Ikuti Blog ini

Konvenyen ke 2: Cerita kejayaan, PRU 13

KUALA LUMPUR, 14 Dis: 2000 perwakilan dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium Kepala Batas Ahad ini untuk menyertai Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat.

Mereka dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiap parti akan menghantar 600 perwakilan tidak termasuk para pemimpin utama parti berkenaan, tetamu dan para pemerhati.

Sepanjang konvensyen, empat perwakilan setiap parti akan membahaskan perbentangan yang akan dibuat oleh tiga jurucakap utama parti masing-masing.

"Fokus akan diberikan kepada dua perkara utama dalam konvensyen ini iaitu cerita kejayaan negeri-negeri Pakatan dan mempersiap kami semua untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13," kata Mujahid Yusof (gambar), Pengarah konvensyen ini.

Untuk mencapai tujuan itu, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri Pakatan akan dipersembahkan kepada semua perwakilan semasa konvensyen ini.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui booth pameran yang akan mereka sediakan di konvensyen ini.

Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak ketika diperintah Pakatan dan kerajaan Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 yang tidak diketahui masyarakat tentang kejayaan mereka.

Menurut Mujahid, konvensyen ini juga akan menghasilkan 'buku oren' iaitu buku yang menggariskan polisi Pakatan dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas.

"Ia berupa pra manifesto kita dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mujahid.

Tema konvensyen kali ini adalah "Ubah Sekarang" untuk mengajak rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Video klip cerita kejayaan, booth kerajaan negeri Pakatan dan buku oren ini akan menjadi isi atau asas kenapa kita mengajak rakyat ubah sekarang," kata Mujahid.

Dalam konvensyen lepas, katanya, konvensyen telah selesaikan asas bersama iaitu penerimaan Pakatan kepada Islam agama persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

Kali ini, kata Mujahid, pengisian akan dibuat sepenuhnya bagi mempastikan semua sektor rakyat bersedia untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami yakin, dengan cerita kejayaan yang telah kerajaan Pakatan buat, rakyat akan yakin kita mampu memberikan jauh lebih baik berbanding BN," katanya lagi. -Hrkh

Syarikat Induk SYABAS, Puncak Niaga Pecat 17 Kakitangannya

Pekerja Puncak Niaga Yang Dipecat Berhimpun Tuntut Keadilan

Bekas kakitangan PNSB yang dipecat 30 Oktober lalu mengadakan perhimpunan secara aman di bangunan PNSB, Shah Alam. Mereka mendakwa tindakan memecat tersebut sebagai tidak adil dan tidak telus.

SHAH ALAM: Seramai 12 bekas pekerja Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) telah mengadakan perhimpunan aman berhampiran Ibu Pejabat Puncak Niaga di sini bagi membantah pemecatan mereka yang didakwa dibuat secara tidak adil dan telus.

Mereka yang berhimpun selama kira-kira satu jam itu mendakwa tindakan PNSB memecat 17 kakitangannya secara serta-merta tanpa alasan yang kukuh adalah satu bentuk penganiayaan dan meminta supaya nama mereka dibersihkan kembali.

"Perhimpunan hari ini diadakan bagi menuntut keadilan. Kami mahu nama kami dibersihkan dan kami diterima bekerja semula," kata bekas Pengurus Kanan Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan PNSB, Kaharuddin Mohd Ali yang merupakan salah seorang daripada 17 kakitangan syarikat konsesi air Selangor itu yang dipecat.

Menurut Kaharuddin, semua kakitangan PNSB yang dipecat datangnya dari pelbagai jabatan.

Mereka yang terdiri daripada kakitangan eksekutif, bukan eksekutif dan pengurusan telah diberikan notis pemberhentian kerja 24 jam bertarikh 19 Oktober 2010.

Walau bagaimanapun, notis tersebut hanya diserahkan kepada mereka pada 30 Oktober berserta arahan meninggalkan syarikat serta-merta.

"Sebelum dipecat kami tidak pernah terima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahu pun siasatan dalaman," katanya.

Dalam perhimpunan yang diadakan berhampiran bangunan PNSB yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam itu, 12 bekas pekerja terbabit membawa sepanduk dan poster yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada ahli lembaga pengarah PNSB.

Antara yang dilaungkan menerusi sepanduk termasuklah 'Exco Puncak Niaga Kejam! Pecat Kakitangan Melayu Sesuka Hati', 'Kami Dianiaya Maruah Kami Tercemar' dan sebagainya.

Tiga adik-beradik pula membawa poster berbunyi 'Ayahku Teraniaya Dibuang Kerja'.

Tiga kanak-kanak ini turut memperjuangkan keadilan untuk bapa mereka.

Kaharuddin yang ditemui selepas perhimpunan itu berasa kesal kerana 15 daripada mereka yang dipecat terdiri daripada kakitangan berdisiplin, jujur dan komited dalam memberikan perkhidmatan.

"Kami dipecat secara tidak adil dan tidak diberi peluang untuk membela diri walaupun ada di antara kami yang telah berkhidmat selama lebih 15 tahun dengan syarikat ini," katanya yang telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama hampir 15 tahun.

Pada 8 Julai 2010, mStar Online telah menyiarkan berita awal berhubung pemecatan ini bertajuk 'Puncak Niaga Pecat Pekerja?'.

Laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik balik pada 16 Julai 2010 setelah PNSB memberi kenyataan menafikan laporan tersebut.

"Pemecatan secara serta-merta pada 30 Oktober lalu telah membuktikan berita awal yang disiarkan mStar Online adalah benar dan sahih," kata Kaharuddin lagi.

Kaharuddin bersama rakan-rakan lain yang bernasib sama turut mendakwa pemecatan dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul dan tidak telus.

Empat sesi kaunseling dalam tempoh enam bulan dikatakan sebagai helah Exco PNSB bagi mengaburi pihak berkuasa untuk 'menghalalkan' tindakan mereka.

"Sesi kaunseling tersebut hanyalah berbentuk temubual. Kami juga dipaksa menandatangani Borang Penilaian Kaunseling yang tidak diketahui apa ulasannya tanpa diberikan walau satu salinan," katanya.

Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Setiausaha Pejabat ADUN Kota Damansara, Sivaran Arumugam.

Pada 21 Disember ini, satu pertemuan akan diadakan di antara kakitangan PNSB yang dipecat itu dengan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor bagi menuntut keadilan berhubung perkara ini.

Sementara itu, pihak media cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PNSB berhubung perkara ini tetapi gagal.

Pihak petugas dan polis bantuan kelihatan mengawal pintu masuk bangunan tersebut dan tidak membenarkan wartawan dan jurugambar memasuki perkarangan bangunan PNSB selepas perhimpunan berlangsung. -mstar

Gambar2 Janda Terkaya. Yang Minat Sila masuk

Saya sendiri payah nak memahami wanita dalam hal ini? apa yang diorang nak? Masa dia mula-mula nak kahwin dulu.. apa dalam kepala dia? Kaya? Kemewahan? Keseronokan?.. entahlah!! Mungkin jodoh dah takat tu.
Suami mereka kaya-raya.. alih2alih mintak cerai. Yang terbaru Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail (53) memfailkan permohonan untuk bercerai setelah berkahwin di Perlis sejak 2006 yang lalu. Rozali yang diam membisu apabila kontreversi beliau yang dibayar gaji RM 425,000 sebulan. (5.1 juta sebulan). Itu belum dikira lagi lain-lain pendapatan.

tan sri Rozali bersama isteri pertama beliau, Pn sri Faridah

Antara janda-janda kaya didunia…. Kalau berani masuk… silakan..

1.Rupert dan Anna Murdoch

Perceraian termahal di dunia. Mereka berkahwin selama 32 tahun dan 1999.pampasan perceraian yang diterima oleh Anna Murdoch setelah bercerai dengan Rupert Murdoch secara keseluruhan berjumlah Usd 1,7 Billion.

2.Bernie dan Slavica Ecclestone
2009 perceraian jutawan F1 Bernie Ecclestone dan istrinya berjumlah $1 Billion.dengan pampasan tersebut,Slavica membeli Times London dan juga Jet peribadi berharga Usd$ 60j.

3.Adnan dan Soraya Khashoggi
Perceraian jutawan yang berasal dari Arab Saudi, Adnan dan Soraya Khashoggi berjumlah Usd 874j.

4.Roman dan Irina Abrahamovich
Ketika Bercerai dengan Roman, Irina mendapat kurang 2% dari harta suaminya berjumlah Usd 300j.

5.Greg Norman dan Laura Andrassy
Setelah menikah selama 25 tahun,pemain golf australia,Greg Norman berpisah dengan istrinya Laura Andrassy.Laura menerima pampasan USD103j.

6.Steven Spielberg dan Amy Irving dengan pampas an (USD100J)

7.Sumner dan Phyllis Redstone
Phyllis Redstone mendapat pampasan berjumlah USD100 Million.

8. Elin Nordegren menuntut Usd 600j juta (RM2 bilion) sebagai pampas an pencerainnya dengan bintang Golf dunia Tiger Woods dan dijangka memperolehi tidak kurang Usd 100j.

9. Yang terbaru perceraian artis dan model terkenal Liz Hurley dengan suaminya Arun Nayer seorang billionair. Berapa agaknya pampasan yang diperolehi?

Di barat kekadang seolah-olah menjadi trend. Mencari pampasan disebalik perceraian yang mencecah berjuta-juta. Bagaimana dengan janda kaya di Malaysia. Mereka menjanda kerana bercerai mati tetapi ada juga yang diceraikan dan menuntut cerai. Kaya juga... Hah kalau berani masuk le meminang ….

1. Lee Kim Hua Usd 2.5 billion, umur 80, janda mendian Tan Sri Lim Goh Tong Pengerusi Genting. Mempunyai 6 orang anak.

2. Janda Tan Sri Dr TK Wen Chong Chook Yew memiliki Selangor Properties Bhd. Dianggarkan kekayaannya mencecah Usd 200 j, tetapi telah berusia 87, dan mempunyai 4 orang anak. (Maaf takde gambar. sila cari sendiri kalau berminat tetapi tengok-tengoklah umur tu)

3. Azrina Mazhar Hakim, janda Sultan Brunei. Bekas wartawan TV3 Malaysia. Sebelumnya Mazuin Hamzah juga bercerao dari kerabat istana Brunei iaitu adinda Sultan Pengiran Sufri. Entahlah berapa pampas an yang diperolehi..

Isteri arwah SM Nasimudin

4. Janda SM Nasimuddin yang Harta Naza dianggarkan Rm 4 Biliion ringgit. Kini masih lagi dalam tuntutan pula dari Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, yang telah memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England. Ia difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak.

5. Janda Daim’s yang kini tinggal di London. Daim yang diam-diam sebagai bekas Menteri Kewangan dizaman Dr Mahathir mempunyai kekayaan antara Usd 10 ke 20 billion. Sudah pasti perceraian beliau memberi pampasan yang banyak untuk janda beliau. Yang kena pi cari kat london le. Rumah Daim kat London tu penulis tengok dah sekali... fuhhh!!! jangan cakap le..

6. Bekas isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Effendi Norwawi, Zariah Hashim @ Farida Effendi (55) akhirnya berjaya mendapat harta yang dituntut berjumlah kira-kira RM50 juta apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah. Effendi, 58 telah mengahwini artis terkenal Tiara.

7.Janda Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham pada 3 Julai lalu 43( 2005) mendapat bayaran tuntutan mutaah lebih RM1 juta.Tengku Zawyah menuntut satu unit banglo, satu unit kondo, dua unit rumah Semi D, dua lot tanah di Selangor dan satu unit ruang pejabat di Mid Valley serta tuntutan mutaah RM500,000. Semua tuntutan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Sekarang ni datuk K sudah bersama dengan penyanyi Datuk Siti.


8. bagaimana dengan Permaisuri A'isyah yang konterversi baru-baru ini?

Hah! Mana satu yang anda berkenan. Silalah. Segala permasalahan yang timbul harap tanggung sendiri. Ada berani? tetapi kalau poket alang-alang... baik fikir seribu kali... kalau bercerai hang nak bayar pakai apa???

Tapi kalau dah jodoh.. sapa tahu. Tapi Rasulullah menyebut sebaik-baik perhiasan diatas dunia ini adalah isteri yang solehah.

ustsaifulbahri.blogspot.com

Pulau Pinang: Guru KAFA Terima Bayaran Khas Maal Hijrah

Guan Eng: Guru KAFA Pulau Pinang diberi bayaran khas Maal Hijrah

KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.

Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

“Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.

Menurut Lim, penerimaan RM800 oleh kakitangan awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini.

“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam.

“Dan, saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” kata Lim lagi.

Lim menambah, penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

Sumbangan yang diberikan itu melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated.

“Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta.

“Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama atau Gred Khas.

“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.

“Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini,” katanya.

Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 sankara nairSankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan. “Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya.

Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan. “Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini. Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah. Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.

lee kuan yew state visit to malaysia 110609 02Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'." Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir. -M'kini

Rasuah Bermaharajalela Kerana UMNO BN Terlalu Lama Berkuasa

Rasuah ancaman sebenar negara: Kos pertahanan terlampau tinggi, Ronald McCoy

Untuk beberapa dekad kebelakangan, Malaysia (atau Malaya) hanya berdepan dengan dua ancaman luar, iaitu Perang Pasifik dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, tidak cukup untuk menjustifikasikan kos pertahanan atau kelengkapan ketenteraan yang terlampau tinggi, kata Ronald McCoy. Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa ancaman negara kita yang sebenar adalah pertentangan antara kaum dan berleluasanya gejala rasuah.

Ronald McCoy (gambar kanan) ialah seorang doktor yang menentang senjata neuklear, menyandang jawatan Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility. Beliau berkata, ancaman dalaman yang berlaku termasuklah Darurat, tragedi berdarah 13 Mei dan sebagainya. Oleh sebab ancaman sebenar adalah dari dalaman, terutamanya pertentangan kaum, maka adalah tidak wajar seandainya kita perlu membelanjakan kos yang terlampau tinggi untuk kelengkapan ketenteraan.

53 tahun yang lalu menyaksikan negara kita yang berpecah-belah dengan politik perkauman yang bermaharajalela, dan didominasi kaum Melayu. Ronald McCoy menganggap bahawa kita tidak seharusnya menumpu kepada "perpaduan Melayu", "perpaduan Cina" atau "perpaduan India", kerana ini akan membuat kita untuk menumpu kepada "perpecahan Malaysia".

Dalam pada itu, usaha untuk memulihkan semangat keadilan dalam kehakiman, pentadbiran yang baik, sistem pendidikan yang sempurna adalah mustahak, katanya.

Terlalu lama UMNO-BN berkuasa

Ronald McCoy menjelaskan, banyak institusi kerajaan telah dikuasai UMNO-BN, sehingga menjadi kerajaan autokrasi yang terlalu lama berkuasa. Mereka boleh mengekalkan kuasa dengan akta yang diluluskan, untuk menjayakan agenda mereka. Misalnya, sistem perkhidmatan awam yang seharusnya bersikap neutral dijadikan alat UMNO-BN, sehingga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berdepan dengan sabotaj daripada mereka.

Juga, isu kematian dalam tahanan yang semakin ketara, namun komuniti doktor di Malaysia tidak cukup kuat (strong) untuk mendedahkan bagaimana tahanan dibelasah sehingga mati oleh polis. Jadi, Ronald McCoy tidak melihat apa-apa peluang untuk memperbetulkan keadaan yang sedia ada, selain menukar kerajaan.

Beliau sedar bahawa ini bukan sesuatu tugas yang enteng, tetapi rakyat harus cuba untuk melakukannya.

Ronald McCoy berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Ke arah Dasar Pertahanan Alternatif dalam Budaya Aman" (Towards Alternative Defence Policy in Culture of Peace), diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Sabtu yang lalu.

Forum ini diadakan sempena pelancaran buku baru Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong, "Questioning Arms Spending in Malaysia". Ahli panel yang lain termasuklah Kua Kia Soong, ahli parlimen Subang R.Sivarasa, dan anggota Food Not Bomb, Yuuhan. Pengacara untuk forum yang yang menarik kehadiran kira-kira 50 orang ini ialah Susanna George. -MR

Mereka Sengaja Mempercepatkan Perbicaraan ke atas Ulamak Tersohor Abu Bakar Bashir

Heavily armed police escort radical cleric Abu Bakar Bashir (C) at  South Jakarta prosecutors office on December 13, 2010 as the alleged  spiritual leader of Indonesian jihad, or holy war, was transferred from  his prison where he has been on remand since August. Indonesian  prosecutors promised a swift trial of radical cleric Abu Bakar Bashir  after police charged him with inciting others to commit terrorist acts, a  crime carrying the death penalty.

Radical Islamic cleric Abu Bakar Bashir is escorted by police  officers as he leaves after signing his dossier at the district  prosecutor's office in Jakarta, Indonesia, Monday, Dec. 13, 2010. Bashir  was arrested in August this year for allegedly helping set up and fund a  new terror cell that was plotting high-pro.

Islamic cleric Abu Bakar Bashir is escorted by police officers as  he leaves the district prosecutor office after the police handed over  his dossier in Jakarta December 13, 2010. Bashir was arrested on August  this year over suspected over links to Islamic militant training camps  in Aceh province.

Heavily armed police escort radical cleric Abu Bakar Bashir (C) at  South Jakarta prosecutors office on December 13, 2010 as the alleged  spiritual leader of Indonesian jihad, or holy war, was transferred from  his prison where he has been on remand since August. Indonesian  prosecutors promised a swift trial of radical cleric Abu Bakar Bashir  after police charged him with inciting others to commit terrorist acts, a  crime carrying the death penalty.

Heavily armed police escort radical cleric Abu Bakar Bashir (C) at  South Jakarta prosecutors office on December 13, 2010 as the alleged  spiritual leader of Indonesian jihad, or holy war, was transferred from  his prison where he has been on remand since August. Indonesian  prosecutors promised a swift trial of radical cleric Abu Bakar Bashir  after police charged him with inciting others to commit terrorist acts, a  crime carrying the death penalty.

Heavily armed police escort radical cleric Abu Bakar Bashir (C) at South Jakarta prosecutors office on December 13, 2010 as the alleged spiritual leader of Indonesian jihad, or holy war, was transferred from his prison where he has been on remand since August. Indonesian prosecutors promised a swift trial of radical cleric Abu Bakar Bashir after police charged him with inciting others to commit terrorist acts, a crime carrying the death penalty.

Ulamak Tersohor Abu Bakar Bashir hadapi tuduhan bawa hukuman mati

JAKARTA – Pendakwa raya Indonesia memberi jaminan guru agama radikal, Abu Bakar Bashir akan dibicarakan dengan segera selepas polis hari ini mendakwanya menghasut orang lain melakukan keganasan, jenayah yang membawa hukuman mati.

Abu Bakar, 71, dihadapkan ke mahkamah hari ini dengan kawalan ketat untuk mendengar pendakwaan terhadapnya.

“Kami mahu membicarakannya dengan cepat,” kata ketua pejabat pendakwa Jakarta Selatan, Mohammad Yusuf kepada pemberita.

Berpuluh-puluh anggota polis bersenjata lengkap dan dua kereta perisai digunakan semasa membawa Abu Bakar ke pejabat pendakwa raya dari penjara di mana dia ditahan reman sejak Ogos lepas.

Menurut kertas pendakwaan, Abu Bakar dituduh melakukan beberapa jenayah mengikut undang-undang antikeganasan, termasuk menyediakan dana untuk kegiatan pengganas dan menggalakkan orang lain melakukan keganasan, berhubung kem latihan militan yang ditemui di Aceh awal tahun ini.

“Dakwaan paling berat ialah dia menghasut orang lain supaya melakukan jenayah keganasan, yang membawa hukuman mati,” kata Yusuf.

Perbicaraan dijangka bermula sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

Abu Bakar tidak membuat kenyataan kepada wartawan tetapi peguamnya berkata, dia menafikan tuduhan terhadapnya dan tidak akan menandatangani kertas pendakwaan. – AFP

Dedah Umno bayar tambang: SPRM temui Harakah

KOTA BHARU, 14 Dis: Pendedahan Harakah mengenai pengundi di Dun Galas yang mendapat bayaran tambang daripada Umno pada pilihan raya kecil 4 November lalu kini mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ekoran penyiaran berita dan gambar di muka depan Harakah bilangan 1587 tiga pegawai SPRM datang ke pejabat Cawangan Harakah di sini 6 Disember lalu.

Selain itu pemberita dan jurugambar yang hadir di Bukit Cekati, Gua Musang tempat pembahagian duit tambang kepada pengundi juga diambil kenyataan.

Pemberita terbabit Hafiz Irwan diminta hadir kepada SPRM di tingkat 12 Wisma Persekutuan pada petang hari yang sama.

(Gambar: Muka depan Harakah yang menyiarkan gambar pembahagian duit di Bukit Cekati semasa pilihan raya kecil Galas. Kini SPRM menyiasat laporan ini)

“Saya berada di situ kira-kira tiga jam untuk diambil kenyataan oleh seorang pegawai SPRM. Kenyataan saya mulai direkod mulai jam 4 petang dan berakhir tiga jam kemudian,” katanya di sini.

Harakah bertarikh 8 – 11 November lalu menyiarkan gambar di muka hadapan ramai pengundi datang ke kaunter pembahagian wang tambang oleh Umno di Bilik Gerakan Umno yang terletak di Bukit cekati.

Sedangkan sebelum itu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato’ Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, pembayaran tambang kepada pengundi dianggap menyalahi peraturan pilihan raya.

Selain pemberita di Kota Bharu, pegawai SPRM terbabit juga memberitahu akan menemui pengarang Harakah di Kuala Lumpur bagi memastikan kesahihan gambar yang disiarkan.

Hafiz dan wartawan lain di Kota Bharu memberi kerjasama penuh kepada pegawai SPRM terbabit ketika datang ke pejabat Harakah Cawangan Kota Bharu.

Sebelum kehadiran pegawai terbabit, seorang daripada mereka membuat panggilan telefon memperkenalkan sebagai pegawai JPN ingin menemui Hafiz yang menulis berita mengenai pembahagian wang tambang di Bukit Cekati. -Hrkh

Awas, Kicap Kipas Udang Tiruan Di Pasaran

3360 Botol Kicap Manis Cap Tiruan Dirampas

Gambar: KICAP TIRUAN... Gambar menunjukkan perbezaan antara Kicap Kipas Udang yang tiruan dan asli yang mana kicap asli (kanan) mempunyai penutup lubang plastik berbentuk bulat manakala kicap tiruan (kiri) penutup lubangnya berlubang. Itu adalah salah satu perbezaan antara kicap asli jenama Kipas Udang dan kicap tiruan yang dirampas oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

SEREMBAN: Sebanyak 3,360 botol kicap manis tiruan yang menggunakan jenama 'Kipas Udang' bernilai hampir RM10,000 dirampas dalam operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan, Isnin.

Rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Jalan Tuanku Antah di sini, kata Ketua Pengerusi PPDNKK Mohd Nor Musa.

"Kami mendapat aduan dari orang ramai menyebabkan kita membuat pemeriksaan di setor syarikat pemborong terbabit. Pemilik syarikat itu yang berusia 50-an bagaimanapun tidak mengetahui kicap itu adalah tiruan," katanya ketika ditemuidi tempat kejadian.

Beliau berkata sampel daripada kicap tiruan itu akan dihantar ke makmal untuk melihat sama ada ia menggunakan bahan merbahaya atau tidak.

Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.

Beliau berkata pihaknya kini mengesan pembekal kicap itu dan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 3 (1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000. - BERNAMA



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .