Ikuti Blog ini

Jam Terbesar di Dunia terletak di Makkah

Jam besar diuji pada Ramadan

RIYADH - Arab Saudi mula menguji jam terbesar di dunia yang terletak menghadap Kaabah di Masjidilharam, Mekah selama tiga bulan bermula Ramadan ini.

Setakat ini, hanya satu daripada empat jam siap pada bahagian bangunan mencakar langit yang dijadualkan mencapai ketinggian 600 meter apabila siap sepenuhnya, sekali gus bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menara itu juga mempunyai permukaan jam dengan diameter 40 meter yang lima kali lebih besar berbanding permukaan jam Big Ben di London, malah mengatasi diameter 36 meter pada permukaan jam di Cevahir Mall, Istanbul, Turki.

Satu sahaja daripada empat jam yang siap setakat ini dan permukaan jam itu dihiasi 98 juga kepingan mozek kaca.

Jam yang direka jurutera dari Jerman dan Switzerland ini boleh dilihat dari jarak lebih 25 kilometer

Perang info: BN 'ludah' sesama sendiri, kata MB

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang. -M'kini

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)


Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai. -Hrkh

Panas : Sila Baca Surat UMNO ini!!!


Hidup 1Malaysia..... demokrasi tahap tertinggi... (gambar sumber dari facebook KBSB)

Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras,” ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.

“Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.-Hrkh

YB Salleh Man masuk hospital.

Bersama isteri di hospital bukit Mertajam



Lawatan dari YB DAP Michael Tan bersama
Timbalan ketua wanita bahagian Permatang Pauh Hjh Cik Wa.

Yb Salleh Man kini di pindahkan ke Hospital Seberang Jaya dan berada di wad 7. Beliau dipercayai mengalami bengkak usus. Semoga semua berdoa agar beliau cepat sembuh.

Yb Salleh Man juga di kunjungi oleh DSAI pada 7 Ogos baru-baru ini, ketika beliau melakukan lawatan ke Parlimen Permatang Pauh.

Bunga Bangkai.

Titan Arum atau Amorphophallus titanum yang berasal dari Indonesia ini, bukan hanya ganjil dan pelik namanya, tetapi rupa dan bau bunga ini turut menjadi perhatian kerana terlalu busuk dan menyamai bau bangkai.

Bunga bersaiz gergasi ini turut disamakan bunga Rafflesia yang banyak ditemui di hutan Asia Tenggara.
SEJAK minggu lalu, Muzium Sains Semula Jadi Houston, Amerika Syarikat, tidak putus-putus menerima kehadiran pengunjung dan dibuka 24 jam sehari kerana bahan pamerannya yang unik, bunga gergasi yang dikenali sebagai Titan Arum atau Amorphophallus titanum.

Bunga yang berasal daripada Sumatera, Indonesia itu, buat pertama kalinya akan berbunga selepas tujuh ditanam di muzium berkenaan dan dicatatkan sebagai yang ke-29 berbunga di negara berkenaan.

Tarikan utama bunga itu dihebahkan melalui laman sosial Twitter dan Facebook menyebabkan pengunjung berbaris seawal jam 8 pagi bagi melihat sendiri keganjilan dan keanehan bunga yang hanya mekar selama tiga hari itu. Satu perkara pelik mengenai bunga berkenaan dan menjadi tarikan pengunjung ke muzium itu adalah kerana baunya yang dikatakan seperti bau bangkai.

Beberapa pengunjung yang ditemui memberitahu
mereka sanggup beratur panjang untuk melihat dan menghidu sendiri bau bunga berkenaan kerana ia peluang yang tidak boleh dilepaskan walaupun maklum bahawa bau yang dikeluarkan sungguh busuk. Malah ada pengunjung datang berulang kali ke muzium berkenaan kerana mahu melihat bunga mekar dan menghidu bau busuk yang dihasilkan.

Setakat Jumaat minggu lalu bunga berkenaan masih belum mekar sepenuhnya.
Pihak muzium menjangkakan jumlah pengunjung akan bertambah kepada 10,000 orang sehingga semalam. Jumlah itu, berlipat kali ganda berbanding jumlah 500 pengunjung setiap minggu.

Titan Arum dikenali sebagai penduduk tempatan sebagai bunga bangkai ditemui di Sumatera, Indonesia. Dilaporkan ia mula ditemui pada 1878 oleh ahli botani Itali Odoardo Beccari. Bunga ini menjadi bunga rasmi untuk wilayah Bengkulu.

Tumbuhan yang jarang ditemui ini dikategorikan sebagai tanaman liar daripada keluarga
Araceae mempunyai bunga yang cantik seakan calalily berwarna perang mengeluarkan bau busuk untuk menarik kumbang dan lalat yang menjadi makanannya. Bagi penduduk di negara ini, mereka menggelarkan bunga ini sebagai keladi gajah, namun rupanya sedikit kecil berbanding bunga bangkai yang ditemui di Indonesia.

Tumbuhan ini memiliki dua fasa dalam kehidupannya iaitu vegetatif dan generatif. Pada fasa vegetatif, biasanya akan muncul pucuk muda daripada batang pokok. Kemudian organ vegetatif ini layu dan muncul bunga. Selepas bunganya layu akan terbentuk buah berwarna merah dengan biji di bahagian pangkal bunga. Buah ini biasanya menjadi benih untuk pembiakan semula tumbuhan ini.

Mengikut laporan, bunga bangkai yang paling tinggi dicatatkan mencecah 2.91 meter pada 2005 di Taman Botani Bonn, Hewan Wilhelma, Stuttgart, Jerman. Namun, Indonesia mendakwa bunga bangkai paling tinggi pernah dicatatkan di Kebun Raya Cibodas dengan ketinggian 3.17 meter pada 11 Mac 2004.

Selain bersaiz gergasi dengan ketinggian boleh mencapai sehingga 6 meter (10 kaki), berat bunga bangkai juga boleh mencapai sehingga 50 kilogram, berat seorang perempuan dewasa. Namun, pernah dicatatkan berat bunga ini mencecah 91 kilogram di Rumah Hijau Princess of Wales, Kew Garden.

Tiada khasiat mengenai bunga ini dicatatkan dalam mana-mana artikel botani, namun ia sering kali mendapat perhatian dalam mana-mana pameran hortikultur di seluruh dunia, kerana keanehan dan keganjilan itu.


Pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Tatton Park, London Julai tahun lalu, bunga ini diundi sebagai bunga paling hodoh dipamerkan di pameran berkenaan walaupun hakikatnya tumbuhan ini tidaklah nampak hodoh kecuali baunya saja yang busuk seperti bangkai. sumber

BEKAS MENTERI BESAR CUBA BUAT SULTAN JOHOR MARAH DENGAN KAITKAN CHUA BAKAL MB JOHOR

Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.

Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.

Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.

Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.

Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.

Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.

Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.

"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.

Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.

Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.

"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau. -SK

Amaran Kepada Ezam Untuk Hentikan Fitnah Jahat



Lihat muncung pengampu ...macam...si**...
Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.

Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih.


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Umno ‘Baham’ Komisyen Projek

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170553.JPGKUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komesyen dari projek-projek di negeri ini.

Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.

“Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.

“Saya dapati dalam setengah kawasan saya (Manir) ada (projek) rumah mampu milik di Batu Hampar. Peruntukan dalam anggaran dulu RM3 juta dan tambahannya RM10 juta.

“Apa yang saya khuatir dan bimbang ialah pungutan ‘tol’ (komesyen) daripada jumlah projek ini. Ada orang yang dapat kutipan ‘tol’ dari projek ini. Projek RM10 juta, ‘tol’ RM2 juta dan yang RM2 juta itu ‘hilang’ sahaja,” tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Manir berkata demikian ketika perbahasan peruntukan tambahan sebanyak RM157 juta di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 9 Ogos.

Menurutnya, adakah peruntukan asal itu tidak dikaji dengan teliti atau berlaku sesuatu di dalam perjalanan projek tersebut.

Katanya, pemberian ‘tol’ atau komesyen tertentu boleh merugikan rakyat serta menjejaskan kualiti pembinaan sesuatu projek.

Ustaz Harun menjelaskan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh kemungkinan berlaku pembinaan secara tidak sempurna.

“Sebagaimana berlaku (runtuh) kepada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kompleks sukan itu belanja banyak (mahal) tapi kompleks tidak kompleks.

“Jadi runtuh mungkin kerana tidak cukup duit untuk buat sempurna kerana duit sudah bagi ‘tol’ (komesyen).

“Saya hendak mengingatkan ‘tol’ (komesyen) itu membahaya, merugikan rakyat dan kualiti rumah yang kita (kerajaan) bina adalah rendah (tiada kualiti),” ujarnya.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri agar memantau serta mengkaji pembayaran ‘tol’ yang melibatkan pihak tertentu. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .