Ikuti Blog ini

Mokhzani Merompak Petronas

Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana.

Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN.

Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini. Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani.

Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu. Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu.

Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.

Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu lihat dan tidak membuat sebarang tindakan. Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia. -sumber

Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan

Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan

Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos.

Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.

Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan.


APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH?


Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan - sekarang Menteri Pertahanan -GB).


Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi.


Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan.


Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi.


Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh?


Sehingga hari ini masih tiada lagi siasatan yang benar-benar telus dilakukan. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih di luar sana serta bebas dan yang paling menyedihkan penjenayah ini sekarang bergelar Menteri.


Berikut adalah petikan dari media Sunday Mail 21-22 Julai 2007 yang telah memaparkan insiden tersebut. Ini adalah hasil dari kegagalan pihak polis dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Kenapa sehingga kini tidak ada pendakwaan.


Suratkhabar ini telah memaparkan kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah serta sebab yang menyebabkan beliau dipukul dengan begitu teruk oleh kumpulan Dato' Ahmad Zahid Hamidi.



Menurut Dato' Ahmad Zahid Hamidi tindakan Amir Bazali hanya untuk memburuk-burukkan namanya dan adalah mustahil beliau melakukan perkara ini semata-mata kerana Amir Bazli keluar "temujanji" dengan anaknya. [Nota: Ini menjawab saranan komentar yang menyatakan Amir Bazli layak dipukul kerana keluar tanpa persetujuan.]


Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan itu dengan alasan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atas tuduhan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah.


Lebih memburukkan ialah polis turut "senyap" mengenai isu ini. Kenapa?


Agak keterlaluan sekiranya Amir Bazli terpaksa memukul dirinya sedemikian rupa dengan mengalami kecacatan semata-mata untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Ini tidak logik dan sukar diterima akal. Persoalan-persoalan tuduhan ini sepatutnya dirungkai oleh pihak polis demi untuk mencari kebenaraan (dan keadilan).


Ini kes jenayah dan tuduhan adalah tuduhan jenayah. Persoalan ini memerlukan siasatan dan pembelaan.


Apakah dengan penafian Dato' Ahmad Zahid Hamidi sahaja cukup untuk menolak perbuatan jenayah yang beliau lakukan.


Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh polis? Adakah Amir Bazli mencederakan dirinya sebegitu rupa, mengalami kecederaan kekal hanya untuk membuerukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi?


Adakah kecederaan di muka Amir Bazli >tidak menimbulkan sedikit kemusykilan dari pihak polis?


Kenapa tidak disiasat dan sekiranya Amir Bazli menipu,mengenai isu ini kenapa beliau tidak diambil tindakan kerana laporan palsu?


Ini semua menaikkan bulu kening. Polis tidak mengambil langkah-langhkah yang sepatutnya dalam memastikan kebenaran terselongkar. Sekiranya tidak, maka timbul spekulasi bahawa polis bertindak menyorokkan insiden ini hanya kerana Dato' Ahmad Zahid Hamidi seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.


Adakah kedudukkan ini melayakkan undang-undang diketepikan dan mengsa terbiar tanpa pembelaan? -Sumber

Cukai Prabayar Selepas PRU-13

Kerajaan kini berada dalam situasi bertahan dengan syarikat telekomunikasi-telko di Malaysia. Bertahan untuk tidak melaksanakan cukai tersebut kerana PRU-13. Sebelum ini syarikat telko dengan restu kerajaan telah menetapkan 15 September 2011 melaksanakannya tetapi terpaksa membatalkan kerana PRU.
Telco akan melaksanakannya dan kerajaan akan merestui, syaratnya selepas PRU. Pelanggan-pelanggan Celcom-Xpax, Maxis-Hotlink dan Digi akan ‘menikmatinya’. Ini kerana Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Utusan Malaysia melaporkan cukai prabayar akan dilaksanakan Julai 2011;
KUALA LUMPUR 15 Mac – Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.
Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.
Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.
Jaga-jaga dengan undi anda atau anda mungkin ingin nikmati cukai tersebut!!

Salahudin jumpa Musa Hitam bincang politik negara

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menghabiskan masa hampir satu jam bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam di kediamannya di Bkt Tunku, Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa isu semasa yang menjurus kepada halatuju politik negara khususnya berkaitan urus tadbir dan intergriti negara.

Bagi Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, Tun Musa Hitam adalah seorang negarawan yang masih punya peranan khususnya dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik tanah air.

Selain itu Tuan Musa juga katanya punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

"Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri.

"Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara," katanya kepada Harakahdaily

Perbezaan idealogi antara kedua-dua mereka ujar Salahuddin, langsung tidak menggangu perbincangan mereka terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara.

"Saya mengharapkan kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu, pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku," katanya. -Hrkh

Jingga 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan'


NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasan imam Hoslan Hussain yang dijatuhkan hukuman penjara setahun, Khamis lalu di atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata kumpulan itu juga akan berarak dan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut pembebasan Hoslan (foto).

NONE"Kita juga menyeru supaya orang ramai (supaya) turun menyertai himpunan ini. Dijangka juga isteri serta anak-anak imam Hoslan akan turun selain pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang, kata Fariz lagi yang menambah, perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.

Sementara itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan.

Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secara berperingkat dan pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.

"Kita masih lagi terbuka jika ada pihak ingin menderma dan kita juga akan mula mengira jumlah wang yang telah didermakan pada akaun bantuan kemanusiaan pemuda PAS selepas 19 Mac ini.

"Respon yang kami terima sangat bagus kerana kita telah iklankan di dalam akhbar Harakah," katanya.

Dewan Pemuda PAS melancarkan tabung berkenaan minggu lalu, bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hoslan akibat hukuman pemenjaraan itu.

Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan sepanjang tempoh pemenjaraan tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda simpati dan juga untuk membela nasib isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa yang perlu menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah. -M'kini

Sakmongkol Harap Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU


Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN

PEKAN : Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.

Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. -PahangDaily.

Apa Beza Konsert Anjuran PAS Berbanding Anjuran Umno?




KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berbelanja ribuan ringgit bagi 'mengarak' dan 'mengusung' konsert Wali Band ke seluruh pelosok negeri menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas, bagi meraih sokongan anak-anak muda.

Manakala PAS sering mengadakan konsert-konsert kesenian dan muzik alternatif, di setiap ceruk rantau bagi memberi pilihan dan menjelaskan, hiburan itu tidak haram disisi agama Islam.

Kehadiran para artis ‘rockers’ yang cenderung dan yang telah kembali memilih jalan hidup Islam pada Konsert Gema Keinsafan di hadapan Pasar Borong Gong Pauh Kuala Terengganu, membawa makna dan perspektif yang berbeza tentang konsert dan muzik.

Skuad Buletinonline mengambil peluang mendekati bekas vokalis  lagu-lagu ‘rock’, Ismail Zainuddin yang dikenali ramai dengan gelaran Mel Wings

Beliau mendapat gelaran demikian kerana pernah menganggotai Wings sekitar tahun 1995, apabila ‘vakum’ penyanyi utama kumpulan itu diisi
olehnya.

[Gambar - (Atas) - Mel ketika bercakap pada sidang media dan (bawah) aksi Mel ketika membuat persembahan di Konsert Gema Keinsafan]
Wings yang sedang berada dipuncak dunia hiburan perdana tanah air ketika itu gagal mencari ganti ‘Awie’ yang mengundurkan diri.

Walaupun telah mencuba seramai 69 orang penyayi yang mahu menjadi seperti ‘Awie’ tidak seorang pun yang dipilih oleh kumpulan Wings.

Akhirnya, Ismail Zainuddin@ Mel diteima menggantikan Awie, setelah diperkenalkan oleh penyanyi era ‘pop yeh-yeh’, A.Romzie.

Apakah bezanya antara antara konsert anjuran PAS berbanding anjuran Umno atau penganjur lain?

"oooooi jauh beza (nya)…… PAS buat konsert kerana nak (mahu) meletakkan kalimah Allah di puncaknya (yang tertinggi). Nak ajak masyarakat kenal Tuhan,”kata Mel, apabila diajukan soalan tersebut.

Mel yang tidak kekal lama bersama kumpulan Wings hanya sempat merakamkan satu album yang berjodol Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat.

Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Amal yang membantu beliau semasa konsert ‘Kembalilah’ anjuran Dewan Pemuda PAS Dungun pada 12 Mac lalu.

“Kakak ipar saya terharu macam nak menangis, bila Unit Amal bertungkus lumus tolong tolak kereta (saya) lekat (dalam selut) di tapak konsert di Dungun,”ujarnya.

Menurutnya, orang-orang diluar dan tidak biasa dengan PAS merasa hairan dengan semangat PAS dan ahli-ahlinya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Katanya, selepas kereta beliau berjaya dikeluarkan, kakak Ipar dan ahli-ahli rombongannya bertanya tentang sikap ahli PAS.

“dia orang (Unit Amal dan Ahli PAS) ni selalu mcm ni ke?”

“Saya jawab, beginilah selalu (sentiasa).........,"tambah Mel. -BO

Pemimpin amanah mesti sedia dihukum rakyat


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pemimpin yang menganggap kerajaan yang diperintahnya sebagai amanah mesti bersedia untuk kalah dan dihukum rakyat, bukan untuk menang semata-mata.

Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, kekalahan seseorang pemimpin atau kerajaan diterima dengan terbuka, berbanding pemimpin di negara ini.

Demikian dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Parlimen.

Menurut Abdul Hadi, terdapat tokoh-tokoh pemimpin politik yang berjiwa besar di banyak negara lain yang sanggup menerima hukuman rakyat, dan kalah pada pilihan raya.

"Di Amerika Syarikat pernah dalam tahun 70-an, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Amerika membatalkan kemenangan seorang Presiden yang terlibat dalam skandal Watergate yang terkenal.

"Presidennya sanggup mengundurkan diri dan tidak mengamuk. Tidak melakukan sesuatu di luar undang-undang. Ini moral yang ditunjukkan oleh mereka. Sepatutnya kita menunjukkan sikap yang sedemikian," tegas beliau.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, hal-hal yang seperti ini tidak wujud di negara ini kerana parti memerintah mahu menang dengan apacara sekalipun.

Bahkan, katanya demokrasi wujud dalam parlimen, di mana bukan sahaja kebebasan diberi kepada pembangkang untuk mengkritik kerajaan,tetapi termasuk 'backbencher' kerajaan sendiri dibenarkan untuk mengkritik kerajaan dan membangkang.

Tambah beliau , ada parlimen yang boleh menjatuhkan kerajaan apabila terdapat di kalangan penyokong-penyokong kerajaan sendiri tidak memberi kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan.

"Mereka tidak diambil tindakan disiplin, bahkan ketua kerajaan berundur dan dipilih kerajaan baru daripada parti yang sama.  Ini menunjukkan bagaimana jiwa besar seseorang pemimpin patut menjadi contoh pemimpin di negara ini," tegas beliau.

Justeru, katanya jika setiap pemimpin yang memerintah negara berpegang kepada konsep amanah, maka tidak akan berlakulah kecelaruan, khianat dan penyelewengan.

Beliau menambah, pemimpin yang diberi peluang menjadi kerajaan bukan bermakna peluang untuk mendapat apa sahaja dan melakukan apa sahaja, sebaliknya berpegang kepada konsep amanah dalam memimpin. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .