Ikuti Blog ini

Dr. Asri Belasah Ketua Unit Media Baru Umno


Dahsyat sungguh pemikiran golongan Umno nih. Macam nih punya jenis manusia jikalau jadi pemimpin pasti negara jadi lingkup seperti sekarang. Agama dipinggirkan, kaum keluarga dan kroni dikayakan dahulu, projek untuk kroni dan pelbagai salah laku lagi. Tak percaya? lihat  print screen tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal. Teruk di belasah oleh Dr. Asri. Jikalau macam nih ler taraf pemikiran seorang Ketua kepada unit cybertroopers Umno.. jadi janganlah harap pemikiran yang lebih brilliant dari blogger dan facebooker pencacai Umno.

Tak pasal-pasal Tun faisal membuat serangan membabi buta terhadap Dr. Asri. Ada ke patut Tun Faisal kaitkan peristiwa mengamuk di Putrajaya dengan Dr. Asri. 

Memang patut pun, apabila Dr. Asri keluarkan statement wajib kikis orang yang semacam Tun Faisal dari Umno malah beliau juga dikatakan sumber bala bagi gerombolan Umno. Baca pembelasahan Dr. Asri di bawah..

SAMM seru anak muda sertai Himpunan Oren


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang akan berlangsung pada 14 Julai ini sambil menyeru kepada semua anak muda untuk turun berhimpun demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara sebelum terlambat.


Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, Himpunan Oren dijangka mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan muda harus bertindak melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini daripada dirompak oleh lanun berkolar putih.

Katanya, SAMM juga melalui Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah masuk ke beberapa gugusan Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong baru-baru ini untuk pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa.

Bagi SAMM, ujarnya penyenaraian FGVH seumpama memperjudikan nasib peneroka Felda yang sudah berpuluh tahun berbakti kepada negara.

Menurutnya, menyenaraikan FGVH adalah satu perjudian yang harus dielak dan ditentang kerana tiada jaminan keuntungan yang berkekalan malah peneroka Felda terdedah kepada risiko kerugian melampau sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998 yang lalu.

“Kerajaan kononnya memberi jaminan adalah penipuan semata-mata merujuk kepada banyak amanah saham yang sebelumnya dijamin kerajaan tetapi lingkup menyembah bumi dan nasib pemegang saham langsung tidak dibela,” ujarnya.

Beliau berkata, SAMM melihat tidak mustahil tanah Felda akan tergadai melalui penyenaraian FGVH dan ia akan melibatkan ratusan ribu hektar tanah rezab melayu.

SAMM juga, ujarnya turut mempersoal laporan yang menunjukkan Pengerusi Felda yang tidak mempunyai walau seinci pun tanah Felda yang dibangunkan, namun memperolehi 180 ribu unit saham sedangkan peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang hanya dikurnia 800 unit saham sahaja.

Ini, ujarnya satu pengagihan tidak adil yang melampau dan harus ditentang habis-habisan.

“Ayuh anak muda Malaysia bersama SAMM berarak dari Masjid Wilayah di Jalan Duta ke Istana Negara untuk memberi tekanan dan signal yang jelas kepada kerajaan betapa rakyat terutamanya warga Felda menolak penyenaraian FGVH,” ujarnya. -Hrkh

Finaz Yunus Akhirnya Mohon Maaf Kepada Abby Abadi



Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook. Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih berhati2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;


Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu.

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam (Hasrizal Abdul Jamil)

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.

Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.

1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah

Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


-ehgosip

Kerajaan UmnoBn Pergunakan Pemandu Teksi



Kerajaan UmnoBn telah mengisytiharkan "perang" terhadap rakyat Malaysia yang cintakan perubahan dan demokrasi di dalam plihanraya di negara ini.

Sekarang ini kerajaan UmnoBn sedang sibuk berkempen dengan mengedarkan risalah anti-Bersih yang memaparkan logo Kementerian Kebudayaan.  Risalah-risalah ini telah dijumpai di tempat duduk belakang teksi yang diedarkan oleh kerajaan kepada pemandu teksi yang menuduh gerakan reformasi sistem pilihanraya sebagai "pengacau".
Bekas Presiden Bar Council Malaysia yang mengetuai Bersih bersama dengan Sasterawan negara, Datuk A Samad Said berkata, beliau mendapati risalah tersebut dibantah kerana ia dipersembahkan dengan berat sebelah kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku.

Risalah yang memaparkan gambar-gambar penyokong Bersih berpakaian kemeja-T kuning menyerang polis di satu pihak dengan perkataan "Hidup Biar beradab Bukan Biadap" dan di belakangnya pula dinyatakan "Fikir-fikirlah dan jangan meyokong kumpulan pengacau yang degil dan jangan diperalatkan", telah dimanipulasi oleh pentadbiran Najib yang telah menyembunyikan fakta tentang keganasan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 .


Beliau berkata beliau percaya terdapat beberapa anggota polis yang bertugas pada hari itu yang telah menangani perhimpunan tersebut dengan profesional tetapi menambah ada juga kumpulan polis yang mensasarkan penyokong Bersih dan mendera mereka.  Malah terdapat ramai anggota cawangan khas polis yang menyamar sebagai peserta Bersih untuk melakukan huru hara.
 
Pemandu Teksi Dipergunakan?
 
Setelah pemandu teksi di perdayakan untuk mengedarkan risalah yang menentang suara Rakyat yang cintakan perubahan, adakah Rakyat Malaysia merasakan hanya setelah Najib “memberikan” tayar percuma kepada pemandu teksi, mereka telah terpengaruh dan terpedaya dengan “Rasuah” politik sebelum pilihanraya ini?  Ataupun adakah pemandu-pemandu teksi ini bijak menilai demi masa depan mereka bukannya terletak kepada 4 biji tayar percuma..?
 
Anak-anak muda percaya pemandu-pemandu teksi di negara ini amat bijak untuk menilai demi masa depan kehidupan Rakyat Malaysia…

Memalukan!! Gambar 'Haram' Najib Dan Noh Omar..



Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

“Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram.

“Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut.

Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS.

Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung.

Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen.

“Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan,” katanya. ~selangorku

Lagi UMNO BN Kecundang Di Kandang Sendiri..




Bukan nak kutuk tapi, admin nak anda nilai sendiri, silent majoriti pun BN dah tak kuat, kalau menang PRU memang sah menipu..

Macam Hosjib Mubanazak, saban tahun menang 80persen majoriti PRU, tapi apabila SPR Mesir di Bersihkan rupanya baru kita tau selama nih mereka menipu...

Satu bancian telah dilakukan di dalam facebook yang dikelolakan oleh juak UMNO.

Sertai vote ini bersama bagi menjauhkan jurang, link

TERKINI:

BN - 839
PR - 7,049

sumber: FB

Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan



(Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah)

KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi.

Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini.

Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini.

Rombongan presiden juga dijangka bertemu pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang beliau sertai serta pimpinan parti politik Freedom and Justice Party (FJP) yang menguasai kerusi parlimen Mesir selepas pilihan raya lalu.

Dalam program pertamanya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut diraikan dalam satu  pertemuan dengan Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di pejabat pergerakan itu yang terletak di pinggir bandar Kaherah di sini.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Fraksi Parlimen Hamas di Gaza Dr. Khalil Al Heyya.

(Berbincang dengan Dr Musa, Hamas)

Selain bertukar-tukar pandangan, pertemuan hampir sejam itu antara lain turut membincangkan soal perkembangan semasa yang sedang berlaku di Timur Tengah serta perkembang di bumi Palestin.

Dalam program lain hari ini, Tuan Guru juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif petang ini waktu tempatan.

Presiden juga dijadual menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini malam ini. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .