Pengesahan
secara rasmi Dr Mohamed Morsi,61 sebagai presiden baru Mesir beberapa
hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan
Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.
Pergumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai
satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya
hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan
Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima
pakai di Mesir tetapi diseluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan
atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan
Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.
|
Dr Mohamed Morsi |
Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan
Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, di bawa oleh pemuka-pemuka Islam
Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30an hingga 50an.
Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu
oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga
dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia
terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim.
Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi
itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini
yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya
ditunggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada
Quran dan Hadith secara
holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam.
Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai
perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti
kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang
dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam.
Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di
Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan
tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan
Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti Pas, Ngo seperti
Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga
akan tergapai.
Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan
muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator
Zainal Abidin Ali
dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan
Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden
Muhammar Ghadafi. Kejayana awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya
menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama
18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifiken besar
kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M.
Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya
Berish 3 di Kuala
Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan
membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin
politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini.
Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya,
tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan
itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada
darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu
tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang
keras.
Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai presiden Mesir itu
menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk
menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan
orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan
Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut
hak dan keadilan di Khairah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak
peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan
di Mesir itu akan berlaku di sini?
Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkina
itu. Secara alminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah
negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat
negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen
dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau
wabak yang cepat menular, seperti Aid, ataupun wabak selesema burung
atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan
penyakit akan mudah berjangkit dan akan akan berlakukan kematian.
Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang anti bodi akan
cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami
kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima;
kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir?
Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini.
Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian
merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad
kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam
kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang
tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah.
Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan
kemungkin-kemungkin yang akan terjolor mari. Hanya perasamaan suasana,
persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan
kerjasama, perasamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan
itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah
terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani.
Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau
rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir
itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan
kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini
secara ringkas pada perkara-perkara pokok.
Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di
atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas
itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau
pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban
itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan
Islam sejak lebih 80 tahun. Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh
Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini.
Apakah keadaan sama wujud di negera kita? Kalau pun ada benih-benih yang
menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia
(Pas). Dalam masa sama pula Pas menghadapi tentangan hebat dari Umno
untuk membangkutkan benih yang Pas selam dalam baja itu selama ini. Usia
benih yang disemai Pas baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pra
matang tetapi Pas atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan
lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim.
Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang
tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta
penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai
agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan
kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih
besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat
dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia,
sebaliknya Pas masih bergelewatan di bumi sendiri.
Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial,
jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. Di Mesir negera itu
tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang
mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk
diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflit sesama
sendiri.
Di Malaysia umat Islam hanya 15 atau 17 juta sahaja. Itu pun ia
terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan
mazhab politik Pas dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka
diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi
politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak
termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan
fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno
dan Pas.
Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah
dan sekaligus menjadi penghalang. Realiti ini boleh dilihat bila mana
Pas ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam
sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan
kehidupan atau mengemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun
wujud perbezaan di antara Pas dengan Umno. Umno kata
Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga.
Perbeszaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan
dosa-dosa terhijap yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di
Malaysia.
Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk
Malaysia mewujudkan Tahrir Squarernya sendiri. Selain itu sedar atau
tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang
tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan
baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik
yang tidak memberi untung dari konteks agama.
Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah
untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti
diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat
bahawan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi
hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup
rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firauan yang
memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden.
|
Para ulamak Al Azhar mengunjungi Morsi. |
Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti
mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan
sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan
melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain
kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di
Mesir.
Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana
kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat
di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan
infrastruktur dan sisitem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir.
Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat
bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang
berlaku di Mesir.
Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan
pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di
Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh
mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk Pas di Malaysia
menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia
satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari
fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan
umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua
aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora
di Medan Tahrir itu.
-Posted by
mso