Ikuti Blog ini

Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu


KLANG: Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.
(Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu)

Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.

Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.

Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang.

Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong. -Hrkh

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)




Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!
1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 
PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR
PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!
Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!

Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !

EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Hadir Bersih 3.0 WAJIB - Tuan Guru Nik Aziz

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi. -Hrkh

"Duduk Bantah" Tetap Di Dataran Merdeka, SAMM Simpati DBKL Diperkudakan UMNO BN



BERSIH 3.0 tetap di Dataran, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi bersama penganjur tersebut, Datuk A Samad Said berkata lokasi itu kekal di Dataran Merdeka walau tanpa keizinan DBKL.

Seorang lagi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreeenevasasn berkata BERSIH 2.0 akan terus berunding dengan polis dan DBKL supaya dibenarkan untuk menggunakan padang berkenaan.

Samad berkata, Dataran Merdeka merupakan lokasi strategik dan mudah dikunjungi oleh peserta dengan menggunakan pengangkutan awam.

"Tiada lokasi di luar pusat Kuala Lumpur yang boleh menyediakan kemudahan seperti itu," kata Ambiga dan Samad dalam satu kenyataan bersama. -mk

Himpunan Bersih 3.0: Abaikan larangan DBKL

Kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

PETALING JAYA: Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.

“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa.

“Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.


Menurut CheguBard, Umno-BN sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini.

“Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan Bersih.

“Oleh kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terpaksa mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini.

“Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan Bersih 3.0 bertemakan ‘Duduk Bantah’ bagi menunjukkan solidariti rakyat menuntut hak untuk pilihan raya bebas, bersih dan adil,” terang beliau.
-FMT

Empat lagi ditahan cuba pasang khemah di Dataran


Empat orang lagi ditahan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila para aktivis cuba memasang khemah baru di Dataran Merdeka selepas kemah mereka sebelum ini dirampas dalam satu serbuan DBKL pagi ini.

NONEPengerusi kumpulan pelajar - Bangkit Malaysia - Mohd syahid Mohd
Zaini berkata, tiga pelajar dan seorang awam ditahan dan dibawa ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi.

"Kami cuba memasang khemah baru apabila pegawai DBKL datang untuk menghalang kita.

"Berlaku pergelutan dan empat orang ditahan," kata syahid. -M'kini

Mohon Agong jangan perkenan bubar parlimen

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.

Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API. -Hrkh

Sekarang !!! Demonstrasi Rampas Tanah di hadapan Wisma Darul Iman


Di Kuala Terengganu..sedang berlangsung sekarang demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman bagi membantah rampasan tanah rakyat oleh karajaan Umno-BN. Sidang Dun sedang berlangsung pd krtika ini.





Mampos UMNO Terengganu, perompak harta anak yatim!!! Pemuda Dungun.
http://lensahandphone.blogspot.com



(Antara kira-kira 5,000 yang berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman, pusat pentadbiran kerajaan negeri Terengganu hari ini)

KUALA TERENGGANU: Lebih 5,000 rakyat Terengganu bersama mangsa perampasan tanah oleh kerajaan negeri berhimpun di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.

Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri di lima tempat berasingan di seluruh negeri.

Tempat-tempat itu adalah 1) tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun, 2) tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu, 3) tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap, 4) tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan 5)tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Satu memorandum kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu.

Kesemua pemilik asal tanah ini diiringi oleh pimpinan PAS Terengganu yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Mohamad Abdul Wahid Endut.

Turut serta adalah semua Adun PAS Terengganu yang kebetulan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Turut serta adalah pimpinan PAS Terengganu iaitu Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid di samping Yahya Ali dan Syukrimun Shamsudin.

Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai 'Duduk Bantah' sempena himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirim oleh setiausaha akhbar beliau Mohd Nasaie Ismail, beliau berkata ianya sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dengan Bersih 3.0 untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan Duduk dan Bantah Bersih 3.0.

"Begitu juga dengan seluruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal 28 april," katanya.

Pejabat agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke himpunan tersebut.

Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telahpun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir.

Semua negeri telah menyatakan komitmen sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka.

Sementara itu, Bersih malam tadi mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan lokasi alternatif 'Duduk Bantah' itu selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan himpunan itu diadakan di Dataran Merdeka. -Hrkh

Bob Lokman Pernah Bercakap Dengan Mayat?


DUNGUN - Ucapan Bob Lokman yang paling kontroversi dirakam dan dimuat naik di Buletinonline Channel, rangkaian video klip Buetinonline adalah, apabila Bob membuat kenyataan bahawa ramai pembikin drama televisyen adalah ‘munafik’.

Bob berkata demikian dalam ceramahnya di Dun Tepoh pada 31 Mac lalu.

Sehingga kini seramai 63, 845 orang telah menonton rakaman di tersebut dilaman You-Tube, yang meninggalkan sebanyak 174 komen.

Purata dalam sebulan 8,000 orang telah menyaksikan dan mendengar ucapan ‘penuh berani’ Bob tersebut.

Pelbagai kontroversi yang membadai kehidupan nekas selibriti itu sejak beliau meninggalkan dunia seninya dan menjadi ahli PAS.

Beliau dipuji puja oleh rakan taulan dan tidak kurang dicaci dan dimaki oleh mereka yang tidak senang dengan kerjaya barunya ‘penceramah sepenuh masa’.

Paling menonjol adalah, Bob ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor di Kampung Sungai Lui Hulu Langat kerana di dakwa mengajar agama dengan tidak memiliki ‘tauliah’.

Ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jerangau Sungai, pada Khamis 19 April lalu, Bob sekali mencipta kontroversi baru.

Beliau menceritakan bagaimana beliau telah bercakap dan bertanya kepada mayat seorang rakan karibnya, yang telah meninggal secara mengejut.

Menurutnya, kawan beliau adalah seorang artis lampu yang hebat, kerana hasil kerjanya diterima dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

Pada suatu hari, kata Bob, rakanya itu telah diserang penyakit jantung dan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk dibedah.

Sebelum rakannya masuk ke bilik bedah, beliau menerima panggilan dari taman karibnya itu yang memberitahu bahawa beliau akan masuk ke bilik bedah.

Secara bersahaja, Bob mengucapkan selamat kepada rakannya dan akan menziarahi beliau sebaik keluar dari bilik bedah dan setelah sedarkan diri.

Namun beberapa minit kemudian, beliau mendapat panggilan dai isteri rakannya itu yang mmberitahu bahawa, suaminya telah meninggal sebelum sempat masuk ke bilik bedah.

Ikuti cerama penuh Bob Lokman seterusnya melalui Buletinonline Channel. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .