Ikuti Blog ini

Kemarahan Rakyat Akan Dibawa Ke Tong Undi Permatang Pasir



Kekejaman dan kezaliman UMNO BN dan Polis Di Raja Malaysia yang bertindak ganas dan kasar kepada rakyat pasti akan terbalas juga.

Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA sekalipun dihalang untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong namun, yang nyata, dunia menyaksikan hari ini rakyat berbilang kaum telah bangkit dalam bilangan yang ramai sehingga mencecah 100,000 orang (sekalipun angka oleh media massa hanya 20,000).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul iskandar Mohd Akin di dalam kenyataannya menyatakan AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Katanya, AMK mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong '1 Malaysia' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato' Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan.

Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat.

Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan '1 Malaysia' hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Sementara itu, seorang Ketua PAS Peringkat Bahagian menyatakan, isu ISA dan kezaliman polis hari ini pasti akan dibawa ke Permatang Pasir dan UMNO BN perlu dihukum oleh rakyat kerana membiarkan polis bertindak sewenang-wenang ke atas rakyat.

"Pihak polis merasa diri mereka terlalu berkuasa, lebih berkuasa dari Yang Dipertuan Agong, apabila mereka menghalang rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong yang telah bersetuju untuk menerima kehadiran rakyat di Istana Negara," jelasnya.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

SEMBUR GAS & AIR SERTA TAHAN RAKYAT : KEZALIMAN MEMUNCAK







NONEKezaliman kerajaan 1Malaysia memuncak apabila terus bermusuh dan menzalimi rakyat dengan menyembur gas pemedih mata, air kimia dan menahan rakyat melalui budak suruhan mereka iaitu Polis.

Rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman tidak melakukan sebarang perancangan untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam serta melakukan kekacauan disembur dengan gas pemedih mata, air kimia dan ditangkap tanpa belas kasihan.

Apa dosa mereka yang hanya ingin berhimpun menyatakan rasa benci dan muak dengan kekejaman ISA di perlakukan kekejaman sedemikian.
Beratus-ratus rakyat dilaporkan ditahan tanpa sebab.

Sekali lagi menegaskan, saya tidak rela dan tidak redha walau satu sen pun duit saya dan duit rakyat digunakan untuk membeli gas dan air kimia untuk disembur kepada rakyat.

Insya Allah kami rakyat Malaysia akan menuntut keadilan dan hak kami di Hari Kiamat nanti.


Lebih 200 orang ditahan. Dr. Hatta dibelasah...Pejabat Agong PAS disembur water cannon...










Dan apa pemimpin Umno yang sombong kata?

Zahid: Mustahil mansuhkan ISA
Aug 1, 09 3:52pm

Mustahil untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa, kata menteri pertahanan.LAGI

Nazri: ISA is here to stay

KEZALIMAN POLIS AKAN TUMBANGKAN KERAJAAN BN







Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat, demikian lapor harakahdaily.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Sementara itu TVA melaporkan polis berusaha memecahkan pintu Pejabat Agung Pas dalam usaha menahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Suasana di luar ibupejabat parti pembangkang terbesar di Malaysia itu bagaikan medan perang. Bunyi siren polis, trak FRU ke hulu ke hilir dan gas masih lagi menebal di udara.

Ramai berpendapat tindakan polis yang KETERLALUAN menzalimi rakyat hari ini akan menumbangkan kerajaan BN sepertimana berlaku sedekad lalu dimana BN hampir kecundang di tangan pembangkang pada 1999.

Sekatan jalan raya, 15 trak FRU, 4 trak meriam air di hadapan Istana Negara



Tanggal 1 Ogos adalah hari yang dijanjikan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang disertai lebih 80 NGo dan parti politik untuk mengadakan himpunan aman menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.

GMI memberi jaminan dan semalam sekali lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan akan himpunan hari ini bakal berlaku secara aman, namun kelibat ribuan anggota FRU sudah mula kelihatan mengawal lokasi himpunan.

Sejak semalam lagi sekatan jalan raya telah dilakukan polis di beberapa batang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas, malah pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas juga turut sesak dengan penumpang yang tidak mahu menaiki kereta bagi mengelak kesesakan.

Sementara di Seremban, sejak jam 6.00 pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negeri (jalan menuju ke Lebuh Raya Seremban Kuala Lumpur).

Penulis yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi terpaksa menghadapi kesesakan hanya kerana sekatan yang dibuat polis di hadapan Muzium Negeri.

Tiba di Kuala Lumpur, perjalanan masih lancar pada jam 7.20 pagi di Tol Sungai Besi, namun sebaik melepasi Kem Tentera Udara Sungai Besi, susur masuk ke Jalan Istana mula sesak kerana sekatan jalan raya.

Sebaik tiba di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).

Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.

Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.

Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang.

wow..! nampaknya rakyat bersemangat dan nekad untuk berpesta

ISA - percaturan terakhir di KL.










video









video


















Gambar2 penghormatan terakhir Allahyarham YB Dato' Ustaz Hamdan selamat dikebumikan


































Allahyarham selamat dikebumikan selepas Asar semalam. Ribuan yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham...






Yb Michael Tan dan YB Ng Wei Aik turut hadir.



YB Ustaz Azizan menyatakan kehilangan Allahyarham sukar dicari ganti.

Anwar Ibrahim menyatakan Allahyarham merupakan seorang yang mudah didekati dan beliau adalah Adun contoh terbaik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dari segi keakrabannya dengan akar umbi. Anwar kenal cukup lama dengan beliau dan ini merupakan satu kehilangan besar buat Pakatan Rakyat.

































Begitu semangat sempat kempen GMI. Turun jangan tak turun. Lawan tetap lawan. Mudah-mudahan perjuangan rakyat berhasil.

























Mat Sabu turut hadir. Siapakah bakal calon PAS di Dun Permatang Pasir? Adakah Mat Sabu calonnya. Sudah pasti PAS akan kemukakan calon terbaik untuk Pakatan Rakyat. umno dah geleng kepala.. nak lawan ke tidak? Kalau lawan kemungkinan kalah dalam tangan. Nak menang amat sukar.. Mungkin umno tak lawan kot macam Penanti. Luka Manek Urai pun tak kering lagi.




Lim Guan Eng turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir.













Ketua polis Pulau Pinang pun turut hadir.













































Yb law Choo Kiang Exco Pertanian turut hadir.


















Jenazah diusung keluar. Suasana pilu menyelubungi pemergian Allahyarham buat selamanya.











Ustaz Elias Zakaria mewakili keluarga Allahyarham menyampaikan tazkirah ringkas mengingati kematian yang pasti datang kepada setiap insan. Halalkanlah makan minumnya. Ampunilah dosanya sekiranya ada beliau terkasar bahasa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman....amin..


Al-Fatihah.



























































Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .