Ikuti Blog ini

SPRM Perlu Hentikan Bersandiwara

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat dilihat hanya sebagai sandiwara SPRM untuk memulihkan imej setelah tercalar teruk ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat seperti yang lazim dilakukan oleh SPRM.

Ia bukan satu tindakan yang jujur kerana sebelum ini sudah berlaku kejadian seumpama itu apabila kredibiliti SPRM merudum dengan teruk, mereka melakukan penahanan seorang ADUN UMNO Terengganu, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Tetapi selepasnya, apa yang berlaku?

Tiada sebarang pun tindakan diambil.

Hal yang sama juga bakal berlaku ke atas enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi yang ditahan. Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Justeru itu dakwaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tindakan SPRM itu kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka adala hanya sebagai satu usaha untuk membersihkan nama SPRM yang telah diketahui umum melaksanakan siasatan berpilih, tidak telus, kejam serta tidak profesyenal.

N3 Kota Seputeh - Isnin ini Mahkamah akan membuat keputusan


Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.


SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Hakim Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.


jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Terlibat Rasuah RM40,000

JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain.

Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Ia menyebabkan satu pemilihan baru perlu diadakan membabitkan pergerakan berkenaan selepas dua pertiga jawatankuasa meletakkan jawatan.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan enam lelaki terbabit mengadakan rundingan dengan sekurang-kurangnya tiga AJK Pemuda Bahagian yang meletak jawatan bagi menarik balik peletakan jawatan untuk mengelakkan pemilihan semula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata beliau mengetahui mengenai penahanan enam ahli bahagiannya itu.

Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal selam?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/malay-subs55.jpg

KUALA TERENGGANU
– Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion).

Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu.

Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak,

Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri.

Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut.

Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya.

>>> Ikuti Seterusnya Cherchez The French, Who got what for the sale of French submarines to Malaysia?

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .