Ikuti Blog ini

Ucapan Presiden PAS sempena kemenangan PAS di Bukit Gantang

TAHNIAH!

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.


Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.


Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.


Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.


Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.


BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.


Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato� Seri Azizan Abdul Razak.


Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata



Saya Akan Bawa Amanah Rakyat Bukit Gantang Ke Parlimen - DS Nizar

kemenangan-rakyat

Saya Akan Bawa Amanah Rakyat Bukit Gantang Ke Dalam Parlimen - DS Nizar




Nizar dititah mengadap ?


















RESTU RAKYAT TERUS DIBERIKAN



















Mohon menghadap......






















Saya menjangkakan YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkenan dari Sultan Perak untuk mengadap dalam waktu yang terdekat.

Kemenangan beliau dalam PRK Bukit Gantang merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa itulah referendum rakyat yang mesti dihormati oleh semua.

Beberapa hari selepas persidangan bersejarah di bawah pokok pada 3 Mac sepucuk surat telah diutuskan kepada Sultan perak mohon perkenan untuk mengadap dari memanda MB Perak yang masih sah untuk mempersembahkan hasil keputusan Mesyuarat.

Saya difahamkan susulan kepada surat pertama itu telahpun dikirim sekali lagi untuk mendapat perkenan mengadap.

Oleh itu saya menjangkakan jawapan akan diterima dari pihak istana sebagai prosuder biasa yang telah dilakukan mestilah semua surat itu memerlukan jawapan.

Semuga Nizar di perkenan mengadap !
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Demi Keadilan Dan Maruah, Ku Bersyukur Di Atas Kemenangan Ini

MALAYSIA-POLITICS/

MALAYSIA-POLITICS/

MALAYSIA-POLITICS/

Kemenangan Untuk Keadilan Dan Maruah Rakyat


MB Nizar bersama isteri,Speaker M sivakumar  bersama sedang menunggu keputusan terkini

MB Nizar bersama isteri,Speaker M sivakumar bersama sedang menunggu keputusan terkini

Bersama rakyat ... penuh debar menunggu keputusan terkini....

Bersama rakyat ... penuh debar menunggu keputusan terkini....


gambar di bawah selepas diumumkan sebagai PEMENANG
gantang by election 070409 pas nizar win result announce 04



Pakatan pertahan Bukit Gantang, anggap referendum rakyat

DIARAK..Calon Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memenangi kawasan Parlimen Bukit Gantang,diarak oleh para penyokong Pas sebaik keputusan rasmi diumumkan pada pukul 9:45 malam tadi.

MENANG... Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen kawasan Bukit Gantang menewaskan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.

MENANTI KEPUTUSAN RASMI.. MB Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menanti keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai SPR di Dewan Perbandaran Taiping.

RAI KEMENANGAN..Sebahagian daripada 50,000 penyokong Pas yang berkumpul di luar Dewan Majlis Perbandaran Taiping bagi meraikan kemenangan calon parti itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

TAIPING:Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.


Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.


Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.


Kamarul hilang wang deposit.


Undi rosak adalah sebanyak 456.


Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.


Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.


"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.


Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.


Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.


Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.


"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.


Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.


Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 50,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.


Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.


Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.


Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.


Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.


Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.


Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.


Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.


Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .