Ikuti Blog ini

Gambar Uncle Seekers Ditangkap & Direman 4 Hari Atas Dakwaan Hina Sultan




Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.

Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH



Selepas Kuning Hijau Dan 14 Julai Ini Oren

Dua bentuk banner mengenai Himpunan Hijau.
Tanggal 14 Julai ini satu lagi himpunan rakyat akan diadakan di ibu negara yang bakal menggemparkan dan memeningkan kepala pemerintah hari ini. Himpunan dimaksudkan itu ialah himpunan bagi menyelamatkan Felda ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di brusa Saham Malaysia. Himpuan itu adalah simbolik kepada kemarahan di atas tindakan penyenaraian FGVH yang dibuat dalam keadaan tempang dan cacat.


Tindakan menyenaraikan FGVH minggu lalu itu dianggap satu penganiayaan kepada kira-kira 120,000 peneroka Felda di seluruh negara. Felda dianggap tertipu dan diperdaya untuk membeli saham berkenaan. Peneroka dipaksa agar membelinya atau membeli dalam keadaan 'buta rengga' - tidak tahu hujung pangkal.

Justeru beberapa pihak bimbang nasib buruk bakal menimpa peneroka di mana gara-gara dipaksa menyebabkan Felda akan menanggung kerugian dan bebannya akan dipukul oleh peneroka.

Katanya peneroka tanpa pengetahuan mereka yang diberi pinjaman bank untuk membeli saham berkenaan telah mengadaikan harta benda mereka termasuk tapak rumah. Jika perkara ini menjadi kenyataan sudah tentu kedudukan dan nasib peneroka parah, apa lagi kedudukan untung rugi saham itu tidak menentu. Titik peluh mereka mengumpul wang dan harta sejak lebih 40 tahun lalu akan hangus begitu saja. Inilah yang dibimbangi oleh banyak pihak.

Bagaimana pun pihak kerajaan pula bermati-mati mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa balik usaha pihak yang tidak setuju itu sebagai alasan politik sahaja. Disebabkan peneroka ada yang haus wang menerima bulat-bulat apa yang pihak 'majikan' mereka katakan.

FGVH yang disenaraikan minggu lepas jauh meleset daripada jangkaan awalnya di mana peremimunya (untung) diramalkan melebehi RM1.50 tetapi apa yang berlaku hanya sekitar 50 hingga 80 sen saja. Tidak sampai 24 jam saham itu disenaraikan katanya peneroka telah diarah agar menjualnya kerana mengelakkan menanggung kerugian.

Penjualan segera itu secara tidak langsung menolak dan menafikan pembelian saham itu bakal mengubah nasib peneroka seperti mana diuar-uarkan. Diyakini tidak ada seorang peneroka pun mendapat RM100,000 hasil penjualan saham itu melainkan pengerusi, para pengarah tertentu yang diberikan nilai saham sampai 500,000 hingga 800,000 unit.

Sebelum langkah menyenaraikan FGVH itu berbagai pihak memberi pandangan dan nasihat agar ia dibatalkan hasrat penyenaraian saham itu kerana kesan buruknya akan dihadapi peneroka. Bantahan itu termasuklah membawa kes itu ke mahkamah tetapi tidak berjaya dan pihak berkuasa di Felda tidak peduli langsung.

Himpunan 14 Julai ini dinamakan Himpunan Oren adalah kemuncak kepada bantahan terhadap penyenaraian saham itu. Himpunan juga nanti akan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong. Pihak penganjur menganggarkan seramai 20,000 akan menyertai himpunan berkenaan di mana sebahagian besarnya dari kalangan para peneroka.

Badan yang bertanggungjawab menganjurkan Himpunan Oren ini adalah Gerakan Selamatkan Felda di mana ia terdiri dari beberapa Ngo dan individu politik yang prihatin terhadap nasib dan masa depan peneroka.

Pas secara rasmi telah mengarahkan para pemimpinnya hadir dalam himpunan berkenaan dengan mengenakan pakaian berwarna kuning. Satu surat penjelasan dan jemputan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Mustapa Ali yang memaklumkan Pas dalam mesyuarat jawatankuasa agungnya telah mengambil keputusan menyokong himpuann berkenaan.

Abdullah dan Tengku Razaleigh turut hadir.

Menariknya dalam beberapa banner, flyers yang diedarkan kepada umum termasuk media massa terdapat dua wajah pemimpin Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah kedua pemimpin Umno itu yang dilihat kurang senang dengan penyenaraian FVGH benar-benar akan hadir atau pun ia sebagai gimik.

Sebelum ini Presiden Anak, Mazlan Aliman ada membuat kenyataan ia Anak akan mengundang Abdullah menghadiri himpunan berkenaan.

Cuma agak sayang sedikit saya tidak berkesempatan menghadiri satu lagi himpunan bersejarah ini kerana pada tarikh itu saya tidak tidak ada dalam negara? -

Apabila Polis Dan Askar Masuk PAS...Apa Bakal Terjadi? Jawab!



Cuba perhatikan susur-susur perkembangan  tentang polis kita dan askar. Setelah BERSIH 3.0, banyak kecaman terhadap polis oleh rakyat mengenai keganasan mereka.

Tetapi jika melihat perkembangan terkini, seolah ada "cahaya " di hujung sana !

Pertamanya, orang nombor tiga dalam PDRM dahulu masuk PAS iaitu Dato Fauzi Shaari. Kemudian dua orang "polis lakonan" dalam Gerak Khas iaitu Zulkifli Ismail dan Abby Abadi mula berjinak dengan PAS (nota: Zulkifli telah masuk PAS).

Terkini, TG Presiden minta ahli PAS tidak menjadikan polis sebagai musuh. Satu uslub dakwah meramaikan kawan mengurangkan musuh.

Terakhirnya, Hero askar Melayu " Lt Adnan " Hairie Othman masuk PAS.

Kesannya, Gerak Khas bakal "dipadam" dari RTM jika ada lakonan Zul dan Abby. Jika anggota polis mahu jadi polis mithali, contohilah lakonan "polis baik" Abby dan Zul.

Dan yang harunya, Bulan Kemerdekaan kita bulan depan, bakal diharamkan tayangan filem "Lt Adnan" dalam TV kita. Cuba tanya Pembakar Jambatan Rais Yatim, benarkah begitu?

Jika lagu "Oh Azizah" serta filemnya  Penarik Beca P Ramlee pun diharamkan dalam Radio RTM, apa lagi dengan filem Lt Adnan. 

Tonton Gerak Khas....terbayang  Abby dan Zul dengan PASnya.

Tonton Lt Adnan.....terbayang Hairie dengan PASnya.

Hebat juga pengaruh PAS ! Ada di mana-mana.

Sumber : Blog TokPepijat Dan FB BusMan

[VIDEO] Mana Pergi Polis, Penjahat Boleh Mengamuk Hancurkan Kedai SenQ


Kejadian yang berlaku di SenQ Karamunsing, Sabah ini adalah dipercayai berpunca dari pihak SenQ yang memberi maklumat yang salah kepada pelanggan. Dia mendakwa ditipu berkenaan barangan yang dibelinya dan menyebabkan lelaki ini mengamuk dalam kedai SenQ.


Penganalisis - Tarikh PRU13 tidak lagi penting


Gambar Terkini Sultan Kelantan Semasa Solat Hajat Peletakan Batu Asas Istana Kelantan

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/396645_4215603870676_1884476398_n.jpg

Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, bersama Tengku Mahkota Kelantan, seusai majlis perletakan batu asas Istana Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bahru, tengah hari tadi (5 Julai 2012).

Abby Abady Teruskan Iltizam Bersama PAS





Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda

KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.

Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.

Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.

"Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk television. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.

"Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu,"
kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.

Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.

Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.

Ucapan beliau yang mahu mencari seorang 'ustaz' untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.

Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.

Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.

Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.

Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.

Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.

Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London. -HD

Abby pertahan Pas


Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas.
-SH

Lagi selebriti akan diisytihar sertai PAS 14 Julai ini



Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan (WP) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata beberapa tokoh penting dan selebriti popular akan mengisytiharkan menyertai parti itu dalam Himpunan Hijau PAS peringkat WP pada 14 Julai depan.

"PAS Wilayah Persekutuan juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.
"Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar ke dalam PAS dalam majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai tinggi kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin dan bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.

Menurutnya, artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

Suhaimi berkata PAS WP akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di peringkat WP pada 14 Julai ini.

"Kali ini PAS WP memilih dua lokasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpu sebagai pusat penganjurannya.

"Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan menjelajah Kuala Lumpur.

"Dijangkakan 1,000 motosikal serta 200 kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing," katanya.

Menurut Suhaimi lagi, antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan PAS WP.

Di sebelah malamnya pula, katanya, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri, untuk menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai himpunan tersebut.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke-13 yang akan dipimpin oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri.

Selepas solat Isyak pada jam 9 malam, kemuncak program bermula dengan pidato pimpinan PAS pusat, antaranya Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli jawatankuasa PAS Pusat - Ustaz Idris Ahmad dan Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK).
Yang lainnya ialah Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia, Nasrudin Hassan, Timbalannya Nik Mohd Abduh, Setiasuaha DPP Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Balasubramaniam.

Selain mereka, katanya, PAS WP juga menjemput bekas Pengarah Pelajaran Perak Datuk Adnan Ibrahim, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Datuk Ramli Buyung, lagenda bolasepak negara Abdullah Ali. -M'kini

[VIDEO] Rupanya Najib Memang Biasa "Mengharamjadahkan" Orang



Kuala Nerus – Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tidak perlu hairan dan terkejut ketika Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menghina peneroka Felda dengan perkataan ‘Haram Jadah’.

Menurutnya, perkataan seumpama itu sudah biasa bermain di bibir Najib.

Gambar - Datuk Ariff dakwa pemimpin Umno dapat saham Felda free sebnyak RM 2juta...

“Najib ni satu hal juga, seorang pemimpin yang ‘mengharamjadahkan’ orang lain, tetapi jangan hairan (kerana) kata-kata kesat ini keluar dari (mulut) dia (adalah) satu perkara biasa,

“kalau dia (berada) di Pekan (Pahang) itu dia tengok (orang miskin) dia cakap ini (orang) papa kedana, (orang) bangsat,

“sebab itu bila dia sebut ‘Haram jadah’ itu memang perkara biasa memang cara dia begitu,”
ujarnya.

Beliau yang juga bekas ADUN Umno Pulau Manis, Pekan, mendakwa perbelanjaan yang tinggi dalam pembinaan sesuatu lebuh raya adalah sebenarnya permainan pemimpin Umno.

Katanya, kos sesuatu lebuhraya itu akan meningkat dua kali ganda apabila ia telah ‘diUmnokan’.

“pembinaan lebuhraya adalah satu lagi siri pembohongan pemimpin Umno, sebab itu bila dia buat ‘highway’ bermakna harga pembinaan itu telah ‘diUmnokan’ maknanya (kos meningkat) dua kali ganda,

“projek Lebuhraya Utara Selatan dulu harga sebetulnya RM3 bilion, tetapi apabila berbincangan diantara ‘geng-geng Umno atas’ dia kata ini tak betul, tak mencukupi, kita mesti ‘Umnokan’,

“kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan jadi RM6 bilion,”
jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas Haji Salleh Embong yang berucap sebelumnya, dalam Majlis Ceramah meraikan penerimaan sijil keahlian PAS oleh bekas-bekas ahli Umno di Kampung Banggol Donas pada Isnin 2 Julai.

Mereka adalah 80 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung terbabit, diketuai oleh Haji Salleh Embong yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus sebagaimana dilaporkan Buletinonline pada 9 Disember 2011.

Sehubungan itu, Datuk Ariff turut mendedahkan, tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menyenaraikan Felda di bursa saham adalah satu ‘pemerahan sumber’ orang Felda supaya segelintir pemimpin Umno mendapat laba lumayan.

Sedangkan menurutnya, para peneroka Felda yang telah 56 tahun mengerah tenaga dan membanting tulang hanya mendapat terlalu sedikit dari keuntungan penyenaraian tersebut.

“dia (para pneroka) hanya dapat 810 unit (saham) premium 75 sen dia dapat RM600 bekerja macam lembu 56 tahun (itu pun) kena tolak pinjaman bank RM200 (bakinya) cuma RM400 campur pendahuluan (berjumlah) RM15,400.00,

“sebab itu Najib beri rasuah pendahaluan RM15,000 sebab dia tahu apabila Felda diapungkan premiumnya tidak begitu tinggi, tetapi puak-puak yang tidak bersangkut paut dengan Felda buat duit banyak,


“geng-geng, puak-puak Umno (dan) menteri-menteri (dapat) 3 juta unit saham bermakna dia dapat RM2.3 juta free sahaja (secara percuma),”tegasnya. -BO


Uncleseekers Ditahan Polis



Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.

Tangkapan itu diyakini urutan daripada pendedahan dalam blognya berkaitan isu kerabat diraja Johor, seperti yang dilaporkan di sini

Update: Blogger Uncleseekers dalam perjalanan balik kampong

Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. - News update"

TOLONG! Tolong!! Gua dah betul-betul konfius nih...

GEMPAR!! berita baru masuk.. media umno RTM dan TV3 baru sahaja mengesahkan perdana menteri Umno sekarang ni sebenarnya Rosmah Mansor!!!
Gua makin bertambah konfius... Bila yang dia ni terlantik?
PIEM Umno yang ke berapa pulak dia nih...
Makin menjadi-jadi KEMBANG rambutnya... kahkahkah...sumber

[DEDAH] SPR Ulangi Taktik Terengganu Untuk Bantu UMNO BN Tawan Selangor



Atas kertas, semua calon PAS Selangor kalah

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, pertambahan mendadak pengundi baru yang diragui di Selangor memperlihatkan atas kertas tiada seorang pun calon PAS boleh menang dalam PRU-13 ini.

Katanya, maklumat semasa di 20 Dun yang bakal ditandingi PAS, pertambahan pengundi baru sangat ketara dan luar biasa menyebabkan kerusi yang ditandingi sangat tidak selamat.

Keadaan sekarang di Selangor juga katanya mirip apa yang dilakukan terhadap negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum tahun 2004 di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS ketika itu jatuh kepada BN.

"Atas kertas satu orang pun calon PAS tak boleh menang sekarang ini dengan kemasukan 600 ribu pengundi baru yang meragukan di negeri ini," katanya dalam rancangan Fokus Isu, Selangorku semalam.

Beliau yang juga pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL) berkata demikian ketika diminta mengulas peluang PAS di negeri itu khususnya di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi parti itu.

Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR.

Untuk tujuan itu kerajaan negeri Selangor menggerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak.

Pada masa yang sama beliau menyeru kepada seluruh jentera parti negeri itu mengadakan solat hajat agar diberi pertolongan oleh Allah menghadapi situasi itu.

"Tahun 2008 siapa boleh jangka kita menang. Sampai Khir Toyo kata nak bagi pembangkang sifar di Selangor.


"Ada kata di Meru, letak katak pun BN boleh menang. Tapi Allah lebih berkuasa menentukan," katanya. -HD

SPR menggunakan modus operandi yang serupa di terengganu pada PRU12 untuk membantu UMNO BN menawan Selangor di dalam PRU 13.

Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap dihukum oleh Allah swt.

Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar semua perancangan kamu digagalkan Allah swt dan kamu-kamu dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt akan berada di pihak yang benar dan memperkenankan doa kami. -GB

PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren




(Surat rasmi Mustafa mengarahkan ahli PAS sertai Himpunan Oren)


KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini.

Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.


Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).

"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," kata Mustafa daam surat itu.

Sehubungan itu, katanya, semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu.

Sebagai makluman, kata Mustafa, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.

Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini, tulis Mustafa lagi.

Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS.


Maklum kepada polis




Sementara itu, Mazlan Aliman bersama beberapa orang lagi menyerahkan surat pemakluman Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini di Ibu Pejabat Polis Sentul di Jinjang, Kuala Lumpur.

Turyt serta bersama beliau adalah Dr Rosli Yaakob, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Fadhil Othman.

"Insyaallah, selepas ini surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong akan menyusul untuk memohon perkenan menyerahkan memo pada 14 Julai ini di Istana Negara," kata Mazlan melalui Facebooknya.-Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .