Ikuti Blog ini

Berita Panas: DUN Perak Bakal Di Bubarkan !!

Seperti yang telah dijangkakan awal-awal lagi tindakan BN khususnya Umno menggunakan pintu belakang untuk berkuasa di Perak akan memakan diri sendiri.

Terkini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' Perak digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Beliau dan enam exconya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN iaitu hanya tinggal 24 kerusi itupun kalau campur 'tiga wakil bebas' yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker dun, S. Sivakumar.

Jika sidang Dun diadakan dengan mudah-mudah je usul untuk membubarkan Dun serta 'undi tidak percaya' pada 'kerajaan baru' diadakan.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang direka di Perak selain Sultan Perak kena memikirkan kepentingan rakyat dari segi sosio politik dengan memperkenankan pembubaran dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat! Apa perancangan Najib yang seterusnya? Najib sudah pasti tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi sudah wujud gesaan agar Pak Lah menangguhkan proses penyerahan jawatan PM kepada Najib.


1 - Belum sahih - Dato' Nasa (ADUN Bota) dikhabarkan bakal meletak
jawatan malam ini..!


2 - Belum sahih - ADUN Jelapang pun nak ikut letak jawatan jugak sebab
tak dapat beli sayur dekat pasar..!


3 - Berita SAHIH.! - Setelah mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan
etang ini, Speaker Perak memutuskan supaya MB Halam Dato' Zambry Kadir
digantung 18 bulan manakala 6 ADUN BN yang dilantik sebagi EXCO
digantung 12 bulan & dilarang dari memasuki sidang DUN.


4 - Berita tak sahih - DUN Perak bakal dibubarkan sedikit masa lagi...


Oi..! get ready..!



MB Haram Perak dilarang hadir DUN 18 bulan, 6 Exco 12 bulan


IPOH: Menteri Besar Haram Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.


Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.


Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.


Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.


Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).


"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.


"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.


Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).


Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.


Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.


Sementara itu, Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.


Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.




Rakyat Mahu Lihat Wajah Azilah dan Sirul Dulu !

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/sembunyiazharsirul.jpg

Antara gambar-gambar yang pernah diambil, siapakah sebenarnya Azilah dan Sirul ?


Debaran menanti tarikh keputusan hakim pada 9 April 2009 berhubung kes pembunuhan Altantuya begitu begitu terasa kini. Pastinya Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 lebih berdebar menantikan keputusan hidup dan mati mereka.

Namun sebelum kes ini ditutup, rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu. Sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Ini adalah kes pembunuhan kejam. Kalau wajah Razak yang hanya dituduh bersubahat boleh diambil oleh media, kenapa Azilah dan Sirul sebagai tertuduh pertama tidak didedahkan wajahnya.

Kalau masih ingat kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Datuk Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Jadi rakyat dan masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

Jika mereka bersalah mahkamah boleh hukum jika tidak bebaskan sahaja, tapi apa yang penting rakyat mahu tahu siapa dia.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/631130873_5eea2605dc_m.jpgMalah ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain disebalik kes ini.

(Gambar kanan - itulah yang paling jelas wajah yang pernah muncul di lensa kamera... tapi... siapa dia ??)

Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka.

Kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara. Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

Menariknya rakyat tak boleh kata apa-apa kerana mahkamah telah jalankan tanggungjawabnya, Polis juga begitu dan pada mata rakyat dipaparkan bahawa ’Sirul’ dan ‘Azilah’ sudah dihukum.

Kalau baca teori itu, nampak macam plot cerita Hollywood. Malas nak percaya, tak perlu percaya pun. Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja.




Saman MB Nizar: Mahkamah tetapkan Isnin untuk sebutan



nizar jamaluddin perak mb court trial perak bn takeover zambry 180209 03KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Haram di Perak. Tiga isu itu ialah sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu, mengenai sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang dan mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Dr Zambry dalam saman itu.


Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu.


nizar jamaluddin perak mb court trial perak bn takeover zambry 180209 04Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini selepas Mohammad Nizar memfailkan saman itu Jumaat lepas.


Hadir di mahkamah ialah Mohammad Nizar, yang diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai Sulaiman Abdullah.


Dr Zambry diwakili oleh Ahmad Kamal manakala See mewakili Pejabat Peguam Negara dan Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah peguam pemerhati bagi Umno.


Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.


Ahli Parlimen Bidas Menteri & Timbalannya

Dewan Rakyat digemparkan dengan gelagat menteri dan timbalannya yang lansung tidak ambil peduli untuk menghadirkan diri di sidang Dewan Rakyat pada pagi ini.

Ahli Parlimen BN Seri Gading, YB Datuk Mohamad Haji Aziz membidas sikap menteri dan timbalan-timbalan menteri yang tidak memandang penting perbahasan ahli parlimen terhadap menjunjung kasih titah ucapan Yang di Pertuan Agong.

Hanya seorang sahaja Timbalan Menteri yang hadir pagi ini sementara menteri-menteri dan timbalannya yang lain membiarkan kerusi mereka di dewan rakyat kosong.

Sikap menteri-menteri dan timbalan menteri berkenaan jelas tidak menghormati Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kinabatangan juga menyelar sikap tidak ambil peduli menteri dan timbalannya yang katanya menyebabkan Barisan Nasional kalah di dalam pilihanraya.

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, YB Mahfuz Omar sambil menyindir bahawa menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir di persidangan Dewan Rakyat kerana sibuk dengan urusan lain terutama untuk mendapatkan sokongan kerana terlibat di dalam pemilihan (UMNO) yang bakal menjelang.

Perbahasan mengenai hal ini juga turut mengundang Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, YB Abdul Wahid Endut yang bangun buat julung kali dengan menyatakan bahawa seorang timbalan menteri baru ditewaskan di Kuala Terengganu.

Beliau menambah di dalam pilihanraya akan datang Pakatan Rakyat akan "kerjakan" semua menteri dan timbalannya, tegasnya semasa melahirkan kehampaannya dengan melihat ketidak-hadiran tidak ada seorang pun menteri kabinet di Dewan Rakyat kali ini.


Mufti Perak Patut Salahkan UMNO

Pemerintah yang Allah s.w.t. perintahkan kita taati ialah pemerintah yang taat kepada Allah dan Rasul sahaja. Tolong jangan tuduh Allah buat kerja bodoh menyuruh kita mentaati pemerintah yang tidak taat kepada Allah dan Rasul. Perkara itu bertentangan dengan keadilan Allah. Tidak mungkin dan Maha Suci Allah dari melakukan ketidakadilan. Maha Suci Allah yang sangat-sangat kita kasihi dari sangkaan manusia yang selalu menuduh Allah buat kerja bodoh.

Pemerintah yang Allah s.w.t. perintahkan kita taati ialah pemerintah yang taat kepada Allah dan Rasul sahaja. Tolong jangan tuduh Allah buat kerja bodoh menyuruh kita mentaati pemerintah yang tidak taat kepada Allah dan Rasul. Perkara itu bertentangan dengan keadilan Allah. Tidak mungkin dan Maha Suci Allah dari melakukan ketidakadilan. Maha Suci Allah yang sangat-sangat kita kasihi dari sangkaan manusia yang selalu menuduh Allah buat kerja bodoh - Penarik beca (Bukan ustaz, tapi pahamlah agama berbanding dengan sesetengah ustaz atau mufti yang nabi sebut macam syaitan bisu tu...)

Siapa yang bersalah sekiranya Mufti Perak Dato Seri Dr Harussani Zakaria dimaki, bukankah itu semua gara-gara Umno yang khianat dan mempergunakan Mufti?

Siapa yang tidak hormatkan instituti Mufti kalau bukan Umno yang tidak mahu mendengar fatwa dan nasihat mufti, bukankah Malaysia mempunyai rekod mufti paling ramai dalam dunia, tak cukup setiap negeri satu mufti siap dengan timbalannya pula tu.

Terkini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kononnya kecewa apabila Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dijadikan bahan cercaan dan makian oleh penyokong pembangkang di Internet.

Tidak cukup dengan itu beliau juga kesal instituti raja juga dihina sedangkan apa yang beliau katakan semuanya terbalik dan berbalik kepada Umno yang mempergunakan sultan, pegawai istana, pegawai kerajaan negeri dan tidak tertinggal mufti.

Kami dari Pakatan Rakyat tidak bermusuh dengan instituti mufti, malah kita mengangkat dan menghormati mufti selaku penasihat sultan dan tempat rujukan hukum dan fatwa disaat rakyat memerlukan pedoman dan panduan.

Siapa yang mengenali Mufti Perak ini secara lebih dekat, jelas sebenarnya beliau sangat sayangkan perpaduan dalam Islam, beliau secara diam sebenarnya menyokong apa yang PAS lakukan selama ini termasuklah simpati dengan kezaliman yang dikenakan keatas Dato Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Pastinya apa yang berlaku sekarang adalah momokan dan sandiwara Umno yang mengambil kesempatan kononnya hendak mengekalkan hagemoni kuasa kononnya kalau melayu mestilah Islam walhal selama ini Mufti Perak ini ditipu oleh pemimpin-pemimpin Umno sepertilah buat alim depan mufti, dibelakang mufti pula apa maksiat yang pemimpin Umno tak buat.

Diceritakan dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebelas bulan yang lalu, Mufti Perak ini disuruh memujuk adun-adun PAS untuk membentuk kerajaan campuran dengan Umno.

Paling malang Mufti Perak baru-baru ini, membuat kenyataan tentang kewajipan taat kepada pemimpin yang akhirnya kenyataan beliau itu ditegur oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Harun Din sebenarnya pemimpin yang macam mana kita perlu taat.

Kini sudah tiba masanya, pimpinan PAS menghantar wakilnya untuk duduk bermuzakarah dengan Mufti Perak untuk menerangkan apakah sebenarnya perjuangan gerakan Islam dalam parti PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan paling penting menerangkan kejahatan Umno dan BN selama 51 tahun kita merdeka.



Rasuah berleluasa kerana hilang kehebatan Undang-undang, penguatkuasaan - Presiden PAS

Sementara pada jam 10.00 pagi, Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

KUALA LUMPUR, 18 Feb - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa gejala rasuah yang melanda pentadbiran negara hari ini sebenarnya berikutan hilangnya kehebatan undang-undang dan penguatkuasaan.

"Kehebatan ini memerlukan satu pendidikan kepada semua pihak.Saya melihat yang pertama kes-kes rasuah yang besar banyak yang dilupakan atau dilenyapkan.


"Ianya seperti kes KWSP, Maika Holding dan lain-lain.Apabila ia dilupakan atau dilenyapkan ini menjadikan ketidakpercayaan ataupun hilang kehebatan dalam menangani masalah ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat semalam.


Selain itu rasuah menjadi budaya mutakhir ini kerana aspek agama tidak dijadikan benteng menghalangnya, katanya.


"Rasuah adalah maksiat termasuk dosa besar.Namun ia hanya dilihat dari segi undang-undang (dunia) sahaja," katanya.


Beliau berharap kesalahan rasuah ini dikaji dengan merujuknya kepada persoalan kesalahan di sisi agama.


Ia katanya, perlu dipertimbangkan hak kepada pentadbiran agama untuk bertindak bagi orang Islam dalam menangani rasuah.


Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz yang menjawab soalan Presiden PAS itu menafikan kes-kes membabitkan 'ikan jerung' tidak disiasat.


Sebaliknya kata beliau pihak kerajaan akan bertindak ke atas kes rasuah tidak mengira kecil atau besar, malah beliau menyetujui mana-mana agama menganjurkan kebencian kepada rasuah.


Zambry dan 6 Exco kudeta dipanggil Speaker hari ini.

IPOH, 18 Feb. :- Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengeluarkan surat rasmi melalui Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya Menteri Besar dan 6 Exco kudeta Perak untuk dihadapkan di hadapan jawatankuasa tersebut petang ini jam 2.30 petang.

Kelmarin Zambry telah dipanggil bersama dengan 2 orang wartawan akhbar cina untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa yang sama.

Setelah dua proses pengadilan dilakukan oleh Jawatankuasa tersebut kita menjangkakan satu keputusan rasmi akan ditentukan oleh jawatankuasa bagi menentukan hukuman yang setimpal dengan salah laku dan kesalahan yang dilanggar oleh pihak terbabit sesuai dengan peraturan 72(3) Peraturan Dewan, dan pelanggaran Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 16(6) dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar.

Pelanggaran kepada undang-undang yang sedia oleh pihak yang tidak sabar untuk mendapatkan kuasa jelas telah menimbulkan keadaan politik yang tidak menentu di Perak dan rasa tidak puas hati.

Tetapi hari ini, beliau terpaksa akur dan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berhubung kenyataannya terhadap Speaker DUN V. Sivakumar.

“Saya datang kerana menghormati Speaker...kita ikut peraturan dan undang-undang,” katanya. – di sini

Al-Husseyn : Dey Anney , poodah! Orang macam kamu mana tahu ikut peraturan dan undang-undang! Sebenarnya kamu takut dan gentar apabila kini kamu mulai sedar bahawa :

Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.Tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Kan Dah Kata!!! Dia Masih Lagi MB Perak...

Ketibaan MB Ir Nizar Disambut oleh para pegawai PDRM.
Sembang apa tu yeob...???
Ni baru betul turun padang..!
MB + PAFA = NIZAR ... So What..? Hangpa nak kata apa? depa nak Nizar jugak... tak paham-paham..?
Nak gerak balik dah tu... jumpa lagi no...

MB Ir Nizar Di Stadium Perak



Jangan TERLUPA Pada Unit Amal PAS

Dalam kita dok sebok-sebok dengan krisis politik disana-sini, aku dok perati ada satu Yayasan dalam Pakatan Rakyat yang aku nampak amat efektif dan paling kedepan sekali dalam setiap krisis baik politik mahupun sosial di Malaysia.

Sungguh, lama dah aku dok perati unit ni dan memang aku cukup-cukup respek dekat depa. baik masa demo, sessi ceramah, perhimpunan dengan permit atau tak dak permit semua petugas-petugas ni boleh dikatakan cukup efisisyen, teratur dan tersusun.

Sapa dalam ramai-ramai pro Reformasi atau pro Pakatan Rakyat atau pro Barisan Nasional yang tak pernah tengok geng-geng Baju Merah/Barret Merah... kalau hangpa nak tau, yang tu la Unit Yayasan Amal Parti Islam SeMalaysia.

Geng-geng ni aku cukup tabik... sepanjang aku dok ikut mana-mana aktiviti Pakatan Rakyat atau NGO, memang Unit Amal ni lah yang banyak dok bantu melancarkan semua perjalanan aktiviti.

Kalau dekat ceramah, tak kira yang besar, yang mega atau raksasa, memang hancoss kalau tak dak Unit Amal... (ni pandangan peribadi aku la...). paling ketara ialah traffic. depa ni cukup terlatih dalam bab lalu lintas. tak percaya hangpa tanya sahabat kita dari Unit Trafik PDRM.

Aku tengok dekat mana-mana perhimpunan kalau ada Unit Amal, polis trafik memang boleh dok rileks. tak payah pening kepala naak angkat tangan tiup wisel, libas kanan, libas kiri. dari jalan besar nak pi ke tempat perhimpunan, Unit Amal dah ada dah dan depa akan guide pengunjung arah mana nak pi.

Contoh paling ketara masa Perhimpunan Sejuta Rakyat dekat Stadium Kelana Jaya. yang ni ketara sangat nampak. belah pagi masa aku sampai, trafik cukup-cukup lancar. tengahari lepas Unit Amal tarik diri pasai tak setuju dengan salah satu program hari tu... terusss hancur lalulintas... jem bagai...

Tutup cerita yang tu... hangpa ingat dak Perhimpunan Sejuta Rakyat (BERSIH)? depa ni jugak la yang dok counter peserta perhimpunan supaya tak keluar dari kawasan liputan... cukup efisyen... mana yang nampak nak buat kecoh, terusss cekup bawak keluar dari kumpulan orang ramai. mana yang nampak lebih-lebih terusss depa reject. tu pasai perjalanan program cukup cantik...

Lepas habis perhimpunan, ada benda paling pelik berlaku... perhimpunan BERSIH betul-betul menepati moto BERSIH... nak cakap jumpa sampah sepanjang jalan? jangan harap la... rupa-rupanya depa pun ada jugak unit yang dok pantau bab kebersihan kawasan program. Majlis Bandaraya pun boleh goyang kaki. tak payah susah-susah nak kutip sampah.

Ni aku dok dekat Ipoh pun aku dok perati depa jugak... dari awal krisis politik aku tengok depa dah berkampung dah dekat Ipoh... rumah YB-YB semua depa jaga. lepas tu dekat rumah rasmi MB pun depa berkampung jugak sampai la ni.

Aku sempat jugak tanya sorang dua pasai Unit Amal ni berapa RM elaun PAS bayaq untuk depa buat kerja ni? rupanya tak dak elaun beb... ni betul-betul beramal... pergh... tabik spring dekat hangpa... sehari aku dok perati dekat kawasan rumah MB tak kurang dari 10 orang Unit Amal bertugas bergilir-gilir siang malam.

Yang bertugas pulak bukan datang dari Ipoh je... merata-rata ceruk depa datang... agak free tak dak kerja, sampai la depa...

Tahniah buat Yayasan Amal kerana berjaya mendidik dan melatih barisan sukarelawan Unit Amal dengan disiplin dan jati diri yang tinggi dan juga berjaya membawa nama Unit Amal sebagai satu unit sukarelawan yang tidak dapat ditandingi dari segi kelancaran dan juga keefisyenan jalan kerjanya.

Untuk petugas-petugas Unit Amal pulak, jasa hangpa terlalu banyak. harap satu hari nanti mereka-mereka ini tidak dipinggirkan kalau ada antara depa ni berada dalam kesempitan.

24 jam... tak dak gaji... oit... UMNO ada dak Unit macam ni..?



Hee berada di Hong Kong ?

Kejutan tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong melompat untuk memberi sokongan kepada BN sehingga berjayanya satu kudeta kuasa di Perak masih menjadi berita hangat diperkatakan di mana saja khususnya di Jelapang.


Kelmarin saya meninjau berkenaan dengan masalah itu untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan hilangnya Hee sejak dia melompat. Banyak yang bertanya walaupun ada yang tidak mahu ambil kisah, " Di mana dia berada saya tak kisah yang penting dia dah buat salah kepada pengundi di sini" kata seorang pemuda.


Sejak tindakan Hee melompat kepada BN, dia tidak lagi muncul di Jelapang . Setakat yang kita ketahui dia muncul beberapa kali dengan Najib dalam beberapa sidang akhbar dan muncul di Istana beberapa kali dengan pengawalan yang ketat pasukan keselamatan.


Munculnya di dalam masyarakat Jelapang sangat di tunggu-tunggu. Sebagai wakil rakyat di kawasannya dia mesti bertanggung jawab dan berkerja untuk rakyat di situ.


Bagaimanakah kalau perkara ini berterusan hingga bertahun-tahun, adakah dia tidak akan muncul. Itulah persoalan yang menghantui pengundinya.


Sebab itu beberapa hari lepas timbul dia sudah insaf dan hendak meletakkan jawatan. Setakat ini belum ada pengesahan dan saya anggap berita angin sahaja. Yang penting tekanan kepadanya dan keluarganya oleh masyarakat cina Jelapang sangat kuat.


Maklumat terkini saya dijelaskan oleh sumber yang rapat dengan Hee yang mengatakan dia dan suaminya sekarang ini berada di Hong Kong. Wajarlah maklumat ini saya terima sementara waktu kerana memang dia macam tidak berada di Malaysia pada masa ini.


Walaupun ada maklumat sebelum ini dikatakan berada di Australia, saya memilih Hong Kong disebabkan latar belakang bangsa dan Hong Kong tempat tengok pelaburan usaha lompatnya kalau memang ada habuan. Saya tahu sangat sebab saya berada di China 4 tahun.



Pemuda Siap Sedia Hadapi Dua Pilihanraya Kecil

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/BBQpemuda2.jpg

Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil di Perak dan Kedah bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyar dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut. (Gambar-Majlis BBQ Pemuda Sempena Kemenangan Kuala Terengganu)


Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, sasaran adalah untuk memastikan trend sokongan golongan muda meningkat berbanding dua pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kalau boleh, kita mahu sokongan muda lebih daripada pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu dan Permatang Pauh,” katanya.

Katanya, Pemuda PAS akan menjalankan kempen awal dengan memberi penjelasan sewajarnya supaya sokongan tidak tergugat.

Sehubungan itu Ketua Pemuda DUN Bandar Kuala Terengganu, Syed Alwi Syed Abd Rahman (Gambar) berkata beliau akan mengerahkan anak-anak buahnya bagi membantu kedua-dua pilihanraya kecil tersebut.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/syedalwi.jpgBeliau yang ditemui Buletinonline pada majlis BBQ Pemuda sempena kemenangan Parlimen Kuala Terengganu di Cabang Empat Pulau Musang baru-baru ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dalam negeri dan luar Terengganu.

“Inilah masanya untuk membalas budi petugas-petugas, khususnya yang datang dari luar, kita akan memastikan pemuda-pemuda DUN Bandar bersama-sama dua pilihanraya kecil yang penting itu,”katanya.

Turut sama melayan para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pemuda DUN Wakaf Memepelam, Yusof Embong.

Beliau juga memberikan komitmen yang sama, akan turun bersama-sama pemuda Kuala Terengganu bagi mempertahankan kedua-dua kawasan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Roslan Shaharum dan peletakan jawatan V Arumugam.




ROGRAM MB PERAK HARI INI


PAGI:

Kes Yang Amat Berhormat Menteri Besar Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin Vs Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir (MK 25-25-09) akan di dengar di mahkamah.

TARIKH: 18hb Februaru 2009 (RABU)
WAKTU: 11am
TEMPAT: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurt, Jalan Duta.

Dijemput Hadir.

PETANG DAN MALAM:

LAWATAN MENTERI BESAR PERAK YAB DATO' SERI IR. MOHD NIZAR KE BAGAN DATOH

Rabu - 18 / 02 / 2009

3.00 ptg : MAJLIS HI-TEA di Parit Satu, Sg. Sumun

5.00 ptg : RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT di Bagan Sg. Tiang

7.00 ptg : KULIAH MAGHRIB di Surau Idrisiah, Kg. Sg. Betul

8.00 mlm : MAJLIS BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT di Hutan Melintang

~ Seluruh Rakyat Dijemput Hadir ~


Program MB pada16.feb 2009 di Lumut dalam Siri Jelajah Perak. Hari ini 18. feb 09, Siri Jelajah Perak diteruskan ke Bagan Datoh. Sila Double klik pada gambar untuk paparan lebih jelas..



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .