Ikuti Blog ini

Pelbagai UGUTAN Diterima Kerana Masuk PAS

image
PONTIAN – Gara-gara mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS, Dato’ Hj. Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak mendakwa akan dipulau jika meninggal dunia kelak.

Katanya lagi, pelbagai ugutan yang diterima tidak sedikitpun mengendurkan semangat juangnya malah berkat kesabaran yang dipamerkan selama ini membuktikan bahawa Allah SWT membantu hambaNya yang ditindas.

”15 kali saya kena pindah. Tapi berkat kesabaran, dapat gaji yang terakhir lebih kurang RM13 000, pencen saja RM5000 malah dikurniakan Dato’ lagi daripada Sultan,” terang beliau lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramahnya pada majlis Ceramah Umum di perkarangan Bilik Gerakan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Cikgu Normala Sudirman, bekas calon PAS PRK Tenang, Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ust. Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian, Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pontian.

Beliau yang juga berasal dari Bidor Perak itu menambah penjajahan minda yang dilakukan UMNO ke atas umat Melayu semakin ketara kerana rasuah politik, menjelang PRU telahpun di sogokkan.

Hal ini, dilihat kerana itulah sahaja cara pemerintah negara ini untuk mengekalkan kuasa.

”Jangan diperbodohkan dengan pemberian BR1M. Kerana inilah satu cara UMNO nak kekalkan kuasa.

”Malah ia disifatkan rasuah politik menjelang pilihan raya. BR1M diambil dari akronim ‘Bagi Rasuah Satu Malaysia?” soal beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindak tanduk pemimpin UMNO-BN yang banyak melakukan penyelewengan sehingga ke tahap yang maksimum kerana menjadi pengamal politik hipokrasi.

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar rakyat dapat mempertahankan politik berintegriti dan sebagai warganegara, mereka harus tahu hak dalam menentukan kepimpinan negara.

”Saya mual, ada nak tercirit , marah betul dengan UMNO. Walaupun dulu saya UMNO.

”Siapa yang larikan duit ke Australia? Bahkah larikan anak Sultan.

”Siapa yang punya skandal PKFZ? Dua Perdana Menteri di tipu.

”Altantuya? Scorepane? Cf? Siapa?” soal beliau lagi. -sumber

SPR Teruskan Penipuan: Terbitkan Daftar Pemilih Tambahan Yang Pelik & Meragukan

Pembangkang pertikai daftar pemilih tambahan

Parti pembangkang mempertikai daftar pemilih tambahan untuk suku keempat 2011 yang dikesan tidak menyertakan senarai pemilih yang telah meninggal dunia dan juga nama yang telah dikeluarkan dari daftar pemilih induk.

Ketua biro pilihan raya pemuda PAS Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, kesemua daftar pemilih tambahan untuk sesuatu penggal tertentu sebelum ini biasanya menyenaraikan nama pemilih yang telah meninggal dunia.

Selain itu, daftar pemilih tambahan itu juga biasanya menyenaraikan pengundi yang baru didaftarkan, pengundi yang bertukar alamat dan juga pengundi yang dilucut taraf kerakyatan.

Mohd Faizul berkata, daftar pemilih tambahan itu kali ini agak ganjil kerana tidak disertakan dengan senari pemilih yang telah berubah status seperti itu.

Amalan itu juga tidak selari dengan prinsip ketelusan yang ingin ditonjolkan SPR, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau telah menyemak dengan biro pilihan raya pemuda PAS di negeri lain yang turut mengadu mengenai perkara sama, katanya lagi ketika dihubungi.

Semakan dengan biro pilihan raya PKR Perak dan juga DAP Pulau Pinang juga menunjukkan perkara sama berlaku.

Suruhanjaya Pilihan Raya mempamerkan daftar pemilih tambahan untuk suku tahun terakhir 2011 itu untuk pemeriksaan orang ramai bermula 8 Februari hingga 14 Februari lalu. -mk

Bermacam-macam cara dilakukan SPR untuk berpihak kepada UMNO BN.

Tetapi semuanya itu akan menjadi sia-sia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.

Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR akan tetap menerima hukuman di atas segala kepincangan dan penyelewengan yang telah dilakukan. -GB

Pelbagai Kenyataan Pemimpin Umno Kerana Takut Rakyat Merubah Mereka Dalam PRU-13

KUALA NERUS - Umno sudah tidak ada modal dan ucapan pemimpinnya tidak ada asas apabila mereka mengatakan, adalah ‘haram’ sekiranya rakyat menentang dan tidak mengundi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, PAS seringkali mengajak Umno bermuzakarah bagi mencari kebenaran, namun ia ditolak oleh Umno, kerana parti itu sedar bahwa mereka tidak berjuang diatas landasan Islam.

“Ini (ucapan) bagi orang yang (sudah) tidak ada modal, kita ajak bermuzakarah, mereka (Umno) tak mahu mahu, kerana mereka tahu bahawa perjuangan mereka adalah yang tidak berdasarkan kepada aqidah (Islam),

“(dan) tidak mengikut sunnah RasuluLlah SAW,”ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang khalayak pada Forum Perdana Maulidur Rasul yang diadakan di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam 16 Februari.

Menurutnya, banyak kajian yang dibuat oleh para cerdik pandai Islam mendapati bahawa, dasar perjuangan Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

Antaranya, kata beliau, bekas Mufti negeri Sabah, Tuan Haji Said Ibrahim pernah membuat satu kajian yang bertajuk “Adakah Ahli Umno adalah Kafir” berdasarkan ayat-ayat  44, 45 dan 47 dalam surah al-Maidah.

“saya dapat kertas kerja (kajian) yang ditulis oleh Haji Said Ibrahim, sebagai pakar rujuk, (menyatakan) dasar yang dikemukakan oleh Umno itu tak boleh diterima oleh Islam,

“(antara) kesimpulan kertas itu menyatakan bahawa (ada) ahli Umno di kalangan bumiputera Sabah bukan orang Islam, yang menolak hukum Allah SWT,”jelasnya ketika menyatakan mengapa sebab muzakarah diantara PAS dan Umno tidak jadi diadakan.

Namun begitu, beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama’ PAS Pusat berkata PAS masih membuka pintu muzakarah kepada Umno untuk mencari yang mana ‘benar dan salah’ bukan ‘menang dan kalah’.

Justeru katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno mutakhir ini adalah kerana mereka sedar ramai umat islam yang bangkit mahu membuat satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut menjadi panelis dalam Forum yang di ‘moderator’ kan oleh Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Penceraah Bebas Ustaz Azhar Idrus. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .