Ikuti Blog ini

Kerajaan Najib/Rosmah semakin terdesak!!...Pakatan diingatkan berjaga-jaga.


KUALA LUMPUR : Pemimpin Pakatan Rakyat diingatkan agara berwaspada dengan sebarang taktik dan strategi yang lebih dahsyat yang akan digunakan oleh Umno/BN tatkala keadaan semakin terdesak kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu

Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik," katanya.

"Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin Pakatan Rakyat. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah," katanya sebaik selesai siatan ke atasnya di pejabat beliau pada 11 Mac lalu.

Sementara itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang baru sahaja dibebaskan dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub 11 Mac lalu mengingatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat bahawa selepas ini akan ada lagi tindakan 'agresif' oleh kerajaan Umno/BN.

Mazlan ditahan di Raub ketika membuat laporan polis di balai yang sama, selepas program majlis dialog bersama generasi kedua peneroka Felda Lembah Klau digagalkan polis pada 9 Mac lalu.

Mazlan berkata, beliau bimbang dengan situasi ini kerana polis dan pihak berkuasa lain akan digunakan oleh kerajaan semata-mata untuk menyekat saluran maklumat termasuk ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

"Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyak taktik mereka, SPR, jabatan kerajaan dan sebagainya akan digunakan, tetapi kita mahu pimpinan Pakatan Rakyat bersedia," tegasnya ringkas.

'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya









Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.



Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.




Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.




Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.




Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Sujud. Kemudian kedengaran tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.




Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil.

Memorandum itu, pada umumnya, menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah berkata, memorandum yang diserahkan Majid itu adalah yang sama yang dihantar kepada perdana menteri pada 9 Disember berhubung pelantikan senator dari kalangan Orang Asli.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'

Malaysiakini

5 MINIT...POLIS PUN SAMPAI ?

Walaupun belum sampai 5 minit kejadian itu berlaku, sepasukan polis dari Teluk Intan telah tiba di tempat kejadian.

Mereka muncul secara tiba-tiba seolah-olah mereka telah tahu lebih awal tentang apa yang akan berlaku ditempat tersebut.

Begitulah antara persoalan yang menjadi bahan perbualan masyarakat setempat yang berasa musykil diatas tindakan pantas polis dari Teluk Intan yang luar biasa , tiba di tempat kejadian itu walupun tiada sesiapa pun yang menghubungi pihak polis.

Mengapa pasukan polis dari Teluk Intan yang tiba dan bukan dari pasukan polis tempatan, Langkap?
Ketua Dewan Perhimpunan Penyokong PAS negeri Perak, Sdr Suria Narayanan (gambar) ketika ditemui dirumah mendiang Siva Phanthiyan, mangsa yang ditembak oleh dua orang yang tidak dikenali pada petang Isnin lalu, menyatakan rasa peliknya kerana menurut saksi-saksi yang berada pada tempat kejadian tersebut memberitahunya bahawa pihak polis dari Teluk Intan, tanpa dimaklumkan atau dihubungi, telah sampai ke lokasi kejadian tidak sampai 5 minit selepai kejadian berlaku.

“Kenapa polis dari Teluk Intan? ( bukan polis dari Langkap ) Apa sebenarnya berlaku disebalik kejadian tersebut . Dan pihak polis tidak mengadakan sekatan jalanraya dimana-mana yang sepatutnya bagi mengesan penjenayah tersebut,” katanya lagi.

Beliau berharap ahli-ahli parlimen pembangkang akan membawa perkara tersebut demi jaminan keselamatan orang ramai dimasa akan datang.

Beliau menegaskan, bahawa Menteri Keselamatan dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein perlu bertanggungjawab diatas kejadian tersebut.

Apabila isu tahap keselamatan orang awam ini dikemukan kepada Dr Mujahid(gambar), ahli Parlimen Parit Buntar, beliau turut bersetuju bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tindakan ganas sedemikian. Beliau turut melahirkan rasa bimbang diatas perkembangan hal tersebut di akhir-akhir ini.

Beliau berjanji, bersama dengan rakan-rakannya yang lain akan cuba membawa perkara tersebut secara umum dalam perbahasan titah diraja dalam masa terdekat nanti.

Suria turut memaklumkan rasa dukacita dan sedih diatas pemergian Siva kerana mereka sentiasa bersama untuk kemana-mana program parti, samada ke tempat-tempat demonstrasi atau ceramah-ceramah di merata tempat.

Bagi Suria pemergian Siva diibaratkan satu kehilangan yang amat besar.Siva umpama salah satu tangan kepadanya; kehilangan Siva umpama dirinya kini telah kehilangan sebelah tangannya.

“Mungkin agak sukar bagi kita untuk mendapatkan seorang pengganti seperti Siva ini,” katanya dengan sedih./ end



Tian Chua Turun Berjuang Bersama Rakyat!!

Lebih 200 orang sedang berhimpun di jalan masuk menuju Kampung Sg Terentang, Rawang dalam usaha terakhir mereka menghalang Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menyambung semula kerja-kerja pembinaan dalam projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di kampung mereka.

Penduduk dilapor mengepung semua tiga jalan utama ke kampung itu sejak jam 7.30 pagi sambil menyanyikan lagu-lagu untuk menaikkan semangat mereka. Mereka juga membawa sepanduk yang tertera tulisan “TNB zalim” dan TNB keluar dari sini”.

Turut berada di tapak bantahan itu adalah ahli dewan undangan negeri Rawang, Gan Pai Nei, ahli parlimen Selayang William Leong dan pengarah strategi PKR, Tian Chua.

Sebuah lori TNB juga dilihat berada di kawasan itu tetapi tiada kehadiran polis yang dikesan.

Menurut Leong, wakil penduduk kampung baru itu mengadakan mesyuarat dengan pihak TNB petang semalam tetapi ia berakhir dalam keadaan buntu.

Penasihat penduduk kampung, Tan Ah Cai yang berucap pagi tadi berkata TNB mungkin memilih kaedah pembinaan menara yang lain yang didakwa lebih selamat dan digunakan secara meluas di Jepun. Kaedah menara 'tiang tinggi' itu juga dikatakan digunakan sekitar Istana Negara di Kuala Lumpur. Isnin lalu,

Bernama melaporkan bahawa pasukan kejuruteraan TNB akan memasuki kampung itu bagi memulakan projek yang terbelangkai sejak lima tahun lalu.

Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir rumah mereka akan dirobohkan bagi pembinaan menara berkenaan yang sekali gus juga menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Royalti Minyak: GEGAR Anjur Konvoi 10,000 Kenderaan

PROGRAM SAMBUT YDPA


GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT (GEGAR)
TERENGGANU:

No. 109,
Taman Pusu 3,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
No. Tel: 013-932 8685
Web: http://www.mampat.blogspot.com/

KELANTAN:

No. 314,
Lorong Merican Off Jalan Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
No. Tel: +609-747 8054/+6013-219 9643
No. Faks: +609-7676389/+609-9765280
Web: http://www.royaltirakyat.blogspot.com/

KENYATAAN MEDIA GEGAR

HIMPUNAN 10 000 RAKYAT MENYAMBUT KEBERANGKATAN PULANG DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DAN PERSEMBAHAN MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT ROYALTI.


Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA.

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:
13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.
Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”


Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof,
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah.
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Gopoh, Semua Ditunda, Tanda BN Tak Wibawa Lagi Tadbir Negara

Umno-Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kewibawaan untuk mentadbir negara ini kerana membebankan rakyat dengan pelbagai cukai baru dan kenaikan harga keperluan asas dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Dalam usaha untuk meredakan kemarahan rakyat itu, Najib menunda beberapa keputusan termasuk yang bersabit dengan kenaikan tarif elektrik, harga minyak, kadar tol di lebuh raya dan yang terbaru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun segala penangguhan itu hanya akan bertahan untuk tempoh pilihan raya dan kenaikan semua keperluan asas itu dan GST akan diperkenalkan selepas pilihan raya umum ke-13, dengan syarat Umno-BN di beri semula mandat untuk mengekalkan Putrajaya.

Beberapa pihak yang ditemui bersetuju bahawa dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya itu, Najib bersama Umno-BN akan menghidangkan pelbagai retorik mengenai dasar dan program yang merupakan lebih 'indah khabar dari rupa.'

Ini termasuklah Model Ekonomi Baru yang dicanang sebagai jawapan untuk segala permasalahan yang menghimpit negara selama ini.

Hakikatnya ialah Malaysia kini tercorot dalam menggamit Pelaburan Langsung Asing (FDI) berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara akibat kelemahan dalam urustadbirnya.

Penguncupan ekonomi sebanyak 1.7 peratus tahun lalu membuktikan ekonomi Malaysia, yang mengalami bajet defisit selama 13 tahun berturut-turut, belum dapat dipulihkan oleh kerajaan.

Manakala kos kenaikan sara hidup pula semakin tinggi dan membebankan rakyat.

Pada masa yang sama kerajaan mahu melaksanakan GST, penstrukturan semula subsidi minyak, meningkatkan kadar tol lebuhraya utama seluruh negara serta menaikkan tarif elektrik.

Dalam sektor pendidikan, dasar pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah menelan belanja RM5 bilion dan sepatutnya dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 ditangguhkan pemansuhannya sehingga 2014.

Manakala dari segi sosial, indeks rasuah dan jenayah mencatat kenaikan tinggi sedangkan perpaduan kaum dan agama pula dilihat semakin renggang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata, banyak dalil menunjukkan BN tidak layak mentadbir negara yang boleh diukur melalui enam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang dilaksanakan kerajaan.

"Pertama NKRA yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan. Tetapi kita melihat kos pendidikan semakin tinggi dan kos peruntukan untuk sekolah-sekolah dipotong. Negara tidak mampu lagi melahirkan graduan yang berkualiti tinggi, sedangkan 300,000 graduan yang mempunyai kepakaran dan tenaga mahir berhijrah ke luar negara kerana tawaran gaji yang lebih lumayan," katanya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan yang berubah-ubah dalam menyelesaikan masalah ekonomi seperti dalam isu GST mewujudkan sentimen buruk kepada pelabur.

"Matlamat NKRA juga dikatakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin tetapi relatif pendapatan rakyat tidak meningkat sedangkan ekonomi jatuh merudum. Kerajaan pula gagal mengurus sumber dengan baik seperti penggunaan sumber minyak dan balak.

"Isu keselamatan negara juga membimbangkan rakyat seperti dalam kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM dan rahsia tentera yang bocor ke negara asing. Dari segi kadar jenayah, kes yang besar dan berprofil tinggi seperti kes pembunuhan dan penderaan bayi berlaku secara berleluasa dan menggambarkan kemusnahan institusi kekeluargaan yang teruk di negara ini," kata beliau. -SK

'Mohsin perlu berani berdepan dengan rakyat'

Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri tidak perlu takut dan khuatir untuk berdepan dengan rakyat di kawasannya sekiranya beliau yakin berada di pihak yang benar, kata pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub hari ini.

Mustaffa diminta mengulas kenyataan Mohsin yang beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Mohsin dilaporkan berkata beliau 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Pengundurannya itu dikritik pelbagai pihak dalam pembangkang, termasuk melalui beberapa siri demonstrasi dan solat hajat tujuh malam supaya beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberikan laluan kepada pilihan raya kecil.

Mengulas lanjut, Mustaffa yang juga naib presiden PKR berkata, tidak ada sebarang ancaman terhadap Mohsin tetapi "siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas".

"Beliau tidak perlu menyalahkan orang lain, sebaliknya menilai diri sendiri. Kalau beliau betul, beliau harus berani berdepan dengan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan Mohsin yang bimbangkan keselamatan itu sebagai satu alasan, Mustaffa mendakwa, ia mungkin sekadar alasan sahaja kerana tidak berani berdepan dengan rakyat selepas keluar parti.

Mustaffa berkata perhimpunan di hadapan pejabat Mohsin bagi mendesaknya mengosongkan kerusi Bagan Serai dilakukan secara aman.

Dilaporkan sekurang-kurangnya demonstrasi diadakan di Bagan Serai susulan peletakan jawatan Mohsin daripada PKR dua minggu lalu.

Hanya sehari selepas beliau mengisytihar keluar PKR, kira-kira 200 pengundi berdemontrasi di hadapan pejabatnya.

Manakala bermula Sabtu lalu, satu solat hajat khas anjuran ahli majlis syura Ulama PAS Ahmad Awang diadakan di pelbagai tempat di parlimen itu bagi memohon hukuman Allah terhadap Mohsin kerana didakwa mengkhianati perjuangan.

Ia dijadual berakhir di Masjid Kampung Tinggi pada Jumaat ini.

Malaysiakini/-

China Press hadapi hukuman gantung



Ketua pengarang, akhbar China Press telah diarah untuk meletakkan jawatannya berhubung laporan yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatannya, kata Lim Kit Siang.

pakatan walk out parliament 160310Kata Lim, jika pengarang itu berdegil, akhbarnya akan menghadapi hukuman gantung selama tiga bulan hingga enam bulan.

Supremo DAP itu berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen selepas mengetuai ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin nafi dakwaan

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menafikan dakwaan yang pengarang China Press telah diarahkan supaya meletakkan jawatan.

Bercakap kepada media, juga di lobi Parlimen, Hishamuddin berkata KDN hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab dan akhbar berkenaan sudahpun memberikan jawapan.

hishammuddin hussein 160310 pc at parliament"Setahu saya, editor berkenaan tidak diarah letak jawatan. Mereka (MP Pakatan) akan mensensasikan dan mempolitikkan sebarang isu..Ia lansung tidak ada kaitan dengan usul yang dibawa hari ini," katanya.

Menurutnya, beliau sendiri belum meneliti surat tunjuk sebab China Press berhubung laporan tersebut.

"Saya perhatikan tidak semua ahli parlimen Pakatan menyertai tindakan keluar dewan hari ini. Malah ada yang tidak bersetuju dengan perkara itu."

Pada 2006, China Press juga menghadapi tindakan digantung berhubung laporan insiden seorang wanita, yang diarah berbogel dan melakukan ketuk-ketampi di sebuah balai polis yang didakwa mereka sebagai rakyat negara China.

china press nude ear squat report annoucement 050106Laporan skandal itu dikatakan hampir mencetuskan ketegangan antara Malaysia dengan China.

KDN dikatakan hanya berpuas hati setelah pengarang kanan akhbar itu meletakkan jawatan mereka.

Sementara itu, usaha Malaysiakini untuk menghubungi China Press untuk bercakap dengan ketua pengarangnya, Teoh Yang Koon masih belum berhasil.

China Press Sabtu lalu, melaporkan bahawa Musa akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

malaysiakini

Petronas Entiti Haram!

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/ceramahdungun%20017.jpg- Sekiranya PDA Tidak Sah
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya semakin tersepit dengan isu royalti minyak mereka nafikan keatas negeri Terengganu dan Kelantan.

Satu demi satu ‘tembelang’ Umno tentang hak Terengganu dan Kelantan menerima 5% bayaran royalti ‘pecah’, dan kini rakyat sudah tahu pembohongan Umno
”Tengoklah duit royalti tu, belit bukan main….. mula boleh, masa PAS perintah (Terengganu) kena tarik, hari ni tak boleh (royalti), boleh wang ehsan,”kata Exco Kerajaan negeri Kelntan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah ketika berucap dalam satu majlis penerangan di Dungun, semalam.

”Kelantan tak boleh. Sebab apa? Sebab di luar tiga batu nautika, itu alasan, tiga batu nautika lebih kurang lima kilometer….kat mana ada minyak dalam lingkungan lima kilometer? Mana ada!,”kata Nik Amar mempersoalkan alasan yang diberi oleh kebanyakan pemimpin Umno, mengapa Kelantan tidak berhak menerima pembayaran royalti minyak.

Beliau menolak alasan kerajaan pusat yang menjadikan Ordinan Darurat sebagai hujah mengatakan minyak yang digali di Kelantan adalah diluar sempadan negeri Kelantan.

Katanya, ordinan tersebut adalah sempadan untuk keselamatan, bukannya sempadan sebenar sesebuah negeri.

Beliau menyelar dakwaan pihak yang mendakwa.kawasan perairan Kelantan hanyalah sekadar tiga batu nautika dan mengatakan ia adalah pendapat ‘loyar buruk’ (pendapat yang tidak betul).

”(Telaga minyak) di Sabah (dan) Sarawak (adalah) di luar (kawasan) tiga batu nautika, (tetapi) mengapa (royalti) di bayar kepada Sabah dan Serawak?,

”Di Terengganu juga diluar kawasan tiga batu nautika, (jaraknya) 150 kilometer, mengapa sebelum ini (royalti) di bayar ke Terengganu? tiap-tiap tahun bayar, (tapi bila) PAS menang baru sekat, baru jadi wang ehsan………. Selama ni apa dia?.”soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan, ada seorang Profesor daripada sebuah universiti berkata, Akta Pembangunan Petroliam (Petroleum Development Act – PDA) tidak sah.

Katanya, Professor tersebut mendakwa, PDA tidak sah di sebabkan adanya ordinan darurat.

”Sedap jugok lawyer (peguam) itu, ambo (saya) jawab mudah je, kalau PDA tu tidak sah mengikut tafsiran peguam tersebut, maka Petronas juga tidak sah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya Petronas ditubuhkan mengikut akta tersebut.

Oleh itu, kata beliau, kalu akta itu tidak sah, bererti syarikat minyak nasional itu adalah satu pertubuhan haram di Malaysia.

“Petronas kena berhenti gali minyak di perairan Malaysia, (hak tersebut) kena beri balik (serah semula) kepada (kerajaan-kerajaan) negeri balik.

”itu kesannya kalau kita (buat) tafsira begitu, sebab PDA adalah asas penubuhan petronas, kerana ada PDA baru wujud petronas, kalau PDA ni tidak sah mengikut undang-undang, petronas adalah entiti haram di Malaysia,”tegasnya.

SPR Tak Perlu Bersandiwara Dalam Isu Pilihanraya PBT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan pendiriannya minggu depan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disyorkan oleh kerajaan negeri, Pulau Pinang dan Selangor.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) berkata kajian teliti perlu dilakukan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berkaitan sebelum menjawab dua surat yang diterima daripada kedua-dua kerajaan negeri tersebut.

Katanya langkah itu bagi memastikan jawapan yang akan diberikan kepada mereka tepat dan betul dan mereka benar-benar faham mengenai kedudukan perkara itu pada masa ini.

“Kita akan hantar surat jawapan kepada kerajaan negeri itu terlebih dahulu sebelum mengumumkan pendirian SPR selewat-selewatnya minggu depan,” katanya pada sesi dialog bersama media pada majlis jamuan teh SPR bersama media di sini hari ini.

Abdul Aziz juga berkata sebagai badan bebas dan profesional, SPR tidak terikat dengan sesiapa sama ada pendapat Perdana Menteri, pihak pembangkang atau sesiapa sahaja dalam memutuskan perkara itu.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menulis surat kepada Pengerusi SPR pada 8 Mac lalu dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengadakan pilihan raya PBT.

Semalam, kerajaan Selangor meminta SPR mengkaji peraturan dan memberi pandangan mengenai tindakan mengadakan pilihan raya PBT di negeri itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata pilihan raya PBT yang sudah dimansuhkan sejak sekian lama itu tidak perlu diwujudkan semula.

Katanya proses pemilihan ahli majlis PBT tidak semestinya menjamin mutu perkhidmatan PBT yang lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata SPR menerima banyak cadangan dan permohonan untuk mendaftarkan rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun sebagai pengundi secara automatik.

Bagaimanapun, katanya, cadangan itu memerlukan kajian teliti kerana melibatkan pindaan undang-undang dan peraturan pilihan raya. — Bernama

SPR tak perlu berlakon atau bersandiwara dengan rakyat. Rakyat semua dah tahu bahawa SPR tidak akan menyetujui pilihanraya PBT. Mana rakyat tahu? PM, Najib sendiri sudah menolaknya.

Dan semua orang tahu sudah lama hilang kredibilitinya sebagai badan bebas dan profesional. Mana tahu, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sendiri yang dah lama di dalam SPR tahu mengapa rakyat sudah tidak yakin dan percaya peranan yang dimainkan oleh SPR.

Istisqa: Tuan Guru MB Kelantan ikut sunah Nabi

KOTA BHARU : Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.

Harakahdaily.net/-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .