Ikuti Blog ini

SIDANG DUN PERAK- ZAMRY BACUL.

video

Sidang dalam gua berjaya di seludup juga. Telatah orang tak bertamadun Zamry dilihat seluruh dunia. Walaupun kerajaan Haram cuma menyembunyikan apa yang terjadi dalam gua Bangunan SUK Perak, ia gagal juga.

Putaq alam Zamry dalam media umNO gagal menutup kebenaran apabila banyak kebocoran diseludup keluar. Rakyat yang menilai dengan akal akan tahu mengapa sidang yang membincangkan tambahan wang rakyat sebanyak 80 juta itu disembunyikan dari pengetahuan awam. Ia perbuatan tidak bertamadun Zamry dan kerajaan haramnya.

PAS Mandat Untuk Menerajui Perpaduan Melayu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/DSC00601.JPGMARANG - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam supaya mengamalkan Islam yang sebenarnya, bukan Islam yang diajar oleh penjajah Tanah Melayu, British.

Menurutnya, apa yang berlaku pada hari ini, kebanyakkan orang Melayu melaksanakan Islam yang diajar oleh British, yang membawa pelbagai masalah.

Beliau berpendapat perpaduan yang amat perlu pada hari ini adalah perpaduan bukan perpaduan Melayu tetapi perpaduan untuk semua.

"Perpaduan semua, yang pertama, perpaduan (di kalangan) orang Islam dan yang kedua perpaduan manusia. Kita tak boleh (melihat perpaduan) satu aspek sahaja. Kita perlu mengambil kira masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita,"jelasnya ketika ditanya pihak media.

Menelusuri usaha perjumpaan dan dailog diantara PAS dan Umno, Ustaz Hadi berkata, pada tahun 1980-an, bebrepa NGO pernah menganjurkan perjumpaan diantara PAS dan Umno.

Pada ketika itu, katanya, PAS telah bersedia untuk berjumpa dan berbincang, tetapi akhirnya perjumpaan yang dirancang itu dibatalkan kerana Umno tidak bersedia

Sehubungan itu, beliau menegaskan, matlamat perpaduan yang sedang diperkatakan dewasa ini, bukanlah untuk menyelamatkan Umno tetapi mahu menyelamatkan Melayu dengan Islam.

"kita bukan untuk menyelamatkan Umno, kita nak menyelamatkan Melayu. Nak selamatkan Melayu, mesti dengan Islam. Kalau nak selamatkan Umno, itu bukan urusan kita, itu urusan Umno, urusan dia. Ya, kita mesti menyelamatkan melayu dengan Islam,"jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya orang-orang Melayu mesti kembali kepada Islam dan menyokong PAS, kerana menurutnya hanya ada dua parti orang Melayu yang dominan iaitu PAS dan Umno.

"Parti Melayu yang ada dua, iaitulah Umno dengan PAS. Melayu (berjumlah) 60% (daripada penduduk negara). (sedang kaum lain dan) DAP tak sampai 60%. Sama ada orang Melayu menyokong Pas atau orang Melayu menyokong Umno.... Itu saja,

"Kalau orang Melayu berani sokong PAS, tukar (sokongan), daripada Umno kepada PAS, barulah kita (PAS) boleh memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan Melayu,"katanya.

Oleh yang demikian, menurut Ustaz Hadi, PAS wajar diberi peluang pada kali ini untuk menjuarai perpaduan kerana katanya, sehingga kini, sudah 50 tahun Umno diberi peluang tetapi tidak berhasil membentuk perpaduan sebenarnya.

"Kita minta supaya PAS diberi peluang untuk menjuarai perpaduan (pada kali ini). Bukan UImno yang menuarai perpaduan kerana Umno sudah 50 tahun memimpin negara (tetapi gagal). Dengan sebab itu sudah tiba masanya orang Melayu menyokong Pas dan mengambil alih untuk kita tunjuk bagaimana agenda perpaduan kita, itu caranya,"ujarnya yakin.

Justeru, katanya, orang Melayu mesti beralih dan menyokong PAS supaya kekuatan enam puluh peratus undi Melayu itu berpihak kepada PAS dan PAS akan memimpin orang Melayu Islam.

Sekiranya berlaku sebaliknya, menurut beliau, masalah yang melanda orang Melayu Islam kini tidak akan dapat diselesaikan. -BO

Keganasan Polis - ACP Arjunaidi Perlu Dikenakan Tindakan

OCPD Petaling Jaya Didesak Mohon Maaf Kasari Peserta Perhimpunan Anti Isa

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan ganas yang dilakukan pihak polis menangkap 29 individu dan menyuraikan peserta perhimpunan aman anti ISA di Petaling Jaya Ahad lalu.

Suaram berpendapat, sebagai pegawai yang bertanggungjawab, tindakan ganas polis atas arahan Arjuanaidi itu sangat tidak profesional dan tidak wajar disebabkan himpunan itu mempunyai permit yang sah.

"Tanpa mengendahkan permintaan penganjur untuk berunding syarat untuk acara memasang lilin itu dan memberi masa kepada hadirin untuk bersurai secara aman, anda mengarahkan anggota anda bertindak secara keras ke atas peserta menyebabkan keadaan huru-hara dan ketakutan. Dalam keangkuhan, anda malah menafikan permit yang diberi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada penganjur," tegas Suaram dalam surat terbukanya kepada OCPD berkenaan.

Menurut Suaram, polis berlaku ganas dan kejam apabila menceroboh masuk untuk menahan peserta yang hadir acara memasang lilin di dataran Padang Timur, MBPJ itu.

Mereka yang ditahan termasuk peserta wanita ditolak, dipukul dan diheret serta secara dimaki hamun oleh pegawai polis.

"Menggunakan kekerasan keterlaluan sedemikian amat tidak perlu kerana mereka yang ditahan akan bekerjasama bila diberitahu bahawa mereka telah ditahan. Anda mempraktikkan kuasa anda secara arbitrari dan oleh itu, anda dipersalahkan atas pencabulan hak asasi yang berlaku pada malam itu," Suaram lagi.

Arjunaidi diselar kerana menggunakan taktik intimidasi seperti mengarahkan penggunaan trak pancutan dan Unit Pasukan Simpanan (FRU) untuk menyuraikan peserta di hadapan ibu pejabat polis tersebut yang berkumpul kerana menunjukkan solidariti kepada rakan mereka yang telah ditahan.

Suaram menganggap tindakan itu sebagai ugutan paling dahsyat termasuk memaksa peguam yang mewakili mereka yang ditahan memberi kenyataan saksi berasingan.

"Kami mengutuk pencabulan terang-terangan terhadap hak mendapatkan peguam dan hak peguam mewakili pelanggan mereka," tegas kenyataan itu.

Menurut Suaram, walaupun Seksyen 27 Akta Polis memperuntukkan polis dengan kuasa arbitrari untuk tidak membenarkan perhimpunan awam, peruntukan itu bercanggah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan awam.

"Sebagai OCPD, anda seharusnya merasa malu kerana menjadi satu contoh buruk sebagai seorang pemimpin kepada anggota polis yang lebih muda dan lebih rendah pangkat daripada anda.

"Anda telah menunjukkan teladan bukan sahaja kepada pegawai anda tetapi juga rakyat Malaysia bahawa anda berlatih mengendalikan keselamatan awam dengan menimbulkan ketakutan dan keganasan.

"Disebabkan di atas, Suaram menuntut anda meminta maaf secara terbuka kepada peserta perhimpunan nyalaan lilin, mereka yang didera oleh pegawai anda dan peguam yang anda gertak. Kami juga menggesa anda tidak mendakwa mereka yang ditahan kerana mereka hanya mempraktikkan hak perlembagaan dengan memasang lilin secara aman," ujar Suaram. -SK

Saman ekor: Kerajaan kemaruk duit rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ianya bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, realiti yang berlaku adalah saman diutamakan, rakyat dibebankan.

Katanya, PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman.

Justeru, ujarnya jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along.

“Kalau ini berlaku maka akan bertambah masalah sosial di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, tegasnya, PAS mendesak supaya saman ekor dibatalkan, dan mencadangkan supaya dihadapkan mereka ke muka pengadilan, bukan memakai undang-undang rimba.

“Cukuplah rakyat terlalu menderita dengan kenaikan harga barang dan kos hidup melambung dan dibebani pula dengan saman ekor,” katanya lagi.

PAS juga, katanya tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa pihak polis akan mengurangkan bayaran saman bagi setengah kesalahan jalanraya supaya meringan bebanan kesalahan jalan raya.

Beliau berkata, apa yang dituntut oleh PAS dan rakyat yang menjadi mangsa, saman ekor mesti dihapuskan kerana ia menyalahi prosedur undang-undang.

PAS, tambahnya mempersoalkan kenapa begitu mudah kerajaan menyiksa rakyat dengan menyaman mereka yang belum tentu bersalah.

Beliau mempersoalkan kaedah manakah yang mereka ambil untuk mendenda rakyat tanpa dibawa ke pengadilan.

“Kenapa pihak polis dan JPJ menunggu begitu lama untuk disenarai hitam mereka yang bersalah sejak tahun 2000?

“Apakah ini bukan satu kezaliman terhadap rakyat di negara ini?” soalnya.

Sekarang, katanya sudah ada 1.07 juta orang yang menjadi mangsa.

Apa yang paling malang sekali, tambahnya semua kereta akan disenarai hitam selagi atas nama tertuduh.

“Semua kenderaan tidak dapat cukai jalan. Tindakan ini merugikan negara kerana cukai jalan dan insuran tidak boleh diperbaharui,” ujarnya. -Hrkh

Chua Soi Lek kata negara umat Islam paling ramai makan rasuah!


Presiden MCA Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks menyerang parti Umno rakan sekutunya dalam BN dan juga Pas kerana guna agama untuk pikat orang Melayu. Harus diingat dalam pru-12 yang lalu parti Cina MCA ditolak masyarakat Cina hingga menjejaskan pengaruhnya dikalangan masyarakat Cina.

Nak salahkan siapa bila Chua Soi Lek kata "Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini. "Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Chua berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

Dalam ucapannya, Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.-Malaysiakini -.Guna agama raih sokongan -Umno-Pas dibidas.

Dulu Umno , kini dan selamanya tuduh Pas guna agama untuk kepentingan politik.Bagi Pas pulak dasarnya ialah Islam yang tak mengasingkan agama dan politik. Bagi Pas amalkan politik suku agama suku itu bukan kamus Pas.

Chua Soi Lek ambik rujukan orang Islam untuk serang parti politik yang jadikan agama sebagai dasar perjuangan mereka.Chua lepaskan peluru yang dibekalkan orang Islam untuk hentam umat Islam . Adakah Chua berkata demikian untuk tarik hati masyarakat Cina yang tolak MCA parti perkauman yang bersekutu dengan Umno perintah Malaysia?

Hidup ni kalau tak bersandarkan kepada agama nak bersandarkan kepada apa. Takkan nak jadikan kepala lutut sebagai tuan sandaran kita.Longgarnya pegangan agama yang menyebabkan ratusan ribu anak zina dilahirkan di negara kita . Apa yang kita buat? Sumber

Ulang Tayang

Bukan aku nak burukkan orang lain atau memburukkan orang yang memang buruk... Tapi kalau dah perangai buruk takkan aku nak kata tak buruk pastu nak puji melambung-lambung... Kalau dulu Gerombolan kata Najib sebaik manusia seperti rasul kali nih aku nak tunjuk video ahli majlis agama Umngok pulak... sape da tengok toksah cerita kat orang biaq surprise... kahkahkah

Korang bandingkan 2 video ini... Apakah persamaannya?

Bercakap ikut sedap mulut atau jahil...? Ataupun ikut telunjuk?

Inilah Jalan Kami - Islam For All

"Perbezaan kejadian pelbagai bangsa dan warna merupakan
satu tanda kebesaran Tuhan agar kita saling kenal
mengenal antara satu dengan yang lain..."
"Allah juga yang menjadikan berbagai bangsa dan berbagai agama di atas mukabumi ini, jesteru itu sudah tentu ada jalan penyelesaian untuk umat Islam tinggal dan hidup bersama dengan berbagai bangsa dan berbagai agama di atas muka bumi ini".

Saya petik maksud kata-kata dari Prof Tariq Ramadan yang berucap di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam ucapannya "Liberty In Islam".

Falsafah yang diucapkan oleh Prof Tariq Ramadan itu sebenarnya telah lama diaplikasikan oleh Yang Berhormat Dr Mujahid Yusuf Rawa dalam siri-siri ceramah memperkenalkan pegangan Islam di Gereja-gereja serata tanah Air.


Setakat ini sudah 10 gereja menjemput atau memberi laluan kepada Dr Mujahid menyatakan pendirian serta pegangan beliau sebagai pejuang politik berlandaskan Islam dan kali ini beliau diberi laluan berucap serta berdialog di sebuah gereja di Keningau, Sabah.

Ini merupakan satu sejarah seorang penceramah beragama Islam memberikan ucapan tentang pegangan serta perjuangan Islam di sebuah gereja di Keningau khususnya dan juga di Sabah pada umumnya dan dihadiri oleh ramai penganut Kristian dan juga ketua ketua agama lain seperti Hindu dan juga Buddha.

Para hadirin berebut berkenalan dengan Dr Mujahid sebelum
sesi penerangan.
Sesi penerangan di jalankan di perkarangan Gereja Anglikan St Margaret, Keningau yang mengumpulkan lebih dari seratus pendengar beragama Kristian. Mereka mendengar dengan penuh kusyuk sekali sebelum bangun bertanya beberapa soalan dalam sesi dialog pada akhir penerangan.

Di antara soalan-soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan nama Allah yang sebelum ini menjadi satu isu yang besar di Semenanjung Malaysia sedangkan di Sabah ia telah lama diguna pakai sejak sebelum merdeka lagi.

Orang ramai mengambil tempat masing-masin sebelum
bermula acara bermula.
Ada juga soalan yang menyentuh tentang definasi Jihad dalam Islam yang menjadi satu perkataan yang amat ditakuti di kalangan penganut agama lain lebih-lebih lagi apabila disalah ertikan dan di sinonimkan dengan berperang dan berbunuh-bunuhan.

Semua soalan dijawab dengan tenang dan berhemah oleh Dr Mujahid dan amat memuaskan para hadirin yang mendengarnya. Ini dibuktikan apabila beberapa pendengar yang bangun memberikan pujian serta menyatakan perasaan lega mereka setelah memahami ucapan yang keluar dari mulut seorang pejuang Islam sendiri, dan ini juga menangkis andaian mereka selama ini bahawa Pas adalah sebuah parti ekstremis yang mereka samakan dengan pejuang Taliban di Afganistan. Sumber

Majlis bermula dengan memperkenalkan tetamu jemputan

Masih ada yang datang...
Ucapan pengenalan oleh YDP Pas Keningau
Ucapan aluan oleh Dr Nicholas James wakil PKR
Kerusi terpaksa di tambah apabila ramai para hadirin yang muncul
ketika sesi telah berlansung
Dr Mujahid tersenyum mendengar pujian, alu-aluan serta ulasan
dari para hadirin.
Majlis berakhir dengan senyuman kepuasan. Orang ramai mula bersurai
membawa seribu satu pengertian. Kerja kita hanya menyampaikan
apa yang perlu di ketahui oleh semua manusia tentang agama Islam,
samada seseorang itu akan mendapat hidayah atau tidak,
Allah lebih mengetahuinya...

Peneroka Dakwa Menjadi Mangsa Penyelewengan Felda

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dunhulubesut%20011.jpgBESUT - Seorang peneroka warga emas, Deraman bin Ngah, 72, mendakwa beliau menjadi mangsa kepada pengurusan Felda yang tidak mengambil peduli nasib yang dialami oleh para peneroka.

Beliau yang ditemui berkata, sejak akhir tahun 2004 sehingga kini, pengurusan Felda terus menerus memotong cukai tanah (CAC), walaupun beliau selaku pemilik tanah tersebut telah pun menjelaskan cukainya di pejabat tanah daerah Besut.

Menurutnya, beliau telah memperolehi hak milik tanah setelah melangsaikan segala hutang piutangnya dengan pihak Felda.

(Gambar - Deraman menunjukkan resit pembayaran cukai tanah yang telah dilunaskan (kiri) dan penyata pendapatan, yang masih dipotong pembayaran untuk cukai tanah (CAC))

"Apabila saya boleh geran hak milik tanah, saya membayar cukai tanah kepada pejabat tanah, tapi Felda terus potong dari penyata (pendapatan) saya, sejak tahun 2004 hingga kini,"katanya ketika mengadu kepada wartawan Buletin.

Beliau yang telah menjadi peneroka Felda Tenang dekat sini sejak tahun 1972 menyifatkan Felda sengaja berbuat demikian kerana hanya memikirkan keuntungan.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya pihak pengurusan Felda tahu dan maklum tentang perkara tersebut, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

"Saya sudah beritahu pengurusan Felda di sini dan juga pengurusan Felda di Kuala Lumpur, tapi tak ada apa tindakan yang mereka ambil sehingga kini,"jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan 'salah urus' Felda tidak dapat di perbetulkan lagi kerana terlalu banyak 'penyelewengan' yang sengaja disembunyikan dari pengetahuan peneroka.

Antaranya fakta yang tidak dijelaskan oleh pihak Felda kata beliau adalah, jumlah sebenar kos kerja-kerja penanaman semula dan jumlah sebenar kos baja, kerja-kerja membaja serta kos kerja-kerja pembersihan ladang.

"Peneroka tak tahu banyak perkara, berapa kos tanam semula, berapa kos baja dan lain-lain, Felda hanya memotong jumlah (tertentu) dalam penyata, peneroka tak tahu berapa jumlah sebenar,"katanya lagi.

Justeru beliau menyeru supaya para peneroka diseluruh negara bangkit untuk menuntut hak mereka. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .