Ikuti Blog ini

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah


UALA LUMPUR, 12 Sept - Pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.

Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Sementara itu, Marina berkata, mereka masih belum melantik peguam untuk mengendalikan perkara itu.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Tapiling di mana mereka ditahan selama dua tahun.




Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal “mangsa liwat”, Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan “drastik” dan “pasti menggemparkan”!!.“pihak-pihak tertentu” untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh.....

Apakah ini petanda baik yang “agenda 16 September” bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari “lamunan”. Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakin “terbongkar”. Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]




16 September : Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Tragedi 16 September akan dirasai oleh rakyat Malaysia dalam beberapa hari lagi..... Tragedi ini bukanlah satu tragedi ngeri bagi rakyat Malaysia, namun ianya pasti menjadi ngeri kepada UMNO dan Barisan Nasional dan tidak lupa kepada Dolah and Co. serta Che Det and Co.

Namun, disebalik penantian ini, banyak suara-suara sumbang bertanya, mengapa PAS bersama PKR dan tidak UMNO?


AR memang pelik bin ajaib dengan suara sumbang tersebut, namun hanya AR mampu jawab berdasarkan fakta dan sejarah bahawa UMNO sanggup mengenepikan perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah untuk menjaga nafsu mereka dan juga demi kepentingan duniawi semata-mata.

Apabila ada juga yang menyatakan kebimbangan
berkenaan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu melaksanakan Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR akui bahawa persoalan ini menjadi satu tanda tanya kepada mereka kerana provokasi daripada UMNO, namun AR hanya ingin menyampaikan tentang berita gembira kepada Ummat Islam bahawa kita akan merasai Sistem Perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah tidak lama selepas PAKATAN RAKYAT mentadbir negara.

MACAM MANA? DAP SETUJU KE?

Berkenaan parti DAP yang kebanyakan daripada rakyat Malaysia bimbang bahawa DAP akan membangkang usaha untuk dilakukan perundangan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini, AR ingin memberi penerangan dan membuka minda kepada masyarakat bahawa, DAP tidak sekali-kali membangkang sekiranya Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini hanya untuk Ummat Islam sahaja dan tidak akan dikenakan ke atas non-Muslim.

Namun begitu, usaha ke arah itu tidak diberitakan secara umum kerana UMNO akan membuat provokasi demi provokasi walaupun si alif, min, nun, wau ini pun seorang Islam. Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah akan dilaksanakan tidak lama lagi dan kajian-kajian dalam membawa sistem ini telah dilakukan oleh pihak PAS dan ianya akan dilakukan kajian lanjutan tatkala PAKATAN RAKYAT memerintah Malaysia nanti. InsyaALLAH.

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.”
(al-Kaafiruun [109]: 1-6)


AR : Jangan pula ada suara-suara sumbang daripada pencacai-pencacai UMNO yang terang-terangan ISLAM menolak Perundangan Acuan Al-Qur'an dan Al-Sunnah ini kerana kepentingan duniawi.....


-Anak Reformasi.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .