Ikuti Blog ini

Kata-kata "Hanya UMNO BN Boleh Perintah" Sudah Berakhir - Mohd Sabu

Hanya Umno BN boleh perintah' sudah berakhir

PENAGA, 23 Dis: Zaman yang mengatakan hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu untuk memerintah negara sudah berakhir dan tidak sesuai lagi digunakan dalam waktu kebelakangan ini.

Umno BN bukan saja sebagai sebuah parti politik yang menyesatkan umat manusia, tetapi juga membawa banyak kerosakan dalam negara terutamanya dalam pembangunan masyarakat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah beliau dalam majlis ceramah isu semasa anjuran PAS kawasan Kepala Batas di Penaga.

Hadir bersama ialah Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dan Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Idrus Ahmad.

Katanya lagi, kebanyakan kes yang melibatkan kerosakan seperti penglibatan rasuah oleh pemimpin komponen BN seperti Khir Toyo, Ling Liong Sik dan banyak lagi yang tidak dibawa ke muka pengadilan adalah antara contoh kerosakan yang dilahirkan.

Tambahnya, selain dari itu berlakunya penganiayaan terhadap rakyat apabila adanya bantahan dan protes bagi menegakkan keadilan.

"Apabila rakyat membuat bantahan kenaikan harga barang dan memprotes maka mereka akan ditembak dengan gas pemedih mata. Rakyat akan dihumban ke dalam sel penjara. Dipukul tanpa perikemanusiaan dan pelbagai lagi bentuk penganiayaan.

"Sekiranya ditimbulkan penglibatan mereka dengan agen Yahudi seperti Apco Worldwide, One Israel dan seumpamanya, maka mereka akan nyahkan dakwaan tersebut dengan menggantung wakil rakyat yang bersuara seperti apa yang berlaku kepada Anwar, Azmin, Karpal dan Sivarasa.

"Ini adalah antara contoh terkini yang amat ditakuti oleh Umno BN apabila banyak pendedahan dibuat. Jika boleh mereka mahu rakyat diam dan angguk saja dengan apa yang korup dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini," ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih menggerunkan Umno BN apabila DAP baru-baru ini melalui pengerusinya, Karpal Singh telah memberi sokongan kepada PAS untuk membincangkan pembentukan negara Islam.

Karpal yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Ahad lalu berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. -Hrkh

Itu Perlis punya fasal, kata Harussani




Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara.

Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya.

Harussani Zakaria"Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya.

Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi.

Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu berkaitan persoalan wakalah (perwakilan).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani bagaimanapun menjelaskan sekiranya terdapat mufti negeri lain, seperti Perlis yang tidak bersetuju dengan pendapat itu tiada masalah tidak mengikutinya.

"Itu dia punya fasal," kata Harussani sambil menjelaskan majlis itu tidak memaksa kerana setiap negeri mempunyai sultan sebagai ketua agamanya sendiri.

azlan"Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini adalah untuk penyelarasan sahaja," jelasnya lagi.

Ditanya pandangannya sendiri, mufti paling senior itu berkata:

"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku.

"Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran," katanya.

PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan


PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen. NONE"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," kata Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta yang begitu penting, yang menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat begitu tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)." Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa wakil rakyat PAS dan dua orang peguam mereka ke istana negara pagi ini. Antara terlibat ahli Khalid Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Taib Azamuddin (Baling), Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) dan Zulhazmi Shariff.

Dalam sidang media selepas menyerah memorandum tersebut, Mahfuz berkata rang undang-undang tersebut tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan. "Kebanyakkan yang dinaikkan (dalam rang undang-undang) adalah kesalahan teknikal, katanya.

Wakil istana terima baik
Sebagai contoh, Mahfuz berkata masalah pertukaran alamat atau kegagalan memberi maklumat yang betul menyebabkan pengguna jalan raya akan dikenakan hukuman penjara. "Ini bukan satu kesalahan jenayah yang berat," katanya. Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Seri Paduka, dilampirkan juga hansard perbahasan di parlimen berhubung akta tersebut. NONEMereka kelihatan memasuki Istana Negara pada jam 10.20 pagi dan kelihatan keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ditanya mengenai reaksi pihak Istana, Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata: "Wakil Tuanku menerimanya dengan baik". Sementara itu, Taufek yang juga naib pengerusi KASE berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk menyusun langkah penerangan mengenai isu berkenaan kepada rakyat.

"Selagi rakyat tidak mendapat maklumat yang jelas tentang perkara ini, saya rasa rakyat tidak akan melihat isu ini sebagai isu yang besar," katanya. -M'kini

Sajak: Nasrudin seru bina kekuatan Pakatan

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang diakhiri dengan sajak ciptaannya berjudul 'Pakatan Rakyat' pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Pulau Pinang, 19 Disember lalu, memberikan gambaran yang tepat tentang Pakatan Rakyat sejak mula ditubuhkan hingga kini.

Pakatan Rakyat sememangnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dari Barisan Nasional (BN) sejak mula ditubuhkan, tetapi kekuatannya untuk bangkit lebih jauh tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak, malah semakin digeruni BN.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan, menerusi sajaknya itu, Nasrudin turut mengingatkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat agar terus berusaha membina kekuatan itu, di samping segera mencari penyelesaian bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

"Walaupun dah ada kekuatan, ia perlu diperkuatkan lagi. Kalau ada masalah dalam Pakatan Rakyat, carilah penyelesaian dengan jalan terbaik dengan segera. Itulah antara intipati sajak itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, ssemalam.

Rakyat negara ini, katanya, kini sememangnya mengharapkan Pakatan Rakyat menerajui tampuk kepimpinan negara bagi menggantikan Kerajaan BN. Jadi harapan itu tidak seharusnya dilengah-lengahkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

"Itulah mesej akhir Ustaz Nasrudin yang terdapat pada rangkap akhir sajaknya itu. Mesej itu perlu dipandang serius oleh kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dengan menyusun langkah yang lebih kemas dan berkesan untuk membolehkan Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Antara langkah yang perlu dilakukan dengan mengadakan pelbagai program dari semasa ke semasa. Selain program-program tersendiri, PAS, PKR dan DAP perlu terus mengadakan program-program bersama. Dengan itu, Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat," tegasnya.

Setiap program yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, katanya, memberikan makna yang tersendiri dan kesan yang besar kepada negara sehingga ia akan diberikan tindak balas yang baik oleh para pemimpin BN.

"Terbaru, setelah Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 di Pulau Pinang 19 Disember lalu dengan mengetengahkan perancangan yang akan dilaksanakan setelah 100 hari Pakatan Rakyat memerintah negara, ternyata telah disambut baik oleh para pemimpin BN.

"Dalam akhbar harian hari ini, Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan BN akan jawab perkara itu. Ini tentunya satu perkembangan yang baik yang membuktikan sebahagian dari kehebatan Pakatan Rakyat.

"Lebih jauh dari itu, ia turut disiarkan akhbar Utusan Malaysia. Ini bermakna akhbar Utusan Malaysia yang pro Umno-BN sendiri turut berkempen untuk Pakatan Rakyat. Disebabkan laporan itu, jika sebelum ini hanya 1,800 orang sahaja yang tahu tentang perancangan kita setelah 100 hari memerintah negara, kini semua rakyat negara ini turut mengetahuinya.

"Baguslah tu. Terima kasihlah saya ucapkan kepada akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia nampaknya dah mainkan peranan dengan betul. Baguslah tu," katanya.

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)
Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

Beri PR Perintah, Baru Buat Tuduhan.

Pas menasihatkan pemimpin umno Bn supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN. Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang. Sebenarnya yang banyak berbohong ialah pemimpin umno yang memberi rakyat dengan berbagai slogan pelali, berbagai-bagai jenama untuk melekakan rakyat.

Antaranya rakyat didahulukan apa yang berlaku ialah rakyat yang kena dulu, tradisi membela rakyat apa yang berlaku ialah tradisi menindas rakyat, pencapaian yang diutamakan apa yang berlaku ialah pemimpin diutamakan. Bergegar dengan slogan transformasi apa yang berlaku ialah negara dilanda inflasi sehingga rendahnya kuasa membeli.

Tan Sri Muhyidin juga mengatakan janji 100 hari menyebabkan negara akan bankrap. Pas hendak mengigatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin anak Pak Kiai Muar jangan membayangkan cara pemerintahan PR sama seperti cara BN menguruskan negara ini. Telahan bankrap datang daripada Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri, yang mengatakan negara akan bankrap pada 2019, yakni bankrap dulu, baru negara maju pada tahun 2020. -Ust. Idris Ahmad

Bilangan anggota RELA dan Askar Wataniah bertambah mendadak?

Brother Mat Sabu dan geng reformasi buatlah sesuatu. Tak boleh jadi ni...

Siasat dari sekarang berapa pertambahan keseluruhan undi POS? Jangan buat kerja last minute... Jangan Jadikan 300,000 RELA Undi Pos Di Selangor.

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Pas menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Pas mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. Pas mengharapkan jentera Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen umno.

Kopitiam Bang Nan

UMNO rela terima pakai surat APCO dan akuan sumpah seorang Yahudi.

Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.

"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.Baca seterusnya di sini.



1.Pada 22 April 2010 Nazri telah mengemukakan satu usul untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

2.Surat APCO yang digunakan untuk menjustifikasikan agar Anwar digantung dari Parlimen bertarikh Ogos 19,2010.


3.Ketika Nazri terima surat akuan sumpah Robert Shrum,aku pasti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen belum lagi melihat atau membaca surat akuan sumpah tersebut,namun Nazri dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bertekad untuk rekomen Anwar digantung daripada Parlimen.


4.Hari ini tiba2 Nazri mengatakan di mempunyai bukti yang Anwar berbohong. Apa yang jelas ketika Nazri membawa usul untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen surat2 ini tak pernah ada padanya. Jadi selama 4 bulan sebelum surat APCO dikeluarkan Nazri dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah sepakat mahu menghukum Anwar salah biar apa sekali terjadi.


Kalau Anwar tak akan berjaya dalam mahkamah kangaroo,Anwar juga tak akan berjaya dalam Dewan Rakyat dengan Speaker kangaroo. Speaker kangaroo suka sangat ubah tiang gol ikut rentak kehendak "master"nya di Putrajaya....


Seperkara lagi bolehkah kita pasti sama ada surat APCO dan akuan bersumpah Robert M Shrum,seorang banga Yahudi Amerika Syarikat itu sahih lagi benar? Bukankah Najib sanggup bayar RM77 juta kepada syarikat perunding maka sudah pasti APCO dan kuncu2nya akan mempertahankan reputasi mereka, jika tidak hanguslah RM77 juta yang diberikan daripada gomen Najib.


Nampaknya UMNO beria2 sanggup terima akuan bersumpah daripada perunding Yahudi APCO sebagai bahan bukti benar,sedangkan akuan sumpah Bala tentang pensabitan Najib dan kaum kroninya dalam pembunuhan Altantuya diketepikan....



Berbaloilah kalau kita katakan 1Malaysia=1Isreal...

10 Jalan Paling Unik Di Dunia

1. Jalan Terpendek di Dunia


Ebenezer Place, Wick, Caithness, Skotlandia, dinobatkan sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records dengan panjang 2.06m (6 '9 "). Hanya ada satu alamat di jalan itu:. pintu depan No 1 Bistro, yang merupakan bahagian dari Mackays Hotel, yang dibangunkan pada tahun 1883. Pemilik bangunan hotel pada saat itu, diarahkan untuk melukis nama di sisi terpendek dari hotel itu. Rasmi dinyatakan jalan itu pada tahun 1887.


2. Jalan Tersempit di Dunia


Spreuerhofstraße adalah jalan tersempit di dunia, ditemukan di kota Reutlingen, Baden-Württemberg, Jerman. Mulai dari 31 cm (12 inch) pada bahagian yang paling sempit, dank 50 cm (20 inch) di bahagian terluas nya. Jalur ini dibangunkan pada tahun 1727 oleh pekerja-pekerja pemulihan setelah daerah tersebut benar-benar hancur oleh kebakaran hebat tahun 1726 dan secara rasmi terdaftar di Pejabat Pertanahan sebagai City Street Number 77.

3. Jalan Tercuram di Dunia


Baldwin Street, di bahagian pinggiran kota yang tenang dari kota Dunedin, New Zealand, terkenal sebagai jalan paling curam di dunia. Jalan ini terletak di pinggiran Timur Utara Valley, 3,5 kilometer timur laut dari pusat kota Dunedin. Sebuah jalan lurus singkat dengan panjang 350 meter, Baldwin Street berjalan ke timur dari lembah Creek Lindsay di sisi Signal Hill. Pada kemiringan maksimum, kemiringan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) - yaitu, untuk setiap 2,86 meter horizontal, kecuraman naik sebesar 1 meter. Kecuraman jalan itu tidak disengaja. Seperti banyak bahagian lain dari Dunedin.

4. Jalan Paling Berliku di Dunia


Lombard Street adalah jalan yang paling berliku di dunia dan dapat ditemukan di San Francisco. Ini hanya bahagian dari Lombard Street yang panjang dan bahagian berliku terdapat di Rusia Hill antara Hyde dan jalan-jalan Leavenworth. Batas kecepatan hanya lima mph dan Anda hanya boleh memandu kenderaan di satu arah, iaitu ke arah bawah. Di kedua sisi jalan terdapat rumah-rumah mewah yang paling mahal, rumah kota dan kondominium yang paling dicari orang banyak. Dibangun awalnya kerana kenderaan tidak dapat mengatasi kemiringan, jadi dibuat berliku sehingga lebih mudah dilalui.

5. Persimpangan Paling Membingungkan


The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, CA, dan merupakan salah satu simpang susun paling rumit di negeri ini. Persimpangan ini dibuka pada tahun 1993.

6. Jalan Tol Terpanjang di Dunia


Australia Highway 1 adalah jaringan jalan raya yang membelah benua Australia, bergabung dengan semua ibukota negara daratan. Dengan jumlah panjang sekitar 14,500 km (9,000 batu) itu adalah jalan raya nasional terpanjang di dunia, bersama dengan Jalan Trans-Siberia (lebih dari 11,000 km [6,800 batu]) dan Jalan Raya Trans-Canada (8,030 km [4,990 batu]). Setiap hari lebih dari satu juta orang melintasi jalur ini.

7. Bulatan Terbesar di Dunia


Tidak banyak orang yang menyedari hal ini ketika mereka sedang mengemudi di sekitar Putrajaya, terutama dekat Jabatan Perdana Menteri. Cubalah untuk menjernihkan fikiran dan amati saat anda memandu, dan anda akan segera menyedari bahawa anda memang sedang memandu di sepanjang bulatan terbesar di dunia itu. Alasan orang utama tidak mencatat adalah kerana mereka cenderung berfikir itu hanya sebuah bukit. Panjang keliling bulatan ini sekitar 3.4km.

8. Jalan Terlebar di Dunia


Anda harus melihatnya untuk mempercayainya. Sembilan jalur lebar, dengan taman berada di tengah-tengah antara arus lalu lintas yang berlawanan, ini adalah jalan terluas di dunia. Mereka dengan kecepatan yang cepat dan kaki panjang akan beruntung jika mereka sampai ke sisi lain dengan perubahan dua lampu lalu lintas yang ditempatkan di setiap persimpangan jalan. Sebuah tempat penyeberangan pejalan kaki biasanya memerlukan beberapa minit tambahan. Beberapa landmark utama Buenos Aires dapat dilihat di sepanjang jalan, terutama, Obelisk tersebut.

9. Jalan Kota Terpanjang di Dunia


Yonge Street, jalan arteri utama antara Danau Ontario dan Danau Simcoe di wilayah Kanada Ontario, yang memiliki panjang 1,178 batu (1,896 km). Panjangnya kira-kira jarak dari San Diego, California, ke Seattle, Washington. Dimulai pada tepi tasik Toronto dan di sepanjang jalan Highway 11 sampai Rainy River, Ontario, di perbatasan Minnesota.

10. Bulatan Paling Membingungkan


The Magic Roundabout di Swindon, Inggris, dibangun pada tahun 1972 dan terdiri dari lima-bulatan mini diatur dalam lingkaran. Namanya berasal dari rancangan bersiri television kanak-kanak yang popular The Magic Roundabout. Telah terpilih sebagai persimpangan paling menakutkan keempat di England. -go-killz

Najib Belanjakan RM8,724,895.91 Dalam Masa 274 Hari

Fakta tentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!


~ Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

~ Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

~ Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

~ Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.

~ Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.

~ Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.

~ Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).

~ Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.

~ Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.

Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara pagi ini.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu. Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong.

"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau.

Bang Mat - NKRA.. Najib Kerja Rosmah Ambik..!!

Bang Mat : NKRA - Najib Kerja Rosmah Ambil from TVkedah on Vimeo.

Lagi banyak Umno fitnah, lagi popular MB Kedah - Pengadu upahan petanda pilihan raya makin hampir

ALOR SETAR : Datuk Seri Azizan Abdul Razak berterima kasih kepada pihak yang menentangnya, termasuk parti lawan kerana tindak tanduk mereka untuk memburukkan imejnya sebaliknya menjadikan beliau lebih popular di mata rakyat.

Menteri Besar itu berkata, beliau dapat merasai perubahan itu terutama sejak berita mengenai insiden beliau bertelagah dengan seorang wartawan berkaitan isu banjir diulang siar menerusi televisyen beberapa kali.

Menurutnya, peningkatan populariti itu dibuktikan dengan semakin ramai orang mahu bergambar bersamanya setiap kali beliau turun padang berbanding dahulu.

“Sejak insiden itu dua bulan lalu, keadaan semakin berubah. Saham saya makin naik. Pergi mana pun, orang nak bergambar dengan saya. Kalau berterusan macam ini, bagus juga, rakyat akan semakin kenal saya,” katanya.

Azizan turut menyifatkan, pelbagai cerita negatif mengenai dirinya yang semakin giat disebarkan pihak tertentu kebelakangan ini, sama ada dalam bentuk penulisan berita, blog atau risalah adalah taktik parti lawan untuk menjatuhkannya.

Menurutnya, serangan itu tidak sedikit pun menggugat kedudukannya dalam PAS mahupun pentadbiran, kerana percaya itu adalah sebahagian daripada propaganda menjelang pilihan raya.

“Pelbagai cerita tidak enak disebarkan menuduh saya macam-macam, namun saya anggap itu sebagai cabaran dan saya bersedia berdepan dengannya, kerana saya yakin cerita tidak berasas tidak akan berjaya menggugat imej saya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Penaja Barisan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK), Sobri Sudin yang mendakwa PAS Kedah, terutama Azizan mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran, selain mendakwa kegagalan GLC bawah Pakatan Rakyat (PR), yang disiarkan dalam Berita Perdana, RTM1, malam kelmarin.

Azizan berkata, sekiranya ada pihak yang dianggapnya sebagai ‘pengadu upahan’ wujud secara tiba-tiba dengan mencetuskan persepsi negatif terhadap kerajaan pimpinannya, itu juga antara tanda-tanda awal bahawa pilihan raya umum semakin hampir.

“Situasi ketika pilihan raya umum sebelum ini pun sama. Bila semakin dekat, akan ada pihak yang diupah untuk mencetuskan suasana negatif dalam kerajaan PR. Ini taktik lapuk, saya sudah boleh baca permainan mereka, jadi tak usahlah bersusah payah buat kerja ini kerana kita tidak akan terjejas malah mungkin akan jadi lebih popular,” katanya.

Menurutnya, ketika Kedah diterajui Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, situasi sama turut berlaku apabila wujud komplot antara pengadu upahan dan media tertentu yang ditugaskan untuk menjatuhkan bekas Menteri Besar itu supaya calon Menteri Besar pilihan dapat mengambil alih pentadbiran negeri.

“Memang wujud orang sebegini dalam kalangan orang politik, jadi saya sudah bersedia. Strategi politik lapuk jika diulang, tentu kita dapat hidu. Jika sudah bankrap idea, tak usahlah serang PR,” katanya.

Azizan berkata, pengadu upahan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi arahan pihak tertentu, tanpa mengira batasan lawan mahupun kawan.

“Jika dia sanggup makan kawan sesama ahli parti sendiri, tidak hairanlah jika dia makan lawan pula,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya berita negatif mengenai dirinya dan Kerajaan Negeri akan terus disebarkan kerana kumpulan itu mendapat arahan daripada orang politik tertentu.

“Ini bukan taktik baru, cuma ulang tayang, lama-lama orang akan naik bosan. Saya malas nak layan taktik lapuk macam itu, biarlah mereka terus menghentam saya, asalkan mereka puas hati,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan wujudnya nepotisme dan kronisme dalam Pas Kedah, Azizan berkata, ia berlaku mungkin secara kebetulan kerana beliau mempunyai keluarga besar termasuk ramai kenalan sejak di bangku sekolah.

“Saya mempunyai keluarga besar, pasti tak boleh lari daripada ada pertalian saudara dengan kakitangan bawahan saya. Saya juga bekas guru dan pensyarah, pasti ada ramai kenalan dan anak murid, takkan itu pun jadi isu,” katanya.

Azizan berkata, setiap penjawat awam yang dilantik dipilih berdasarkan kelayakan dan kepercayaan, bukan atas dasar adik-beradik.

“Jika saya lantik semua adik-beradik pegang jawatan dalam pentadbiran, mampukah berjalan lancar? Itu pemikiran politik sempit pihak lawan,” katanya.

Posted by PAS Parit Buntar
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .