Ikuti Blog ini

Terbaik !! Foto Mahasiswi bangkit tolak UMNO

UMNO dan Najib bertambah pening kepala...Hebohkan kepada dunia kononnya anak-anak muda bersama dan pilih UMNO/BN tetapi realitinya adalah sebaliknya.

Lihat rakaman gambar diatas....Mahasiswi bangkit dan mau melakukan perubahan dengan berdemo depan kediaman rasmi Najib Razak di Sri Perdana Putrajaya semalam.

Dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera tulis ayat ' TOLAK UMNO/BN" sudah pasti UMNO kini berasa cuak gementar, panik dan gelabah untuk menghadapi PRU 13 yang sudah mata dekat tarikhnya kini.

Bila mahasiswi dengan berani bangkit tolak UMNO memberi erti UMNO akan sakit dan rebah.

Para pemimpin UMNO terutamanya Mursyidul Amnya Mahathir dan Najib Razak tanya pada diri sendiri mengapa mahasiswi  yang dikategorikan sebagai anak muda yang cerdik pandai, berilmu dan bermaklumat tolak UMNO/BN secara total dan mutlak.PRU 13 ialah PRU anak-anak muda - Omakkau


Anak muda tolak UMNO
Konvoi Anak Muda TOLAK UMNO ??

Sekitar Konvoi Anak Muda Tolak UMNO. Mereka Berkumpul Di Dataran Shah Alam Pagi Tadi Sebelum Dilepaskan Menuju Ke Dengkil...              Ini Kali Lah!!!
 

[Video] Lagu Exist Papar Mesej "We Need, We Want Anwar"



[KD] KUALA LUMPUR : Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.



Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.

Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.



Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook ‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)

Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.

Karabat Diraja Antara Calon Yang Diumumkan DAP Bertanding Di Pahang

 Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab
RAUB: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz telah diletakkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Raub.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan kepada ahli parti dan penyokong mereka di Sungai Liu dekat sini pada Isnin.
Sementara Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding menentang calon MCA bagi kerusi Mentakab.
Mohd Ariff, 57, merupakan Adun selama satu penggal dari 2004 hingga 2008, juga merupakan seorang penulis blog yang menggunakan nama "Sakmongkol AK47."
Dia menyertai DAP pada Januari tahun lalu, bersama-sama seorang veteran Umno, Aspan Alias.Mohd Ariff akan berhadapan dengan Exco senior Pahang yang juga Adun Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang dijangka akan menggantikan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bagi kerusi berkenaan.
Tengku Zulpuri,47, merupakan kerabat diraja Pahang.Beliau bertanding dan menang jawatan timbalan pengerusi dalam pemilihan parti pada 2010.
Tengku Zulpuri akan berhadapan dengan penyandang kerusi Datuk Chuah Boon Seong, yang juga Ketua MCA Bahagian Temerloh.
Selain daripada dua personaliti yang berpengaruh itu, Lim turut mengumumkan bahawa Adun Tras, Choong Siew Onn akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya.Tras merupakan satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Raub.
Dua lagi kerusi DUN ialah Batu Talam dan Dong.Pada pilihan raya 2008, Choong memenangi kerusi DUN Tras dengan majoriti 2,451 ekoran isu bantahan terhadap Bukit Koman.

Sementara itu, dalam ceramah di lokasi lain di Kampung Baru Ulu Perting, Lim turut mengumumkan Adun DAP selama lima penggal, Leong Ngah Ngah akan bertukar kerusi dan bertanding di Ketari.Leong merupakan Pengerusi DAP Pahang dan Adun Triang sejak 1990.
Lim turut mengumumkan bahawa Ketua Pemuda DAP Bentong, Choe Yu Hui akan bertanding di Bilut sementara Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC), Kamache Doray Rajoo akan berhadapan dengan calon MIC di Sabai.
Pada pilihan raya umum lalu, Kamache tewas dengan majoriti tipis kepada penyandang kerusi Datuk M. Davendram dengan 145 undiKerusi DUN Sabai, Ketari dan Bilut terletak di bawah Parlimen Bentong.
Sementara satu lagi kerusi iaitu, DUN Pelangai merupakan kerusi disandang oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Bulan lalu, Lim mengesahkan bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan bertanding di Bentong menggunakan lambang DAP.
Wong akan berhadapan dengan Menteri Kesihatan yang juga Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. -Mstar

Himpunan 'countdown' bubar Dun Pahang 7 April


KUALA LIPIS: PAS Pahang akan mengadakan himpunan 'countdown' pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada 7 April di Taman Indera Sempurna, Kuantan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap pada siri jelajah Negara Berkebajikan di Padang Tengku petang tadi memberitahu himpunan tersebut akan diadakan secara besar-besaran.

Menurut beliau lagi, sebagaimana Negeri Sembilan yang terbubar secara sendiri, rakyat di Pahang juga akan menantikan berlakunya pembubaran Dun sedemikian jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu memgumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

"Kita akan mengadakan himpunan besar-besaran untuk menanti terbubarnya Dun Pahang pada 7 April nanti di Kuantan.

"Kita harap seluruh rakyat Pahang yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk hadir menanti detik terbubarnya Dun Pahang secara sendiri dan juga detik bersejarah yang memalukan dalam pentadbiran Najib," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penduduk.

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat di negara ini sudah tidak bersabar menanti pembubaran parlimen, mereka cukup bersedia untuk melakukan perubahan lanskap politik negara ini.

"PAS bersedia kepada perubahan, Pakatan Rakyat juga bersedia kepada perubahan, rakyat juga bersedia membuat perubahan sebab itulah mereka sudah tidak sabar untuk memilih PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya nanti.

"Rakyat Pahang perlu yakin untuk membuat perubahan, kita kalahkan Najib di Pekan maka seluruh Pahang akan kita menangi," sambung beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tuan Ibrahim menyatakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang berlaku pada kerajaan sekarang ini mereka abai dan gagal menjaga rakyat termasuk soal kebajikan.

Menurutnya lagi kerajaan BN sekarang begitu terdesak dan akan mengumumkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk tunjuk mereka prihatin tetapi rakyat akan dibebani apabila mereka kekal memerintah.

Pada program tersebut, Tuan Ibrahim juga turut menyerahkan bendera dan baju kepada Unit Peti Undi dalam Parlimen Kuala Lipis sebagai simbolik persediaan menghadapi PRU13. (Gambar). -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .