Ikuti Blog ini

Pendakwa Raya kena Jerkah Dek Mat Sabu Di dalam Mahkamah.


Bicara Protes: Mohamad Sabu jerkah pendakwa

KUALA LUMPUR – Kecoh. Itu merupakan gambaran tentang situasi Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang mendengar perbicaraan 44 penyokong Gabungan Memprotes Kenaikan Harga (Protes) yang didakwa menyertai perhimpunan haram pada Januari tahun lalu.

Kebanyakan tertuduh yang hadir termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dilihat membuat bising termasuk menyorak, ketawa dan mengeluarkan komen-komen ‘nakal’ sepanjang perbicaraan.

Mereka juga dilihat seolah-olah mempermainkan saksi-saksi ketika memberi keterangan.

‘‘Dah lama kerja, baru sarjan,’’ kata salah seorang tertuduh diikuti gelak tawa daripada mereka yang lain apabila saksi pendakwa pertama, jurugambar, Detektif Sarjan Zainal Sidek, 50, memberitahu telah berkhidmat selama 30 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Disebabkan keadaan tidak terkawal, pada peringkat awal, Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling telah membuat bantahan kepada Hakim Mohamad Sekeri Mamat tetapi telah disorak oleh kesemua tertuduh.

‘‘Tolong bagi kerjasama. Jangan buat perangai sama macam kamu buat di KLCC. Kalau bulan lain, boleh tahan sikit, tapi ini bulan Ramadan, hormat sikit,’’ tegur hakim tersebut.

Namun ia disambut dengan ketawa kecil para tertuduh yang sebahagian besarnya berada di galeri awam kerana kandang tertuduh terlalu sempit.

Teguran itu juga tidak ubah seperti mencurah air di daun keladi kerana keadaan menjadi lebih teruk selepas timbul bantahan oleh peguam Chong Kok Wei @ Jonson Kok Wei Chong yang mewakili dirinya sendiri dalam kes itu, mengenai gambar yang dikemukakan oleh pendakwaan.

Bantahan dibuat selepas Kok Wei mendapati salinan gambar tersebut tidak mengikut turutan dan ketika Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani membuat perbandingan gambar-gambar itu, tertuduh tidak henti-henti memberikan ‘komen’.

Ini menyebabkan Idham berang dan meminta semua tertuduh diam.

‘‘You shut up! You wasting our time here! You should respect us! (Kamu diam! Kamu buang masa kami di sini! Kamu yang patut menghormati kami),’’ jerit seorang daripada tertuduh kepada Idham.

Keadaan mahkamah bertambah hingar apabila hampir kesemua tertuduh bertindak memarahi pihak pendakwa sehingga tidak boleh dikawal peguam bela dan Mohamad Sabu pula secara tiba-tiba bertindak menjerkah Idham.

Perbicaraan bersambung esok.

DSAI 'Menyerang' Johor


Dalam masa UBN sedang asyik mencari dan mencipta isu untuk 'menyerang' PR, Bapa Arus Perubahan Negara iaitu DSAI telah ke Johor untuk berjumpa rakyat disana dalam usaha memantapkan lagi PR bagi memastikan perubahan benar-benar berlaku pada PRU-13 nanti. Beliau akan menjelajah keseluruh negara dengan kempen 'Menuju Perubahan'.

DSAI telah memilih Parit Sulong, Batu Pahat. Lebih 3000 rakyat berbilang bangsa telah hadir bagi mendengar ceramah beliau. Banyak isu telah diketengahkan, antaranya ialah cara Kerajaan BN yang dilihat hanya mementingkan kaum kerabat mereka semata-mata dalam mengagih kekayaan negara, tetapi istilah 'Melayu Bumiputera' digunakan bagi mengaburi mata rakyat.

DSAI menceritakan mengenai Ahli falsafah terkemuka yang bernama Ronggo Wisoto yang dilihat telah lama membayangkan:

zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir. Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia lagi, bahkan ianya dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka. Yang hak dikatakan batil, perasuah pula diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara. Yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negera dianggap pejuang, orang yang membela nasib rakyat dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin. Semuanya ini memang sepadan dengan kerajaan BN.

DSAI juga mengulas mengenai DEB yang dilihat telah menjarakkan lagi antara yang kaya dengan yang miskin. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin pula bertambah miskin. Sebab itulah beliau meminta kerajaan mengkaji semula DEB bagi membolehkan ianya dilaksanakan dengan adil.

Dengan itu, DSAI mahu rakyat melihat segala kebejatan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut oleh agama dan bicara akal waras.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .