Ikuti Blog ini

Kesian dengan ULAMA UMNO nie..MACAM Syok Sendiri Saja kat PWTC semalam....

Niat nak bodek kot-kot dapat jadi calon PRU13 nanti.. Tapi hampeh bila presiden sendiri muak nak dengar.
Kesian dengan ULAMA UMNO nie bila perbahasannya tentang usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC yang penuh dengan 'semangat' hanya didengari oleh sebahagian kecil sahaja perwakilan Umporno termasuklah presidennye sendiri Haji Najib yang terus kelihatan keluar dewan sewaktu saat-saat permulaan perbahasan bermula.

Nak buat macamana orang Umporno nie memang hati dah jauh sangat dengan agama Allah... rasa panas bontot je bile dengan usul agama...


Sumber di sini

Perhimpunan Dedahkan UMNO Parti Assabiyah Bukan Wasatiyyah - DS Nizar

UMNO mendedahkan watak sebenar mereka sepanjang tempoh Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berlansung di PWTC baru-baru ini.

Lebih ramai kini yang menyedari bahawa UMNO kini adalah sebuah parti yang mengamalkan semangat perkauman sempit dengan menjadikan perhimpunan mereka sebagai pesta memaki-hamun parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, demikian tegas YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat di Majlis Hi-Tea Bersama Rakyat di Markas PAS Sungai Rambai, Melaka petang tadi.

Apa yang dilakukan oleh UMNO di sepanjang perhimpunan mereka tersebut ialah khususnya menanamkan semangat kebencian kepada DAP, di dalam konteks membenci kaum Cina, dan di dalam masa yang sama mereka cuba menutup segala macam skandal daripada disentuh atau dibahaskan di dalam perhimpunan tersebut.

Datuk Seri Nizar turut membidas sikap "assabiyah" melampau UMNO yang boleh menjadi penyebab berlakunya ketegangan kaum di dalam negara kita.

Beliau turut persoalkan konsep "wasatiyyah" (kesederhanaan) yang diwarwarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib, di mana apakah konsep wasatiyyah untuk rakyat belaka sedangkan pemimpin khususnya Najib sendiri hidup bermewahan dengan menggunakan wang rakyat bagi tujuan-tujuan dan kepentingan-kepentingan anak-bini dan keluarganya?

"Sewaktu negara menyambut kemerdekaan, Najib dan isteri berada di Perth Australia yang perbelanjaannya ke sana ditanggung dengan menggunakan wang rakyat!" tambahnya.

Menyentuh isu lembu NFC, beliau berkata bahawa pendedahan penyelewengan dan salahlaku projek NFC tersebut dilakukan oleh Jabatan Audit Negara sendiri, dan beliau yakin masyarakat Melayu bakal menolak UMNO di dalam pilihanraya akan datang ini akibat daripada sikap UMNO yang masih cuba membela penyelewengan RM250 juta berkenaan.

"Mana mungkin Sharizat Jalil boleh menidakkan projek berkenaan ada kaitan dengannya sedangkan terdapat tuntutan peribadinya sebanyak RM26,000 yang diluluskan oleh NFC sendiri?" soal Nizar.

Mengenai pilihanraya yang akan datang ini, GB bersependapat dengan Datuk Seri Nizar bahawa seandainya SPR berani meneruskan penyelewengannya, tidak mustahil nanti rakyat akan bangkit secara menyeluruh di seluruh negara, dan kebangkitan rakyat itu sepastinya lebih besar daripada Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku sebelum ini. Apakah Najib berani mengambil risiko itu?

Panasss..Menteri nii Tanya,"Lu Mahu Berapa..??" Kata Bob Lokman


Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".

Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.

Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.

Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.

Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia

Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.

"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.

"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD


Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi


Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.


Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.


Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.


Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.


Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.


Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.


"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.


Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.


Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).


Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.


Ia merdeka pada 1922. -blog GB




TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang

Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.

"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.

"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.

Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.

"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.

Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."

Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.

Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.

Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.

Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.

Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya.
"Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.

"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)

Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya. -GB

Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]

Tanpa umno, petrol akan lebih murah

BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme­rintahan negara.
“Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun,” katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta (? - harap Sinar semak semula angka ini - mungkin RM9 bilion - M@RHAEN) setahun untuk melaksanakan janji tersebut.

“Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.

Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU-13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.

“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.

Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.

Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).

Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang,” katanya, disambut dengan sorakan hadirin.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU-13.

Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU-13.

Kaum Cina turut rasa beban

CHUKAI – Beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja dirasai masyarakat Melayu, malah kaum Tionghoa di bandar ini terutama dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan turut tertekan, kata Pengarah Pas Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.

Susulan itu, Hanafiah berkata, pihaknya meneruskan inisiatif mengagihkan bantuan kepada kaum Tionghoa yang terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan warga emas yang membabitkan seramai 120 orang penerima pada tahun ini termasuk lima daripadanya adalah kaum India.

Menurutnya, bantuan yang dihulurkan yang melangkaui kaum dan agama itu berupa barangan keperluan dapur sempena musim monsun bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Tambahan lagi musim hujan sepanjang tengkujuh ini sudah tentu sedikit sebanyak membataskan pergerakan mereka untuk mencari rezeki, jadi sekurang-kurangnya dengan bantuan sebegini dapat meringankan kos perbelanjaan dapur mereka.

“Harga barang yang mahal sekarang juga membuatkan kos sara diri meningkat, malah mereka juga pada masa sama terpaksa menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak pula,” katanya ketika ditemui pada program penyampaian bantuan itu yang diadakan di Jalan Jakar, dekat sini.

Hanafiah berkata, menerusi program itu beliau juga dapat menyelami hati nurani kaum Tionghoa dan kehendak rakyat.

“Penyampaian bantuan sebegini sebenarnya adalah program tahunan yang dilakukan MTD Chukai kerana kami peka dengan kesusahan rakyat, bukan sahaja kaum Melayu dibela malah kaum Cina dan India juga sentiasa diambil berat.

“Lebih bermakna apabila melihat maklum balas daripada masyarakat Tionghoa yang ternyata sangat gembira dengan bantuan yang disampaikan. Dari sini juga hubungan dengan orang Cina ini dapat dan diperkukuhkan,” katanya.
- Sinar Harian

Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC

KUALA LUMPUR : Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.

"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.

"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.

"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.

"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.

"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.

Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.

Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .