
Seramai kira-kira 200 orang berhimpun di Dataran Shah Alam, Selangor dalam bantahan ke atas loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.
Kumpulan itu mula berkumpul bermula jam 2.20 petang semalam selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mula berucap dan melaungkan slogan.Perhimpunan di Shah Alam itu merupakan antara beberapa demonstrasi yang diadakan serentak seluruh negara anjuran Solidariti Hijau SeMalaysia yang dianggotai 23 NGO.
MP Shah Alam dalam ucapannya di perhimpunan itu antara lainnya menyeru masyarakat yang hadir supaya menolak kerajaan yang tidak mahu mempertahankan negara daripada sisa berbahaya daripada Lynas.
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, serta pengerusi lajnah alam sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar.Peserta yang bersorak dan melaungkan slogan itu diawasi seramai kira-kira 30 orang anggota polis dan juga 10 orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam.
Perhimpunan itu berakhir dengan aman sekitar jam 3 petang.
Di Melaka
Demonstrasi bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di tempat letak kereta di hadapan Bangunan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berhadapan masjid Al Azim.
Antara pimpinan PR yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Pengerusi DAP Melaka Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong; Adun Ayer Keroh Khoo Poay Tiong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan pimpinan PR Melaka pelbagai peringkat.
Adly ucapannya berterima kasih kepada pihak keselamatan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang demonstrasi tersebut.
"Kita berhimpun hari ini untuk menyatakan bantahan di atas tindakan kerajaan BN yang membenarkan kilang Lynas ini beroperasi di tanah air kita"
":Yang untung kroni dan susah dan terkena akibat dari pencemaran alam sekitar ialah rakyat" ujar Adly. Berikut disiarkan gambar-gambar yang diambil dari ihsan rakan-rakan FB.








Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.
Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut.



