Ikuti Blog ini

PAS yakin boleh menang di Bagan Pinang

Image
TELOK KEMANG, 3 Okt: Para pakar strategi PAS yakin, calon mereka mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Bagan Pinang bahkan Presidennya berkata PAS mahu menang bukannya untuk kurangkan majoriti BN dalam pilihanraya ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyertai pilihan raya kecil ini untuk mengalahkan calon BN sebagaimana yang mereka lakukan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Beliau menjawab soalan apakah strategi PAS dalam menghadapi pilihan raya ini; menang atau mahu mengurangkan majoriti BN.

Ini kerana, BN menang dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya lalu iaitu 2,333 undi,.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, Pakatan boleh menang dalam pilihan raya kecil ini jika segala kerja yang dirancangkan oleh mereka berjalan baik.

"Nampaknya dari sambutan dan mood yang baik dalam perarakan pagi ini, kita boleh menang," kata beliau kepada Harakahdaily.

ImagePAS, katanya menjangkakan akan bertembung tiga penjuru hari ini dengan calon bebas, namun dengan pertandingan dua penjuru ini ia lebih memudahkan jentera PAS untuk bekerja.

Pilihan raya kecil Bagan Pinang menyaksikan pertandingan antara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar melawan calon BN dari Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Percubaan seorang calon bebas untuk bertanding tidak berjaya apabila kertas pencalonannya ditolak oleh SPR berikutan dari pencadang beliau bukan pengundi Bagan Pinang.

Mustafa berkata, pihaknya akan menemui SPR segera bagi menyelesaikan beberapa perkara dengan pengendali pilihan raya yang sepatutnya bebas itu.

Image (Gambar:Husam berbincang dengan anggota Parlimen Telok Kemang di hari penamaan calon)

Dalam pada itu, seorang lagi strategis PAS, Datuk Husam MUsa juga yakin PAS mampu untuk mengalahkan calon BN dalam pilihan raya kali ini berikutan dengan mood yang ada.

"Mood nasional begitu memuncak di Bagan Pinang. Berdasarkan kehadiran yang saya kira mencecah 50,000 orang dari pelbagai golongan khasnya golongan muda serta pembantu dari luar, kita yakin kemampuan untuk kita goncangkan BN sekali lagi terbuka luas," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mengulas mengenai tidak ada calon bebas, Husam berkata, apa yang berlaku membayangkan Pakatan Rakyat semakin matang dalam berpolitik.

Ia menampakkan sokongan penuh kepada Pakatan, katanya.

Gambar sekitar penamaan calon Bagan Pinang

Dua calon yang disah bertanding oleh Spr
Puteri yang tak berseri langsung
Kelab penyokong Pas Anti Parti Makal Sakthi




Orang kuat Puchong...para_jump101

RTM kata angaran 3000 orang sahaja
Ribuan penyokong BN berpusu pusu kepusat pencalonan...he..he
We support PAS......
Barisan Pemuda mic..tak semangat langsung....

Bang ..! jangan tiru budaya ISA....
Freedom That Gone...and justice for all....

Ha.. ha.. ha...1 malaysia calon rasuah
Lautan penyokong Pakatan Rakyat
Berpusu-pusu ke pusat pencalonan
Pergh... macam dekat medan perang da...
Sasaran hanya 5 penyokong setiap parti oleh SPR disetiap proses pencalunan tidak berhasil....
YB Ngeh Kor Ham & Jeff Oi...
Melvin..!
Wanita & AMK PKR Johor...
PAS For All...
Jangan biarkan kes Teoh Beng Hok disia-siakan...
Kelab Penyokong PAS... tak yah cakap la... pergi mana-mana pun geng ni mesti ada...
Lautan bendera PAS
Yang ni... penyokong PAS Parlimen Dr.Zul...
Team Shah Alam

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin datang jauh dari Perak untuk memberi sokongan dan bersama-sama membantu Pakatan Rakyat Perak menawan Bagan Pinang...

LIVE dari Bagan Pinang seawal jam 7 pagi ( 3.Okt.2009)

Pastikan liputan langsung dari Bagan Pinang seawal jam 7 pagi.

UMNO Mati Kutu, PAS Tampil Calon Bersih Dan Berwibawa

Walaupun pertembungan yang berlaku di Bagan Pinang adalah antara calon Umno dengan PAS, namun ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diserang habis-habisan oleh Umno, lapir Malaysian Insider.

Apatah lagi, Umno sedang berusaha keras untuk memastikan undi tentera di situ tidak akan lari dari Umno.

Inilah andaian PKR sendiri dalam kehangatan kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang sudah pun bermula walaupun wisel sepak mula belum lagi ditiup.

Ini mengulangi detik pilihanraya kecil Permatang Pasir, dimana UMNO tidak mempunyai peluang untuk menyerang calon PAS yang amat berwibawa, Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri yang bertanding.

PAS telah menampilkan calon yang bersih untuk dijadikan pemimpin sehingga UMNO mati kutu di dalam mencari walau seinci kecacatan yang ada pada calon Pakatan Rakyat.

Pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Sudah tentu kumpulan pengundi paling strategik yang dilihat mampu mengekal atau mengubah pola pengundian di DUN ini adalah angkatan tentera dan keluarga mereka yang merupakan pengundi pos berdaftar dengan kekuatan lebih kurang 5,000 orang.

Maka banyak tenaga jentera akan dicurahkan bagi melancarkan perang saraf terhadap kumpulan pengundi ini.

Menurut Penasihat Undang-Undang PKR Negri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dipercayai kem Umno dan BN di Bagan Pinang sudah mula menyebarkan jarum mereka di kalangan angkatan tentera.

Walaupun yang bertanding di pihak lawan Umno adalah Zulkefly dan PAS, namun yang menjadi mangsa serangan adalah Anwar dan PKR, dakwa Nizam.

Di kalangan angkatan tentera dan keluarga mereka di Bagan Pinang, jelas Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, Anwar digambarkan sebagai penyokong komunis dan tidak mengenang budi serta jasa angkatan tentera yang pernah berjuang menentang komunis.

Dakyah ini timbul berikutan dengan kenyataan Anwar beberapa bulan yang meminta Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dimaafkan dan dibenarkan pulang ke negara ini.

Padahal, tegas Nizam, seingat beliau apa yang disuarakan Anwar itu sebenarnya adalah kritikan tentang sikap “double standard” Kerajaan Umno dan BN yang memaafkan Kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia memaafkan Chin Peng.

Untuk rekod, Petronas, syarikat petroleum milik negara mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam, sebuah lagi negara komunis,. Fidel Castro, pemimpin komunis Cuba juga pernah menjadi tetamu Negara Kerajaan Umno dan BN.

Tambah Nizam lagi, jika diambil dari sudut mana sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan Anwar ini tidak pernah memperlihatkan sokongannya kepada PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan seluruh angkatan tentera.

Bahkan Anwar juga telah memberi akuan yang beliau tidak sesekali bermaksud menyokong atau bersetuju dengan aktiviti militan di era darurat dan beliau juga tidak melanggani faham komunisme.

Nizam dalam sokongannya terhadap prinsip Anwar ini malah mendedahkan bahawa bapa mertua Anwar sendiri, Datuk Dr Wan Ismail adalah pakar perang saraf yang menyumbang jasa besar dalam mengekang pengaruh komunis di waktu darurat dahulu.

Bagi Nizam, perang saraf yang dijalankan Umno dan BN itu langsung tidak masuk akal. Lebih dari itu, ia tidak lebih sekadar dari sebuah propaganda hitam tajaan Umno dan BN.

Nizam percaya, menjelang separuh masa kedua kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, propaganda ini akan dimainkan secara lebih agresif dan semaksima mungkin oleh media-media arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya.

Namun, Nizam juga percaya yang pengundi hari ini, tidak terkecuali para angkatan tentera di Bagan Pinang tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah murahan seperti itu. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, rakyat sudah semakin bijak dalam menilai setiap apa yang datang kepada mereka.

Angkatan tentera di Bagan Pinang khususnya telah membuktikan kebijakan mereka lewat Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pasca PRU 1999 dahulu, sudah tentu 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 ini, mereka semakin bertambah bijak.

LAGI LUBANG PENIPUAN UNDI POS DIBONGKAR

TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.

"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.

ImageMengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.

Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.

Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.

Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.

Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.

"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?

"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.

Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.

Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.

Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.

Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.

"Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan", katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .