Ikuti Blog ini

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah


TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

ImageSPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

Komen Panas Dari Mereka yang RASUAH

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/04/01/010409-PASvsBNLEAD.jpg

Apa kata pembesar UMNO di atas kemenangan calonnya TS Isa Samad.

Si A : Saya bersyukur kerana akhirnya rakyat menerima rasuah sebagai satu alat untuk menolong rakyat.

Si B : Saya yakin kalau semua pimpinan kita, tidak kira ahli politik, ahli akademik, pengerusi Surau, Imam, ahli Agama dan kakitangan kerajaan, kalau mereka melibatkan diri dalam rasuah tidak mustahil kita dapat sapu bersih semua negeri dalam PRU13 nanti

Si C : Saya akan mencadangkan kepada kabinet, hanya ahli yang melibatkan diri dalam rasuah saja boleh dipertimbangkan menjadi Menteri, Menteri Besar dan EXCO.

Si D : Saya akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya digubal khusus mata pelajaran 'Rasuah' diperingkat sekolah rendah lagi agar 1Malaysia akan terdedah tentang faedah rasuah.

Si E : Saya akan membawa kepada kabinet agar Ketua Setiusaha Negara mengarahkan kepada JPA, hanya penjawat awam yang rasuah sahaja boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, begitu juga Guru dan Tentera.

Si F : Saya mencadangkan kepada Menteri Agama agar dibuat Majlis Kesyukuran Perdana meraikan kemenangan calon rasuah sebagai satu tanda kesyukuran 1Malaysia.

Hidup UMNO, Hidup BN, Hidup Rasuah...

Gambar sekitar PRK Bgn. Pinang






tk1

tk2

tk3

tk4

tk5

Salah seorang penyokong PAS tercedera dan berdarah terkena balingan batu oleh penyokong UMNO BN

Salah seorang penyokong PAS tercedera dan berdarah terkena balingan batu oleh penyokong UMNO BN.

tk7

tk6

tk9



TAHAN... Ekoran pergaduhan penyokong BN ditahan berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.




penyokong pas senyum jer tengok gelagat mamat2 di sebelah.....
yb manek urai kata pada penyokong sabar..........banyak kan selawat k..........TAKBIR..
group kelantan senyum sokmo.

kat depan sekolah memang sibuk jalan jem sejauh 2 kilometer.....

pemimpin pakatan berbincang sesuatu.........
ustaz azhar pun amik gambar juga, tapi tak dan semua orang nak salam gan beliau...
orang sibuk2 merayu undi,abg dan kakak kat dlam gambar nie tangkap syok tidur....sedap ohh...........kena angin laut lak tu.pehhh............nasib air liur tak leleh....
ustaz harun pun dah penat..ambil ogap jap.....
tengok mamat cina nie...gua respek sama lu tau.

Umno tidak perlu berubah


Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.

Image(Gambar: Isa no 1, PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .