Ikuti Blog ini

Umno makin takut selepas Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara.

Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah.

“Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily .

Di samping itu, soalnya lagi, apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara. Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama?”

“Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?” tanya beliau lagi.

Yang pasti, katanya peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah tetapi yang berubah adalah kerajaan yang memerintah.

Menurutnya, asalkan PAS memerintah sahaja, wang royalti bertukar jadi wang ehsan dan itulah yang ada dalam kamus Umno BN.

“Bila Kerajaan BN tumbang di Dun negeri, muncul pula kerajaan haram bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan jabatan ini,” ujarnya.

Justeru, tegasnya PAS kini yakin yang isu saman royalti itu akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS.

Saman itu juga, tambahnya membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam pilihan raya. -Hrkh

Tembelang Khusrin Dah Pecah!

Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno

SHAH ALAM 1 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melabelkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai 'talam dua muka' apabila didakwa menggunakan kuasanya untuk memujuk nazir Masjid Nurul Ehsan di Kampung Medan, Petaling Jaya supaya membenar Umno menggunakan masjid itu untuk satu program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru itu, Khalid berkata beliau akan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Khusrin yang dianggap sebagai ejen Umno dan bekerja demi kelangsungan dan kepentingan parti itu.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya petang tadi, Khalid memberitahu Badan Perhubungan Umno Selangor telah menghantar satu surat bertarikh 12 Ogos 2010 kepada nazir masjid untuk menggunakan masjid tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, Badrul Hisham Badrudin.

Tindakan ini kata beliau melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang supaya masjid atau surau di negeri ini digunakan untuk tujuan politik.

"Saya menerima salinan surat menggunakan kepala surat Umno yang dihantar kepada nazir Masjid Nurul Ehsan untuk meminta kebenaran menggunakan masjid itu untuk majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Pengarah Jais yang dilihat telah menyalahgunakan kedudukkannya untuk memujuk nazir masjid itu agar memberi kebenaran kepada Umno melaksanakan programnya.

"Bagi saya sikap Khusrin ini seperti 'talam dua muka' kerana beliau mempunyai kepentingan politik. Sebelum ini beliau mengecam Pakatan Rakyat apabila ada pemimpin menggunakan surau atau masjid untuk bertemu penduduk atau menyampaikan sumbangan tetapi kali ini beliau pula menjadi orang yang paling beriya-iya mendapat kelulusan masjid.

"Tindakan menggunakan surat parti dan platform Umno jelas melanggar titah Sultan Selangor serta bertentangan dengan etika beliau sebagai penjawat awam," jelas Khalid lagi.

Khalid berkata nazir tersebut bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa itu di masjid tetapi membenarkan ia diadakan di kawasan letak kereta dengan menggunakan surat permohonan baru yang tiada kaitan dengan badan politik.

"Apa yang saya tahu, Khusrin masih lagi berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan agar program itu dapat diadakan juga. Ini menunjukkan beliau ini adalah sebagai ejen kepada Umno untuk kepentingan politik lapok mereka, bila melibatkan Pakatan Rakyat beliau bising tetapi dengan Umno sanggup merayu sedemikian rupa," tegas Khalid.

Hudud: Jangan bercakap kalau tak faham


KOTA BHARU : Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat (gambar) menasihati pemimpin parti politik lebih baik tidak bercakap pasal hudud sekiranya tidak betul-betul memahami konteks hukum berkenaan sebagaimana tuntutan agama.

Beliau berkata, definisi hudud adalah luas bukan sahaja meliputi bab jenayah, sebaliknya termasuklah dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.

“Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan.

“Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah,” katanya sewaktu dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam Pakatan itu, termasuk PAS terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Mengulas lanjut Zainuddin menyifatkan Zulkifli sebagai individu yang telah hilang integriti sekali gus tidak layak untuk mempersoalkan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dalam usaha pelaksanaan hukum hudud.

Menjawab soalan PAS tetap melaksanakan undang-undang hudud sekiranya Pakatan berjaya menerajui kepimpinan negara meskipun mendapat halangan sekutunya iaitu PKR terutama DAP beliau berkata, prinsip PAS jelas dengan konsep Islam sejak mula penubuhannya lagi.

“Kalau orang kata berfahaman sempit tentang hudud, marah. Tapi dari konsep luaran sendiri pun sudah tidak tahu. Rasulullah mendukung undang-undang hudud dulu bukan di tengah-tengah orang Arab semua, bukan beragama Islam semua. Tapi antara kafir dan Islam, namun tiada sejarah mengatakan kesukaran Rasulullah menghadapi situasi itu.

“Hudud ialah hak-hak Allah, jadi sembahyang juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan hudud. Apa pelik sangat pasal hudud?” soalnya.

Beliau berkata, persoalan sama ada PAS mampu laksanakan hudud atau sebaliknya selagi bersama pakatan tidak menjadi agenda utama perlu dibincangkan buat masa kini.

“Jika ada sebarang pertikaian mengenai hudud dalam apa jua bentuk sekalipun yang melibatkan PAS, PKR dan DAP itu hanya suara-suara politik bagi mengelirukan kefahaman rakyat di samping untuk memecahkan hubungan baik Pakatan,” katanya.

Gambar Kejadian Buang bayi Seksyen 13 Shah Alam. Tragis!






























Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".


[Sumber]

Siyasah dan Dakwah: PAS ambil kesempatan menerangkan keindahan Islam kepada YB non-muslim PR



Apabila PR memerintah Selangor, Masjid2 dan surau2 penuh dengan program sepanjang ramadan ini dengan tazkirah, qiamulai dan sudah semestinya solat terawih, majlis berbuka, moreh dan lain-lain..

YB2 PR yng non muslim turut berminat utk turut serta dalam majlis yg di adakan di masjid dan turut sama mendengar tazkirah oleh para2 ustaz. Disamping melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit, ia juga sebagai tanda menghormati agama Islam...

Ada di maklumkan ada non muslim dari india yg sanggup menunggu di luar sebuah mesjid di Shah Alam semasa solat terawih semata-mata utk mendengar tazkirah yg akan di buat selepas itu.

Keterangan gambar: YB Lau sedang melihat tafsir Al Quran yg di hadiahkan oleh AJK Masjid sempena lawatan beliau ke mesjid tersebut sambil diperhatikan oleh YB Tony Pua. Adakah ini juga akan dijadikan isu oleh UMNO kelak? - andak FB KBSB


Pria Malaya: Nasihat kepada saf kepimpinan atasan baik dipelbagai peringkat..teruskan usaha dan kerja dakwah..insyaAllah, sambil bersiayasah (politik), jgn dilupa manhaj dahwah dan tarbiah, baik kepada muslim mahupun non muslim...

Jangan dihiraukan provokasi nakal yang ditimbulkan oleh golongan Perkasa-UMno-yb ZUL yg tidak faham/sengaja tidak faham tentang kesempurnaan dan keindahan Islam...jgn diambil peduli pekik lolong oleh golongan yang tegar sifat asobiyahnya sejak turun temurun..tunjukkan perwatakan dan syahsiah yang baik di depan mereka..

InsyaAllah, bersangka baik di hadapan mereka, dalam masa yg sama tetap berwaspada, dari selamanya bersangka buruk dan mengadu domba...
Islam rohmatan lila'laminn...wallahua'lam...

Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia




Ahli parlimen Indonesia tolak demontrasi Bendera

Ahli Parlimen pembangkang Indonesia menolak sebarang demontrasi yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan di negara itu seperti yang dilakukan oleh penyokong Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Demikian menurut anggota parlimen Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Rieke Dyah Pitaloka yang menyifatkan ia bentuk ekspresi kekecewaan ditonjolkan kumpulan terbabit, rentetan isu ketidakadilan berlaku ke atas warganegara mereka.

Beliau menggesa isu hak asasi manusia melibatkan pendatang republik itu di Malaysia diberi fokus utama bagi kedua-dua negara.

Rieke berpendapat isu tersebut perlu dilihat daripada aspek yang lebih meluas memandangkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia sedia terjalin dengan baik sebelum ini.

"Saya tidak setuju tentang demontrasi ini. Saya menolak kekerasan dalam bentuk apa pun. Namun saya lihat perkara ini terjadi kerana sesetengah pihak kecewa dengan ketidakadilan yang berlaku ke atas warganegara Indonesia di Malaysia.

"Sebagai contoh hukuman yang dikenakan kerana ada kes di Malaysia majikan yang mendera pekerja sehingga mati tetapi majikan tersebut dibebaskan. Malah jika dilihat daripada aspek yang lebih luas, jika berlaku pelanggaran undang-undang ini ia harus diperbaiki.

"Jadi jika bercakap dalam soal hak asasi kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia perlu bersikap tegas dan adil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perbincangan dua hala bersama ahli Parlimen PAS di bangunan parlimen di sini hari ini.

Wakil PAS dalam perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Di pihak Indonesia, selain Rieke, hadir sama ialah wakil Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) iaitu Migrant Care, Kontras dan Infit.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Bendera yang baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Dalam pada itu, beliau menafikan desas-desus yang mengatakan pihaknya mendalangi sekumpulan wanita dalam demontrasi tersebut.

"Kenyataan tentang kami mengumpul wanita indonesia itu satu kenyataan autokritik. Saya melihat perkara itu kerana kekerasan yang kerap terjadi ke atas warganegara kami, majoritinya adalah wanita dan saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Ia juga terjadi ekoran pihak pemerintah kami tidak tegas dan tidak bijak menangani isu ini.

"Malah saya tidak setuju demontrasi tetapi menekankan perlindungan bagi warganegara kami di Malaysia," katanya.

Hubungan dua hala kekal baik

Sementara itu, Nasharudin berkata pihaknya menghargai usaha baik dilakukan ahli parlimen Indonesia itu yang dilihat sebagai memperbaiki hubungan dua hala kedua-dua negara.

Dengan pelbagai insiden yang tecetus kebelakangan ini katanya, perbincangan ini dapat menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

"Segala yang pemimpin lakukan baik cuma kita mahu menuju ke satu tahap untuk memperbaiki dan menjernihkan hubungan dua negara ini memalui usaha-usaha ahli Parlimen.

"Selain itu, kita juga bersetuju supaya perlu pastikan wujudnya keadilan dalam proses perundangan," katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata isu berkaitan pelanggaran undang-undang perlu dititikberatkan dan dihormati.

"Dalam isu berkaitan hak asasi manusia PAS konsisten dalam membela dan memberi pandangan.

"Kita juga konsisten dalam membawa isu rakyat Indonesi dan rakyat negara lain yang berhadapan dengan undang-undang negara ini.

"Ini kerana undang-undang perlu dihormati tetapi sesiapa yang melakukan pelanggaran undang-undang perlu diambil tindakan," katanya. -FMT

Buruan Akhir - Lailatul Qadar

Dari sumber yang dimaklumi kepada penulis, malam lailatul qadar tahun ini akan jatuh pada malam antara malam 27 dan 29 Ramadhan. Penemuan kiraan ini telah dilakukan oleh golongan alim yang dimaklumi akan ilmunya dan hebatnya ibadahnya kepada Allah SWT.

Namun makluman itu adalah atas kiraan manusia, tetapi menyakini bahawa malam yang hebat lagi agung itu wajar umat islam manfaatkan dengan menguat serta melipatgandakan ibadat pada malam-malam 10 yang ganjil yang kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Berusahalah merebutnya selagi hayat terus dikurnia oleh Allah SWT, kerna untuk memburu malam yang agung itu dimasa hadapan yakni pada Ramadhan akan datang BELUM TENTU antara kita punya rezeki dan umur. Andai hayat dan umur kita habis, alangkah rugi dan gagalnya kita untuk memanfaatkan apa yang diserukan oleh Allah SWT kepada hambanya.

Penuhilah malam-malam akhir ini dengan lebih banyak membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat tasbih, taubat, tahajjud dengan berqiamullail. Tinggalkan sementara tidur kalian untuk seluruh malam-malam akhir ini, jika mampu tinggalkan jua tiduran-tiduran nafsu bersama isteri, railah malam-malam akhir ini dimasjid-masjid (rumah Allah) dan kejutlah rakan sahabat untuk bangun bersama beribadat.

Untuk tidak lupa, pastikan jua kalian hadir memenuhi ruang solat dan lantai rumah2 Allah dengan pakaian yang hebat dan baru, pedulikan celaan rakan yang nampak pelik melihat kita berpakaian cantik dimalam hari, alangkah hebatnya jika ditakdirkan diantara malam2 itu kita dikurniakan untuk bertemu Lailatul Qadar. Wow ! Tetapkan niat bahawa kita wajar berpakaian cantik dan hebat untuk 'bertemu' dan 'bicara' dengan Allah. Pakailah wangi-wangian, serta basahkan setiap lidah kalian dengan memohon keampunan dari Allah SWT.

SATU malam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia kini, itulah malam Lailatul Qadar. Banyak ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang barakahnya malam ini. Banyak di antara orang menunggu kedatangan Lailatul Qadar dalam sepuluh hari terakhir.[.sumber - albanjari]

Sebagian orang menunggu kedatangan malam itu dengan berlama-lama di masjid sambil membaca Alquran. Ada yang menunggunya di hadapan rumah, agar dapat melihat turunnya malaikat pada malam Qadar. Tidak kurang juga yang menyambutnya dengan sinaran-sinaran lampu-lampu minyak agar kawasan mereka diterangi. Mereka begitu yakin dengan beberapa tanda-tanda yang banyak diceritakan dalam berbagai cerita sejarah.

Ada suatu hal yang masih tersimpan dalam benak hati kita semua. Sebuah pertanyaan terdalam. Pernahkah Nabi SAW melihat langsung Lailatul Qadar ? Adakah sahabat-sahabat juga pernah melihatnya? Kita pernah mendengar banyak hadis-hadis yang menceritakan tanda-tanda malam tersebut, adakah kita bisa melihatnya dengan mata kepala kita sendiri.

Cara yang paling bijak bagi kita menjawab persoalan ini marilah kita lihat tafsiran beberapa ahli tafsir termasuk melihat tanda-tanda tersembunyi yang sering diceritakan itu.

Tafsir Surat Al-Qadar

Satu surat yang begitu signifikan menceritakan mengenai peristiwa malam tersebut ialah surah Al-Qadar yang berisi 5 ayat. Surat Al-Qadar adalah surat ke 97 menurut susunannya di dalam Mushaf. Ada di antara ulama-ulama mengatakan bahwa surat Al-Qadar ini turun selepas penghijrahan Nabi SAW ke Madinah.

Di dalam membicarakan pentafsiran ayat, amatlah bijak jika kita mengambil penafsiran yang diambil dari Tafsir Jalalain:

Kesimpulannya bahwa malam Al-Qadar itu secara sejarahnya diturunkan Al-Quran dari Lauhul Mahfuz ke langit dunia. Kemuliaan malam tersebut telah dikabarkan kepada Rasulullah SAW. Bulan itu dikatakan satu bulan dengan barakah seperti 1.000 bulan. Di malam tersebut para malaikat-malaikat dan Jibril turun ke bumi dan memohon Allah mengabulkan doa-doa hamba-Nya. Kemuliaan malam tersebut berakhir dengan terbitnya fajar.

Penafsiran yang lebih terperinci, sedikit mengenai ayat pertama surah Al-Qadar ini dapat kita lihat dari Tafsir Ibnu Kathir:

Allah SWT telah mengkabarkan sesungguhnya Ia telah menurunkan Alquran pada malam Lailatul Qadar. Dimana Allah berfirman, "Sesungguhnya kami turunkannya di malam yg barakah". Inilah yang kemudian dikenal sebagai malam Al-Qadar yg berada di dalam bulan Ramadan sebagaimana firmannya, "Pada bulan Ramadan yang diturunkan di dalamnya Alquran".

Berkata Ibnu Abbas, bahwa Allah SWT telah menurunkan Alquran keseluruhannya (secara total) dari Lauhul Mahfuz ke Baitul 'Izzah dari langit dunia kemudian ia diturunkan secara berpisah dan berperingkat selama 23 tahun ke atas Nabi SAW, kemudian firman Allah beliau memuliakan Lailatul Qadar dimana Allah SWT telah mengizinkan penurunan Alquran.

Keistimewaan Lailatul Qadar

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada surah Al-Qadar di dalam membicarakan persoalan keistimewaan Lailatul Qadar, katanya :

"Allah telah memuliakan Alquran di malam ini, dan ditambahnya dengan maqam yang mulia, yaitu kedudukan dan kemuliaannya yang sangat banyak dari kebaikan dan kelebihan dari 1.000 bulan. Apa-apa ketaatan dan ibadah di dalamnya menyerupai 1.000 bulan yang bukan Lailatul Qadar. 1.000 bulan ini menyamai 83 tahun 4 bulan. Hanya di satu malam ini lebih baik dari umur seseorang yang menghampiri 100 tahun, jika tambah berapa tahun beliau baligh dan dipertanggungjawabkan".

Dan pada malam itu turunnya malaikat-malaikat dengan rahmat Allah dengan kesejahteraan dan barakahnya. Dan kesejahteraanya melimpah sehingga ke terbit fajar. Di dalam As-sunnah, banyak hadist-hadist yang menyebutkan mengenai keutamaan Lailatul Qadar ini. Yang banyak dianjurkan untuk mencarinya pada 10 malam terakhir. Dalam Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurarirah,

"Barangsiapa yang berqiam di malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka telah diampunkannya apa yang telah lalu dari dosanya". (Riwayat Bukhari didalam Kitab Al-Saum).

Rasulullah SAW telah memberi penjelasan kepada siapa yang lalai dan tidak memperhatikan malam tersebut, yaitu sama seperti menghalang dirinya dari menerima kebaikannya dan ganjarannya. Berkata para sahabat yang telah dinaungi mereka bulan Ramadan, "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu di dalamnya mengandung malam yang lebih baik dari 1.000 bulan. Siapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan semua perkara. Dan siapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang". (Riwayat Ibnu Majah dari Hadis Anas, isnad Hassan sebagaimana di dalam Sahih Jaami' Al-Saghir).-Al-banjari

persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Kenapa yang Datuk Hisyamuddin marah sangat apabila mengulas tentang isu YB Serdang tu sehingga mengungkitkan tentang beliau berhadas? "Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda”. Kata Hisyamuddin. Teresa Kok pulak membidas Hisyamuddin dengan katanya : "Hishammuddin patut cermin diri, semak sama ada beliau sendiri bersih sebelum menghukum orang lain.". Hihihi.. adakah Teresa pulak persoalkan tentang mandi junub Hisyamuddin?

Hisyamuddin pun satu hal. Selesaikan masalah dalam kain UMNO Terengganu dulu. Mana dia tahu YB tu datang haid? Sampai begitu sekali dia perati dalam kain orang? Ish2. Kesihan Hisyamuddin. Kenapa mufti tak beri fatwa menyokong puak-puak UMNO ni dalam isu non muslim ke masjid ni?


PUTRAJAYA - Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.

"Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan. "Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Nampaknya gambar-gambar yang saya posting sebelum ini berkait tentang bukan Islam diseluruh dunia yang mengunjungi masjid mendapat komen yang tidak sedikit. Banyaknya macam penyokong UMNO sakit hati melihat gambar-gambar tersebut. Seolah-olah mereka tidak boleh terima bagaimana orang bukan Islam didekatkan dengan pusat kepada agama Islam. Realiti dan hukum yang bercanggah dengan kenyataan jahil pemimpin mereka. Puak-puak sekular ini memang berpegang kepada memisahkan agama dari kehidupan. Amat janggal kalau agama di sekalikan dengan agama.

Sedangkan perjuangan PAS untuk menyatukan keduanya. Antara agama dengan kehidupan, politik, ekonomi, pentadbiran, sosial dan lain-lain. Sabarlah wahai ahli UMNO. Sedikit demi sedikit nanti anda akan faham erti Islam yang syumul. Berdoalah agar mendapat hidayah khususnya sempena bulan Ramadhan

YB ADUN daripada BN yang bukan Islam di Sarawak takpe pulak?

Apa beza fahaman UMNO yang nationalis dengan DAP yang sosialis. Kalau nak kata Sosialis itu ideology kafir. Sama sahaja dengan nationalis melayu. Perjuangan kebangsaan berasaskan bangsa melayu yang dipegang lebih 50 tahun oleh UMNO. Nak kata derhaka sultan Selangor kerana PR memerintah Selangor. Ini gambar di masjid Terengganu ni macamana? Derhaka Sultan Terengganu ke?

L-R: WanPeng, LanK, Bab, Shahar, Arbans & Khalil inside the Masjid Terengganu

Kalau nak kata sumbangan kerana kepentingan politik? Apa kurangnya UMNO. Lihat gambar-gambar ni.

dalam masjid.. tutuplah jambul isteri tu MB Johor!

Logo UMNO-BN tak haram ke bawak dalam masjid? Takde kepentingan politik ke YB?

Kalau nak kata kehadiran itu tidak berakhlak? Nie Ching berbuka di kalangan muslimat. Bagaimana pemimpin UMNO ini?

Datuk Azalina di dah le berbuka pose dengan kedudukan tak sekular (memisahkan lelaki dan wanita) tak pakai tudung lagi. Ada adab ke?

Apa hal pun. Selain daripada Islam semuanya dianggap sebagai millah yang satu. Ditolak oleh Allah Swt dan Rasulnya. Yang selamat adalah Islam. Masalah apa yang ada dalam niat mereka itu terserahlah kepada Allah Swt. tetapi betapa ramai orang yang kuat menentang Rasulullah Saw zahir dan batinnya tetapi akhirnya ditukarkan hati mereka jinak kepada Islam seperti Umar al-Khattab. Dan kekadang Islam itu berkembang melalui tangan musuh-musuh Allah Swt. Ketika buruknya pandangan terhadap Islam ketika selepas peristiwa tumbangnya WTC di Amerika pada 11 sept tetapi kemasukan kepada agama Islam melonjak kepada 200%. Betapa perancangan musuh memomok seolah Islam mendiskriminasikan wanita tetapi 4/5 yang memeluk Islam adalah wanita.

Mungkin juga UMNO berjaya mengelabui sebahagian mereka yang jahil untuk membenci PR. Dan menarik undi melayu tegar kepada UMNO-BN. Tapi itu makar mereka. Belum tahu makar Allah SWT. KepadaNya lah kita bertawakkal.

Baca dari Sumber
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .