Ikuti Blog ini

Akhirnya.. Polis Mengakui Bersalah Belasah Peserta BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR 13 September - Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf atas dan beralasan bahawa polis adalah manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.

“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.

“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.

“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Polis perlu hormati kebebasan media

Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.

“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.

Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.

Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.

Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina

Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah.

Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:

Panel : Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?

Khairi : Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan.

Panel : Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.

Khairi : Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.

Panel : Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?

Khairi : Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.

Panel : Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?

Khairi : Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.

Panel : Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?


Khairi : Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!


Keadilandaily

Talam: Tolak wakil MB debat, Tee Yong takut

KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang tidak mengizinkan wakil Menteri Besar Selangor berdebat dalam isu Talam malam tadi disifatkan sebagai tindakan seorang penakut.

Malah, menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, penganjuran debat malam tadi betul-betul berniat jahat dan semata-mata mahu mencari publisiti murahan untuk kepentingan politik bukan mahu mencari kebenaran disebalik isu kontroversi itu.

"Dari awal kita sudah maklumkan kepada penganjur bahawa Menteri Besar sedang berada di luar negara bagi menghadiri satu persidangan ekonomi dan telah mewakilkan empat orang antara kami untuk berdebat dalam isu itu.

"Pada awalnya mereka setuju kita datang, namun bila disana dia tidak berani untuk berdebat dengan salah seorang dari kami," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam di dewan International Youth Centre sepatutnya berlangsung debat antara Tee Yong dengan wakil Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu hutang Talam.

Selain Dzulkifly, Menteri Besar turut diwakili oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan setiausahanya Faekah Husin.

Namun debat itu tidak berlaku apabila penganjur tidak mahu membenarkan wakil Menteri Besar mengambil tempat untuk berdebat.

Malah turut berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong sebuah parti politik menghalang laluan wakil-wakil Menteri Besar itu yang mahu meninggalkan majlis tersebut.

Kekecohan itu telah memaksa polis campur tangan dan empat pemuda dilaporkan ditahan polis ketika melakukan provokasi.

"Kita bukan datang kosong, Tony Pua sendiri bawa laporan lengkap daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan dalam debat itu.

Menurut Dzulkefli lagi, jika Tee Yong ikhlas mahu membongkar isu tersebut, sepatutnya malam tadi adalah peluang keemasan baginya menerangkan di hadapan penyokong beliau sendiri dan penyokong Pakatan Rakyat.

" Dia takut kita sangkal tuduhan billout yang dia dakwa dengan laporan KPMG ini. Malam tadi itu dia kononnya mahu bercakap satu hala sahaja," katanya. -Hrkh

Duta AS ke Libya terbunuh, bersama-sama dengan 3 rakyat Amerika lain

Orang ramai di hadapan kedutaan AS di Kaherah semasa protes terhadap
apa yang mereka katakan adalah sebuah filem yang dihasilkan
di Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad

Duta AS ke Libya terbunuh, bersama-sama dengan 3 rakyat Amerika lain, dalam rusuhan ke atas konsulat di Libya

Pengeluar filem Israel yang berpengkalan di California terpaksa menyembunyikan diri selepas filemnya yang menghina Nabi Muhamad mencetuskan kemarahan orang-orang Islam yang merusuh dan menyebabkan kematian duta AS, Chris Stevens dan tiga yang lain.

Bacile, seorang lelaki misteri yang mengenal pasti dirinya sebagai Yahudi Israel memberitahu bahawa dia adalah seorang pemaju hartanah di California, menulis dan mengarahkan filem $ 5 juta, yang katanya telah dibiayai dengan bantuan lebih daripada 100 penderma Yahudi. Dia tidak mengenal pasti apa-apa daripada mereka.

Penunjuk perasaan bertindak balas membakar Konsulat AS di Benghazi

Bacile kini dalam ketakutan mengenai keselamatan keluarganya di Mesir, di mana kedutaan AS di Kaherah juga telah diserang oleh perusuh yang marah dengan filem tersebut.

Steve Klein, seorang perunding filem tersebut berkata mereka telah menjangka filem tersebut pasti akan membuat umat Islam marah.

Orang ramai merobek bendera Amerika di Kedutaan Amerika di Kaherah

Klein berkata beliau juga memberi amaran Bacile bahawa dia boleh menjadi "Theo seterusnya van Gogh," merujuk kepada pembikin filem Belanda yang telah dibunuh oleh pelampau Islam pada tahun 2004 selepas membuat sebuah filem yang telah dianggap sebagai menghina Islam. SUMBER

Lagi Blogger Umno Kantoi Di Mahkamah

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya (gambar), menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.

Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.


Aku Janji tarik balik semua kenayataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.

Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.

Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd Hasnal dan Nurul Nadia.

ngakorming.com

Kenapa Pemimpin UMNO Tunjuk Tanda Simbolik Yahudi?



Knapalah pemimpin-pemimpin UMNO menunjukkan tanda simbolik Jewish Magi?

Dimana mereka belajar?

Apa perlunya menggunakan simbolik yahudi itu?

mereka melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh yahudi, yang sememangnya jelas memusuhi Islam?

Apakah orang Islam dibolehkan melakukan perkara-perkara yang menjadi amalan orang-orang bukan Islam? kredit: -Undi BN Bankrap Negara



kredit: -teguhimansusilo

Petanda Pilihanraya Sudah Terlalu Dekat.. Bacalah!!


Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. "Saya nasihatkan janganlah asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan.
Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja. "Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Ahmad berkata semua ketua penerangan bahagian perlu melaksanakan tugas dengan berkesan bagi memastikan 7,000 pusat daerah mengundi di seluruh negara 'hidup'.

"Saya mahu persiapan yang cukup...kalau setakat 50 peratus, itu bermakna kita belum bersedia...tetapi kalau 75 peratus itu bermakna kita sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya.

"Oleh itu, saya mahu program penerangan Umno yang menjelaskan berkaitan usaha-usaha kerajaan yang telah dimulakan sejak Ogos lepas, dipergiatkan," katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyeru agar rakyat terus menolak pembangkang kerana kegagalan mereka menepati janji.

"Mereka ini (pembangkang) terlalu banyak kontroversi dan akhirnya kontroversi itu memakan diri mereka sendiri...ini kerana kontroversi itu telah menjadi peluru kepada Umno untuk menembak mereka semula," katanya. ~bernama
Addin :
Bersedia atau tidak bersedia, inilah PRU yang terakhir buat Umno BN selaku parti pemerintah..

PENTING: Mohon sebar-sebarkan...

Salam..
MOHON SEBARAN
Penjelasan, pengumuman, Pemberitahuan kali ke berapa tah....

Untuk makluman rakan-rakan serta para penyokong Pakatan Rakyat.

2 BLOG PALSU INI ADALAH SATU KERJA JAHAT UMNO BARISAN NASIONAL kerana semua media mereka tidak berjaya untuk menyampaikan fitnah lagi, maka mereka menghasilkan laman web ini. Sila jauhikan diri anda dengan laman web ini.

1. HTTP://penyokongpas.wordpress.com/

2. HTTP://suarapakatanrakyat.com/

Admin juga memohon anda serta rakan-rakan dapat membantu admin untuk share penerangan ini di wall-wall fb anda, pages yang anda miliki, blog yg anda tulis dan acc twitter anda, kita tidak mahu ada seorang pun tidak tahu perkara ini.

Insyaallah kita akan dapat melawan fitnah jahat UMNO BN lagi jika rakan-rakan dapat share pencerahan ini

Sekian Terima Kasih

Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto


 

KUALA LUMPUR: Tindakan BN Kelantan yang mahu memasukkan janji membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai (KBKK) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang disifatkan sebagai 'sudah terlambat'.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan BN itu hanya mencerminkan sikap mahu mempermainkan rakyat Kelantan dalam isu itu.

Ini kerana, cadangan pembinaan itu menurut Husam, telah dicadangkan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5) iaitu sejak tahun 1986 lagi tetapi tidak terlaksana.

Malah ia telah diluluskan sekali lagi dalam RMK9, namun difahamkan ianya dibatalkan semula dan gagal dilaksanakan oleh kerajaan pusat sehingga hari ini.

"Barisan Nasional dah terlambat. Perkara ini tak perlu masuk dalam manifesto, dia (BN) boleh buat terus masa kita serah kepada Kerajaan Persekutuan dulu.

"Malah lebuh raya ini sudah ada dalam Rancangan Malaysia bukan dalam manifesto," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini yang menyatakan akan memasukkan janji Perdana Menteri untuk membina lebuh raya itu, dalam manifesto BN Kelantan.

Mengulas lanjut Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika perkara yang sudah dimasukkan dalam RMK pun boleh ditarik balik dengan mudah,  inikan pula hanya janji dalam manifesto.

"Dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah," katanya. -Hrkh

Najib Kena Letak Jawatan Selepas PRU13


Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13

Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi ‘kuda pelejang’ pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat ‘complicated’ dalam UMNO itu.

Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti.

Perbuatan Mahathir yang memulakan politik memecah dan mengeksploitasi di antara pemimpin-pemimpin yang berpontensi ini lama-kelamaannya menghasilkan parti dan pimpinan yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mewarisi kepimpinan Mahathir ini merupakan mereka-mereka yang datang dari acuan yang sama dan siapa juga dari mereka ini menjadi pemimpin tidak akan membawa faedah kepada negara. Kesemua yang ada di dalam barisan kabinet dan pimpinan UMNO (majlis tertinggi) itu merupakan kumpulan yang sudah hilang arah dan tujuan perjuangan dan mereka hanya mementingkan wang ringgit yang merupakan matlamat utama mereka.

Oleh itu permainan politik di antara pemimpin besar negara pada hari ini akan menambahkan bencana kerana kejayaan mana-mana pihak pun tidak akan membawa apa-apa faedah kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka datang dari acuan yang sama. Jika mereka datang dari acuan yang sama sesiapa yang mengambil alih kepimpinan negara tidak akan membawa apa-apa kebaikan lagi.

Kali ini pilihan pimpinan negara mesti datang dari pemimpin yang datang dari acuan dan budaya yang berbeza dari kumpulan yang ada. Itulah yang menyebabkan orang ramai tidak lagi mempunyai rasa kasih dan hormat kepada UMNO seperti dahulu kala. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri tidak menghormati pimpinan mereka dan selalu sahaja memberikan sokongan kepada pembangkang dalam senyap senyap. Lebih ramai lagi akan memberikan sokongan kepada parti-parti bukan BN dalam peti undi dan saya amat merasai keadaan itu akan berlaku.

Jika Najib kekal dengan kemenangan kecil Najib terpaksa meletakkan jawatan dan yang mengambil alih beliau jika datangnya dari mereka yang ada dalam barisan kepimpinan UMNO itu ia akan membawa UMNO ke penghujung usianya tanpa ragu-ragu lagi.

Pendeknya apa pun yang akan berlaku UMNO tidak akan menjadi relevan lagi. Apabila UMNO tewas lebih banyak kerusi kali ini ia merupakan saat UMNO yang akan dipandang sepi dan tidak berdaya lagi untuk maju kehadapan.

Ramai yang faham mengapa Muhyiddin beriya-iya meminta Pak Lah berhenti kerana beliau tahu yang akan mengambil tempat Pak Lah ialah pemimpin yang dengan senang boleh di ketepikan oleh beliau. Muhyiddin tahu Najib mempunyai ‘baggage’ yang berat tetapi beliau (Muhyiddin) sendiri mempunyai ‘baggage’ seberat yang di bawa oleh Najib.

Muhyiddin mungkin berjaya mengenepikan Najib tetapi UMNO itu akan terus kecundang bersama beliau (Muhyiddin) jika beliau yang mengambil alih dari Najib. Keadaan ini merupakan salah satu dari penyebab mengapa UMNO semakin hari semakin berkurangan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Apa pun, jika UMNO menang dengan margin yang kecil Najib akan di paksa meletakkan jawatannya sebagai PM. Itu pun pelan Dr Mahathir. tetapi untuk mendapat kemenangan itu ramai yang berpendapat ia sudah 'predictable'. UMNO akan jatuh dan kehilangan kuasa. -aspanaliasnet

Patutlah Tuan Guru Nik Aziz Keluar Awal Mesyuarat Majlis Syura


Media propaganda nombor satu Malaysia iaitu TV3  memberitahu bahawa sebabnya ialah kerana Tuan Guru merajuk kerana agenda tindakan terhadap Ustaz Nasha tidak masukkan. Jurucakap yang mengulas itu isu siapa?

Wan Ismail Wan Ahmad, bekas calon PAS tahun 80an yang sewaktu dalam PAS dulu tak sudah-sudah mengkafirkan Umno. Pasal apa pulak setelah bukan jadi ahli PAS nak jadi jurucakap bagi pihak PAS pulak?

Dalam isu Ustaz Nasha ni, media propaganda Umno memang sudah bersedia untuk spin fikiran rakyat dengan situasi tertentu. Mari kita tengok...

Jika isu Ustaz Nasha dijadikan agenda, dibincang dan diambil tindakan. TV3 akan kata "PAS tunduk kepada Anwar dan DAP".

Jika isu Ustaz Nasha tidak dibincang dan tidak diambil tindakan. TV3 akan kata "Puak Anwarinas dalam PAS ditolak, Nik Aziz merajuk, kecewa, hubungan Pakatan semakin retak".

Dan itulah isu yang mereka gunakan untuk spin pemikiran rakyat sekarang.

Mereka hanya melaksanakan kerja-kerja syaitan iaitu berusaha memecahbelahkan jemaah Islam. Alhamdulillah PAS dari pucuk pimpinan hingga ahli paling bawah tidak melatah isu Ustaz Nasha. DAP dan PKR pun akur. Akhirnya Umno yang meracau sendirian siang malam.

Berbalik kepada soalan mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari pengerusikan mesyuarat Majlis Syura.. jawapannya sudah diberikan, sebab beliau kurang sihat waktu itu.
Adapun sebab-sebab yang lain seperti merajuk dan sebagainya adalah sebab yang direka oleh Umno yang dikenali, maka tak usah percayalah akan propaganda itu.  ~kedahla

PRU 13 : Sebab Kenapa Ust Azhar Idrus Tolak Jadi Calon Pas

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?

Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.
 
“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.
“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .