Ikuti Blog ini

Bongkarrr...Kali Ini Umno "Kantoi" Habiss...


Pakatan Rakyat sekali lagi dapat membongkar perangai "Jahat" Umno dalam cubaan menggunakan kanak-kanak bagi meraih undi untuk parti mereka yang dilihat semakin dibenci oleh rakyat.

Terkini,Umno mengguna muslihat dengan mengedarkan beribu-ribu gula-gula yang dibungkus dengan menggunakan lambang yang berlogokan BN kepada kanak-kanak,Menurut ADUN Teja YB Chang Leh Kang,PR mengecam tindakan jijik Umno dan BN yang dilihat menggunakan kanak-kanak dalam usaha mereka meraih simpati rakyat dalam usaha mengekalkan kuasa meraka yang semakin reput.

Tindakan yang melampau ini lihat sebagai kesinambungan daripada pemberian pecuma beg sekolah yang berlambangkan Umno dan BN tempoh hari."Kami difahamkan bahawa gula-gula ini diberikan kepada kanak-kanak bagi meraih sokongan ibubapa mereka"kata YB Chang lagi.

Turut hadir dalam membuat laporan ini ialah Naib Ketua Cabang PKR Tapah,Tan Kar Hing dan Setiausaha Pusat Khidmat Masyarakat Pas DUN Air Kuning Kamaruddin Abdul Karim.Mereka meminta menteri di Kementrian pembangunan wanita iaitu Shahrizat memberikan perhatian mengenai kempen "Jijik" parti ini terhadap kanak-kanak yang masih mentah dan tidak perlu di jadikan bahan untuk kempen mereka.

Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB


Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat. NONESambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Sultan Selangor Sultan dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kumpulan tersebut merancang untuk menyerahkan ikrar taat setia kepada sultan Selangor dan memorandum menyatakan sokongan mereka dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor kepada baginda di Istana Shah Alam di Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari masjid berkenaan. Namun begitu, ketika mereka cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan. NONEAkibatnya berlaku tolak menolak. Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan 10 orang perwakilan kumpulan itu ke Istana Klang.

Memorandum rakyat Selangor ini bertujuan menyatakan ikrar taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ia juga bagi menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.

Antara mereka yang dibenarkan terus ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dan ketua pemuda PKR, Samsul Iskandar Md Akin. Mereka disertai oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menunggu di pagar istana. Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.

Janji Najib hanya manis dibibir - peneroka Felda

LABIS, 21 Jan: Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.

(GAMBAR ATAS: Inilah deretan kedai usang di Felda Cempelak yang sekian lama terbiar.)

Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.

"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.

Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini.

(GAMBAR KIRI: Pelbagai janji dibuat Najib ketika berucap di Tenang)

Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.

"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi.

Mereka juga menunjukkan bagaimana deretan kedai usang yang ada dio kawasan Felda mereka yang tidak pernah diambil hirau oleh pihak Felda apatah lagi pemimpin mereka di Kuala Lumpur.

"Kami masih ingat janji mereka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana saudara saya juga ada di Felda Sungai Buaya itu.

"Najib ada menjanjikan RM5000 untuk satu projek. Secara cash Najib bagi RM1000, selebihnya dijanjikan nak beri selepas daripada PRK Hulu Selangor itu selesai. Apa yang berlaku ialah, sehingga kini mereka kata, wang selebihnya yang dijanjikan itu masih belum diberi," katanya.

(GAMBAR KIRI: Helikopter yang menghantar Najib ke Tenang.)

Mereka juga mempertikaikan, rancangan memberikan 500 lota tanah kepada generasi kedua Felda.

"Adakah Najib serius? Jika serius, apa hitam putih perlaksanaannya? Bila hendak dimulakan pemberian tanah tersebut dan bila hendak dimulakan projek-projek pembangunan? " tanya mereka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengulas isu ini berkata, Najib hanya nak tunjuk gah semata-mata demi membina persepsi masyarakat Felda khususnya Felda-felda di DUN Tenang ini demi meraih undi melalui kempen murahan dengan menaburkan janji-janji palsu menjelang PRK ini.

(GAMBAR KANAN: Ini pula tapak projek MEE SEGERA yang dicanangkan oleh Najib sebagai tanah pembangunan untuk manfaat generasi ke-2 Felda. Waktu ni baru terhegeh-hegeh nak buat!, kata mereka.)

"Janji-janji palsu ini hanyalah silap mata Najib kepada para peneroka dan warga Felda demi menutup jenayah-jenayah penipuan Umno/BN yang telah dilakukan sekian lama demi mengaut keuntungan dari kerahan tenaga dan perit jerih warga peneroka," kata Mazlan.

Ekoran itu, beliau juga mencabar Najib, agar menunjukkan buktikan berapa keluarga peneroka di Felda Chemplak ini yang pendapatannya RM3000 sebulan sebgaimana yang dikatakan Najib dalam ucapannya baru-baru ini. -Hrkh

Ahli Umno Labis Protes Pemilihan Mohd Azhar sebagai calon


http://buletinonline.net/images/stories/berita39/prkTenang1.jpg- dan menyeru seluruh pengundi Tenang menolak Azhar
Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang calon PAS Normala Sudirman dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, dilaporkan menimbulkan banyak persoalan dikalangan ahli-ahli Umno sendiri.

Tidak kurang yang bersedih dan kecewa kerana tindakan tersebut telah mengenepikan dan menghina Umno Bahagian Labis sendiri

"Sedih hati bukan kepalang. Sebagai orang yang lama bergerak aktif dalam Umno di Bahagian Labis, rata-rata kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hilang kepercayaan kepada seluruh kepimpinan Umno bahagian ini,"kata seorang ahli Umno Labis yang tidak mahu dikenali.

Walaupun media arus perdana memutarkan cerita-cerita yang 'sedap didengar' namun di arus bawah, sikap pemimpin tertinggi Umno memilih Mohd Azahar yang bukan dari kalangan kepimpinan Umno Labis amat dikesali.

"Buruk sangatkah kepimpinan Umno Labis? Apakah tiada seorang pun dari kalangan pemimpin Umno Bahagian Labis yang layak ditonjolkan sebagai calon mewakili Umno dalam PRK Tenang ini?

"Nampaknya, pucuk pimpinan parti sekarang ini tidak mahu langsung mendengar kehendak orang bawah. Mereka memilih calon ikut kehendak mereka dan ahli-ahli Umno yang “membajak sawah, menebas hutan dan membuang onak duri” hanya dijadikan kerbau bajak tetapi yang menuai hasil tetap mereka yang datang dari istana,"kata ahli Umno berkenaan,

Oleh itu, beliau mencadangkan agar anak-anak peneroka dalam DUN Tenang beralih dan menyokong PAS kerana menurutnya amalan Feudalisma, memilih anak bangsawan dan juga anak beranak serta waris-waris (kronisme) sebagai pemimpin dalam Umno

"Eloklah, anak-anak peneroka beralih arah dari menyokong Umno kepada menyokong parti pembangkang. Ini kerana Umno lebih melihat kepada anak bangsawan dari anak peneroka dan anak petani,"jelasnya dan menyenaraikan bagaimana Feudalisme sedang berlaku dalam Umno.

"Najib sendiri anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Tenang, pemilihan Mohd Azahar Ibrahim kerana dia anak kepada Allahyarham Ibrahim Daud, bekas Senator, bekas ADUN Tenang dan bekas Ketua Umno Bahagian Labis.

"Begitu juga ADUN Parit Jawa, Dr. Robiah Kosai yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor yang pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Muar dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi adalah anak kepada bekas wakil rakyat Muar, Allahyarham Datuk Kosai,"ujarnya.

Selain itu menurutnya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Zainab Bon Abu Bakar juga adalah anak kepada bekas wakil rakyat yang lebih tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Tebrau. Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail pula pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut kerana beliau anak kepada Allahyarma Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Begitu juga Tan Sri Syed Hamid Albar pula adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar sudah mewakili Parlimen Kota Tinggi lebih dari lima penggal. Datuk Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Renggam merupakan menantu kepada Allahyarham Datuk Fatimah Salim, bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Benut. Hari ini Datuk Senator Sharifah Azizah Syed Zain pula muncul sebagai salah seorang pemimpin wanita dari Johor kerana beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain bekas ADUN Parit Raja dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Sama seperti Datuk Nurjazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

"Rata-rata anak pemimpin, menantu pemimpin dan adik beradik pemimpin Umno terpilih menjadi wakil rakyat, walaupun kelulusan mereka tidak seberapa tetapi mereka yang merupakan cikgu sekolah, peniaga dan orang biasa diketepikan sahaja oleh Umno kerana ‘bukan darah bangsawan’,"katanya kesal.

Secara totok beliau mendedahkan, di Johor kini, ada dua ADUN adik beradik, seorang bernama Osman Safian merupakan ADUN Kempas dan seorang lagi Datuk Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya dan merupakan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.

Justeru beliau menyeru seluruh Umno Labis dan seluruh kepimpinan Umno Labis memprotes tindakan pemimpin atasan.

"Mesej yang keras perlu dihantar kepada Najib dan Ghani supaya jangan sesuka hati memilih calon yang berada di luar dari “kotak kepimpinan Umno bahagian” sendiri,"tambahnya. -BO

Larang logo Pakatan - SPR berfikiran sempit

Tindakan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) melarang lambang parti dan gambar pemimpinnya yang tidak bertanding dipamerkan dianggap sebagai berfikiran sempit.

“Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?” soal ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

NONEMenurutnya, calon atau wakil calon sepatutnya diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.

“Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormati hak kebebasan ini,” katanya.

Suhaizan berkata perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar semasa taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang.

Berjiwa besar

Dalam taklimat itu, SPR melarang sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding dipamerkan semasa tempoh berkempen.

NONESuhaizan berkata, SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka.

“Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah,” katanya.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh SPR itu memberi maksud bahawa jika PAS menjadi wakil Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januari ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing tidak dibenarkan semasa tempoh berkempen.

NONEKatanya, yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan semasa tempoh berkempen berkenaan.

Ini, katanya kerana alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti BN.

Deposit pilihan raya

“Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang?” soalnya.

NONEKatanya, jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya, maka sepatutnya Anwar dan Lim tidak dibenarkan berkempen di sana.

SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5).

Katanya, lagi SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin Umno, MCA dan MIC dibenarkan dalam pilihan raya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan penggabungan PAS, DAP dan PKR belum disahkan oleh pendaftar pertubuhan sebagai satu parti gabungan Pakatan Rakyat.

NONESuhaizan berkata pihaknya memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan Pakatan.

“Ini memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan Pakatan yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.Oleh itu sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan Pakatan,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dibangkit adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi dan sepatutnya SPR lebih pro aktif mengatasi masalah berkenaan.

NONE“SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini. SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana.

“SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini,” katanya. M'kini

PRK Tenang: Bukan Islam Terima Baik Cikgu Mala

Normala mampu jadi kekuatan Pas

SENAI - DAP melihat kelebihan bergelar wanita bagi calon Pas, Normala Sudirman yang akan bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, mampu menjadi kekuatan bagi memenangi kerusi berkenaan.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, statistik pengundi yang dikeluarkan bagi DUN Tenang menunjukkan 52 peratus pengundi adalah wanita.

“Cikgu Mala mempunyai kelebihan untuk menarik pengundi memandangkan kredibiliti yang dimiliki sebagai warga pendidik dan mencurahkan bakti di kawasan berkenaan,” katanya.

Justeru, katanya, walau siapa pun yang diletak sebagai calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) telah menurunkan calon yang memiliki kredibiliti tinggi untuk mendekati hati pengundi dan rakyat.

“Siapa pun dia, bukan menjadi masalah, kerana calon yang dipilih Pas benar-benar layak dan mampu meraih undi,” katanya.

Selain itu, kerjasama daripada jentera parti komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP sejak dari awal sebelum penamaan calon lagi mampu meraih lebih ramai pengundi.

“Setiap parti komponen akan bekerja keras menggerakkan jentera parti, khususnya ke kawasan pedalaman, dalam mendekatkan parti dengan pengundi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan yang akan dilakukan selepas kedua-kedua parti mengumumkan calon, Cheng Hau berkata, perancangan rapi sedang dibuat pucuk pimpinan bagi mengadakan kempen dan ceramah sebaik sahaja tempoh berkempen dimulakan kelak.

Harussani Tolak Cadangan Tok Guru Nik Aziz

- Harussani kata 'tak ada faedah!'

Cadangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi menangani masalah sosial mendapat reaksi berbeza dari kalangan para ulama.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin yang bersetuju dengan cadangan itu menyifatkan pendekatan tersebut langkah baik dalam membawa mesej keharmonian antara kaum.
Menurut Asri dengan adanya dialog ini bukan menonjolkan perspektif wujud sifat ‘kurang Islam’ sebaliknya ia platform terbaik untuk menangani masalah sosial di negara ini.

“Dialog antara agama ini mencari isu yang membawa kerjasama dari sudut kemasyarakatan, khususnya bagi bukan Islam untuk menerangkan kebaikan dalam Islam.

“Tiada agama yang menghalalkan zina dan arak. Sesetengah agama terlalu menekankan isu-isu spiritual dan lupa tentang gejala sosial.

Menerusi dialog ini mereka akan mendapat manfaat,” katanya ketika dihubungi FMT.
Semalam Nik Aziz berkata isu meliputi judi, arak, zina dan pergaulan bebas boleh dianjurkan menerusi dialog mahupun majlis pertemuan oleh mana-mana badan bebas.
Asri juga tidak keberatan untuk turut serta jika dialog itu diadakan, namun menurut beliau Nik Aziz perlu melakukan inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut.

“Nik Aziz perlu ada inisiatif untuk menjadikan dialog ini sebagai platform besar membincangkan isu-isu tersebut. Contohnya memulakan dialog di Kelantan,” cadang Asri.

Tidak berfaedah

Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berpandangan dialog tidak perlu dan disifatkan sebagai ‘tidak berfaedah’.
Katanya, sesetengah isu yang diketengahkan kurang sesuai memandangkan hukum halal haram itu digunapakai oleh agama Islam.

Malah beliau turut mempersoalkan tindakan hasil dari perbincangan mengenai isu pergaulan bebas itu yang meruntuhkan moral dan akhlak hingga membawa kepada gejala sosial.
“Judi arak bagi agama lain tiada apa-apa, hanya dalam Islam yang diharamkan ke atas umat kita. Jika nak bincangkan tentang arak apa akan jadi? Tak kan kita mahu angkat tangan dan undi tanda setuju? Apa pula faedahnya kita bincang urusan keruntuhan akhlak? Apa pula tindakannya selepas itu?” soal beliau.

Beliau turut merujuk kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
“Dalam negara kita sudah letak perlembagaan bahawa Islam itu agama rasmi. Nak bincang buat apa lagi? Jika nak bincang isu khalwat itu bukan haram pada agama lain, tapi bagi kita haram,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada isu orang Islam yang bekerja di premis penyediaan minuman arak, Harussani berpendapat ia kelemahan kerajaan negeri Selangor.
Beliau turut bersetuju dengan tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di premis arak.

“Betul tindakan yang dibuat MPSJ dengan melarang orang Islam bekerja di premis arak. Tapi kerajaan negeri Selangor pula bersekongkol. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan tapi masih lemah dalam membuat perlaksanaan.
“Hukum tetap haram bagi orang Islam bekerja di premis itu, institusi sudah larang tapi kerajaan negeri Selangor tidak terima. Itu tidak betul,” jelas Harussani.-BO

Pulau Pinang Catat Pelaburan Tertinggi

Georgetown - Buat julung kalinya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh setahun berbanding tahun lalu dengan kedudukannya di tempat keempat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohammed iaitu dalam aspek pelaburan bagi sektor pembuatan untuk Malaysia peratusannya meningkat sebanyak 45 peratus iaitu daripada RM32,637 juta kepada RM47,177 juta.

“Ini menunjukkan Pulau Pinang mencatat sejarah paling besar dalam aspek pelaburan dengan jumlah RM12,238 juta berbanding RM2,165 juta pada 2009 iaitu meningkat lima kali ganda selain angka pelaburan bagi tahun ini paling besar berbanding jumlah pelaburan sejak 1980.

“Kejayaan ini adalah berkat usaha keras semua pihak termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang memberikan kerjasama baik kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan juga semua agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dan juga Kerajaan Persekutuan khususnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, dalam tempoh singkat termasuk sebagai kerajaan yang kurang pengalaman, Pulau Pinang mencapai prestasi yang tidak disangka namun ia berkat sokongan dan kerjasama semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini Pulau Pinang dapat pujian daripada laporan Ketua Audit Negara iaitu negeri yang mempunyai prestasi pengurusan kewangan yang baik di Malaysia pada 2009, Negeri Hijau pertama di Malaysia dan ini adalah kejayaan baru buat rakyat Pulau Pinang,” kata Guan Eng.

N.05 Tenang : Pra-ronda sebelum hari penamaan calon

16 Safar 1432H..

Semakin dekat dengan penamaan calon semakin hebat fitnah umno kepada calon pas. pelbagai fitnah dimulakan difacebook. biasalah yahudi cipta ramai yang akan meniru perangai yahudi termasuk umno. blogger umno dah datang dengan segala kelengkapan baru, papagomo kasihan dia dah tak laku dan kehabisan haid rupa papagomo, aku ahli pas dapat satu notebook sony, duit 7000 pound sterling, 3G celcom maxis, digi, streamyx wireless dan juga satu P1 wimax.

Antenna 20dbi dapat menjangkau 20km sekitar tenang. aku dah pacak satu antenna kat atas bangunan labis. semua blogger pas dan berfungsi dengan baik disini. siapa nk pakai antenna itu aku ada encripkan satu password, ada server tomato diatas sana. ini semua hasil sumbangan taliban rhusila, taliban kubang lembik dan taliban batu enam. apa kelas pakai notebook koman macam pasberuk dengan papagomo. papagomo boleh bergomo dengan babi sekarang dah tak laku rupanya.

blogger umno dapat banyak apa kenapa papagomo jadi papakedana dah laku menulis ke, sb dah mulai bekerjasama dengan blogger umno dalam menjalankan kerja kerja fitnah. setiap masa sb akan berkeliaran dimana jua, diwaktu malam, senja macam nyamuk aedes, pagi tengahari petang, kalau orang pas solat pun ada dicelah celah barisan jemaah solat, semua membawa berita yang umno akan kalah. tinjauan sb mula mengadakan serangan psikologi kepada petugas petugas pas, rakyat meluat dengan umno, barisan nasional akan berkubur ditenang. pengundi akan beralih arah. pelbagai pendekatan pemusnah psikologi mulai ditabur ke dalam hati pertugas pertugas pakatan rakyat. blogger umno akan meneruskan usaha mereka seperti mana berlaku digalas dan hulu selangor. mencari sebanyak mungkin info yang boleh untuk mereka melakukan tekan tubi ditempat yang lembut.

berhati hati dengan maklumat yang diberikan sekarang, ada maklumat palsu akan dihantar ke markas utama pas, markas utama pkr dan dap, pastikan komunikasi yang telus, jangan ada yang menyebarkan berita sebelum disahkan. ini akan menyusahkan pembangkang menyusun kembali serangan. sb dah menyusup masuk kedalam tenang. ia mampu mengerakkan keadaan panas dan mampu memanaskan apa yang sudah ditanam. sikap teliti dalam menerima maklumat kali ini mampu mencegah banyak sangat penipuan maklumat yang dibekalkan oleh sb kepada parti pembangkang. mereka sengaja mereka reka cerita untuk pembangkang jatuh ke dalam perangkap mereka.(FZT)

Dari Tenang Terpaksa Ke Merlimau Pula - Hasrat SPR Tak Tercapai

Pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.

Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.

Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak iala sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

DUN MERLIMAU



Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.



Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .