Sarawak Report telah menerima banyak bukti bergambar mengenai cerita yang lengkap mengenai keganasan dan kemarahan yang tercetus di kalangan masyarkat Tebedu, Serian, yang selama ini diketahui sebagai salah sebuah masyarakat yang aman serta hormat pada undang-undang. Masalah itu tercetus kira-kira dua minggu lalu, apabila perampasan yang dilakukan oleh Taib ke atas suatu kawasan hutan dara.
Para ketua kampung di kawasan tersebut telah diancam dan buat pertama kalinya serangan ke atas mesin-mesin milik syarikat pembalakan telah dilancarkan oleh para penduduk. Para pekerja syarikat pembalakan, kebanyakannya dari golongan pendatang dari negara jiran, telah terlebih dahulu melarikan diri.
Sebagaimana yang dilaporkan, kemarahan yang tercetus itu timbul dari kalangan masyarkat Bidayuh yang biasanya pemalu dan kebanyakannya dibelengu kemiskinan, telah memaksa mereka membakar 4 buah lori, jentera-jentera berat dan 5 buah kediaman bagi menempatkan pekerja-pekerja asing di kem pembalakan berkenaan.
Sebatang jambatan yang telah digunakan untuk mengangkut kayu balak juga telah mereka musnahkan. Gambar-gambar kami telah menunjukkan betapa teruknya kemusnahan yang telah dilakukan oleh lebih kurang 500 orang dari 10 buah perkampungan kaum Bidayuh itu.
Seorang wakil penduduk di situ telah memberitahu Sarawak Report bahawa tindakan yang telah mereka ambil timbul dari rasa putus asa dan terniaya, yang mana mereka menganggap pencerobohan syarikat pembalakan itu dilakukan ke atas kawasan tanah dan hutan hak mereka.
"Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menghalang kemasukan mereka ke kawasan kami, tapi tiada siapa pun ambil peduli", jelas wakil penduduk itu.
Malah, sejak beberapa bulan yang lalu, wakil-wakil dari kampung-kampung yang terbabit pernah memfailkan dua laporan polis menuntut menghentikan pencerobohan orang luar ke kawasan NCR mereka itu, namun tidak dipedulikan. Mereka juga telah mengutuskan banyak surat kepada pihak-pihak berkuasa di peringkat Negeri dan Persekutuan, namun tidak juga berjawab.
Menurut para penduduk kampung, surat-surat itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Menteri-menteri Alam Sekitar di peringkat negeri dan juga persekutuan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan kepada Michael Manyin dan Richard Riot, wakil-wakil kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi kawasan berkenaan antara lainnya. Namun, tiada seorangpun ahli-ahli politik BN mempedulikan semua itu.
Kegagalan membendung masalah di peringkat awalnya telah memburukkan lagi keadaan, malah dari mulanya para penduduk kampung telah mengalami bekalan air sungai mereka yang tercemar akibat pembalakan di bahagian hulu sungai mereka. Orang-orang kampung juga marah dengan keadaan jalan, yang pada mulanya juga diberitahu bahawa jalan-jalan itu dibina atas alasan 'pembangunan', telah tiba-tiba dihentikan beberapa ratus ela dari perkampungan mereka dan dilencongkan ke dalam kawasan hutan hanya dikhaskan untuk menghantar jentera-jentera berat bagi tujuan pembalakan.
Kini, krisis telah meruncing disebabkan oleh keputusan Ketua Menteri. Pihak polis terpaksa masuk ke kampung untuk menenangkan para penduduknya seberapa berkesan yang mungkin. Namun, dengan terhentinya kegiatan pembalakan, terpulanglah kepada kerajaan negeri untuk memutuskan bagaimana mengendalikan keadaan yang telah timbul dari sikap tamak dan rakus mereka itu.
Ketamakan Taib
Seperti masalah-masalah lain di Sarawak, masalah di Tebedu telah tercetus dari sikap tamak Abdul Taib Mahmud.
Hanya pada bulan yang lalu dia telah ditemuramah secara terkawal dan terancang dalam sebuah laman web tajaan BN Sarawak, di mana dia telah mengakui bahawa 70% dari hutan hujan Sarawak masih tidah terusik!
Persembahan yang telah dirancang dengan penuh teliti itu telah direka sedemikian rupa bagi menangkis penilaian-penilaian yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan pencinta alam sekitar yang mengatakan sebesar 90% dari keseluruhan hutan Sarawak telah ditebang – mungkin kini telah menjangkau sekitar 95%.
Sebagai mana yang pernah kita dengar suatu ketika dahulu, penilaian sebegini telah dikemukakan oleh sepupu Taib sendiri yang juga selaku proksinya Abdul Hamid Sepawi, yang mengatakan: "hampir keseluruhan hutan asli di Sarawak telah ditebang sekurang-kurangnya sekali". [Hamid Sepawi – 2006 Apllication of Planted Forest Licence, Pengerusi Ta Ann]
Hakikat sebenarnya terletak pada Ketua Menteri yang sudah lanjut usianya itu yang masih berdegil untuk menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sehingga dia selesai menebang kesemua kayu bernilai tinggi bagi mengisi akaun-akaun banknya itu. Sarawak Report pernah menerbitkan pendedahan terperinci yang dibuat oleh beberapa orang ahli perniagaan yang mengesahkan tentang tahap suapan rasuah yang harus mereka bayar kepada Ketua Menteri dan keluarganya bagi mendapatkan lesen-lesen pembalakan selama ini. Adakah Tebedu berbeza dengan kes-kes yang lainnya?
Kayu yang bernilai ratusan juta ringgit
Kawasan hutan dara seluas 4,125 hektar di Tebedu itu telah dibenarkan untuk ditebang dengan kelulusan dari Menteri Sumber dan Perancangan (yang disandang oleh Taib Mahmud sendiri), merupakan baki kawasan hutan yang masih tinggal yang terletak di pedalaman Sarawak, berhampiran dengan sempadan Indonesia-Malaysia.
Kawasan tersebut ditumbuhi oleh kayu keras bernilai tinggi, seperti kayu Belian, yang kini semakin lenyap akibat ditebang oleh Taib sejak sekian lamanya. Menurut penerangan seorang penduduk tempatan, Christopher Kiyui yang pernah bertanding sebagai calon PKR baru-baru ini, bahawa spesis kayu keras jenis itu amat jarang malah sukar ditemui, maka nilai kayu itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Seperti yang sering dibuktikan selama ini, kemusnahan kawasan hutan akan menyumbangkan separuh dari keuntungan kepada Abdul Taib Mamhud, dan orang-orang kampung tetap tidak akan mendapat apa-apa melainkan menyaksikan kemusnahan tanah-tanah yang pernah menjadi tempat mata pencarian mereka suatu ketika dahulu!
Apakah perkara yang dilakukan di Sarawak
Dalam wawancara TV baru-baru ini Taib telah mengakui bahawa semua kerja pembalakan dan pembangunan di Sarawak dilakukan secara berterusan dan terkawal! Maka, marilah kita meneliti proses-proses di mana dia telah diketahui menceroboh ke sebuah baki kawasan hutan yang dianggap sebagai NCR masyarakat Bidayuh itu.
Taib telah melancarkan gerakannya pada tahun 2009 dengan memberikan lesen menebang kayu di situ pada 15th Oktober kepada sebuah perbadanan kerajaan negeri, Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak telah ditubuhkan dalam tahun 1970-an dengan tujuan mengadakan bantuan pelajaran di Sarawak dan kini di bawah kawalan sepenuhnya Taib Mahmud. Namun para penduduk tidak diberikan apa-apa notis mengenai kegiatan pembalakan di Tebedu itu.
Dua belas hari setelah lesen dikeluarkan, iaitu pada 27hb Oktober 2001, sebuah syarikat persendirian dikenali dengan nama Alliance Bahagia Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh dua orang ahli perniagaan, Tiong Ngie Kiang dan Ho Tion Soo (peniaga bahan-bahan binaan). Syarikat berkenaan menamakan perniagaan mereka sebagai "Pegangan Pelaburan, Perniagaan Umum dan Perkhidmatan Pengurusan".
Namun, rekod-rekod menunjukkan, pada 3hb Mei 2010 syarikat Alliance Bahagia telah menerima Perjanjian Membalak dan Kuasa Attorney oleh Lembaga Pengarah Yayasan Sarawak sebagai "kontraktor utama dan eksklusif untuk menebang kayu balak dari kawasan yang telah dilesenkan"!
Sarawak Report ingin bertanya, apakah bentuk siasatan yang telah dijalankan oleh Yayasan Sarawak dan Jabatan Hutan yang telah mendapati sesuainya syarikat berkenaan mengambil kayu balak dari hutan itu dan apakah Penilaian Impak pada Persekitaran (EIA) yang telah dijalankan bagi mempastikan 'kebeterusan penghutanan' di kawasan hutan berkenaan?
Jika segala penilaian telah dibuat, kenapakah ianya tidak diterbitkan dan terbuka untuk ditatapi oleh para pakara?
Tambahan lagi, kenapakah orang-orang kampung tidak diberitahu mengenai tujuan kehadiran syarikat itu di kawasan mereka?
Pada bulan Jun 2010 jentera-jentera milik syarikat Alliance Bahagia telah dihantar ke kawasan itu sambil memusnahkan tumbuhan serta mencemarkan air sungai, tetapi mereka tidak tahu mengenai masalah ini!
Sarawak Report juga menyoal keberkecualian kedudukan Lembaga Pengarah dalam Yayasan Sarawak dalam perkara ini, memandangkan keahlian dalam lembaga tersebut. Kami difahamkan bahawa pengerusi lembaga itu adalah adik ipar Ketua Menteri, Adenan Satem, yang juga merupakan Menteri Penerangan dalam kerajaan Negeri! Ahli yang paling senior dalam lembaga tersebut adalah isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu, iaitu Empiang-Jabu, mana kala Setiausaha Negeri Sarawak juga menganggotai lembaga berkenaan. Pada hakikatnya, ahli-ahli dalam lembaga yayasan itu terdiri dari mereka yang mempunyai kepentingan politik dan hubungan kekeluargaan dengan Abdul Taib Mahmud, atau bergantung padanya untuk jawatan-jawatan rasmi mereka.
Urusan yang memalukan
Pada bulan September 2010 syarikat itu telah melakukan sesuatu kepada orang-orang kampung. Apa yang mereka telah lakukan amatlah memalukan iaitu menggunakan rasuah di bawah pentadbiran Taib Mahmud, yang meluluskan perundangan untuk mengakhiri pemilihan secara berdemokrasi ke atas ketua-ketua masyarakat dengan menggantikan sistem yang sedia ada dengan suatu sistem yang melantik ketua dari kalangan orang-orang yang mereka suka, yang akan dibayar sedikit gaji oleh kerajaan Negeri.
"Pada sekitar tahun-tahun 70-an ketua-ketua masyarakat dipilih oleh masyarakat itu sendiri" jelas Dr Kiyui, "tetapi kini ketua-ketua itu dilantik oleh para YB tempatan, dalam kes ini, oleh Michael Manyin, dan mereka itu adalah bonekanya. Secara sahnya sebarang projek yang dibawa masuk ke kampung seharusnya mendapat persetujuan orang-orang kampung. Namun, apa yang berlaku sekarang adalah orang-orang kampung tidak diberitahu sehingga mereka melihat pasukan juru-ukur yang memasuki kampung mereka untuk membuat kerja-kerja pengukuran dan selepas itu mereka menyaksikan kemasukan jentera-jentera pembalakan. Kini sudah menjadi lumrah di Sarawak di mana mereka mengusahakan pembalakan atas alasan membawa masuk pembangunan. Para penduduk tidak akan tahu apa-apa sehingga mereka menyaksikan kemasukan jentera-jentera berat ke kawasan hutan mereka, atau, setelah mereka dihalang memasuki kawasan perladangan yang diusahakan atas tanah NCR mereka sendiri".
Setiap orang di Sarawak memang menyedari mengenai masalah ini. Ianya suatu sistem demokrasi yang penuh rasuah dilakukan oleh Taib Mahmud, dan dialah orangnya yang sentiasa berpura-pura mewakili kerajaan yang 'mara ke hadapan'.
Maka para pembalak, yang mendapat restu Yayasan Sarawak, YB Manyin dan juga Taib, sebagai menteri yang bertanggungjawab, telah mengadakan urusan secara tertutup dengan 5 orang dari ketua-ketua masyarakat. Urusan sedemikanlah yang telah menafikan hak orang-orang kampung pada tanah-tanah NCR mereka termasuk pembayaran pampasan yang berpatutan di seluruh Sarawak.
Kelima-lima ketua masyarakat berkenaan, yang bepelajaran rendah, telah dipanggil ke suatu mesyuarat bersama wakil-wakil syarikat pembalakan dan juga peguam-peguam kepada syarikat itu, yang kemudiannya diminta untuk menandatangi suatu "Perjanjian". Mereka tidak diterangkan ataupun diberi apa-apa amaran, dan tidak pula diberi peluang untuk meminta pendapat dari orang-orang kampung mereka terlebih dahulu sebagai mana dituntut oleh adat dan peraturan kampung mereka.
"Perjanjian" itu telah dibuat dalam bahasa Inggeris di mana kesemua ketua masyarakat itu tidak memahaminya dan mereka tidak pula berpeluang mendengar terjemahan bagi terma-terma dalam "Perjanjian" yang mereka tandatangani itu. Selaku pekerja (kepada kerajaan), mereka terpaksa akur dengan tuntutan pihak syarikat itu yang mana kemudiannya mereka menerima sedikit pampasan setelah melepaskan kawasan hutan yang bernilai ratusan juta ringgit itu.
RM 50 untuk seorang? Dan mereka tidakpun melihatnya!
Adalah dipercayai bahawa Taib Mahmud, Yayasan Sarawaknya dan syarikat Alliance Bahagia telah membayar sebanyak RM 50 kepada setiap orang dalam masyarakat kampung itu kerana bersetuju menyerahkan tanah-tanah NCR hak mereka, dan juga sebagai jaminan terkawalnya sebarang kejadian yang tidak diingini di masa depan!
Pada hakikatnya orang-orang kampung tidak melihat wang tersebut kerana ianya diserahkan kepada ketua kampung mereka bagi pihak mereka sebagai bayaran berniat baik ala "ex-gratia"
Perjanjian itu, yang mana Sarawak Report ada menyimpan sesalinan darinya, jelas menunjukkan bahawa ketua-ketua kampung telah dipertanggungjawabkan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di kalangan anak-anak buah mereka terhadap syarikat pembalakan itu! Ini bermakna syarikat tersebut telah membebaskan diri mereka dari berhadapan dengan sebarang masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang kampung nanti – kesemuanya dengan bayaran sekecil RM 50 seorang!
Perjanjian itu hanya ditandatangani oleh 5 orang ketua kampung dari 14 orang ketua kampung keseluruhannya yang terjejas oleh kegiatan pembalakan itu. Ketua-ketua kampung yang lainnya tidak dijemput ke mesyuarat memeterai perjanjian itu, tetapi perjanjian itu telah merangkumi kesemua komuniti!
Penipuan yang nyata
Perjanjian berkenaan sebenarnya adalah suatu bentuk penipuan yang amat nyata. Dalam mana-mana mahkamah yang tulen, sebarang siapa yang telah melakukan pengeliruan akan dikenakan hukuman yang berat dan dianggap melakukan kecurian dan perjanjian itu akan diperintahkan sebagai tidak sah lagi. Namun, dalam negeri yang dibelengu kemiskinan dan kedaifan seperti di Negeri Sarawak segala bentuk penipuan pada dokumen-dokumen itu telah disembunyikan dengan menggunakan cop dan setem rasmi dan ianya boleh ditunjuk-tunjukkan kepada sesiapa yang ingin mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen itu. Yang menyedihkan, di bawah politik pimpinan Taib dokumen-dokumen itu tetap dianggap sah digunakan oleh syarikat pembalakan seperti Alliance Bahagia untuk menentang orang-orang kampung sehingga ianya dinilai di mahkamah.
Mujurlah, orang-orang kampung akan diwakili oleh Baru Bian, seorang peguam pejuang hak asasi manusia dan juga selaku calon PKR yang baru sahaja terpilih sebagai seorang ahli DUN. Baru Bian telah memenangi beberapa kes NCR menentang kerajaan Taib Mahmud beberapa bulan kebelakangan ini. Sebagai tindak-balasnya, Taib Mahmud telah diketahui mengancam hakim-hakim yang membicarakan kes-kes menentangnya dan mempastikan hakim-hakim itu disingkirkan. Ini bukanlah suatu cara yang betul untuk menguruskan aduan-aduan yang timbul.
Bahaya pemerintahan ala-kuku-besi
Taib akan mendapatkan hutan tersebut dengan apa jua cara sekalipun. Dia telahpun berjaya memenangi kerusi untuk kawasan tersebut pada pilihanraya yang lalu. Lagi pun, calon BN Michael Manyin telah didengar mengancam orang-orang kampung bahawa bekalan elektrik mereka akan diputuskan jika mereka tidak mengundinya pada kali ini! Manyin juga diketahui menyuap orang-orang kampung dengan dua ekor khinzir di samping memberi mereka wang sebanyak RM 30,000 (suatu nilai yang amat kecil berbanding dengan nilai kayu-kayu hutan yang telah dia lepaskan kepada syarikat pembalakan di situ).
Menurut Dr Kiyui, ramai di kalangan orang-orang tempatan di bawah usia 40 tahun telah mendapati nama-nama mereka hilang dari daftar pengundi pada hari mengundi! Manyin telah memenangi 4,000 berbanding 2,000 undi di kawasan tersebut, di mana terdapat ramai di kalangan penduduk belum pernah didaftarkan.
Namun, dengan mengenepikan proses-proses perundangan, peluang-peluang untuk mengemukakan aduan dan akses kepada keadilan, Taib sebenarnya semakin jatuh ke dalam perangkap para diktator. Tindakan yang diambil oleh orang-orang Tebedu menunjukkan bahawa mereka telah menerima tekanan yang berat. Seperti rakyat-rakyat Tunisia, Mesir, Syria dan juga Libya, orang-orang Tebedu ini telah terpaksa melakukan apa yang tidak sepatutnya mereka lakukan – mereka telah mengambil pilihan yang terakhir dengan menggunakan keganasan.
Inilah yang telah Taib lakukan terhadap mereka pada dua minggu yang lalu: Pada mulanya orang-orang kampung telah mengancam ketua-ketua kampung mereka, yang mereka ketahui telah menjualkan hak-hak mereka untuk wang.
Sebagai langkah melindungi diri dari ancaman anak-anak buah mereka itu, maka ketua-ketua kampung itu telah bergegas mendapatkan bantuan pihak polis yang seterusnya menghantar pasukan simpanan mereka bagi mengawal keadaan di situ.
Ketika pasukan keselamatan simpanan sibuk berkawal di situ, sejumlah 500 orang tempatan telah bergerak ke arahan jentera-jentera pembalakan, yang ditinggalkan oleh para pekerja asing yang telah melarikan diri dan kemudiannya jentera-jentera itu telah dibakar.
Apa lagi yang diharapkan oleh Abdul Taib Mahmud? Kenapa orang tua yang semakin kurang siuman ini masih mentadbir negeri yang telah dimusnahkannya untuk kepentingan dirinya? Negara-negara di seluruh dunia kini sedang mempersoalkan kenapakah Malaysia tidak sedikitkan menunjukkan usahanya untuk mengambil tindakan yang sepatutnya?
/SRDI BAWAH: JENTERA PEMBALAKAN MILIK KRONI FIRAUN TAIK MAMUD LAKNAT YANG DIBAKAR RAKYAT
Artikel asal di sini.