Ikuti Blog ini

Pemuda PAS Perak akan berperang habis-habisan

Nik Aziz: Kerajaan Haram



Kerajaan yang di tubuhkan oleh Barisan Nasional dengan merampas hak rakyat Perak dan membelakangkan undang-undang tubuh negeri Perak. ...Berita Penuh.




TAIPING - Dewan Pemuda PAS Perak telah bertekad untuk menumbangkan penubuhan 'kerajaan haram Umno-BN' di negeri ini dengan habis-habisan.

Keputusan berani dan drastik itu telah dibuat dengan persetujuan sebulat suara oleh Dewan Pemuda PAS Perak yang bersidang sempena majlis Usrah di Markas Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini malam tadi.


Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Haji Nor Azli Musa menyatakan perbuatan Umno-BN tiada bersopan merampas secara jijik serta licik yang sama seperti merompak di siang hari sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika sedang disayangi dan popular di kalangan rakyat berbilang kaum.


"Tindakan tersebut adalah amat mengecewakan rakyat di mana mereka telah bersusah payah untuk mengundi memilih Pakatan Rakyat tetapi dengan tiba-tiba telah dihancurkan idaman murni itu ke dalam pimpinan yang rakus dan kejam terhadap rakyat,"tegasnya.


Dari itu, Nor Azli menyatakan pihak pemuda tidak akan berdiam diri apabila hak kuasa rakyat itu dinodai sewenang-wenangnya malah akan diperangi kesnya di mahkamah hingga berjaya.


"Kami Pemuda tidak gentar berhadapan ke mana sahaja untuk menegakkan keadilan dan kesucian maruah kerajaan Pakatan Rakyat yang telah pun hampir usianya sebelas bulan dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pemimpin yang gila kuasa tanpa maruah diri,"tegas Nor Azli.




Saya MB yang sah manakala Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram- Nizar

Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.- MB Perak


PERUTUSAN MB PERAK


BismilahirRahmanirRahim.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.


Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.


Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.


Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.


Secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.


Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.


UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.


Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar


Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :


Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.


Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.


Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.


Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?


Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

nizar

Bantahan peralihan kuasa di Perak berterusan

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22











Nampaknya kemelut politik Perak tidak akan berkesudahan selagi kedaulatan rakyat tidak diletakkan ke tempatnya yang lebih abadi.

Di saat masyarakat Tionghua masih menyambut Tahun Baru Cina, Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Kerajaan haram BN Perak yang tiba untuk majlis sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di SJK (C) Yuk Choy, yang terletak berdekatan dengan kediaman rasmi Mentri Besar, telah disambut dengan batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua di sepanjang jalan menuju ke sekolah tersebut.



candle light vigil in perak 070209 04Di bahu jalan lilin dipasang sebagai tanda protes masyarakat Tionghua tentang demokrasi yang telah mati ekoran perlantikan MB untuk sebuah kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.


Beratus-ratus penduduk setempat hadir dan hanya dimaklumkan melalui SMS dan telefon.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir sekalipun beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak pada pukul 5 petang sebelumnya di sekolah berkenaan.


Ketibaan Zambry telah disambut dengan pekikan dan cacian laungan pada kira-kira jam 8.45 malam tadi.



ipoh candlelight vigil fruPemerhati politik berpendapat bagaimana mungkin beliau mampu untuk terus menjadi Menteri Besar jika gelombang rakyat di Perak rata-rata menolak penubuhan kerajaan haram BN yang didalangi oleh Najib serta diperkenankan pula oleh Sultan Perak.


Seandainya UMNO dan istana ingin meneruskan dasar mereka membelakangi kedaulatan rakyat, mereka akan terus menjadi sasaran kebencian rakyat Perak sehinggalah tuntutan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta pilihanraya baru diadakan di negeri itu bagi pembentukan sebuah kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan dapat ditegakkan.


Prof Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat pihak Istana perlu mengelak dari terlibat di dalam politik dan perlu bertindak neutral seperti yang dijanjikan oleh Raja Nazrin beberapa hari lalu dan jika masih terus di dalam keadaan begini, pihak istana tidak akan dihormati kerana rakyat melihat istna telah tidak mengkotakan janjinya.


perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31



HIMPUNAN RAKYAT PERAK

Ceramah Perdana Penjelasan Isu MB Perak

KEMELUT POLITIK DI PERAK

Tarikh : 8 Februari 2009 ( Ahad )

Masa : 9.00 malam

Tempat : KEDIAMAN MENTERI BESAR PERAK

Penceramah Jemputan :

Tuan Guru Hj Hadi Awang
Dato Seri Anwar Ibrahim
Lim Kit Siang

Menteri Besar Perak
Dato' Seri Nizar Jamaludin

Semua harus hadir

Krisis Perlembagaan Perak – Sesetengah Pihak Memang Tuli !?

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/krisisperak.jpg
Bekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim berkata krisis perlembagaan di Perak boleh di elakkan sekiranya semua ahli politik menerima Malaysia adalah negara demokrasi, dimana permasalahan politik sepatutnya diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri dan bukannya di belakang pintu istana yang tertutup.


Beliau yang bertindak sebagai Menteri Undang-undang dalam kabinet Barisan Nasional (BN) berkata BN dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menguji sokongan terhadap mereka di DUN Perak melalui undian dengan mengangkat tangan.

Menurutnya dalam demokrasi mahkamah adalah terbuka kepada umum, supaya rakyat jelata boleh berpuashati dengan proses perundangan yang adil dan boleh disemak dengan teliti.

“Mengapa bila tiba menukar sesuatu kerajaan, dibuat secara tertutup? Adakah kerana kita ada budaya ‘kekuasaan’? Rakyat tidak perlu tahu, hanya elitis sahaja yang perlu tahu?”katanya yang kesal dengan tindakan tergesa-gesa menukar kerajaan Perak.

Beliau yang dipetik Malaysian Insider berkata persoalannya bukan samada Sultan ada kuasa untuk membubarkan DUN atau adakah Sultan boleh menitahkan peletakan jawatan Menteri Besar, tetapi samada parti-parti politik durujuk kepada forum yang betul.

”Ia adalah berkaitan mendapatkan keyakinan majoriti dalam DUN,”tegasnya.

Kedua-dua BN dan PR mempunyai 28 kerusi di DUN, tetapi tiga ADUN yang memilih menjadi BEBAS berkata mereka akan menyokong BN.

Sultan Azlan Shah mengambil sokongan meraka (tiga ADUN) kepada BN sebagai bukti yang Menteri Besar Perak tidak lagi mendapat keyakinan DUN. Sultan telah bertindak mengambil sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru semalam tetapi Nizar menolak keputusan yang dibuat di istana.

Keputusan yang diambil oleh Sultan Azlan yang juga bekas Ketua Hakim Negara telah menimbulkan banyak kritikan sehingga pakar undang-undang bercanggah pendapat adakah Sultan bertindak dengan niat yang benar (whether he acted in good faith)

Zaid, yang meletakkan jawatan dari Kabinet Abdullah kerana kurangnya sokongan atas usahanya untuk mengislahkan badan kehakiman berkata, isu mudah untuk menentukan parti manakah yang mendapat majoriti telah menjadi sukar (complicated) kerana beberapa orang telah bertindak sewenang-wenangnya.

"Saya tidak fikir masalah ini boleh diselesaikan melalui mahkamah, jadi rakyat kena menunggu. Kerajaan baru yang berkuasa telah ditubuhkan. Istana telah bertitah. Ia seolah-olahnya tidak boleh dipersoalkan lagi (fait accompli),”katanya dan menambah bahawa situasi di Perak telah menimbulkan nada bersifat membahagi (divisive tone) dalam negara ini.

"Matlamat untuk menubuhkan kerajaan diterima oleh semua pihak (working government) bukanlah permainan matematik (angka). Ia bukannya angka tetapi berkait rapat dengan kestabilan,” kata Zaid.

Beliau menyatakan ada pendapat yang mengatakan bahawa tindakan Sultan tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah.

”Adakah ia bermakna seseorang tidak perlu menerangkan tindakannya kepada rakyat umum?,”soalnya.

Beliau menimbulkan bahawa sesetengah pihak merasakan bahawa pertukaran kuasa di Perak adalah satu rampasan kuasa (coup d’etat), justeru mereka harus menyatakannya dengan trang dan jelas dalam kotak undi pada pilihanraya akan datang, kerana katanya jelas sesetengah pihak memang tuli (tidak pernah mendengar keluhan rakyat) !




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .