Ikuti Blog ini

Syukur, tiada pemimpin disabitkan rasuah di Kedah


ALOR SETAR – “Bersyukur kepada Allah, bukan sahaja berjaya bertahan memerintah selama tiga tahun dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan, yang terpenting ialah kita berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih tidak ada seorang pun bersama kita yang boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah.”

Ahli Parlimen Marang YB Dato’ Haji Hadi Awang berkata demikian pada Forum Kemasyarakatan sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejehtera di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan yang bersih telah ditunjukkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tidak boleh ditumbangkan dengan kesalahan rasuah.

“Pemerintahan berdasar ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan kita menyatakan bahawa tidak ada pemisah agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.

“Bukan sahaja membabitkan ibadah dalam perkara halal dan haram yang banyak difahami oleh kebanyakan umat Islam tetapi perhitungan dosa dan pahala termasuk dalam cara hidup sebahagian amalan politik yang menjadi sebahagian ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengingatkan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

“Ini termasuklah Nabi-nabi dan Rasul-rasul tidak boleh menentukan hukuman terhadap seseorang itu pada hari kiamat cuma boleh diajar ditunjuk oleh Allah dan menjadi kewajipan manusia menyampaikan tunjuk ajar itu dan mereka yang selamat hanya yang mentaati Allah dan Rasul,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, peranan Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat dan haji malah baginda menunjukkan contoh mentadbir negara dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala.

“Dan apa yang menjadi pengajaran besar dan menarik apabila Rasulullah mendirikan kerajaan Islam di Madinah, rakyat Madinah ketika itu terdiri daripada Islam dan bukan Islam, kalangan Yahudi Bani Qainuqak, Bani Nazir dan Bani Khuraizah. Ada yang beragama Kristian Najran diikuti orang-orang Musyrikin yang belum lagi beragama. Bahkan ahli sejarah menyatakn bahawa di zaman awal negeri Madinah itu orang-orang Islam ialah golongan minoriti bukan Islam lebih besar dan ramai jumlahnya,

“Bahkan ini yang berlaku apabila Islam masuk ke Mesir, Iran, Sham dan negeri-negeri utara Afrika, India dan lain-lain. Spain telah Islam lebih awal dan golongan yang sedikit di negeri itu telah dizalimi oleh pemimpin mereka. Oleh itu mereka telah mengalu-ngalukan pemerintahan Islam yang adil lagi baik dan lebih rela berada di bawah pemerintahan orang Islam daripada pemimpin bangsa mereka sendiri yang zalim,” katanya.

Beliau menegaskan pemerintahan empat negeri ini memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

Dalam kehidupan Melayu Islam ada siasi atau fekah politik yang kebanyakan orang Islam hanya mengenali fekah sembahyang, puasa, zakat dan haji termasuklah muamalat yang berkait dengan jual beli.

“Ramai yang belum membaca fekah politik yang ada dalam ajaran Islam yang memperkenal amalan tahalufsiasi. Walaupun dengan tahalufsiasi kita ada dasar dan prinsip kita dalam perkara halal dan haram, namun kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam dalam perkara diharamkan oleh ugama kita dan ugama dia kita tidak boleh paksa mereka. Sebagaimana kita tak boleh paksa mereka menganut agama kita,” katanya di hadapan ribuan penonton di Stadium Darulaman.

Beliau merasakan umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

“Apabila dirombak atau dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang. Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

“Penjajah sudah lama pergi tapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah, maka oleh itu kita mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan kefahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar,” katanya.

Rakyat kini faham projek-projek dan pembangunan yang dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun. Malah Yahudi Israel membangun kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah rakyat ialah menguruskan harta rakyat dengan betul.

~wartakedah~

Jangan heret rakyat dalam politik kotor, lucah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat supaya segera menghentikan politik kotor dan lucah dan tidak mengheret rakyat dan negara, ke dalam politik kotor mereka.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan diri dan keluarganya, juga melibatkan anggota polis dari Cawangan Khas (SB).
“Visual yang ditayangkan tengah hari tadi di (Hotel) Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

“Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti. Rancangan untuk mengadakan tayangan ini hanya didedah kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu,” katanya dalam blog beliau.
Anwar berkata, fitnah terbaru itu muncul ketika pendakwaan kes Fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas.
“Kerana terdesak, musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.
Beliau percaya tayangan video fitnah itu bertujuan mengalih perhatian rakyat dari isu nasional dan pilihan raya negeri Sarawak.
“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud.
“Maka. tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik,” katanya.

SILA TANGKAP PENGANJUR TAYANGAN VIDEO LUCAH



Blog ini menggesa pihak Polis menangkap penganjur Tayangan Video lucah yang menayangkan video lucah seseorang di sebuah hotel mewah pagi ini. Tidak syak lagi penganjur kepada tayangan telah menyalahi undang-undang dengan menayangkan video lucah dan juga menyimpan video lucah.

Para penonton juga mesti ditangkap dan disoal siasat keranan menonton video yang salah di sisi undang-undang.
Pagi tadi media melaporkan bahawa sekumpulan wartawan telah dipertontonkan dengan video lucah seorang yang dikatakan Pemimpin parti politik tersohor. Ada blog yang mendakwa pelakon video itu adalah Anwar Ibrahim.

Samada benar atau tidak dakwaan itu, video itu asli atau palsu yang penting penganjur itu mesti ditangkap kerana menyalahi undang-undang menayangkan video lucah. Pada masa yang sama pihak berwajib juga mesti menyiasat siapa yang membuat video dan siapa pelakonnya. Jika terdapat kesalahan hadapkan semua mereka yang bersalah termasuk 'taukeh panggung' itu sekali.mutaligat

Teknologi video dan kempen terdesak jatuhkan DSAI dan PR

Bila isu video 'berprofil tinggi' ini tiba-tiba muncul, teringat mengenai Datuk Farid Ridziuan bersama beberapa orang krew TV3 (suku) yang telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Bukan apa. Sekadar mengingatkan mengenai kewujudan satu kumpulan penerbitan video yang telah diambil oleh DS Rosmah untuk berkhidmat di JPM. Untuk apa? Kalau sekadar nak terbit bahan-bahan Audio Video, biasanya itu tugas Jabatan Penerangan dan Filem Negara Malaysia.

Ketika sesi perbicaraan Liwat 1 dulu, selain tilam bertompok ciptaan Musa Hasan, pihak pendakwa juga turut menyelitkan klip rakaman video untuk dijadikan bahan bukti pendakwaan. Namun, mutu video yang dihasilkan bertaraf haprak. Untuk mengelak keadaan yang sama berulang, apakah tidak mungkin khidmat Farid Ridzuan dan krew penerbitan TV3 (suku) digunakan?

Dengan segala kepakaran serta teknologi yang disokong dengan kemahiran dan kepakaran jurumekap, pereka set, apakah tidak mungkin mereka mewujudkan seorang pelakon yang mirip DS Anwar untuk dirakam aksi dalam video yang didakwa itu?

Jika JPM sekadar memerlukan khidmat nasihat, pinjam Farid Ridzuan seorang pun sudah memadai tetapi pihak Jabatan Perdana Menteri turut meminjam beberapa orang krew untuk bersama-sama Farid Ridzuan berkhidmat di JPM..

Tak mengapa, kita tinggalkan dulu soal Datuk Farid Ridzuan. Mari sama-sama kita baca apa yang ditulis oleh Wira Arjuna daripada TVSelangor. - M@RHAEN

Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik

Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu Negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan’ video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan’ video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.

Oleh Wira Arjuna

TVSelangor News

Ali Rustam Akan Merasai Kejatuhannya Nanti

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasai kejatuhannya sendiri nanti," demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustadz Abdul Ghani Abdul Rahman di sini semalam.

"Pelajaran dari kejatuhan Mubarak di Mesir, dimana sekalipun beliau menang dengan 98% di dalam pemilihan Presiden, namun apabila tiba masanya untuk ia jatuh, jatuh juga akhirnya," tambah beliau.

Ustadz Abd. Ghani berkata demikian di dalam ucapan dan tazkirahnya di Markaz PAS Bukit Rambai sempena ijtimak PAS Kawasan Tangga Batu meraikan petugas-petugas PAS di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lepas.

Pesuruhjaya PAS Melaka itu menyatakan bahawa semasa pilihanraya kecil DUN Merlimau yang lalu, seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menghadapi PAS, berjuta dibelanjakan, tetapi mereka hanya dapat menyusutkan undi PAS sekadar 508 undi.

Di dalam PRK Merlimau yang lepas, calon PAS, Hj Yuhaizad Abdullah memeperolehi 2,319 undi berbanding calon PAS pada PRU 2008, Hj Jasme Tompang memperolehi 2,827 undi.

Ust Abd Ghani berlata, betapa dasyatnya UMNO BN yang telah menjadikan pengundi-pengundi seperti haiwan yang ditaburkan pelbagai habuan sewaktu pilihanraya kecil itu. Jika begitu suasana PRK tambah beliau, UMNO BN meraih kemenangan dengan membawa "nanah yang busuk" bersama mereka, sebagaimana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang menang apabila mendapat sokongan 98 peratus daripada rakyat tetapi dalam beberapa bulan digulingkan oleh rakyat yang sama.

"Perbezaan perjuangan PAS dan UMNO ialah soal dasar. Dasar perjuangan UMNO yang berteraskan kebangsaan telah banyak membawa kerosakan ke atas umat Islam di dalam negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Hj Hassan Mohd Dahan merakamkan penghargaan kepada semua petugas-petugas PAS dari kawasan Tangga Batu dan MTD Sungai Rambai yang terlibat membantu jentera PAS menyelia dan menguruskan UPU Merlimau Utara dan Merlimau Pasir.

Beliau menyarankan agar MTD-MTD dapat memikirkan untuk memantap kedudukan kewangan dan mempunyai pekerja tetap bagi melakukan kerja-kerja di peringkat DUN supaya kerja-kerja parti dapat dilakukan dengan lebih kemas dan berterusan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu?

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu.

Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.

Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.

Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.

"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.

Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.

"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau. -Hrkh

Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon

Petaling Jaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan harta bernilai berbilion ringgit oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum beliau diisytihar layak bertanding dalam piliihan raya negeri (PRN) April ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena Dato’ Mahfuz Omar berkata, “beliau (Taib) perlu disiasat sebelum hari penamaan calon, yang dijangka awal bulan depan.”

“SPRM harus bertindak segera bagi menjalankan siasatan bagaimana Taib, yang memerintah Sarawak hampir 30 tahun, dapat mengumpul sebegitu banyak harta,” katanya pada satu majlis minum petang bersama para pemimpin Pakatan Rakyat di Ampang petang semalam.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubarkan hari ini, hari penamaan calon dijangka pada 9 April dan PRN pada 16 atau 17 April ini.

Mahfuz yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, SPRM juga harus membuktikan ia tidak dikuasai oleh parti politik dan boleh bertindak dengan bebas dan adil.

Sebelum ini, Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa SPRM menyiasat dakwaan rasuah dan pengumpulan kekayaan luar biasa membabitkan Taib, ahli keluarga dan kroninya.

Presidennya, Dato’ Paul Low berkata dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa terhadap keluarga Taib itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

Sarawak Report adalah di antara beberapa portal berita dan laman sesawang yang melaporkan kekayaan Taib melebihi RM4 bilion melibatkan 49 buah syarikat, yang merentangi sempadan buana da lautan, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Australia di samping saham-saham dalam beberapa buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Turut hadir pada majlis minum petang itu ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan bekas calon PAS di Dun Tenang, Johor, Cikgu Normala Sudirman. -FMT

Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

NONEMereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

NONE“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya. -M'kini

Panas : Wakil Rakyat UMNO di Johor Ceroboh Hutan Simpan.

Oleh : TAF4

JOHOR BAHRU. Kelmarin Sdr Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat lapuran Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru diatas salah laku yang di lakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Macap selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau di dakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah di gazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Lapuran Polis yang telah di buat:



Lapuran Polis di Ibupejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.

Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman

ADUN Macap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwatakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahng diantara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Macap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan HUtan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanag dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Plan Lokasi

Mazlan Aliman di lokasi Hutan Simpan Semberong

Papan tanda Hutan Simpan

Hutan simpan dah jadi ladang hutan getah. Terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.

Untuk makluman semua YB Dato' Abd Hamid Abd Rahman juga adalah Pengerusi PAC Johor.

Umno jadi alat MCA tolak Islam



http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/IMG_1711.JPG- usaha gantikan Umno dengan PAS adalah wajib syar'ie
BESUT
- Umno tidak melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam negara ini kerana menjadi alat kepada parti MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Islam yang lengkap diturunkan oleh Allah sebagai agama kepada manusia

"Islam untuk 'Deen' (iaitu) cara hidup (way of life) Umno, kenapa Umno tinggalkan...... kerana menjadi alat kepada Inggeris, menjadi alat kepada MCA, MCA kata kalau kau nak bekawan dengan aku, (kau) tolak Islam,

"mana boleh tak jadi alat kepada McA tolak Islam , Islam ini agama datang dari Allah, bukan dari Muhammad, (dan) bukan dar PAS,"kataya ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU2) di Jerteh, disini semalam 19 Mac.

Beliau menyifatkan amalan menyambut Maulud Nabi tidak guna disambut oleh orang-orang Umno kerana Umno menolak Islam.

"Bila Umno menolak Islam bererti, Allah pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Jibarail pun dia tolak, nabi Muhammd pun dia tolak, (jadi) sambut Maulud buat apa,"jelasnya.

Sebab itulah, menurutnya, Umno menolak untuk berhujah berkenaan Islam dengan cara berdebat dan berbincang apabila setiap kali diajak oleh PAS.

Katanya, Islam boleh menyelamatkan manusia dan menyatukan semua bangsa di dunia. dan ,emkadi suatu kewajipan kepada orang-orang Islam mempertahankan Islam.

Menteri Besar Kelantan iu juga menegaskan sekali lagi, belaiu akan berkempen untuk melantik seorang Cina menjadi Menteri Besar, sekiranya ada dikalangan orang Cina di Kelantan yang berpendidikan tinggi dalam agama Islam dan berkelakuan baik,

"mu (Umno) kata 'gimik', gimik macamana? ia memang begitu (kenyataan), cuba ada orang Cina Kelantan yang belajar di (Universiti) Azhar ke, belajar di Mekah ke, belajar di pondok ke,

"(yang) mengerti islam, perangai pula 'molek' , zuhud ada, warak ada, maka saya orang pertama akan (ber) kempen kepada rakyat Kelantan supaya dia menjadi MB,"tegasnya.

Justeru, oleh kerana Umno tidak mahu kepada Islam, maka, katanya, usaha mengganti Umno dengan PAS adalah suatu wajib Syraie dan aqli.

Sebelum itu, beliau telah me'war-war'kan padang tempat dimana program PGU2 berlangsung dipanggil sebagai 'Dataran PAS Ganti Umno' sebagaimana yang diminta sendiri oleh tuan tanah tersebut kepada beliau. -BO


Masyarakat Dunia Terpegun Dengan Ketabahan Jepun

Ketabahan Jepun menghadapi tekanan tiga bencana besar sekaligus, yakni gempa bumi, tsunami, dan radiasi nuklear, memukau dunia. Reputasi antarabangsa Jepun sebagai negara kuat mendapat pujian meluas. Tak adanya jenayah rompakan sewaktu keadaan huru-hara menguatkan gambaran Jepun sebagai sebuah ”bangsa beradab”.

Kerajaan Jepun, terus memacu proses pemindahan dan pengagihan bantuan ke daerah bencana yang belum terjangkau sebelumnya. Seluruh kekuatan dan sumber dayanya dikerahkan maksimal ke Jepun timur laut, daerah yang terparah dilanda tsunami.

Evakuasi korban tsunami berjalan seiring dengan evakuasi ribuan warga yang terancam terpapar radiasi nuklear di Pembangkit Eelektrik Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi, utara Tokyo. Wilayah Fukushima juga termasuk salah satu daerah korban gempa dan tsunami yang terjadi pada minggu lalu.

Televisyen, media cetak, radio, dan lamanweb berita online di seluruh dunia telah menerbitkan bencana itu. Hal yang mengkagumkan dunia, seluruh kejadian serta momen dramatis dan mendebarkan dirakam televisyen Jepun detik demi detik, sejak awal gempa, datangnya tsunami, hingga air bah itu ”diam”.

Jepun lalu mengkabarkan drama amuk alam yang menyebabkan lebih dari 10,000 orang terkorban dan 10,000 orang yang lain hilang ke seluruh dunia. Meski sempat panik, Jepun dengan cepat bangkit, mengerahkan seluruh kekuatannya, mulai dari tentera, kapal, hingga pesawat terbang. Jumlah tentara dinaikkan dua kali lipat dari 51,000 personel menjadi 100,000 personel. Sebanyak 145 dari 170 rumah sakit di seluruh daerah bencana beroperasi penuh.

Sekalipun kelaparan dan krisis air bersih mendera jutaan orang di sepanjang ribuan kilometer pantai timur Pulau Honshu dan pulau lain di Jepun, para korban sabar dan tertib menanti pengagihan logistik. Hingga hari keempat pasca-bencana, tidak terdengar aksi rompakan dan tindakan tercela lainnya.

Associated Press melukiskan, warga Jepun tenang menghadapi persoalan yang ditimbulkan bencana. Sisi lain yang diajarkan masyarakat Jepun ialah sikap sabar meski mereka diliputi dukacita akibat kehilangan orang-orang terkasih. Mereka sabar menanti bantuan. Kerajaan boleh mampu bersikap lebih tenang untuk memfokus pada evakuasi, penyelamatan, dan distribusi logistik.

Bencana terbaru adalah bahaya radiasi nuklear akibat tiga ledakan dan kebakaran pada Pembangkit Elektrik Tenaga nuklear Fukushima Daiichi. Dari enam reaktor nuklear, empat di antaranya telah bermasalah. Jepun belajar dari kes Chernobyl dan membangun sistem PLTN-nya lebih baik. Kerajaan menjamin tak akan ada insiden Chernobyl di Jepun.

”Pertubuhan Bangsa-Bangsa belum mengambil langkah-langkah selama belum ada permintaan. Jepun adalah negara paling bersiap sedia di dunia (menghadapi bencana),” kata Elisabeth Byrs, jurucakap Pejabat PBB untuk Koordinasi Urusan Kemanusiaan (OCHA), kepada Reuters.

Byrs melanjutkan, ”Jepun menanggapi tiga darurat sekaligus, yakni gempa, tsunami, dan ancaman nuklear, dan melakukannya dengan sangat baik.”

Para blogger dan pengguna lamanweb jejaring sosial berbahasa Inggeris memuji Jepun sebagai bangsa yang tabah (stoic) dan bertanya-tanya tentang kemampuan bangsa lain, terutama di Barat, jika digoncang tiga bencana besar sekaligus. Mereka memuji Jepun adalah sebuah bangsa yang hebat, kuat, dan beretika.

Profesor Harvard University, Joseph Nye, mengatakan, bencana telah melahirkan Jepun sebagai bangsa soft power. Istilah itu diciptakannya untuk melukiskan Jepun mencapai tujuannya dengan tampil lebih menarik bagi bangsa lain.

Saat bencana dan tragedi kemanusiaan mengundang simpati dari dunia Jepun, gambaran negara yang tertimpa bencana jarang mendapat keuntungan dari bencana tersebut. Pakistan, misalnya, menerima bantuan AS dan negara lain saat dilanda banjir bandang tahun lalu. Namun, bantuan individu sangat sedikit, yang disebabkan gambaran negeri itu di mata dunia. China dan Haiti juga menghadapi kritik atas penanganan gempa bumi tahun 2008 dan 2009.

Menghadapi keperluan akan dana membangun semula skala besar, Jepun masih menimbang tawaran antarabangsa. ”Meski dilanda tragedi dahsyat, peristiwa menyedihkan, ada ciri-ciri yang sangat menarik dari Jepun,” kata Nye kepada AFP.

”Terlalu awal untuk meramal apakah mereka berhasil memulihkan ekonomi. Tetapi, dilihat dari jauh, rakyat Jepun memperlihatkan ketabahan saat krisis. Hal ini berbicara banyak soal Jepun di masa depan,” kata Wakil Pengarah Center for Strategic and International Studies Nicholas Szechenyi. -kompas
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .