Ikuti Blog ini

Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel


KUALA LUMPUR: Biarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.

"Kerajaan jangan mencipta dalam lidah-lidah media mereka mengatakan mengecam Israel tetapi di belakang mereka meneruskan hubungan dagang dengan Israel.

"Kita mahu semalamatkan felda dan mengembalikan ia kelandasan yang benar serta hentikan prosres dagang dengan Israel," katanya.

Mazlan pula berkata, tindakan felda menjual minyak kepada Israel menunjukkan kerajan Malaysia tidak pernah seriaus membela nasib umat Islam di Palestin.

"Pendirian dan sensitiviti kita serta umat Islam perlu diambil kira. Hentikan segera segala urusan dagangan tersebut.

"Jangan kita menjadi penyumbang kepada darah yang mengalir di gaza. Jangan bersekongkol membunuh anak Palestin dan umat Islam," katanya.

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ucapannya pula, mahu Malaysia menghentikan semua hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Saban hari rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan dizalimi.

"Kita bercakap membebaskan palestin, tetapi Felda jual minyak kepada Israel," katanya.

Perhimpunan hari ini adalah ekoran cadangan oleh Mazlan yang juga Presiden Anak pada Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di Putik minggu lalu ketika membahaskan usul mengecam Israel.

Ketika membuat cadangan itu juga, Mazlan turut menunjukkan bukti berupa dokumen invois penjualan minyak sawit tersebut.

Felda tolak memorandum

Sementara itu, deligasi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Felda itu hari ini tidak dibenar masuk.

Difahamkan wakil Felda menolak untuk mengadakan pertemuan dan menerima memorandum tersebut di dalam pejabat mereka.

"Oleh kerana layanan begitu buruk, maka saya isytihar dalam masa tujuh hari jika felda di Pasir Gudang tidak hentikan penjualan minyak kepada Israel, maka kita akan datang dengan jumlah yang lebih besar," kata Mazlan.

Himpunan tersebut bagaimanapun bersurai kira-kira jam 3.15 petang. -Hrkh

Siapa Gerangan Yang Berkopiah Putih Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?



Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah?

Jangan terkejut!

Kerana dia adalah...

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar!

sumber:fb

Lynas: Perjalanan terhebat abad ini

(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)

KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur  disifatkan perjalanan terhebat abad ini.

Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.


(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)

Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).

Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.

Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.

Dari Taman  Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.


(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)


13hb: Kuantan-Gambang, 30km

14hb: Gambang-SriJaya, 31km

15hb: Sri Jaya-Maran, 16km

16hb: Maran-Kg Awah, 29km

17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km

18hb: Mentakab-Lanchang, 19km

19hb: Lanchang-Karak, 25km

20hb: Karak-Bentong, 22km

21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km

22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi

23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba

24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)

25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)

(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)

(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)

(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)

(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)

(Tiada bumbung, tepi jalan pun boleh jadi tempat berehat untuk mengumpulkan tenaga sebelum meneruskan perjalanan)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .