Ikuti Blog ini

Sedikit hasil merisik khabar di PD semalam.



SEREMBAN - Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.

Walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diselar kawan dan lawan sebagai perasuah, namun Mohd Faizal berkata Umno Telok Kemang dan rakyat setempat mahukan Isa, yang pernah diambil tindakan displin atas tuduhan politik wang. "Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa. "Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.


Hasil dari maklumat yang diperolehi sepanjang hari raya ini kebanyakan cawangan umno di PD telah menaikkan poster isa pendek sebagai calon PRK ini.

Daripada hasil tinjauan dan info khabarnya, sebaik sahaja kematian ADUN BN, Isa Pendek telah mengatur langkahnya, kebanyakan ketua-ketua cawangan di sana telah di kunjungi hadiah hamper dan kad ucapan selamat hari raya daripada Isa Pendek.

Nampaknya calon bermasalah masih lagi menjadi pilihan orang umno walaupun mantannya che det bersungguh-sungguh menolaknya.

Tanggapan umno parti bermasalah dan parti rasuah akan menjadikan penggal ini yang terakhir untuk mereka.

Kuburkan parti tua ini kerana hayatnya sudah sampai ke penghujung.
Undi PAS insya'allah selamat....Takbir!!!

CABARAN LETAK JAWATAN ISU LAMA YANG TAK PERLU DILAYAN - TG NIK ABDUL AZIZ


KOTA BAHARU, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan daripada segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan Menteri Besar itu supaya anggota Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.


Toleransi kaum di Kelantan jadi contoh - TG Nik Aziz

Image(Gambar:Sebahagian orang ramai dari pelbagai kaum yang menyertai majlis Aidil Fitri anjuran wakil rakyat PAS Kota Bharu)

KOTA BHARU, 27 Sept: Kejayaan PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun adalah kerana mendapat sokongan padu dari semua pihak termasuk masyarakat Tionghua, India dan Siam di negeri ini.

Ia juga terhasil dari perpaduan yang kukuh antara berbilang kaum dan sering berada semeja di antara rakyat menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan kaum yang sejati.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap di majlis Hari Raya Aidil Fitri anjuran Ahli Parlimen Kota Bharu bertempat di Dewan Perniagaan Cina.

Majlis tersebut diadakan khas untuk meraikan masyarakat Kota Bahru dari pelbagai kaum iaitu kalangan Tionghua, India dan Siam.

Nik Aziz juga berkata semenjak beliau mengambil alih pucuk pentadbiran negeri ini, sudah banyak perubahan yang dilakukan dan ia melibatkan semua kaum seperti wujudnya skim Kifaalah untuk warga emas, skim Armalah untuk kaum ibu tunggal, perlantikan penghulu dan ahli majlis Kerajaan Tempatan dari kalangan Tionghua, Siam dan juga India.

Dengan melibatkan semua kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri, ia boleh membantu pihak kerajaan untuk menyampaikan pelbagai maklumat terus kepada masyarakat dan ini boleh menjauhkan prasangka dan iri hati dari semua kaum.

Menyentuh isu perarakan kepala lembu yang berlaku di negeri Selangor oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini, Nik Aziz melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana tidak mengikut rentak yang berlaku di negeri lain.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada masyarakat India di Kelantan kerana masih dapat bersabar dan memahami suasana pentadbiran Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain dan ini adalah hasil persefahaman seluruh kaum di negeri ini dan di Kelantan, kita tidak pernah menimbulkan isu-isu sensitif menyentuh pelbagai agama lain,"ujar beliau.

Beliau juga berharap majlis aidilfitri seperti ini diperluaskan ke jajahan lain dalam menyatupadukan seluruh rakyat dan ini boleh dijadikan sebagai satu contoh bahawa Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai kaum dan hidup dalam keadaan aman dan damai.

Ia dinikmati walaupun sebelum ini pelbagai rintangan timbul seperti isu pengharaman judi, penyekatan jualan arak dan lain-lain lagi.

"Kini apa yang kita lakukan pada awal pemerintahan di tahun 1990 dulu masih lagi dapat dikekalkan, judi kita haramkan terus penjualannya dan mendapat sambutan baik dari kaum lain, manakala penjualan arak pula kita hadkan premis jualannya juga tidak menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam,"katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu,Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika berucap meraikan kedatangan masyarakat kaum lain ke majlis tersebut berharap keharmonian kaum di Bandar Kota Bharu menjadi lambang perpaduan kukuh di antara kaum di negeri Kelantan.

"Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat di negeri luar daripada Kelantan agar sering mendamping rakan-rakan dalam PAS dan menyeru mereka menjadikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sebagai contoh kepada penggerak perpaduan kaum,"katanya.

Seramai 600 orang dari pelbagai kaum hadir di majlis tersebut. Turut hadir di majlis Aidil Fitri Bersama Ahli Parlimen Kota Bharu ialah ketiga-tiga Adun di Parlimen Kota Bharu, Datuk Annuar Tan Abdullah (Kota Lama), Datuk Takiyuddin Hassan (Bunut Payong) dan Hajjah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas) wakil Dari DAP, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, wakil dari PKR, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani, wakil Konsul Thai di Kota Bharu dan Yang diPertua MPKB-BRI Ismail Mahmood.

Menjelang PRK Bagan Pinang; Mohamad Sabu Beri Amaran Kepada Menteri Pertahanan





http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/PRKBaganPinang2%20017.jpg- Tindakan Zahid Mengheret Tentera Ke kancah Politik Tidak Menguntungkan Negara
BAGAN PINANG – Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut dihormati kerana masih tidak terlibat dengan sbarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu memberi amaran kepada Dato’ Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan mengheret angkatan tentera Malaysia ke kancah politik.

”Tetapi kita nampak sekarang institusi ketenteraan cuba diheret ke dalam politik sekarang oleh Menteri Zahid Hamidi, cukup jahat Menteri ini,

”saya beri amaran, kalau apa-apa berlaku di Malaysia, Zahid Hamidi bertanggungjawab,”katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan pra pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang di Kampung Sirusa, disini semalam 26 September.

Menurutnya, Zahid Hamidi telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin.

”Baru ni dia pergi rasmi (mesyuarat)UMNO (Bahagian) Jasin, dia (Zahid) guna tiga helikopter tentera, itu program UMNO (bukan program kerajaan atau tentera),

”Apakah Zahid Hamidi nak bawa tentera seperti berlaku di zaman Suharto,”soalnya.

Katanya, Suharto telah menggunakan tentera untuk mengawal dan memaksa rakyat supaya mengundi parti Golkar.

Mukaddimah kepada perbuatan ’ala’ Suharto, kata Mohamad, telah dilakukan oleh Zahid dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan Permatang Pasir yang lalu.

”Mukaddimahnya, Zahid Hamidi dah mula buat, iaitu dia turun(kan) pasukan kebajikan tentera di Manek Urai, dituruti kemudiannya di Permatang Pasir,”tegasnya.

Beliau (Mohamad Sabu) mempersoalkan, mengapa Zahid mengarahkan tentera untuk membuat kerja-kerja kebajikan dalam masa pilihanraya.

”kalau nak turun pasukan, nak bina rumah, nak gali parit, nak gali jambatan, kenapa tidak di (buat) masa luar pilihanraya?,

”(sebagai contoh) masa sekarang, pilihanraya tidak ada di Jelebu, pergilah buat sana, di Gerik ramai orang miskin, rumah tak siap, (sepatutnya) kebajikan angkatan tentera Zahid bawa ke sana!,”katanya.

Katanya, Zahid cuba untuk mencampuradukkan tentera dalam arena pertarungan politik
memberi ingatan kepada sesiapa sahaja perisik tentera

Sekaligus, beliau turut membuat gesaan tersebuka supaya prisik tentera yang hadir dalam Majlis ceramahnya, memberitahu para Jeneral, tindakan Zahid itu tidak mengutungkan negara.

”Perisik tentera yang hadir pada malam ini (beri) ingat kepada Jeneral-jeneral, apa yang dibuat oleh Zahid itu tidak menguntungkan negara (ada masa hadapan),”katanya.

Ceramah yang diadakan sempena perasmian dan pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ketuanya, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi

Bagan Pinang - Pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/PRKBaganPinang1%20014.jpgBAGAN PINANG – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengan melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam.

Ketiga-tiga ketua sayap parti komponen PR hadir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera serta Pejabat gerak-gempur bersepadu Pemuda Parti Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident)

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan UMNO dan BN.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .