Ikuti Blog ini

Hak Safee Sali Untuk Sokong Atau Sertai Mana-mana Parti Politik


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

“Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

“Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru, atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan”, katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, “itu kena tanya dia sendiri.”

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu. -FMT

RON97 naik lagi! : Janji ditepati


Layan lagu janji ditepati...



sambungan janji ditepati...

- Tak tau lah... kalau masih tak pandai berfikir...

-  ABU!!!

[DASYAT] Bayi Dibunuh Sebaik Dilahir


Kuantan: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”

Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya. -HM

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.
— BERNAMA

Sejarah Hidup Muhammad Saw: Umar tak Percaya Nabi Wafat


Wafatnya Rasulullah SAW sangat mengejutkan kaum Muslimin yang sedang berada di dalam masjid. Sebab, pagi harinya mereka melihat Nabi SAW menunjukkan tanda-tanda kesembuhan.

Setelah mengetahui hal itu, Umar segera ke tempat disemayamkannya jenazah Rasulullah. Ia tidak percaya bahawa Rasulullah sudah wafat. Ketika dia datang, dibukanya tutup wajah beliau. Ternyata beliau sudah tidak bergerak lagi.

Umar menduga bahawa Nabi sedang pengsan, tentu akan siuman lagi. Mughirah meyakinkan Umar atas kenyataan yang pahit ini, namun Umar tetap berkeyakinan bahawa Rasulullah tidak wafat. Oleh kerana itu Mughirah degil dan berkata kepada Umar, "Engkau dusta!"

Kemudian Umar keluar ke masjid sambil berteriak, "Ada orang dari kaum munafik yang mengira bahawa Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Tetapi demi Allah, sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan, seperti Musa bin Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah masyarakatnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali seperti Musa juga. Orang yang menduga bahawa dia telah meninggal, tangan dan kakinya harus dipotong! "

Teriakan Umar yang kencang dan berulang-ulang ini didengar oleh kaum Muslimin di masjid. Mereka pun kebingungan. Mereka kemudian mengerumuni Umar, mempercayai pendapatnya, bahawa Rasulullah tidak meninggal.

Tiba-tiba Abu Bakar Ash-Shiddiq datang. Ketika dilihatnya kaum Muslimin dalam keadaan demikian, dan Umar sedang berpidato, ia tidak berhenti lama-lama di tempat itu melainkan terus ke rumah Aisyah tanpa menoleh lagi.

Ketika masuk ke rumah anak perempuannya, dilihatnya Nabi di salah satu bahagian dalam rumah itu sudah diselubungi burd hibara (kain buatan Yaman). Abu Bakar menyingkap selubung itu dari wajah Nabi dan menciumnya sambil berkata, "Alangkah indahnya di waktu engkau hidup, alangkah indahnya pula di waktu engkau mati. Demi ibu-bapaku, maut yang sudah ditentukan Allah kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu takkan ada lagi maut menimpa kamu. "

Sesudah itu, Abu Bakar keluar. Ternyata Umar masih bercakap dan meyakinkan orang-orang bahawa Muhammad SAW tidak meninggal. Orang banyak memberikan jalan kepada Abu Bakar. "Sabar, sabarlah Umar!" kata Abu Bakar, setelah ia berada di dekat Umar. "Dengar!"

Tetapi Umar tidak mau diam dan juga tidak mahu mendengar. Ia terus saja bicara. Abu Bakar menghampiri orang-orang itu seraya memberi isyarat, bahawa dia akan bercakap dengan mereka. Setelah mengucapkan puji syukur kepada Allah Abu Bakar berkata, "Saudara-saudara, sesiapa mahu menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mahu menyembah Allah, maka Allah selalu hidup dan tak pernah mati."

Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah, "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " (QS. Ali Imran: 144).

Setelah didengarnya Abu Bakar membacakan ayat itu, Umar jatuh tersungkur ke tanah. Kedua kakinya sudah tak dapat menahan lagi, setelah ia yakin bahawa Rasulullah memang sudah meninggal dunia. Adapun orang banyak-yang sebelumnya sudah terpengaruh oleh pendapat Umar-begitu mendengar bunyi ayat yang dibacakan Abu Bakar, langsung sedar. Seolah-oleh mereka tidak pernah mengetahui bahawa ayat ini pernah turun. Dengan demikian segala perasaan yang masih ragu-ragu bahawa Rasulullah SAW sudah berpulang ke rahmat Allah, boleh dihilangkan.
Sumber Sejarah Hidup Muhammad oleh Muhammad Husain Haekal

Keitimewaan Nizar Pegawai Khas pun boleh "tegur" Nizar.




DS Nizar bersama Ustaz Idris Ahmad berzama kumpulan motor besar dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Bukit Gantang.Turut kelihatan Adun Kuala Sapetang,YB Tai Sing Ng.

Nizar mempunyai kekuatan dan keistimewaan. Antara nasihatnya kepada orang Melayu supaya meninggalkan fahaman Ketuanan Melayu . Bagi Nizar faham Ketuanan Melayu  boleh menzalimi diri sendiri , kaum sendiri dan kaum lain.
Justeru itu jika beliau menyampaikan tazkirah atau ucapan kepada orang Melayu,beliau sering meminta jauhkan fahaman Ketuanan Melayu dalam diri masing-masing.Beliau memberi contoh pimpinan UMNO yang mengamalkan fahaman Ketuanan Melayu,bagaimana orang Melayu banyak menjadi mangsa.Banyak tanah rezab Melayu tergadai.Bahasa Melayu yang kini sudah tiada nilai dengan adanya PPSMI.Saham Bumiputra jatuh merosot dan terbaharu saham untuk peneroka FELDA.
Dengan itu tidak menghairankan Pegawai Khas DS Nizar pun boleh memberi nasihat,pandangan ,ingatan dan teguran kepada DS Nizar.DS Nizar tidak marah,malah menerima dengan lapang dada.
Sebab itu penulis mengharapkan DS Nizar mempunyai penasihat yang baik. sumber

Polis Jangan Berdalih Lagi, Siasat Segera Insiden Hina Pemimpin Pakatan Rakyat



Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis di balai Polis Rawang terhadap insiden-insiden yang melibat gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang dipijak, dikencing dan dibakar oleh sekumpulan manusia yang dipercayai penyokong parti Kerajaan.

Polis perlu menyegerakan siasatan dan tidak boleh lagi berdalih dengan menyatakan bahawa tidak ada laporan polis dilakukan maka dengan sebab itu tiada siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang, lapor malaysiakini.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.


'Jampi' Dr. Mahathir untuk rakyat Sabah dan Sarawak?



Malaysaikini mekaporkan:
Rakyat Sabah dan Sarawak mesti bersabar menunggu sumber asli dikeluarkan dan pelaburan asing dijelmakan sebelum mendapat pembangunan seperti di Semenanjung Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri menerangkan perkara ini dalam sesi soal jawab dengan pesara kerajaan dan kumpulan NGO di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

"Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung. Sarawak mempunyai pelaburan asing tertinggi manakala Sabah pula mempunyai simpanan petroleum terbesar di negara ini.

"Bersabarlah dan tunggu sehingga sumber alam dikeluarkan dan tidak lama lagi pembangunan akan meningkat," katanya. - Mkini.
Nampaknya Dr. Mahathir pun dah habih idea macamana nak pastikan rakyat Sabah dan Sarawak terus undi BN.

Taktau la pulak, kalau orang Sabah dan Sarawak cukup bangang boleh termakan pujuk rayu terbaru Dr. Mahathir ni.


Langsung tak relevan rayuan Dr. Mahathir tu. Selepas hampir setengan abad Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, berapa puluh tahun lagi rakyat Sabah dan Sarawak harus tunggu. Sejak tahun 1974 kerja-kerja carigali petroleum di Sabah dan Sarawak diuruskan kerajaan Malaysia melalui Pertonas.


Yang lebih lawak bila Dr. Mahathir kata "
Sebenarnya, saya fikir pembangunan Sabah dan Sarawak mengatasi semenanjung"

Taktau la pulak Dr. Mahathir dah jadi 'pawang besar' dan kenyataan terbaru dia ni adalah sebahagian dari 'jampi serapah' dia supaya rakyat Sabah dan Sarawak akan terus undi BN... Hahaha...


[Sumber imej: Jentayu]

Biar gambar berbicara...

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!...
DIMANA KEADILAN?...INSPEKTOR POLIS YANG DIHERET KE MAHKAMAH DENGAN 6 PERTUDUHAN TIDAK DIGARI , GADIS YANG PIJAK GAMBAR NAJIB YANG SERAH DIRI DIGARI!!!..
PIJAK GAMBAR NAJIB DIANGGAP KESALAHAN YANG MERBAHAYA, SEDANGKAN PUKUL ORANG DENGAN PISTOL DIANGGAP PERKARA REMEH DAN KESALAHAN KECIL?????? - omakkau

[VIDEO & GAMBAR] Lain Yang Polis Tanya, Tak Tanya Pun Tentang Puisi - Pak Samad (updated)


Pak Samad: Polis langsung tak tanya soal puisi

KUALA LUMPUR: Pihak polis langsung tidak menyoal Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berhubung puisi "Janji Demokrasi" yang dibacanya ketika perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Sebaliknya soalan yang ditanya berkisar tentang perhimpunan Janji Demokrasi anjuran Gabungan Janji.

Justeru beliau memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan yang ditanya kecuali mengenai maklumat dirinya sahaja.

"Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan itu kecuali infomasi diri saya sahaja.

"Seingat saya, tiada langsung soalan mengenai puisi yang ditanya," kata beliau selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau disiasat di bawah seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pak Samad juga berkata, beliau bukan penganjur perhimpunan sebaliknya hanya diundang membaca puisi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah yang turut dipanggil memberi keterangan mempersoal tindakan polis yang menyoal siasat orang yang hadir menyambut merdeka.

"Kami hanya menyambut merdeka, jadi polis nak dakwa atas kesalahan apa? soalnya.

Peguam, Latheefa Koya berkata, polis hanya membuang masa memanggil mereka sedangkan soalan yang ditanya sudah diketahui jawapannya.

"Tanya pasal sidang media yang Maria adakan, sedangkan berita ada, video ada, semua ada bukti. Kenapa panggil soal siasat lagi? katanya.

Turut hadir peguam Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Hishammudin Rais.

Polis memberi notis kepada Pak Samad yang juga Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dan Maria jam 4 petang semalam meminta mereka hadir ke balai polis.

Siasatan hari ini merupakan tindakan ketiga ke atas Pak Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri.Siasatan kedua pula berhubung puisi berjudul "Unggun Bersih" yang dibacanya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada Jun 2011.

Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sebelum ini berkata, polis akan menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan Janji Demokrasi itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. -HD

Maria Chin: Soalan polis 'tidak relevan'

Penganjur perhimpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah berkata, soalan-soalan yang ditanyakan pihak polis kepada beliau dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said 'tidak relevan'.

Maria yang dipanggil bersama A Samad memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkata, soalan yang ditanyakan kepadanya mengenai sidang media penganjur di ibu negara pada 24 Ogos lalu.

Ditemui pemberita selepas memberikan keterangan, Maria berkata, beliau ditanya tentang kehadiran ke sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu dan peranan beliau.

"Soalan yang ditanyakan oleh polis tidak relevan kerana kesemua jawapan itu dia boleh perolehi di luar sana dan di (laporan) media," katanya.

"Tetapi kita ambil pendekatan untuk tidak menjawab semua soalan," kata Maria dalam sidang media selepas tamat memberikan keterangan

Maria ditemani peguam Lathefa Koya manakala A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad pula diwakili peguam Datuk S Ambiga dan Syahredzan Johan.

Semalam, Pak Samad dan Maria menerina notis hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan Janji Demokrasi. Mereka bagaimanapun berunding dengan polis supaya dapat menangguhkan ke hari ini.

Sementara itu, Pak Samad hari ini berkata, beliau dipanggil memberi keterangan sebagai saksi memandangkan beliau tidak terlibat dalam penganjurannya dan cuma diundang membacakan puisi.

Seperti Maria, beliau juga enggan menjawab semua soalan kecuali mengenai maklumat diri.

"Tidak ditanya langsung tentang puisi itu (yang dibaca) seingat saya," kata Pak Samad lagi.

Menurut Ambiga pula, Pak Samad hadir sebagai saksi bawah seksyen 110, Kanun Keseksaan, berbeza dengan notis polis bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman semalam.

"Notis itu diberi dibawah seksyen 9(5) iaitu kepada penganjur. Pak Samad bukan penganjur, jadi notis itu telah dibatalkan. Tetapi dia hadir sebagai saksi," kata Ambiga.

Dalam pada itu, ketika menunggu Pak Samad dan Maria selesai disoal siasat, kira-kira 20 orang aktivis seni dan NGO hadir menanti di luar IPD bagi memberi sokongan.
-mk










Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .