Ikuti Blog ini

Perutusan Khas Kepada pengundi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

MALAYSIA-POLITICS/

MALAYSIA-POLITICS-VOTE

MALAYSIA-POLITICS-VOTE

MALAYSIA-POLITICS-VOTE

Assalamu'alaikum WMWB.
Semoga sejahtera selalu hendaknya.


Tuan/Puan,


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong" (Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2).

Seperti yang sama-sama kita maklum, menegakkan Islam itu perkara logik dan wajib. Ini kerana kita menumpang bumi Allah yang sepenuhnya dicipta oleh Allah. Jika dimisalkan, perintah ini samalah juga dengan sembanhyang. Sebagaimana sembahyang itu wajib maka apa jua perkara yang berkaitan dengan persiapan untuk menegakkan sembahyang turut menjadi wajib. Wudhu' untuk sembahyang itu wajib. Menggali telaga dan memasang paip itu wajib.


Demikian jugalah dengan keaedah menegakkan Islam di zaman ini. Zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihanraya. Ini yang timbul kerja mengundi melalui pilihanraya.


Oleh kerana undi itu hak mutlak diri, tiada ada siapa berhak merampas, mengugat dan memaksa. Apabila dihubungkan hak kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak yang satu ini dengan penuh iman. Biar bagaimana rahsia sekalipun undi pada 17 Januari 2009 ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf. Sebagaimana menggali telaga dan memasang paip untuk menyempurnakan wudhu' itu wajib kerana sembahyang itu wajib, MAKA mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam itu juga adalah wajib.


Oleh itu, tunaikanlah tanggungjawab kita dengan sehabis amanah. Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Mursyidul Am PAS.

MALAYSIA-POLITICS/




Pilihanraya Kecil: Isu Kehadiran Begitu Ramai Polis Di Kuala Trengganu, Kenapa Ketua Polis Negeri Tidak Mahu Ia Dijadikan Isu Politik !!


MALAYSIA-POLITICS-VOTE

MALAYSIA-POLITICS-VOTE

KUALA TERENGGANU - Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan meminta supaya kehadiran polis sepanjang proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dipolitikkan dengan mendakwa ia menakutkan pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tujuan kehadiran polis adalah untuk menjaga keselamatan selain daripada jumlah anggota polis yang terlibat dalam pilihan raya kerusi parlimen itu lebih rendah berbanding pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh.

"Itu bukan satu isu politik kerana kita mempunyai tanggungjawab kita sendiri. Kita telah matang dan tahu apa yang dilakukan. "Tidak perlu dipersoalkan apakah pelaksanaan tugas yang dijalankan polis. Kami diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kami tahu apa yang kami buat,"
katanya kepada pemberita selepas melawat seorang pegawai polis yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini akibat dirempuh oleh "Mat Rempit", hari ini.

Dilaporkan, 6,000 anggota polis ditugaskan sepanjang proses pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Pada pilihan raya kecil 17 Jan itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan ditentang calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Mohd Shukri berkata kehadiran polis secara asasnya adalah untuk menjaga keselamatan dan menjaga kelancaran perjalanan proses pilihan raya selain membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Dalam masa yang sama polis juga bertanggungjawab menjaga hal-hal lain yang berkaitan dengan keselamatan contohnya kawalan trafik supaya perjalanan lebih licin, kawalan kenamaan dan menentukan keselamatan di tempat awam," katanya.

[Walau apa jua pendapat dari Ketua Polis Trengganu, itu semua sebenarnya sudah tidak boleh dipakai lagi. Mereka mengatakan 6,000 anggota polis tetapi apa yang dilihat hampir mencecah 10,000 orang sebenarnya. Mahu disamakan dengan Permatang Pauh dan Ijok? Mana mungkin Ijok hanya kerusi DUN tetapi jumlah anggota polis lebih ramai dari Kuala Trengganu. Disini sudah jelas bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Datuk Mohd Shukri Dahalan itu. Di Permatang Pauh dan Ijok, pihak polis dilihat tidak membina "kem-kem sementara" yang sebegitu besar. Tetapi di Kuala Trengganu, ia dibina di sana sini?. Apa maknanya semua ini.

Kami masih lagi berpegang kepada kenyataan awal supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat dapat memantau kem-kem sementera polis di Batu Buruk dan jalan ke Marang itu. Kami khuatir disitulah nanti akan menjadi
"Transit Port" untuk diletakkan "pengundi hantu" malam hingga subuh hari mengundi 17 Januari 2009 ini. Tambahan pula kawalan yang ketat serta keadaan khemah-khemah yang didirikan itu agak mencurigakan. Jangan dengar sangat cakap pihak polis ini, kerana mereka semua adalah "talibarut" dan "proksi" kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan selamanya].


PRK K.TERENGGANU : PAK LAH MULA RISAU ORANG UMNO TAK SUKA WAN FARID

Presiden Umno mula risau dan bimbang kerana bukan sahaja penyokong PAS dan atas pagar tidak suka kepada Wan Farid tetapi ahli dan penyokong Umno sendiri meluat dan tidak suka kepadanya.

Ramai ahli Umno beranggapan, Wan Farid sombong dan susah untuk ditemui. Nampak jelas bahawa isu sombong dan mesra ini bukannya dibawa oleh PAS tetapi ianya memang menjadi kenyataan sehingga Perdana Menteri sendiri mula risau.

Akibat dari sambutan dingin terhadap BN dan calonnya yang dikatakan sombong Pak Lah terpaksa turun sendiri ke Kuala Terengganu berkempen dan memujuk orang Umno supaya menerima Wan Farid.

Malah banner dan signboard besar menggambarkan kemesraan Wan Farid dengan orang kampung terpaksa dipasang di serata kawasan Kuala Terengganu untuk menunjukkan beliau seorang yang mesra rakyat.

Nampaknya isu mencaci dan mencerca peribadi calon bukannya digunakan oleh PAS tetapi penyokong Umno sendiri yang merendah-rendahkan calon mereka.

Jelas sekali BN benar-benar terhimpit akibat kesilapan mereka memilih calon selain dari terpaksa menjawab isu pembaziran, isu kenaikan harga barang, isu ekonomi, isu maksiat, jenayah, keselamatan dan kemiskinan.





Lebih 5,000 banjiri kedutaan Amerika, kasut jadi simbol

BANTAHAN... Demonstrasi besar-besaran anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, membawa sepanduk dan kain rentang bagi membantah serangan Israel ke atas bumi Islam Palestin ketika menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan AS di Jalan Tun Abdul Razak.


KUALA LUMPUR - Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 5,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.

Image


Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.


Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato' Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud. Image


Mereka diiringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor Khairul Anwar.


Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya "Boikot Produk Amerika" "Stop Holocaust in Palestine" dan "Support Palestin" di samping laungan kemarahan orang ramai seperti "Jahanam Israel!" "Hancur Yahudi!" berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut. Image


Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.


Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar - gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah "Lailahaillah". Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan. Image


Seorang wakil kedutaan Amerika secara angkuh mengambil memo di pintu pagar lalu terus memasuki semula kedutaan.


Menarik perhatian ramai, sekumpulan peserta mengangkat dua replika mayat kanak-kanak yang siap dikafankan seperti jenazah dan berlumuran darah yang dibawa ke hadapan kedutaan sebagai ingatan kepada kebiadapan Amerika membantu Israel membunuh kanak-kanak tidak berdosa.


Turut mencuri tumpuan ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi. Image


Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,"ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!' Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq," jeritnya sambi membaling kasut


Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.


Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut Imagedan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.


Sementara itu difahamkan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) turut menganjurkan himpunan bantahan di Kedutaan Mesir dekat sini selepas solat Jumaat tadi.


Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA






Bantah Israel: Tok Guru Nik Aziz bakar patung Bush, Shimon Peres

KOTA BHARU - Ribuan umat Islam di sini mengadakan demonstrasi secara aman membantah kekejaman rejim haram Yahudi terhadap penduduk Islam di Palestin.


Demonstrasi itu diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut sama disertai timbalannya, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud; Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan anggota Exco, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.


Menteri Besar turut membakar replika patung George W Bush dan Presiden Israel, Shimon Peres serta bendera Amerika Syarikat dan Israel.


Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang ramai memijak gambar kedua-dua pemimpin yang diletak di atas jalan.


Demonstrasi itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri diadakan sebaik sahaja selesai kuliah mingguan Menteri Besar di Medan Ilmu.


Image

Ribuan penduduk tempatan yang mengikuti kuliah sejak jam 8.30 pagi turut sama berdemonstrasi dengan melaungkan 'Allahuakbar, Hidup-Hidup Islam, Jahanam Israel dan Hancur Amerika.'


Demonstrasi itu merupakan kali kedua diadakan di Kelantan, minggu lepas pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Akademi Islam Universiti Malaya berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Laut di Nilam Puri.


Sebaik sahaja tamat kuliah pagi Jumaat, teriak Hidup Islam, jahanam Israel dan hancur Amerika mulai kedengaran. Orang ramai kecil, besar, tua dan muda bersemangat meneriakkan perkataan tersebut.


Kebencian orang ramai begitu membuak terhadap kekejaman Yahudi yang merantah tubuh-tubuh tidak berdosa di Palestin melalui serangan tidak berperikemannusiaan, dilancarkan tentera Israel sejak akhir Disember lalu.


Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa rakyat negeri ini mendaftar diri untuk pergi ke Palestin bagi membantu rakyat negara tersebut.


Image Katanya, beliau dan Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad sudah mendaftar menyertai misi bantuan ke Palestin.


Mohd Zaki yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada perlu menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Yahudi.


"Kita tidak boleh mengharapkan orang lain bagi membantu umat Islam di Palestin. Kita juga tidak boleh harapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Persidangan Negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi.


"Oleh itu umat Islam wajib membantu dengan sekadar yang mampu melalui sumbangan yang dihulurkan kepada tabung yang dilancarkan pada majlis ini," katanya.


Beliau juga mengajak orang ramai mulai sekarang memboikot produk keluaran Amerika Syarikat dan negara-negara yang bersekongkol dengan Yahudi Israel.


Pada himpunan itu dibaca qunut nazilah yang diketuai Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Mohd Baharuddin Mohd Noor.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, salah satu cara bagi mengajar Israel dan Amerika Syarikat jangan membeli produk keluaran negara terbabit.


Image

"Kita usah lagi membeli pisang kaki yang ditanam orang Yahudi di bumi Palestin yang dirampas mereka. Produk itu ada dijual di Singapura dan negara ini. Kita juga jangan lagi menggunakan Dollar Amerika dan beralih kepada matawang Euro atau Yen, Jepun.


"Coca Cola jangan lagi kita minum, umat Islam di Selatan Thailand sudah lama memulau minuman keluaran Amerika itu," katanya.


Sementara itu, ribuan umat Islam mengerjakan solat hajat di Masjid Muhammadi selepas menunaikan solat Jumaat memohon keselamatan kepada umat Islam di Palestin.


Selepas itu mereka memijak gambar Bush dan Shimon beramai-ramai, yang diletak di pintu masjid masjid.


Awas, SB menyamar jadi penyokong PAS!

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa terdapat polis cawangan khas atau SB yang menyamar sebagai penyokong PAS ketika majlis penamaan calon 6 Januari lalu.


ImageBeliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Markas Tarbiyah Kuala Terengganu baru-baru ini.


"Kita mendapat maklumat mengenai tindakan polis cawangan khas ini yang turun daripada hotel mereka dengan berpakaian macam orang PAS seterusnya menyertai perarakan bersama penyokong Pakatan Rakyat," katanya.


Menurutnya, motif utama tindakan tersebut tidak diketahui namun tidak menolak kemungkinan akan tercetusnya unsur-unsur provokasi.


"Daripada maklumat yang diterima, golongan ini ramai dan terdapat kemungkinan bahawa mereka akan dimanafaatkan oleh jentera BN untuk beberapa tujuan khusus kerana perkara seumpama tersebut pernah terjadi sebelum ini.


Image"Tetapi hal itu tidak seharusnya berlaku, kerana kita mahu perjalanan pilihan raya yang aman dan adil.


"Oleh itu, PAS sedang monitor (memantau) perjalanan polis dan SB bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.


Ditanya mengenai mekanisme pemantauan tersebut, beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat enggan mengulasnya.


"Saya tidak puas hati dengan tugas pihak SB yang bertugas mengiringi calon kerana itu bukan tugas mereka," katanya lagi.


Dalam kes pada pilihan raya kecil yang lalu, terdapat aduan mengenai orang yang tidak mengundi tetapi orang lain keluar mengundi bagi pihak mereka.


"Ia terjadi pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan kita telah memfailkan petisyen," ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Mustafa turut mengulas mengenai kehadiran polis yang terlalu ramai pada kali ini di bandar Kuala Terengganu.


"Saya mendapati ada aduan yang mengatakan bahawa kehadiran polis dilihat sebagai menakut-nakutkan pengundi, dan kita berharap ada jaminan bahawa mereka akan bertindak secara profesional," katanya lagi.


ImageHal ini katanya, secara tidak rasmi rasa takut di kalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ada.


"Ini kerana rakyat di sini menganggap bukannya ada masalah keselamatan pada masa ini," tegasnya.


Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sesuatu yang tidak diingini boleh berlaku sekiranya perkembangan mood pengundi tidak menyebelahi BN.


"Pada pandangan saya, kebiasaannya jika BN berasa selesa, tiada apa-apa yang pelik berlaku. sebaliknya, jika mereka berasa suasana sengit, maka BN akan mencipta bermacam-macam perkara," tegasnya lagi.


Mustafa juga belum meyakini perjalanan pilihan raya kecil ini dapat berlangsung dalam keadaan yang bersih dan adil.


"Setakat ini saya lihat perjalanan pilihan raya ini masih ok, dan saya belum meletakkan keyakinan pada perjalanan pilihan raya ini bersih sepenuhnya,"katanya.


PASTIKAN TANGAN HANTU TIDAK MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA













LETAK JAWATAN - UNGKU AZIZ KECEWA

Profesor Diraja Ungku Aziz meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) semalam kerana kecewa bahawa siasatan berhubung penyelewengan wang dalam badan koperasi itu gagal diselesaikan.

Beliau yang memegang jawatan itu sejak Angkasa ditubuhkan 37 tahun lalu, berkata peletakan jawatannya tidak mendapat sebarang desakan daripada mana-mana pihak.

“Ini seratus peratus keputusan saya. Sudah dua bulan saya fikir benda (letak jawatan) ini dan saya nampak tiada jalan lain, selain letak jawatan,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai peletakan jawatannya itu dan keputusannya untuk menolak sebarang pencalonan Yang Dipertua pada persidangan tahunan Angkasa di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya, Sabtu ini.

Kedua-dua keputusan itu terkandung dalam kenyataan ringkas yang beliau fakskan kepada media.

Media sebelum ini melaporkan bahawa laporan mengenai dakwaan penyelewangan itu telah diserahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 23 Oktober dan 18 November lalu, tetapi siasatan gagal disiapkan dalam tempoh ditetapkan, menjelang persidangan tahunan Angkasa kali ini.

“Mereka mempunyai banyak masa,” kata Ungku Aziz merujuk kepada siasatan SKM mengenai dakwaan konspirasi Hotel Concorde pada 23 Mac lalu (seperti terkandung dalam laporan Angkasa pada 23 Oktober 2008), untuk menjatuhkan beliau selaku Yang Dipertua Angkasa.

Pergolakan dalam badan koperasi itu bermula apabila Ungku Aziz dipecat daripada jawatan itu melalui undi tidak percaya oleh sembilan daripada 14 ahli lembaga pengarah Angkasa pada 24 Mac tahun lepas.

Pemecatan itu bertahan selama 43 hari sebelum SKM memerintahkan Jawatankuasa Tertinggi Angkasa mengekalkan jawatan Ungku Aziz yang juga pengasas badan koperasi itu.

Usaha pemecatan itu dipercayai ada hubung kait dengan arahan Ungku Aziz supaya siasatan dijalankan terhadap dua ahli lembaga pengarah kanan badan itu yang didakwa melakukan penyelewangan.

Ungku Aziz berkata siasatan perlu dilakukan secara serius kerana ia melibatkan transaksi bernilai RM20 juta yang membabitkan lebih sejuta orang.

“Umpamanya orang nak pinjam duit, katakan 60 ribu ringgit untuk buat projek atau nak beli rumah. Tapi akhirnya oleh sebab pentadbiran ada penyelewangan, dia dapat barangkali RM30,000 hingga RM40,000 saja, yang lain siapa ambil duit itu.

“Bagaimana ia diagihkan di antara beberapa pihak ini,” soal Ungku Aziz.

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Yidris Abdullah meminta tokoh veteran itu supaya meletak jawatan Yang Dipertua Angkasa berikutan pergolakan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini.

Yidris berkata perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan mengenai pindaan ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia berkuatkuasa 1 Januari tahun lalu.

Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira-kira RM47 bilion.

Ditanya apakah perancangan beliau selepas ini, Ungku Aziz berkata, “Saya telah meletak jawatan dan ia adalah muktamad. Sekarang terpulang kepada SKM dan polis untuk siasat dakwaan itu.”


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .