Ikuti Blog ini

Solat Hajat & Ceramah sokong Palestin di Alor Setar malam ini!


KERAJAAN negeri Kedah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS negeri Kedah akan mengadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada malam ini.

Program ini antara lain menyokong perjuangan rakyat Palestin yang tertindas angkara kekejaman rejim zionis Israel.

Bagi memeriahkan suasana program ini, aturcara ceramah perdana turut disusun. Tokoh-tokoh utama yang akan mengambil bahagian terdiri daripada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan wakil dari Pertubuhan HAMAS.

Aturcara Program

7.00 malam: Solat maghrib dan solat hajat

8.30 malam: Solat isyak

9.00 malam: Tayangan video kesengsaraan di Gaza Palestin

9.30 malam: Ceramah Perdana

Kepada individu atau pertubuhan yang berminat untuk memberi sumbangan boleh diserahkan pada majlis ini. Jika menggunakan cek, sila tulis cek berkenaan atas nama " TABUNG SUKARELAWAN PEMUDA KEDAH" atau NO AKAUN BIMB 02011010058915.

* Pameran Palestin dan jualan amal untuk Palestin bermula jam 5.00 petang* Sila bawa sejadah dan alas untuk solat maghrib/hajat dan isyak* Sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan kemudahan parking.



Terkini: Lagi ADUN BN Di Perak Bakal Berhijrah !!


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.

"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya.


IPOH - Ini lagi berita panas dan pasti menggemparkan, kami mendapat maklumat bahawa seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat. Jika berita ini menjadi bukti, maka pasti UMNO akan lebih kepanasan di Perak. Tambahan pula dalam mesyuarat khas yang diadakan semalam, 8 orang ADUN didapati tida hadir. Apakah mereka juga akan turut serta berhijrah ke Pakatan Rakyat?. Harap Maklum !!


Sudah Dua Kali Watan Sengaja Cari Pasal

http://buletinonline.net/images/stories/berita/sessiminumpetangrumahwahid.jpg
Kuala Terengganu - Sudah dua kali dalam bulan ini akhbar Mingguan WATAN seolah-olah sengaja mencari pasal dengan PAS.


Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari akhbar tersebut mendakwa Abdul Wahid Endut dijangka melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sekaligus satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu akan diadakan.

Dalam keluaran tersebut, akhbar itu meletakkan tajuk utama muka depan 'Wahid Lepas Adun' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut

http://buletinonline.net/images/stories/berita/watansasau.gifPada keluaran sebelum itu, Watan turut membuat percubaan ‘mengusik’ PAS dengan tajuk sensasi ‘PAS Beli AKIM’, selepas penarikan diri calon AKIM pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Muka depan Watan bertarikh 10 Januari itu menyiarkan menyiarkan berita PAS dikatakan telah membeli calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad supaya menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan bagi bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Ekoran dari siaran Watan yang dianggap fitnah itu, Harakhdaily melaporkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut menafikan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.


Pada petang 18 Januari lalu, dalam sesi bersama wartawan di rumahnya di Seberang Baruh, dekat sini, ketika ditanya, Wahid menegaskan beliau akan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.

Katanya beliau tidak sama sekali akan meletakkan jawatan walaupun ada pihak-pihak tertentu mendesakknya berbuat demikian.

"Saya dipilih oleh rakyat, bukan dilantik... tiada sebab untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN," katanya.

Mohd. Abdul Wahid menjelaskan beliau ada menerima SMS yang meminta beliau melepaskan jawatan ADUN jika menang.

"Saya tidak membalas SMS itu dan saya pun akan tetap kekal sebagai ADUN," katanya.

Jelasnya, beliau tiada masalah untuk meneruskan kedua-dua kerusi ADUN dan Ahli Parlimen serentak memandangkan telah mewakili DUN Wakaf Mempelam dengan baik.

"Malah ada juga wakil rakyat memegang kedua-dua kerusi peringkat negeri dan Parlimen seperti Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan beberapa wakil rakyat yang lain.

"Cuma saya hendak membahagi-bahagikan masa dengan seimbang dalam hal ini," katanya




Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz


KOTA BHARU - Penyertaan Adun Bota, Dato' Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya 'menikam' diri.


Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan 'penghijrahan' Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar selama ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.


Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.


"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.


"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.


Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.


"Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan," ujarnya.


Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP.



Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS



Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia.Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.


Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.


Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.


PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan. Image


Allah swt sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."


Gong Xi Fa Cai kepada semua.


Ikhlas
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .