Ikuti Blog ini

Video nyanyian Nik Jidan @ W4R#2








Kenapa Muka Sultan Kelantan Masam Cetuk Ketika Bersama Najib?


Biar gambar berbicara.. ini mungkin perbandingan yang tidak berapa sesuai. Namun dari gambar-gambar tersebut nampak perbezaan di riak wajah Tuanku Sultan Kelantan ketika bersama Najib dan Jamil Khir.

Kenapa muka Tuanku masam cetuk ketika bersama Najib? Tak akan lah, orang-orang baik duduk sebelah penyamun dan perompak tidak rasa apa-apa kot.

Paling tidak pun, ada rasa kurang selesa atau berkata-kata di dalam hati.

Jika kurang pasti, anda lihat gambar-gambar nih serta nilai dan bandingkan kemesraan Tuanku Sultan Kelantan dengan TGNA dan Najib. Yang mana menampakkan lebih mesra?





Isi Kandungan Surat Dari Ketua Persatuan Ulamak Syria Kepada TG Haji Abd Hadi Awang



Isi kandungan Surat Syaikh Mohammad Ali As-soubouni (Ketua Persatuan Ulama' Syria) kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang :

Kepada yang Mulia As-Syaikh Abdul Hadi bin Awang semoga Allah memeliharamu,

Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh.

Aku berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan manfaat dengan apa yang Dia telah ajarkan kepada kamu dan menunjukkan kamu kepada jalannya yang lurus. Kami berterima kasih atas surat kamu yang mulia yang kamu utuskan kepada kami dan Insyaallah kita akan bertemu pada waktu yang terdekat nanti.

Kami juga berdoa kepada Allah supaya kamu diberikan kemenangan dalam Pilihanraya yang akan datang untuk kamu berkhidmat bagi agama Islam dan orang-orang Islam. Dan kami mengharapkan kamu sentiasa bersama dengan saudara-saudara kamu di Syria yang telah melampaui keatas mereka golongan yang zalim dan telah berlaku ganas ke atas mereka golongan yang ganas tetapi walaubagaimana pun, sesungguhnya kebenaran itu yang sepatutnya diikuti. Allah Pemberi Taufiq.

Turki-Termal 13/05/2012 SaudaraMu
Mohammad Ali As-Soubuni

Gambar Sekitar Majlis Solat Hajat Dan Peletakan Batu Asas Istana Kelantan

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/528832_10150916802942592_2049889717_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/531477_10150916803132592_238511450_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/544374_10150916803317592_1857729435_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/582588_10150916803512592_1024440472_n.jpg
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/399520_10150916803662592_2116391442_n.jpg
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/376488_10150916803777592_800357863_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/600425_10150916804007592_458055326_n.jpg
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/255253_10150916804147592_1319246760_n.jpg
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/561149_10150916804327592_1952042865_n.jpghttp://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/181373_10150916802777592_1079425909_n.jpg

Allahuakhbar!

Terkini : Foto Sekitar PERHIMPUNAN PROTES "Bebas Tahanan ISA 45"



Abby Abadi Turut Serta

Hero Malaya Hairie Othman

Leman Raja Lawak Turut Memberikan Ucapan

Bapa Kepada Salah Seorang Tahanan ISA

Ibu Kepada Salah Seorang Tahanan ISA
Dimansuhkan tapi masih menyimpan tahanan ?? Hebat Undang Undang Di Malaysia bhai..

Panas: Perasmian Sukan Malaysia Terencat, Gara-Gara Pembaca Ikrar Di 'Boo' Penonton Malam Tadi

KUANTAN, 8 Julai - Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang 2012) malam tadi tercemar apabila kesilapan seorang pembaca ikrar (foto) yang gemuruh dan tergagap-gagap untuk menyebut perkataan "berintegriti". Paling mengejutkan, akibat kesilapan itu beliau telah di "booo" oleh orang ramai yang berada dalam Stadium Darul Makmur malam tadi. Siaran yang turut dibuat secara langsung menerusi TV2 RTM itu turut disaksikan oleh jutaan penonton dan peminat sukan di seluruh negara.

Malah, lebih malang lagi ketika itu bacaan yang dibuat adalah dihadapan Sultan Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Muda Pahang, Menteri Belia Dan Sukan termasuk lain-lain pembesar negara dan negeri ini. Soalnya sekarang, kenapa insiden ini boleh berlaku sedangkan sudah beberapa kali latihan intensif dibuat sebelum itu.

Penganjur wajar dipersalahkan kerana kesilapan menyediakan "skrip" menyebabkan pembaca ikrar terbabit yang juga seorang athlet sukan negara tersasul dan tergarap-gagap akibat gemuruh. Soalnya, kenapa beliau dipilih untuk membaca ikrar sedangkan nampak jelas dari awal lagi dia agak tidak berapa yakin untuk berbuat demikian.

Skrip ikrar sepatutnya dibuat dalam bahasa yang mudah untuk dihafal dan difahami agar ia melekat di hati athlet yang membacanya. Kesilapan yang berlaku telah mencacatkan upacara perasmian Sukan Malaysia malam tadi sebenarnya. Apapun, kami tidak menyalahkan pembaca ikrar terbabit. Mungkin kerana beliau masih muda dan sudah pasti darah gemuruh menjelma tatkala berhadapan dengan acara rasmi seperti itu.

Apa yang menyedihkan ialah sikap penonton yang "booo" beliau hingga bergema satu stadium. Justeru, pihak berkenaan digesa mengambil ikhtibar atas kejadian ini. Lakukan yang terbaik agar segalanya dapat berjalan lancar tanpa insiden seperti ini lagi pada masa-masa yang akan datang hendaknya.

Insiden semasa bacaan ikrar jelas sekali telah mencacarkan acara perasmian

[Insiden seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika penganjur berhati-hati memilih pembaca ikrar dan menyediakan skrip yang lebih mudah. Dalam keadaan seperti ini, sememangnya sesuatu yang tidak dirancang pasti akan berlaku. Makanya, pihak berkenaan perlulah lebih berwaspada agar ia tidak berulang lagi.

Kecacatan sewaktu upacara perasmian seperti ini sudah pasti akan menganggu kelancaran acara sukan sepanjang temasya berkenaan. Pahang selaku tuan rumah buat kali kedua kejohanan sukan terbesar di Malaysia seharusnya lebih bersedia dengan pengalaman yang sudah ada. Namun, anehnya keadaan sebaliknya pula berlaku. 

Cuma harapan kita, tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kejohanan kali ini. Ambillah iktibar atas kejadian ini dan pastikan semuanya berjalan lancar]. -Pahangdaily

Donna ElJammal, Polis Bertudung Pertama Di Sweden



Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden. -unikversiti




Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?



Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.


Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).


Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk

Apakah RM10 Dalam Sampul Putih Upah Mendengar Ceramah Umno?

Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981).

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4.

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO.

Tajuk kertas kerjanya ialah  Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan.

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih.

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO?

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina.

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’ - Mohd Sabu



Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala ‘mafia’.

Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.

“Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.

“Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

“Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.

“Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang,” katanya.

Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.

Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.

“Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.

“Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku,” jelasnya. -selangorku
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .