Ikuti Blog ini

Terhebat! Penagih Dadah Terengganu Meningkat 1,366.67 Peratus

Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus keturunan Melayu manakala 78.53 peratus golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

"Sebanyak 42.02 peratus daripada mereka mengaku mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh rakan," katanya.

Beliau berkata, sehingga bulan lalu, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di Terengganu yang direkodkan seramai 3,266 orang.

Mereka terdiri bekas penagih yang menjalani pemulihan di institusi (266 orang), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (461 orang), dibebaskan dari penjara (2,477 orang) dan juga kes sukarela (108 orang) manakala dari jumlah berkenaan 97.89 peratus adalah lelaki.

Wan Addenan menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian yang serius kepada anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala dadah.

Sementara itu beliau berkata, AADK negeri Terengganu akan membuka sebuah lagi Pusat Khidmat AADK di Besut bulan depan sebagai pusat rawatan dan pemulihan bagi penagih dadah.

Katanya sebelum ini AADK membuka pusat itu di Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu pada tahun lalu bagi membantu merawat dan memulihkan penagih daripada ketagihan dadah secara percuma.- Bernama


Terengganu - Darul Runtuh kini Darul Dadah!

Kementerian Dalam negeri yang menaungi ADK dan juga Pemadam yang terlibat dalam pencegahan dadah di Malaysia meletakkan sasaran 2011 sebagai tahun sifar dadah. Ini bererti tahun hadapan merupakan tahun tiada dadah. Tiada lagi penagih dan pengedar dadah. Jadilah negeri Terengganu aman damai, sejahtera bersesuaian mottonya negeri Cantik Budaya Menarik. Tetapi kini ianya indah khabar dari rupa. Pemimpin gagal dalam membendung permasalahan utama rakyat dinegeri Terengganu apabila Terengganu sudah menjadi Darul Dadah. Ingatkan Kelantan sebagai negeri sempadan yang berjiran dengan Thailand tetapi Terengganu berjaya merampas tempat pertama sebagai negeri paling ramai penagih. Apa yang Datuk Mat Said serta UMNO-BN negeri buat?

Apa yang UMNO-BN buat untuk membendung permasalahan dadah ini? Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 20 tahun berlalu, gejala ini gagal dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) Daripada tahun 1988 hingga 2002 adalah seramai 235,495 orang, termasuk kira-kira 50,000 orang penagih tegar.
Badan-badan bukan kerajaan (N.G.O.) pula menganggarkan terdapat kira-kira 350,000 orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di dalam negara. Angka ini dikatakan bertambah sebanyak 1,300 penagih dadah setiap bulan. Bukannya semakin kurang. Kos pemulihan pula melibatkan RM 3,000 setahun bagi setiap penagih yang menggunakan duit pembayar cukai, duit kita semua. Itu belum dikira pembahagian methadone, jarum suntikan, pusat-pusat serenti dan sebagainya.

Itu belum diambil kira penagih tahun 2005-2010. Sudah tentu makin meningkat. Dan kebiasaannya seorang penagih dadah yang dikesan sebenarnya hampir 5 orang lagi penagih yang berkeliaran. Ini bermakna Malaysia mempunyai 2juta penagih dadah terkini.

Kini tahun 2010, Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. "Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam,
Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Apa nak jadi dengan Terengganu. Sudahlah stadium dan bangunan runtuh bahkan kini anak-anak warga Terengganu pula runtuh jati dirinya. Jom selamatkanlah Terengganu. Hanya apabila Islam berdaulat, nescaya Terengganu akan selamat.
-ustsaifulbahri

Kes Rayuan Anwar Ke Mahkamah Persekutuan

Rayuan Anwar Gugur Fitnah 2 Ditolak

Permohonan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tuduhan fitnah 2 ke atasnya berdasarkan dakwaan bahawa Timbalan Pendakwaraya (DPP), Farah Azlina Latif mempunyai hubungan intim dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditolak Mahkamah Rayuan pagi tadi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop. Manakala dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Ma'ah Azhar.

Bagaimanapun, peguam Ketua Umum KEADILAN itu, Karpal Singh berkata dalam sidang media selepas itu, pihaknya akan memfailkan notis untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan esok pagi.

Beliau juga menganggap keputusan tersebut merupakan berat sebelah kerana pihak pembelaan sama sekali tidak dibenar mengemukakan hujah malah tiada sebarang penjelasan dibuat mahkamah berhubung mengapa rayuan Anwar itu ditolak.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Anwar melahirkan rasa kesalnya kerana ruang untuknya mendapatkan pembelaan telah dinafikan tanpa penjelasan yang kukuh.

"Kita kesal dengan keputusan ini iaitu keputusan yang tidak berlandaskan fakta undang-undang, keputusan itu dibuat dan diberikan berdasarkan beberapa kes bagi memperkukuhkan hujah tanpa apa-apa penjelasan.

"Kemudian ia bercanggah dengan kenyataan termasuk oleh pendakwaraya, kalau dia menang tak boleh rayu, tetapi kalau kita menang boleh rayu dan mahkamah terima hujah itu.

"Yang kita minta ialah ruang untuk kita kemukakan hujah. Itupun dinafikan, jadi kita akan buat rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Anwar juga menyifatkan pihak terbabit yang bertanggungjawab mempercepatkan perjalanan kes itu sebagai jahil berkaitan undang-undang.

"Orang yang menggesa menyegerakan kes ini adalah jahil sama sekali tentang proses undang-undang dan jaminan keadilan dalam negara ini," tegas beliau.

Terdahulu, Hakim Ahmad memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut kerana perbicaraan sedang berjalan.

Beliau berkata, bidang kuasa mahkamah ditentukan oleh Seksyen 50 (1) Akta Mahkamah Kehakiman, sama ada ia boleh mendengar dan menentukan sebarang rayuan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Pada 16 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menolak permohonan Karpal untuk menggugurkan tuduhan fitnah 2 terhadap Anwar selepas memutuskan bahawa dakwaan hubungan Farah-Saiful tidak menjejaskan kes pendakwa terhadap ketua pembangkang itu.

Dengan memetik beberapa kes, Ahmad turut berkata keputusan Mahkamah Tinggi tidak merupakan satu keputusan sebagaimana dimaksud dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan tersebut dan seterusnya menolak rayuan Anwar itu.

Perkara ini sepatutnya didengar pada minggu lepas tetapi telah ditangguhkan sehingga hari ini berikutan permohonan pihak pendakwaan berhubung isu penghakiman.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Pendakwaraya Negara II Mohamed Yusof Zainal Abiden telah membangkitkan bantahan awal dengan berkata Anwar tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Ini kerana perintah yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah bukan perintah muktamad. -SK

KEMERIAHAN HIMPUNAN AIDLFITRI BELIA DAN MAHASISWA




ALOR SETAR – Himpunan Aildilfitri Belia dan Mahasiswa telah diadakan pada hari raya ketiga iaitu menjadi satu program tahunan untuk menghimpunkan semua belia dan mahasiswa di seluruh negara tidak terkecuali pelajar-pelajar yang merantau di luar negara. Peluang ini tidak dilepaskan kerana hampir 1500 orang belia dan mahasiswa dapat bertemu secara langsung dengan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Dewan Sri Mentalon, Alor Setar.

Program tahunan ini bermula dengan ketibaan para hadirin sekitar pukul 9.00 pagi. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Ismail dan persembahan nasyid dari kumpulan Zulfan memeriahkan lagi himpunan tersebut. Pada pukul 11.00 pagi, Menteri Besar Kedah tiba di Dewan Sri Mentalon.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa generasi muda adalah generasi pelapis untuk membantu kelangsungan kemandirian kerajaan pada masa akan datang. Dalam ucapannya juga, Menteri Besar mengingatkan kerajaan Kedah sekarang dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa berbilang kaum mengikut acuan Islam. Agenda utama yang ditekankan oleh beliau ialah agenda pendidikan, kemiskinan dan pertanian kerana agenda ini merupakan asas dalam mentamadunkan negeri Kedah.

Beliau juga berharap agar Belia dan Mahasiswa dapat belajar bersungguh-sungguh kerana masa inilah peluang terbaik bagi mereka untuk mencari pengetahuan dan pengalaman dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Himpunan tersebut berakhir pada waktu zohor dengan Jamuan Rakyat yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.

UMNO Paya Besar "Hina Sultan Pahang", Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersama Rakyat


PAYA BESAR, 20 Sept - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang. Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini.

Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?. Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku.

"Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja. Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor"
, kata Hj. Zahari.

"Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?. Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya"
, katanya. (Klik untuk besarkan imej)


Bukti, kain rentang ciptaan UMNO yang telah menghina Sultan Pahang

Inilah kain rentang yang telah mencetuskan kontroversi di Johor dulu

[UMNO Bahagian Paya Besar mungkin terkejut dengan pendedahan ini, kerana mereka sendiri sebenarnya memang tidak perasan apa yang terpapar pada kain rentang berkenaan. Difahamkan, banyak kain rentang relah diletakkan di sekitar kawasan parlimen Paya Besar bagi menarik orang ramai berkunjung ke majlis berkenaan. Soalnya kenapa hanya gambar "Tengku Manan" dan "Tengku Suhaimi" yang dipaparkan pada kain rentang itu. Sepatutnya gambar Sultan Pahang yang perlu dibesarkan kerana nama program itu "Majlis Raja Bersama Rakyat".

Jika UMNO kemaruk untuk paparkan nama pemimpin mereka maka program tersebut perlu ditukar tajuk kepada "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat". Mereka juga boleh membuat kain rentang dengan meletakkan gambar besar Sultan Pahang di sebelah kanan dan kedua-dua pemimpin terbabit dalam saiz kecil di sebelah kiri kain rentang ini. Ini tidak, akibat kealpaan itu maka ramai rakyat yang keliru dan terpingga-pingga atas program yang bakal diadakan.

Bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada PKR Pahang, maka sudah pasti laporan polis akan dibuat oleh puak-puak UMNO kononnya pembangkang menghina Sultan Pahang. Sekarang, bila terkena pada batang hidup mereka, apakah agaknya tindakan yang bakal dilakukan?. Mahu ditanggalkan program sudah berjalan, mahu ditukar pun program sudah berjalan. Akhirnya rakyat menjadi saksi siapakah yang tidak menghormati institusi raja itu sebenarnya. Makanya buatlah penilaian sendiri isu ini]. -PahangDaily

TG Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati



Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.

TG Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.

Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.

"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.

"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga.

"Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah.

"Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

"Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya.

Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan TG Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. -Hrkh

Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai


KOTA BHARU, 20 Sept: Penggunaan gelaran Sultan Muhammad V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.

“Sepanjang Ramadan yang baru saja berlalu, masyarakat Kelantan dapat merasai dengan jelas persekitaran baru yang ada di negeri ini yang begitu jauh berbeza dengan apa yang ada sebelum ditadbir dengan pendekatan Islam,” kata beliau di hadapan lebih seribu kakitangan awam.

Masjid-masjid menurut beliau dipimpin oleh imam-imam yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan mendapat latihan kepimpinan Islam yang berkualiti.

“Bandar kita bergema dengan laungan zikir dan suasana ibadah yang mampu manjauhkan segala bentuk keburukan dan maksiat yang dimurkai,” ujar beliau.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa penjawat awam Kelantan akan muncul sebagai pasukan terbaik dengan kualiti tinggi selepas sebulan menyertai tarbiyah Ramadan.

“Pelbagai program Ramadan seperti Qiamullail, tadarus Quran, solat sunat Tarawih dan pelbagai lagi sudah pasti akan mengangkat darjat kita semua menjadi mereka yang siap sedia memikul beban berkhidmat untuk rakyat sebagai hamba Allah yang terbaik (ahsanu amala),” jelas beliau lagi.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan kronologi pemasyhuran Sultan baru-baru ini berharap setiap anggota kakitangan memahami dengan baik isu ini agar dapat menjadi jurucakap kerajaan jika terdapat suara-suara sumbang yang cuba mengelirukan perkara sebenar.

“Kita sedar ada pihak yang cuba menggunakan akhbar untuk menimbulkan keraguan berkaitan pemasyhuran baginda Sultan, dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak mendapat gambaran yang sebenar,” kata beliau.

Beliau kemudian menjelaskan dengan terperinci kaedah perlantikan Sultan yang baru berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri yang telah diwartakan pada 20 Julai yang lalu.

“Kita turut sukacita kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan yang baru berkenan untuk meminda beberapa kebiasaan supaya lebih bertepatan dengan kehendak Islam,” ujar beliau.

Antara lain, Aiseri mengumumkan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda. -Hrkh

SEKOLAH HAMIL MENJADI KENYATAAN



Ura-ura Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar-pelajar wanita yang mengandung di luar nikah akhirnya menjadi kenyataan. Beberapa orang pelajar hamil telah mendaftar sejak dibuka Jumaat lalu, dan akhbar melaporkan ramai lagi ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka. Sebelum ini pro dan kontra mengenai pendapat mewujudkan sekolah ini agak panjang termasuk beberapa orang ulama PAS.

2. Wajar atau tidak sekolah ini diwujudkan, ia telah pun menjadi kenyataan. Hasrat KM Melaka itu baik, iaitu untuk membantu pelajar-pelajar hamil luar nikah, sekaligus mengurangkan gejala pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa itu.

3. Islam memandang berat kes hamil luar nikah ini, dan pelakunya boleh dikenakan hukuman hudud. Di zaman Rasulallah, ada seorang mengaku berzina sehingga melahirkan seorang bayi. Perempuan berkenaan meminta Nabi menjatuhkan hukuman had. Namun Nabi SAW menasihatkan agar perempuan itu membesarkan dahulu anaknya itu. Akhirnya setelah beberapa kali ia meminta Nabi SAW menjatuhkan hukuman had, dan anaknya pun sudah selesai menyusu, akhirnya Nabi SAW bersetuju menjalankan hukuman had ke atas wanita itu. Beliau menjalani hukuman rejam hingga mati, kerana tidak rela menanggung azab di akhirat nanti. Kes ini tercatat dalam sejarah Islam yang unggul dengan keadilan itu.

4. Namun tindakan Ali Rustam mewujudkan Sekolah Hamil dan membela pelaku-pelaku zina serta melindunginya amat bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Rasulallah SAW dalam menangani kes ini. Rasulallah SAW menjalankan hukuman dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan sumbang itu. Sementara itu Ali Rustam mendidik masyarakat agar meneruskan kerja-kerja maksiat tersebut, dan mereka dilindungi oleh undang-undang. Apakah tindakan Ali Rustam itu jauh lebih baik dari tindakan Rasulallah SAW dalam menangani kes yang sama?

5. Sesungguhnya tindakan Ali Rustam adalah bertentangan 100% dengan Kanun Jenayah Syariah Islam dan akan menggalakkan lagi kehamilan di luar nikah yang sememangnya sedang membarah dalam masyarakat kita kini. Ali Rustam boleh memperbaikki niat baiknya itu dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelajar yang hamil di luar nikah selepas anak mereka besar, lepas dari waktu menyusu, dan ada orang lain yang sanggup membesarkan kana-kanak berkenaan, atau pun Jabatan Kebajikan boleh mengambil tindakan tertentu demi meneruskan kelangsungan hidup kanak-kanak yang lahir dari nafsu yang tidak terkawal itu, serta keadaan sekeliling serta suasananya yang menggalakkan kehamilan luar nikah. Pencegahan adalah lebih baik dari menguruskan kehamilan yang sudah berlaku dan tidak dikehendaki itu. Apa yang Ali Rustam lakukan jauh dan amat berbeza dengan apa yang Nabi SAW laksanakan. Apakah Ali Rustam jauh lebih baik dari Nabi SAW dalam menangani gejala sosial seperti ini?

AlKundangi,
20.9.2010

Sekolah Hamil Mula Ambil Pelajar..

Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan
pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini
yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea
penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara
16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lima-remaja-hamil-akan-daftar-masuk-sekolah-harapan-esok/

Wang ehsan bukan hasil judi bola

KEPALA BATAS, 20 Sept: “Wang (ehsan) tersebut jelas bersih dan tiada unsur hasil wang perjudian sama ada judi bola dan sebagainya," tegas Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian pada Hari Terbuka PAS Kawasan Tasek Gelugor yang diadakan di Dewan Serbaguna Teluk Air Tawar, di sini petang semalam.

(Gambar: Lim Guan Eng bersama YDP PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.)

Justeru, beliau menganggap membuang masa untuk memberikan penjelasan tentang wang RM100 kepada warga emas yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Baginya, wang yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sengaja dipertikaikan oleh Umno sejak mula dicadangkan kononnya ia merupakan sogokan politik untuk memastikan Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Terbaru jelasnya, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican pula mengeluarkan fitnah meminta penjelasan dari mana wang RM100 didapati untuk diagihkan kepada warga emas sejak pertengahan tahun ini,

"Wang itu bukan dari judi kerana judi bola telah diharamkan di Pulau Pinang, lainlah Kerajaan Pusat yang mengharapkan keuntungan hasil perjudian bola atau lain-lain perjudian yang besar.

“Maka, sebab itu mereka sanggup menggalakkan perjudian ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia di Afrika. Bila Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharamkanya, baru Perdana Menteri buat keputusan serupa bimbang rakyat marahkan kepimpinannya," jelas beliau.

Oleh itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, meminta rakyat khususnya di negeri ini jangan termakan dakyah palsu hasil ciptaan anggota parti yang kian karam.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab semua jentera parti Pakatan Rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta kepimpinan negeri menengahkan semua perancangan yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan kepada rakyat agar tiada lagi timbul keraguan.

"Rakyat kena didekati dan terus didekati jangan jauhkan dengan membiarkan mereka terjebak dalam kancak pembohongan BN. Peranan JKKK kena dipertingkatkan sebaik-baiknya," seru beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih turut menyarankan setiap perayaan harus disambut dengan mengadakan hari terbuka kerana kesannya dapat menyatupadukan kaum serta mengeratkan lagi silaturrahim.

"Sepatut di hari yang mulia dan bulan mulia, semua fitnah kena dijauhkan bukan mencipta lagi banyak fitnah,” katanya. -Hrkh

Cara Umno / MP Bera sambut kemuliaan Syawal...



Tarikh: 19 September 2010
Tempat: Laman Kerayong, Parlimen Bera, Pahang.

Nak cerita pasal: Rumah Terbuka MP Bera/Menteri KPDNKK.

Bersyukur benar nampaknya mereka yang di atas pentas tersebut dengan kedatangan Syawal yang mulia ini.

Lagi gambar dan cerita berkaitan di http://almankaraqi.blogspot.com

Hal-Hal Yang Meragukan Dalam Kes Bunuh Diri Pengasas Kosmetik Aveer

Pengasas Kosmetik Aveer Bunuh Diri, Tiada Kaitan Kes Sosilawati, Kata Anak Saudara

Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

“Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam pernigaaan. Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

“Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,” kata beliau yang akrab dengan mangsa.

Naimah berkata Sarina sempat menghubunginya sebelum ditemui mati dan berpesan supaya beliau menjaga anak mangsa serta membantu urusan perkahwinan Mohd Azrul Affendi Jakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari depan.

“Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,” katanya.

Sementara itu, anak kedua Sarina, Siti Badryah Jakaria, 23, berkata keluarga beliau masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa ibunya itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, laporan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sarina yang mengusahakan perniagaan kosmetik sejak lebih lima tahun lepas, ditemui mati tergantung oleh anaknya yang berusia 16 tahun dan ketika kejadian, mangsa dikatakan bersendirian di rumahnya. -BERNAMA

Bukan saja pelik. Tetapi pelik bin ajaib. Adanya kisah seorang anak saudara berpandangan buruk dan tergamak membuka keaiban ibu saudaranya dengan menyatakan ibu saudaranya itu telah membunuh diri!

Bukan bererti saya menolak teori bahawa telah berlaku satu kejadian "sucidal", tetapi penjelasan yang begitu detail oleh seorang anak saudara menjadikan episod itu boleh diragukan seolah-olah beliau telah tahu lebih awal mengenai pembunuhan itu.

Jika benar pernah berlaku percubaan bunuh diri oleh Sarina Jaafar, mengapa tidak ada usaha mempastikan hal itu tidak berulang lagi dan sebagai seorang beriman, mengapa usahawan itu tidak diberikan kaunseling agama terutama oleh ahli keluarga?

Kedua, percubaan membunuh diri yang pertama dikatakan usahawan itu cuba menggelar pergelangan tangan. Hal ini tidak masuk akal kerana tak da orang bunuh diri dengan cara yang demikian. Kalau putus tangan pun kemungkinan berlakunya kematian adalah sangat tipis. Jadi alasan "menggelar tangan" sebagai bukti percubaan bunuh diri tidak dapat diterima.

Ketiga, bagaimana anak saudaranya boleh membuat sesuatu kenyataan yang begitu yakin seperti "kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya)” sebelum polis menghabiskan siasatannya? Ia seperti sudah diajar untuk berkata demikian.

Keempat, dikatakan "arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yaasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya.

“Tetapi mereka (rakan-rakan Sarina) tidak menghubunginya, dan arwah tidak sempat menunaikan hasratnya itu,”


Ini pun tidak masuk akal. Apakah kerana kegagalan menyertai kenduri tahlil dan hanya kerana rakan-rakan beliau tidak menghubunginya, lantas dia membunuh diri?

Kelima, sudah ada wasiat lisan pula

"Mak Anjang pesan suruh jaga anak serta minta uruskan perkahwinan anaknya nanti, sebelum panggilan antara saya dan dia terputus,”

Jika demikian setentunya dan sepatutnya anak saudara itu telah tahu lebih awal bahawa ibu saudaranya itu seperti seolah-olah "hendak mati" dan jika demikian juga, setentu dan sepatutnya anak saudara itu sudah berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengetahui hal sebenar dari ibu saudaranya dan memastikan ibu saudaranya itu "tidak membunuh diri".

Keenam, tidak ada keterangan bahawa arwah seorang yang hilang akal, atau pernah dimasukkan ke mana-mana hospital mental. Justeru arwah adalah insan normal.

Ketujuh, laporan Bernama tersebut begitu teratur dan setiap satu ayat yang dipaparkan seperti cuba menyokong ayat yang di sebelumnya. Pakar bahasa atau mana-mana pelajar "research methodology" dan "kewartawanan" asas pun mampu untuk menjelaskan bahawa teknik laporan sebegini hanya untuk menghalakan pembaca kepada satu arah dan tujuan iaitu memaksa pembaca percaya bahawa "arwah membunuh diri".

Bukan semua orang boleh diperbodohkan. Kita bermohon kepada Allah s.w.t. agar kebenaran tetap menjelma, dan jika benar awah membunuh diri, muga Allah melimpahkan keampunanNya. Jika arwah tidak membunuh diri, semuga Allah mendedahkan hal yang sebenar kepada kita semua. Tidak semua laporan polis salah dan tidak semua laporan polis benar. Yang paling benar tetap dari Allah s.w.t. jua. GB bergantung di situ. -GB

‘e-Book, Tak ada Manfaat Secara Kesuluruahannya,”

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/MBbanggae-Book.jpg- kata Guru Besar Sekolah Rendah
KUALA NERUS
– Arahan seorang Guru Besar Sebuah Sekolah Kebangsaan disini, yang melarang murid tahun enam membawa komputer bimbit e-Book ke sekolah sudah lama kedengaran.

Agak ekstrem, bukan sahaja ‘mengharamkan’ komputer bimbit yang menjadi kebanggaan Menteri Besar Terengganu itu berada disekolahnya, malah beliau telah bertindak merampas beberapa e-Book dari para pelajarnya.

”Saya minta maaf, khususnya pasal ‘e-Book’, memang saya tidak benarkan pelajar tahun enam membawanya ke sekolah, dan ada yang saya rampasnya,”kata Guru Besar tersebut membuat pengakuan, dihadapan seratus orang ibu bapa pelajar.

Beliau berkata demikian dalam taklimat ringkasnya, selepas para guru dan ibu bapa menunaikan Solat Hajat serta membaca surah Yasin, bagi memohon keberkatan Allah agar para pelajar diberikan kejayaan.

Pelajar tahun enam seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa, 21 September.

”Memang saya larang mereka guna dalam masa ini (tahun 6). Lepas ni, dia orang nak guna bagaimana pun, saya tak kisah,

Ada banyak ebook yang saya rampas. Saya sendiri simpan. Sebab saya nampak benda ni, tak ada manfaat secara keseluruhnya,”tegasnya, yang mula bercuti, sebelum bersara secara notis, sebaik selesai UPSR nanti.

Selain beliau, ramai lagi para guru yang bersependapat dengannya.

(Gambar - Menteri Besar< Dato' Seri Ahmad Said 'tersengih' setiap kali mengagihkan e-Book, mungkin berbangga dengan program itu, walau tiada manfaat keseluruhannya)

Menurut seorang guru, juga dari sebuah Sekolah Kebangsaan dalam kawasan ini, pihak sekolahnya juga tidak membenarkan pelajar tahun enam, membawa e-Book ke sekolah.

Alasanya juga sebagaimana Guru Besar tersebut, ia tidak banyak mambawa manfaat kpada pelajar, malah menjadi beban.

”Program pendidikan e-book belum lengkap, ia bukan program Kementerian, pelajar ter paksa juga membawa buku teks, kerana buku Teks adalah wajib, e-Book tidak,”kata guru biasa itu.

Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM24.98 juta melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kali 2/2009 pada 14 Januari, 2009, bagi tujuan pengurusan dan pemasangan sebanyak 25,000 e-Book.

Setahun sebelumnya, anak syarikat kerajaan negeri Top IT Sdn Bhd yang mengimpot komputer bimbit itu dari negeri China telah mendirikan sebuah kilang, dengan alasan untuk menegeluarkannya sendiri.

Kerajaan negeri melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke 5/200b pada 12 Ogos 2008 telah meluluskan pembinaan kilang serta peralatan bernilai RM8.5 juta

Bagi tahun 2010, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman, peruntukan program e-Book dinaikkan sekali ganda menjadi RM50 juta, bagi membekalkan sebanyak 50,000 unit e-Book kepada pelajar tahun empat dan lima.

Dalam pada itu, antara Januari 2010 hingga Mac, 2010, sebanyak 1,332 komputer yang telah diberikan kepada para pelajar, telah dihantar semula ke kilang kerana didapati mengalami kerosakan.

Dari jumlah tersebut, seramai 609 orang murid terpaksa membayar kos diantara RM69 hingga RM200 bagi membaikpulih e-Book, walaupun pihak pengeluar memberi jaminan selama 1 tahun. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .