Ikuti Blog ini

Tuanku Faris: Adakah Trafic-Light akan berubah kaler?

Tok Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas merangkap MB negeri Kelantan telah meletakkan asas yang kukuh dalam menggembalikan kegemilangan Islam di negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah. Dalam masa 20 tahun pentadbiran beliau nescaya bukan sedikit jasa yang beliau pacakkan khususnya dalam membawa kegemilangan Kelantan bukan hanya duniawi tetapi juga kearah keredhaan Ilahi.
Berbaki hanya 3 tahun sahaja lagi untuk menyamai perjuangan Rasulullah Saw iaitu 23 tahun setelah dipilih menjadi Rasul hingga ke tarikh kewafatan Baginda. Walaupun Rasulullah Saw hanya memerintah Madinah al-Munawwarah selama 10 tahun sahaja.

Khilafah yang merupakan bebanan yang dipikulkan atas Adam a.s dan diwarisi kepada keturunan Baginda sehingga manusia akhir zaman. Para Nabi dan Rasul dahulunya sebagai pemimpin ummah memperjuangkan bukan sekadar untuk menegakkan aqidah yang sahih dan ibadah yang benar tetapi meliputi sistem ekonomi yang diredhai, sistem sosial yang yang berlandaskan agama dan meliputi segenap bidang kehidupan manusia bahkan sistem kenegaraan berteraskan perlaksanaan syariah Islam secara syumul dalam seluruh aspek kehidupan melalui institusi perundangan. Itulah yang dikatakan sebagai Khilafah ar-Rasyidah ‘ala Minhaj an-Nubuwwah.

Kewujudan dan keberadaan Khilafah itu bukanlah demi kekuasaan atau pemerintahan itu sendiri, melainkan untuk menegakkan syariah Islam yang memang wajib hukumnya. Khilafah ada demi syariah. Imam Ghazali dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-I’tiqad menyebut hubungan kekuasaan dan agama atau gambaran eratnya hubungan Khilafah dan syariah. Kata Imam Ghazali,"Ad-diinu ussun wa as-sulthaanu haris. Wa maa laa ussa lahu fa-mahdumun wa maa laa harisa lahu fa-dhaa`i’." (Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tidak ada asasnya akan roboh dan apa saja yang tidak ada penjaganya akan hilang).

Sudah pasti usaha dan jihad kita untuk mendapatkan kuasa adalah kerana Allah Swt. Ingin melaksana dan mengakkan tuntutan Allah Swt. Inilah yang diperjuangkan oleh Rasulullah Saw dan para sahabat sehingga mengorbankan nyawa yang bukan sedikit termasuk masa dan harta-benda maupun tanah-air demi menegakkan sebuah Negara dan melaksanakan syariah Islam padanya.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” al-Ma’idah :49

Firman Allah SWT :-

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
Ertinya : Dan tidaklah boleh bagi seorang lelaki yang beriman dan wanita yang beriman itu, apabila Allah SWT & RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum, maka mereka ingin memilih (mengikut suka hati mereka), dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.

Atas semua faktor yang sudah diketahui inilah usaha Pas dalam menegakkan syariah dan segala hukum-hakamnya adalah merupakan tuntutan bersama. Ia merupakan matlamat perjuangan Gerakan Islam dan matlamat perjuangan umat Islam sedunia. Pas sendiri berjanji untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. Kerana itu selepas kemenangan yang diperolehi lalu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Berbanding negeri Terengganu meskipun telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Mizan dan diwartakan semasa pemerintahan Pas 1999-2004 tetapi kerajaan Umno-BN Terengganu kini mengamalkan perlaksanaan terpilih tetapi tidak melibatkan jenayah hudud & qisas. Manakala di Kelantan, undang-undang ini belum diwartakan dan di kuatkuasakan oleh Negeri Kelantan.kerana menghadapi permasalahan tertentu termasuklah halangan kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN sendiri. Pengakuan Tok Guru untuk tetap melaksanakannya meskipun dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dalam perlaksanaan syariah selain hudud & qisas ia berjalan dengan baik dan dan berkembang dari masa kesemasa. Tok Guru mengumpamakan perlaksanaan hudud tertahan seumpama kereta berada dipersimpangan traffic-light. Enjin kereta tak mati tetapi menunggu lampu traffic-light bertukar dari merah kepada hijau. Diharapkan agar perlantikan Tengku faris yang dilihat lebih mesra agama dan nampaknya agak sehaluan dengan Tok Guru MB diharapkan inilah masa dan tempohnya lampu merah akan bertukar menjadi hijau. Janganlah sampai lama sangat menunggu sehingga kereta mati enjinnya akibat kehabisan minyak. Semoga dizaman pemerintahan Tok Guru inilah sempat dianugerahkan kemuncak perlaksanaan syariah ini sebagai legasi beliau menuruti perlaksanaan syariah di negeri Aceh Darul Salam, serambi Mekah Indonesia. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Foto-foto menarik YAB Tuan Guru Nik Aziz bersama YM Sultan Kelantan Tuanku Faris Petra

Oleh: Pria Malaya

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

17 September 2010 (Jumaat) - Berikut adalah gambar-gambar Tuan Guru MB Kelantan bersama Sultan Baru Kelantan, YM Tuanku Faris bersalaman dengan rakyat jelata selepas menunaikan solat Fardhu Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu Kelantan...

Sungguh terharu tatkala menatap foto-foto di bawah..

Semoga Allah memanjangkan umur Menteri Besar kelantan Tuan Guru Nik Aziz, dan umur Tuanku Faris, supaya dapat sama2 memerintah rakyat negeri Kelantan dgn makmur dan jayanya..semoga gandingan mantap antara ulamak dan umarak ini akan mendatangkan barkah yang tidak disangka-sangka kepada rakyat Negeri Kelantan khususnya, insyaAllah..

Ikuti 'bicara' gambar-gembar menarik di bawah..wallahua'lam..



Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.



Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...



Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Sumber: Credit pada blogger@facebooker TopengPerakUnmasked (TPU)!

Bicara Gambar

BICARA GAMBAR 1



Keterangan gambar: 16 September 2010 - Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat, YB Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama ADUN Manik Urai, Yb Abe Uji bergambar bersama pemimpin dan rakyat kawasan Manik Urai di 'Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kuala Krai 2010' di Dataran Sg. Durian..sungguh meriah majlis ini dengan kehadiran orang ramai diserikan dengan pelbagai juadah hari raya yang istimewa...lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 2



Keterangan gambar: 16 September 2010 - ADUN Salor dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa disambut meriah oleh jawatankuasa Maahad Saniah Pasir Putih di Majlis 'Sambutan Aidilfitri & Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah 2010'..antara lain yang hadir pada majlis ini ialah YB Drs Zainudin ADUN Limbungan, YB Muhammad bin Husin Ahli Parlimen Pasir Putih serta YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...lagi gambar di sini..

BICARA GAMBAR 3



Keterangan gambar: 16 September 2010 - YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan raut wajah ceria menghadiri rumah terbuka Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), YB Saifuddin Nasution di kediamannya di Machang..turut hadir ialah Dato' Paduka Husam Musa..suasana meriah jelas terasa apabila melihat pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka pemimpin mereka..lagi gambar menarik boleh lihat di sini...

MERIAH: Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah 2010M/1431H

Oleh: Pria Malaya

Meriah, cukup meriah!..itulah perasan yang dapat digambarkan tatkala melihat kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai kaum ke Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan negeri2 Pakatan Rakyat pada tahun ini!..rakyat di setiap pelusuk negeri sanggup hadir dari jauh semata-mata mahu bersama Menteri Besar dan Ketua Menterinya menyambut Aidilfitri..jelas terpancar perasaan gembira, ceria dan terharu di wajah mereka..

Apa yang menarik, sambutan kali ini menerima kunjungan yang hebat dari rakyat non-muslim...sungguh harmonis dan tenteram kehidupan mereka pelbagai kaum dan agama..tahniah diucapkan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang...kami rakyat tetap bersama anda!
































































Penyelarasan Subsidi; Mengapa Harga Tiket Bas Naik

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/bnn.jpgKerajaan Umno/ Barisan Nasional memberi jaminan dengan berjanji, penyelarasan subsidi yang berlaku pada 15 Julai lalu tidak membebankan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri dipetik media Perdana 16 Julai berlata penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan.

Menurut Muhyidin, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga.

"Apa-apa tindakan yang diambil kerajaan untuk melaraskan subsidi juga dilihat tidak membebankan rakyat secara keterlaluan kerana sebahagian besar barangan yang dijual masih dikawal oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu, Terengganu.

Namun 'cakap kosong' dan 'janji politik' pemimpin No;2 Umno itu kini jelas.

Setelah dua bulan berlakunya penyelarasan subsidi, ternyata kerajaan BN benar-benar mendahulukan rakyat, dengan harga hampir semua barang dan perkhidmatan yang diperluan oleh rakyat, meningkat.

Beberapa penumpang perkhidmatan bas ekspres yang ingin menuju ke beberapa destinasi tanah air sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut dengan kenaikan harga tiket antara lima hingga sepuluh peratus bagi setiap perjalanan.

Pengguna, Mohd Danish Fauzi,21 berkata, syarikat pengangkutan awam tersebut telah menaikkan harga tiket sebanyak RM3 berbanding harga biasa.

“Untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, harga biasa adalah antara RM33, tetapi sekarang apabila saya beli tiket untuk balik raya, ia naik kepada RM36.

“Kenaikan harga tiket dikatakan untuk menampung kos perkhidmatan, perkara ini tidak sepatutnya dibebankan kepada pengguna,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun itu.

Noreezah Asyikin Mohd Yehasan, 18, berkata, sebagai anak orang miskin yang terpaksa menampung kos perbelanjaan tinggi ketika belajar di pusat pengajian tinggi, kenaikan sebanyak RM3 itu amat besar bagi mereka.

“RM3 kami sudah boleh makan sepinggan nasi goreng. Jadi, bagi kami yang masih lagi belajar dan segala perbelanjaan ditanggung keluarga, jumlah itu agak besar,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian. -BO

Khalid Abu Bakar Sepatutnya Sudah Lama Dipecat

Shamsul Sedia Beri Keterangan Jika Dipanggil Berbuat Demikian

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.

Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsul untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.

"Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.

"Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis," tegas beliau.

Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau 'bercakap ikut sedap mulut' dan ia merupakan kenyataan paling 'merepek' yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.

"Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya," tegas beliau.

Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu 'menjaga tepi kain' ahli politik.

"Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?," tanya beliau.

Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.

Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.

"Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.

"Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya," kata Shamsul lagi. -TVS

Ketua Polis Selangor yang bernama Khalid Abu Bakara ini memang seorang lansung tidak ada integriti menjadi ketua polis negeri. Di dalam tindakan-tindakannya yang lalu beliau dikenali sebagai sangat berat sebelah, pilih kasih, diskriminasi dan lebih dilihat sebagai bonse UMNO daripada sebagai seorang anggota polis.

Setiap demo aman Pakatan rakyat, manusia bernama Khalid inilah yang akan menyibuk mengeluarkan arahan tangkapan dan seumpamanya tetapi di dalam demo-demo haram UMNO, Khalid akan bersembunyi.

Senang-senang dia cakap nak ambil dan merakam keterangan orang untuk menakut-nakutkan rakyat.

Dia tidak sedar bahawa beliau juga boleh dipanggil rakyat dan diambil serta dirakam keterangannya di hadapan rakyat. Beliau sepatutnya telah lama dipanggil oleh SELCAT kerana melakukan kerja secara tidak professional.

Jenayah begitu berleluasa di Selangor malah kes Sosilawati ini adalah kerana wujudnya pembunuh-pembunuh bedebah itu yang telah sekian lama memain peranan di negeri Selangor. Siapa Ketua Polis Selangor kalau bukan Khalid Abu Bakar? Beliau sepatutnya sudah lama disiasat dan dipecat daripada menjadi anggota polis. -GB

Sidang khas tetapkan elaun seumur hidup Sultan Ismail

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menetapkan jumlah elaun seumur hidup yang bakal diterima oleh Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra setelah tidak lagi menjadi sultan di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, persidangan itu akan diadakan sebelum akhir bulan ini mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan (bahagian kedua) yang disebut "Undang-undang Perlembagaan Tubuh" dalam Perwawai ini.

Bercakap pada persidangan media di pejabatnya di sini hari ini, beliau turut menafikan kenyataan Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed yang disiarkan di akhbar hari ini menyebut gelaran Tuanku (kepada Sultan Ismail) dan Tengku kepada (Raja Perempuan Anis) digugurkan.

"Beliau (Shukri) telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan, beliau telah menulis surat kepada akhbar tersebut hari ini meminta menarik balik kenyataan tersebut dan beliau telah membuat laporan polis," katanya.

Sebaliknya Mohd. Aiseri berkata, gelaran "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan" akan diganti kepada "Duli Yang Maha Mulia Sultan" setelah tidak lagi menjadi Sultan Kelantan.

Beliau meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara itu bagi mengelak sebarang kekeliruan di sebalik isu yang berlaku di Kelantan sekarang.

Mengikut Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (bahagian kedua) yang disebut "Undang-undang Perlembagaan Tubuh" dalam Perwawai ini, dalam Perkara 23A yang dipinda pada 2 September lepas perkara 23(A)(a) sekira Raja telah diganti dengan seorang pengganti mengikut Fasal (1) maka baginda hendaklah disifatkan tidak lagi menjadi raja dan telah menarik diri daripada negeri ini dan hak-hak dan tuntutan.

Bagaimanapun dengan syarat bahawa hendaklah baginda berhak mendapat elaun seumur hidup, akan dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan yang hendaklah ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata elaun itu tidak kurang daripada separuh jumlah yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidupnya sebagai sultan semasa baginda memerintah.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .