19 Jan: Perangai Datin Seri Rosmah Mansor yang bersumpah tetapi tidak memberi penjelasan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta, tak ubah macam budak-budak, kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“Kena ingat, orang persoalkan sebab pembaziran dan salah guna kuasa. Rosmah kena tampil bagi penjelasan, bukan sumpah-sumpah macam budak-budak,” katanya kepada Keadilan Daily.
Rosmah baru-baru ini dilapor bersumpah kononnya beliau tidak memiliki cincin RM24 juta tetapi mengakui ada melihat cincin itu apabila dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamer ‘kepada orang yang ada duit.’
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, perbuatan
bersumpah itu hanya menambah kecurigaan rakyat berikutan pendedahan
Deepak Jaikishan dibuat lengkap dengan dokumen tertentu.
Badrul Hisham berkata, sumpah yang dibuat Rosmah sama sekali tidak tidak menjawab persoalan berbangkit berhubung pembelian cincin yang tertera namanya sebagai pemilik berdasarkan dokumen kemasukannya ke negara ini.
“Saya dedahkan bagaimana nama Rosmah tertera sebagai penerima, itu persolannya. Kalau dia cakap tak beli, kenapa dokumen ada nama dia?” katanya.
Beliau juga menyifatkan bersumpah menjadi trend yang diguna pakai pemimpin Umno BN menjelang pilihan raya bagi memenangi hati pengundi tanpa perlu memberi penjelasan terhadap sesuatu isu.
“Politik sumpah berlaku apabila menjelang pilihan raya, tengok perkara
sama dilakukan Datuk Seri Najib Razak masa dekat pilihan raya kecil
Permatang Pauh.
“Jadi itu tandanya pilihan raya makin hampir. Kenapa Rosmah pula yang bersumpah? Kerana sekarang, beliau beban kepada Umno BN,” katanya yang dikenali dengan nama Chegubard.