Ikuti Blog ini

BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup


Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya.

Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara.

Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak?

Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu.

Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsanmRM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat.

Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya.

Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan
pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.

Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu
sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.

Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu.

Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggupdiperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO?

Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka.

Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.
Oleh : Tok Janggut

Sah, Hasan Ali sudah satu khemah dengan Umno !!..

Tidak mengejutkan ! Ini dia sahabat-sahabat baru Dr Hassan Ali. Pihak yang dulunya musuh, kini menjadi teman rapat ! Kedua-duanya adalah media pencacai Umno.. penerus nyawa Umno dengan maklumat dan berita palsu lagi fitnah ! tapi kini telah menjadi teman baik Hassan Ali. Tentulah ada makna bila musuh mendekatkan diri dan menghulur tangan !

Kita tunggulah sedikit masa lagi,.. akan ada beberapa orang lagi seperti Zulkifli Nordin, Ezam Mohd.Nor, Ibrahim Ali Katak, Nalakarruppan dan yang lain-lain merapatkan diri dengan Dr Hasan. Suasananya tak ubah seperti sekumpulan burung pembangkai menjamah bangkai !

Tiga Adun PAS Selangor naik pangkat, bukti PAS penting dalam PR


WarkahDaily – Berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru kerajaan Selangor bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS baru-baru ini, kerajaan Selangor telah menyusun kembali beberapa portfolio Exconya.

Dr Yunus yang dilantik Exco semalam telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Membuktikan lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor amat diperlukan dan menafikan terus dakwaan konon PAS dipinggir dari kerajaan PR Selangor oleh pembangkang (Umno-BN), Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak melantik dua Adun dari PAS untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Selain Dr Yunus yang dilantik sebagai Exco, Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor turut diberi tanggungjawab memegang jawatan Pengerusi Skimsel (Skim Mikrokredit Selangor).

Manakala seorang lagi Adun PAS (Bangi), Dr Shafie Abu Bakar akan memegang jawatan Pengerusi PADAT (Perbadanan Adat Melayu) Selangor.

Perlantikan mereka bertiga dari kalangan Adun PAS telah membuktikan kepentingan PAS dalam kerajaan PR, dalam masa yang sama, menempelak para pemimpin pembangkang yang cuba melakukan provokasi konon PAS dipinggirkan dalam PR.  --WARKAHDAILY

MB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

NONEKatanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.

“Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum.

“Melihat kepada spekulasi dan gosip, ia mungkin kurang daripada enam bulan. Jadi tak gunanya ada exco yang terpaksa bergelut untuk memahami sistem daripada fokus kepada penyampaian,” jelasnya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Abdul Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

NONEBercakap pada sidang media di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, jika beliau tidak melakukan sebarang rombakan, sudah tentu ramai beranggapan bahawa beliau tidak rasional.

“Jadi saya rasa kita mesti ada kebijaksanaan,” katanya sambil mempertahankan tindakannya sebagai munasabah.

“Saya patut fokus pada perkara yang mudah saya semak dan laksanakan,” katanya lagi.

Mana Ada Pemimpin Seperti TG Nik Aziz Sekarang

KUALA LUMPUR, : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diakui sebagai pemimpin terbaik di seluruh dunia masa kini, dengan penilaian terhadap sikap dan prestasinya yang memuaskan dalam pelbagai sudut.

Lebih membanggakan apabila sikap dan prestasi yang memuaskan itu berjaya dipertahankan oleh Nik Aziz sejak mula menjadi Menteri Besar Kelantan sehingga kini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan sikap dan prestasinya yang membangggakan itu menjadikan orang yang seperti Nik Aziz amat sukar ditemui di dunia ini.

"Mana ada pemimpin seperti Nik Aziz di dunia ini sekarang? Dah 20 tahun lamanya menjadi Menteri Besar, tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap tidak ada tanah, tak ada balak, tak ada wang yang banyak dan rumah mewah," katanya.

Kalau orang lain, menurut beliau, setelah 20 tahun menjadi menteri besar atau memegang tampuk kuasa, pasti akan mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga seperti yang sering berlaku di seluruh dunia.

Katanya, kemunculan Mursyidul Am PAS itu sebagai menteri besar yang bersih berpunca dari potensi dirinya sendiri selaku manusia yang kuat berpegang kepada agama, guru agama dan sejajar dengan penglibatannya dengan perjuangan bersama parti Islam atau PAS.

"Tanpa pegangan kuat kepada agama, tidak akan lahir kekuatan iman, kemantapan rohani sehingga menjadikan Nik Aziz muncul sebagai pemimpin yang bersih dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai unsur negatif lain," tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berbangga kerana Menteri Besar Kelantan dari PAS itu bukan sekadar muncul sebagai pemimpin bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tetapi juga dapat memimpin serta mentadbir kerajaan dengan cemerlang.

"Walaupun ada orang kata ustaz atau guru agama tak boleh jadi pemimpin kerajaan, tetapi Nik Aziz telah membuktikan bahawa guru agama juga layak, malah lebih berkelayakan menjadi pemimpin," tegasnya yang juga Ketua Umum PKR.

Ketika berucap pada acara Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu, beliau turut menyebut perkara itu dan disambut tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 perwakilan.

Dengan kecemerlangan sikap dan prestasi yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu, tegasnya, ia sekali gus boleh mematikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang sering mempertikaikan kemampuan golongan agama atau ulama menjadi pemimpin.

"Kini setelah 20 tahun menjadi menteri besar, Nik Aziz ternyata lebih berkebolehan menjadi pemimpin berbanding pemimpin-pemimpin dari Umno BN sehingga menjadikan Kelantan jauh lebih baik setelah berada di bawah PAS atau Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN," tegasnya.

Beliau turut memuji sikap dan prestasi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang berada di bawah Pakatan Rakyat ternyata mempunyai sikap yang baik, bebas dari rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehingga menjadikan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada yang berada di bawah BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yakin prestasi baik yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang memegang tampuk pemerintahan di negeri-negeri yang berada di bawah pakatan itu akan dapat dipertahankan oleh kesemua mereka yang terbabit, selaras dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat, bukan untuk mengaut kepentingan peribadi.

PAS sedia ‘rampas’ yang belum menang, pertahankan sedia ada

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta ‘merampas’ kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

Dalam masa sama, katanya berusaha merampas kembali kerusi-kerusi yang PAS kalah dan dimenangi oleh Umno-BN.

“Kita (PAS) bekerja bersungguh-sungguh sekarang. Jentera parti kita akan pertahankan semua lapan kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Masa yang sama, kita (PAS) berusaha untuk menang dan rampas kerusi-kerusi yang kalah ditangan BN, Insya’Allah,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan sokongan serta sambutan masyarakat Tionghua terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Kata Abdul Wahid, penerimaan pengundi Cina dan India di Dun Bandar Kuala Terengganu cukup memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

“Saya hari ini, buat lawatan ziarah sempena orang Tionghua hendak sambut Tahun Baru Cina 2012. Sambutan sangat baik dan mesra dengan kita (PAS).

“Saya masih yakin, mereka (pengundi Cina) akan buat perubahan dalam pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” jelasnya sempena lawatan temu mesra dengan mengagihkan limau mandarin dan angpau kepada penduduk di Kampung Cina, 17 Januari lalu.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat boleh menyatakan pilihan hati memilih PAS-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ‘Asal Bukan Umno’ (ABU).

Turut serta mengiringi beliau menemui masyarakat Tionghua di sekitar Kampung Cina tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Terengganu dan Muslimat PAS Dun Bandar. -BO

Terjah! Peguam Rais Yatim kantoi berbohong dalam media?

BEBERAPA hari lalu blogger Sharpshooter yang sebelum ini disaman oleh Rais Yatim berhubung isu dakwaan merogol amah dikatakan telah melarikan diri daripada menerima dokumen saman menghina mahkamah.

Oleh kerana berita ini disiarkan di Utusan Malaysia, maka kita wajib merasa ragu kerana akhbar ini sering kali menyebarkan cerita tipu unuk memperbodohkan rakyat.

Di bawah ini printscreen laporan akhbar yang dipetik dari portal Utusan Malaysia. Kononnya blogger Sharpshooter atau nama sebenarnya Amizuddin Amat, dilaporkan telah melarikan diri dan mengelak dari menerima dokumen dari peguam Rais.




Sharpshooter benar-benar terkejut dengan laporan berita ini sebaik sahaja ditunjukkan kepada beliau. Blogger tersebut berasa hairan, sejak bila beliau lari atau menghilangkan diri?

Oleh kerana tidak berpuas hati, Amizuddin Amat (Sharpshooter) ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.

Namun peguam Rais Yatim atau nama sebenarnya Mohd Shafie dilihat terkedu dengan kehadiran Sharpshooter di pejabatnya untuk mendapatkan dokumen saman yang heboh disiarkan dalam Utusan Malaysia itu.

Peguam Rais dilihat berdolak dalih dan meminta Sharpshooter hadir ke mahkamah keesokkan harinya untuk mendapatkan dokumen itu. Dalam media pung pang pung pang kata Sharpshooter lari, bila Sharpshooter datang minta sendiri tak boleh nak bagi?

Salah seorang rakan blogger tersebut sempat merakamkan sebahagian adengan berdolak dalih Peguam Rais. Saksikan sendiri rakaman di bawah ini.

Peguam Rais kata tujuh kali hantar dokumen saman tetapi gagal kerana Sharpshooter hilangkan diri. Tapi bila Sharpshooter datang sendiri ke pejabat, dia terkedu melilau cari alasan.

Kalau Sharpshooter takut dan nak hilangkan diri tak adanya dia berani datang sendiri pejabat mintak dokumen saman tu. sumber Milosuam

Skandal NFC: Cutikan Shahrizat, Strategi Najib Untuk Selamatkan Kroni

Keputusan untuk merehatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah strategi Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan Ketua Wanita Umno itu dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana katanya, Shahrizat hanya dicutikan selepas lebih tiga bulan skandal itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

“Mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu.

“Kelulusan permohonan cuti ini jelas satu lagi pelan strategi Datuk Najib untuk menyelamatkan Shahrizat, NFC dan kroninya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, keputusan untuk bercuti itu sudah terlambat, sebaliknya Shahrizat perlu segera berundur kerana skandal itu telah diketahui umum.

“Shahrizat harus sedar, tindakannya ini sudah terlambat kerana rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan.

“Atas dasar hormat politik, saya sarankan Shahrizat segera mengundurkan diri secara terhormat,” tegas Ahli Parlimen Ampang ini.

NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.

Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009
.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan pinjaman itu, turut terlibat dalam skandal ini, ialah Perdana menteri sendiri selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek berkenaan. -KD


PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat


Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.


"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".


Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.


Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.


Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".


"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.


"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu. -mk

Najib 'restui' ancaman ke atas saya, dakwa Ambiga


Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaMemetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."
Katanya, beliau juga dituduh menyokong mermutadkan umat Islam dituduh mewakili Azlina Jailani yang memeluk agama Kristian dan mengheret kerajaan ke mahkamah kerana enggan membenarkan wanita itu menukar namanya di kad pengenalan kepada Lina Joy.

"Terdapat juga desakan supaya kewarganegaraan saya dilucutkan, serangan oleh media yang dikawal oleh kerajaan dan saya percaya bahawa semua ini direstui oleh kerajaan," kata Ambiga.

Dalam mengukuhkan keterangannya, beliau juga mengemukakan laporan berita dan keratan akhbar mengenai 'pengumuman perkhidmatan awam' oleh Radio Televisyen Malaysia yang memomokkan BERSIH.

NONESelain itu, katanya kumpulan pendesak Melayu, PERKASA telah membakar gambarnya dan secara meluas mengedarkan risalah dengan perkataan tertera 'Awas! Ambiga wanita Hindu yang berbahaya '.

Katanya lagi, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar rumah serta menyimpan bekalan makanan. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .