Ikuti Blog ini

Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam


KUALA LUMPUR: Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.

“Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia,” ujarnya.
Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.

Menurutnya, muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi mengingatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut pengorbanan yang besar seluruh pihak Muhajirin dan Ansar.

Katanya, pemilihan bulan Muharam sebagai bulan muktamar mempunyai matlamat terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh perwakilan dan pemerhati.

“Inilah masa terbaik menggerakan semangat dan pengorbanan. Marilah kita hayati ucapan Presiden sebagaimana para sahabat mendengar arahan daripada Rasulullah,” ujarnya dalam Facebook.

Justeru, beliau berharap janganlah ada yang berjalan terlalu laju sehingga meninggalkan pengikut di belakang, dan jangan pula terlalu perlahan sehingga orang di belakang menendang kaki orang di hadapan.

“Kita berjuang di atas satu saf yang kukuh, ibarat bangunan yang tersusun teguh. Jangan terganggu perjalanan ini kerana adanya panggilan-panggilan kiri kanan yang berusaha untuk melengahkan kemenangan Islam.

“Ya Allah, satukan kami, perteguhkan azam kami dan terimalah taubat kami,” ujar beliau lagi. -Hrkh

Laporan BERNAMA Bakal Cetuskan Kemarahan Indonesia



Agensi berita nasional Malaysia, BERNAMA, semalam telah menyiarkan berita yang dusta dan tidak tepat berkait dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara yang berlaku kelmarin.

Di dalam laporan BERNAMA yang tersebar dibeberapa media massa pro-kerajaan menyatakanyang hadir menunjuk perasaan itu kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya ialah 1,000 orang.

Daripada foto yang tersebar di media massa Indonesia, ternyata laporan BERNAMA itu bukan saja tidak tepat tetapi dusta kerana angka sebenar bukannya 20 orang. Cuba lihat gambar di atas.

Logikkah hanya 20 peserta penunjuk perasaan?

Laporan BERNAMA seterusnya menyatakan:

"Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah"

Sudahlah laporannya 20 orang, kemudian dikatakan termasuk wanita dan kanak-kanak! Oleh itu berapa angka yang bukan wanita dan bukan kanak-kanak? Wanita dan kanak-kanak pun menunggang motorsikal? Mana bukti bergambar demo itu disertai cuma 20 orang?

Satu usaha BERNAMA yang cuba meemperlecehkan demonstrasi berkenaan dan teknik kewartawanan longkang BERNAMA ini juga selalu digunakan tatkala menyiarkan berita-berita mengenai Pakatan Rakyat di Malaysia!



Bendera Malaysia dibakar berhampiran kediaman Duta Besar di Jakarta.

JAKARTA – Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.

Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.

Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis ‘Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia’.

Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom, mengawal ketat di kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung.

Sejumlah besar anggota polis Indonesia turut berkawal di luar bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jalan H.

Rasuna Said, Kuningan bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi di situ, namun bas yang membawa kumpulan dari Bendera itu hanya melalui kawasan itu
Bernama.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .