendiri secara melulu.
"Biar kita (pemimpin) yang menentukan... biar kita bertindak," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap orang yang menyamar itu.
Anwar pula mendedahkan percubaan Umno yang mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam.
Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam.
"Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.
"Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik," katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
Nik Aziz pula bercakap mengenai keperluan orang Islam mengundi calon PAS.
Menurut menteri besar Kelantan itu, menolak PAS bermakna menolak Islam.
"Kerana perjuangan PAS bukan sahaja untuk dunia tetapi di akhirat juga.
"Kalau Umno kata ia buat pembangunan, PAS pun buat pembangunan tetapi PAS perjuangannya kerana Islam," katanya lagi.
Kit Siang pula berkata, tsunami politik yang tercetus dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu akan menjadi gelombang lebih besar jika Pakatan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Kerana itu, katanya, adalah penting supaya gabungan pembangkang menang kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
Anwar mahu Kuala Terengganu percepat menuju Putrajaya , at 7.1.09,
"Jangan selesa dengan kehadiran yang ramai (ketika ceramah perdana malam tadi dan ketika penamaan calon). Kita mahukan kemenangan yang lebih meyakinkan dan proses perjalanan ke Putrajaya dipercepatkan," kata beliau ketika berucap merasmikan Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini, pagi ini.
Ia merupakan majlis kedua Anwar selepas berucap dalam ceramah perdana malam tadi.
Anwar meletakkan sasaran 16 September lalu sebagai tarikh awal untuk membentuk kerajaan pusat diterajui Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Anwar dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, menggantinya isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.
Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh juga bertumpu kepada aspek membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun ketika ditemui wartawan pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sasaran pihaknya itu bukan tidak menjadi, tetapi belum menjadi kenyataan.
Pun begitu, katanya, matlamat utama pihaknya sekarang ialah membolehkan penduduk Kuala Terengganu mempunyai seorang wakil rakyat yang boleh mewakili kepentingan rakyat, bukannya kepentingan diri dan kroni.
Tahniah kepada Azmin! , at 7.1.09,
Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali tidak bersalah. Cubaan Peguam Negara yang merayu supaya Azmin dipenjara 18 bulan ditolak mahkamah. Tahniah kepada Azmin!
Sebaliknya, ia mengekalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007 yang membebaskan Azmin daripada tuduhan tersebut.
Azmin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, dihukum 18 bulan penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir selepas mendapatinya bersalah membuat satu kenyataan palsu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.
Azmin, yang merupakan setiausaha sulit Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, pada mulanya dibebas dan dilepaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Hamdan Indah pada 13 Julai 1999.
Bagaimanpaun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Patail telah memerintahkan Azmin supaya membela diri.
Ekoran rayuan yang dikemukakan terhadap keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Kadir dalam keputusannya pada 1 November 2007, bersetuju dengan keputusan Hamdan membebaskan Azmin.
RK: 'Berubah demi kesejahteraan hidup', tema calon PAS , at 7.1.09,
KUALA TERENGGANU - Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut meminta agar pengundi Kuala Terengganu bangkit melakukan perubahan demi menjamin kesejahteraan hidup mereka pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian kepada media selepas dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu semalam.
"Kita perlu mengubah keadaan masyarakat di Kuala Terengganu ini yang masih tidak mendapat apa-apa kesan daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri ini," katanya.
Oleh itu, katanya beliau menampilkan tema kempen beliau iaitu 'Berubah demi kesejahteraan hidup.'
Beliau turut merayu kepada pengundi Cina agar memberikan peluang kepada pakatan rakyat.
Dengan sokongan daripada rakan-rakan DAP dan Paktan Rakyat ditambah dengan isu-isu lokal yang banyak membantu, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepadanya.
"Mereka perlu menyokong Pakatan Rakyat kerana selama ini mereka tidak mendapat apa-apa manfaat daripada pembangunan yang dijalankan oleh kerajaaan Umno-BN.
"Kita perlu mengubah keadaan tersebut, sepertimana tema yang saya ketengahkan pada kempen saya iaitu Berubah demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat Cina di Kuala Terengganu cukup faham dan menerima penjelasan mengenai hudud.
"Mereka faham dan terima Hudud kerana ia bukanlah untuk bukan Islam tetapi hanya dilaksanakan untuk orang Islam sahaja, yang sebilangannya orang Melayu.
"Pihak yang marah dengan Hudud ini sebenarnya adalah Umno, bukan orang Cina atau bukan Islam," tegasnya.
Mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru, beliau menganggap bahawa ia adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Mohd Abdul Wahid juga berjanji akan menambahkan suara Pakatan Rakyat di parlimen setelah memenangi pilihan raya tersebut.
Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas mengenai calon lain.
Adun Wakaf Mempelam itu yakin dengan kekuatan yang dimiliki PAS setelah berjaya memenangi tiga daripada empat Dun dalam parlimen Kuala Terengganu.
"Pengundi Cina memberikan sokongan yang cukup bagus dan saya kenal ramai di kalangan mereka kerana saya pernah bertanding di Dun Bandar pada 1986," ujarnya lagi.
Pengundi mesti tolak Wan Farid - Mahfuz , at 7.1.09,
"Jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," para pengundi di Kuala Terengganu mesti menolaknya dalam pilihan raya kecil 17 Januari nanti. "Dr Mahathir dengan jelas mendedahkan bahawa (Datuk) Wan Ahmad Farid (Wan Salleh) akan menjadi proksi dan alat kepentingan pihak tertentu untuk mengepung (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bila beliau menjadi Perdana Menteri kelak, bukan untuk kepentingan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu.
"Kalau Bekas Presiden Umno sendiri yang menegaskan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon untuk kepentingan pihak tertentu, bukan untuk kepentingan pengundi dan rakyat Kuala Terengganu, saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan menolak orang yang tidak dicalonkan demi kepentingan mereka,"ujarnya.
Berdasarkan apa yang didedahkan oleh Dr Mahathir itu, Mahfuz yang juga Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena seterusnya menyelar Umno dan BN kerana langsung tidak mementingkan calon yang memenuhi kepentingan dan aspirasi rakyat dan hanya mementingkan kehendak dan kemahuan pemimpin parti itu sahaja.
"Sikap Umno dan BN berbeza sama sekali dengan PAS yang memilih calon yang benar-benar diyakini dan terbukti berkhidmat untuk kepentingan rakyat. "Sebagai calon pembangkang, jika Mohd Abdul Wahid Endut tidak berkhidmat untuk kepentingan mereka, rakyat tidak akan memilihnya sebagai Adun Wakaf Mempelam selama lima penggal berturut-turut dan dengan majoriti yang besar pula," tegas beliau lagi.
PRK P036 KT: Datuk Zahar Hashim kota janji, bantu kempen calon PAS , at 7.1.09,
Selepas membuat kejutan dengan menyertai PAS, Datuk Zahar Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Bahagian Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan telah mengotakan janjinya sebelum ini untuk membantu calon PAS pada PRK P036 Kuala Terengganu.
Datuk Zahar dengan penuh semangat dan ikhlas telah turut sama menyertai Ceramah Mega Pengenalan Calon PAS yang diadakan di tepi pantai berdekatan Kampung Paya Bunga.
Awasi provokasi 'musuh' - Presiden PAS , at 7.1.09,
Sebaiknya, sebarang isu terutama berkaitan pengundi hantu diserahkan kepada pemimpin yang tentukan dan usah bertindak sendirian.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian pada Majlis Ceramah Pemimpin Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, rakyat di daerah Kuala Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya kecil ini sedia membuat perubahan ke arah pembentukan kerajaan yang lebih adil.
"Saya bimbang jika ada provokasi oleh pihak tertentu. Isu 'pengundi hantu' biar pemimpin yang tentukan dan usah kita (rakyat) kejar (bertindak) tahan bas tanpa arahan. Bas pelajar pun kejar juga, biar pemimpin yang tentukan itu,"ujarnya.
Beliau mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi pihak musuh akan dilakukan bagi memburuk-burukkan parti PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
Katanya, rakyat terutama para pengundi perlu berada dalam suasana yang selesa, tenang, aman dan baik sepanjang tempoh kempen ini.
Menurutnya, rakyat perlu memilih calon yang benar-benar layak serta mampu membawa suara rakyat di Parlimen.
"Pilih (undi) calon yang mempunyai kemampuan untuk membawa suara rakyat di Parlimen supaya kita hadapi pilihan raya dengan cara yang tenang, dengan cara yang aman dan baik.
"Saya melihat rakyat di Kuala Terengganu ini bersedia untuk membuat perubahan sebagaimana yang berlaku di pantai barat.
"Saya dengar cerita akan berlaku provokasi, pakai lambang bulan, pakai kopiah macam kita (PAS) tetapi bertindak di luar kawalan dan arahan pemimpin,"ujarnya.
Katanya, rakyat tidak boleh hidup dengan baik, aman dan selamat selagi negara mempunyai pemimpin parti yang rasuah.
Menurutnya, Umno merupakan sebuah parti rasuah dan rakyat yang cerdik tidak mudah terpedaya dengan pelbagai taktik provokasi tersebut.
Justeru itu, kata Ustaz Abdul Hadi usaha mendekati rakyat perlu dilaksanakan dengan berhemah agar mereka (pengundi) tidak takut hendak keluar mengundi.
Menurutnya, jika negara mengamalkan cara pemilihan yang telus, adil dan baik semua pilihan raya yang diadakan bakal dimenangi oleh parti PAS dan Pakatan Rakyat.
Wahid sudah bersedia ke Parlimen , at 7.1.09,
Kuala Terengganu – Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut sudah betrsedia untuk meneruskan khidmat baktinya menjangkaui batas sembatan negeri, menuju ke parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan pada sidang media yang diadakan selepas proses penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu disini semalam.
“Saya sedang menuju ke sana…. Saya sedang menuju kesana…saya tidak gementar, sama sahaja tugasnya samada di dewan undangan negeri atau di parlimen..”kata beliau yang telah berkhidmat selama lima penggal sebagai Dewan Undangan Ngeri Wakaf Mempelam.
Beliau yang diasak oleh lebih dua puluh wartwan tempatan dan luar negara memberikan respon yang cepat dan lancar.
Sebelum itu, Wahid memasuki pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.20 pagi setelah diiringi oleh rombongan besar, lebih 20,000 orang ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Antara pimpinan utama Pakatan Rakyat yang hadir adalah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Beliau melangkah masuk ke dalam Stadium Negeri dengan iringan Pesuruhjaya PAS Teregganu Dato’ Mustafa Ali yang bertindak sebagai pencadang dan bekas ADUN Bandar Azmi Lop Yusof sebagai penyokong.
Anwar: Hudud tidak dipaksa ke atas bukan Islam , at 7.1.09,
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.
"Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.
Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.
Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.
Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.
"Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.
"Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik," katanya.
Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.
Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.