Kajang:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin
Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya
ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur."Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.
"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.
Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.
"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.
"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.
Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.
Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.
Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.
Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD



















KUALA NERUS –
PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di
negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada
rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan
Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina
oleh rakyat.
Sebelum
itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan
kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu
sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata.
Seramai
54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang
keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

