Ikuti Blog ini

PERKASA demo bantah Anwar Solat Jumaat di Kerteh.. (Video Inside)

Pelik tapi benar, itulah kejadian yang disaksikan oleh pemimpin-pemimpin KeAdilan yang berada di dalam bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dalam perjalanan ke Terengganu hari ini.

Sekumpulan manusia yang dipercayai Ahli-ahli PERKASA dan juga UMNO Kemaman, Terengganu yang sudah semestinya berugama Islam telah dilihat mengadakan bantahan ditepi jalan kerana membantah kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk kesitu bagi menunaikan solat Jumaat.

Kumpulan yang melebihi 20 orang itu mengadakan bantahan sejurus ketika bas Jelajah Merdeka Rakyat menghampiri kawasan Masjid Tengku Mizan.

Dengan aksi seumpama kera kena belacan mereka melompat-lompat di tepi jalan sebagai membantah kehadiran rombongan ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat..


Yang peliknya ialan mereka dari pertubuhan yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama membantah seorang Islam yang lain menunaikan kewajipannya..

Bukti Sahih Umno BN Lindungi Kroni..


Pegawai penyiasat India semalam berkata berkemungkinan gagal meneruskan pendakwaan ke atas skandal kes rasuah Aircel-Maxis selepas kerajaan Malaysia menolak permintaan untuk memberikan butiran perbankan melibatkan jutawan telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar).
Biro Pusat Penyiasatan India (CBI) yang duduk dalam Mahkamah Agung di New Delhi serta memantau siasatan mengakui bahawa mereka memerlukan bukti kukuh ke atas pihak berkenaan yang didakwa, serta memberi isyarat bahawa agensi tersebut mungkin terpaksa menutup kes kontroversi melibatkan pemgambilan syarikat telekomunikasi India, Aircel oleh Maxis Berhad yang didakwa melibatkan RM351 juta wang sogokan kepada bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya.

Kemudiannya, mahkamah meminta Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia melanjutkan kerjasama penuh dengan agensi penyiasatan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan menurut laporan akhbar di India hari ini.

Menurut laporan akhbar di India, CBI memberitahu mahkamah bahawa mereka sudah melengkapkan siasatan domestik ke atas urusniaga tersebut tetapi siasatan luar negara tergendala memandangkan jutawan Malaysia terbabit memiliki “pengaruh politik kuat”.

Difahamkan pengawai penyiasat telah menghantar satu surat tuntutan maklumat lain kepada kerajaan Malaysia yang kemudiaan dibalas dengan memberi jaminan akan mencari bukti terhadap Krishnan.

Maran dan Krishnan berada dibawah pemantauan CBI selepas disyaki memaksa pemilik Aircel, C Sivasankaran menjual pegangannya kepada Maxis.

CBI memberitahu sebuah panel kerusi khas, Hakim GS Singhvi dan Hakim K Radhakrishnan walaupun mereka telah menyiapkan siasatan di India dan Mauritius, maklumat yang penting dari Malaysia masih belum lagi diperoleh.

Dalam laporan itu turut menyatakan sebab ia tertangguh adalah kerana pengaruh politik pemilik Maxis tersebut.

Menurut laporan akhbar di India lagi, pada Rabu lalu peguam CBI, K K Venugopal memberitahu Mahkamah Agung India di New Delhi bahawa pemilik Maxis tersebut menggunakan kuasanya untuk menyekat siasatan di negara asing melibatkan kes Aircel-Maxis.

Beliau turut berkata pihak agensi telah melengkapkan siasatan domestik, manakala surat telah dihantar ke Malaysia dan Mauritius untuk mewujudkan hubungkait dengan pelaburan di Sun Direct TV yang dilakukan oleh kumpulan Maxis dan pemberian lesen kepada Aircel.

CBI telah memfailkan kes rasuah pada 10 Oktober tahun lepas ke atas Ananda, yang mengawal Maxis, syarikat multimedia dan telekomunikasi terbesar di Asia Tenggara.

Ralph Marshall adalah merupakan pengarah bukan eksekutif di Maxis dan Marans.

Mereka mendakwa syarikat satelit Ananda, Astro All Asia Networks telah “menaikkan dengan tinggi” pembelian saham dalam Sun Direct TV mengakibatkan penyaluran RM351 juta suapan haram kepada Marans yang menjadi punca Aircel tidak mendapat tujuh lesen dan kemudahan lain serta memaksa C. Sivasankaran menjual 74 peratus pegangan kepada Maxis.

Kedua-dua Dayanidhi dan Maxis menafikan melakukan sebarang kesalahan serta mendakwa pembelian pegangan RM2.5 bilion ke ata Aircel daripada Sivasankaran dilakukan secara pembelian sukarela, penjualan sukarela dan usahawan India tersebut masih kekal memegang 26 peratus pegangan ke atas “faedah terbalik” sekiranya syarikat itu diapungkan.

Syrikat telekomunikasi tersebut berkata Sivasankaran hanya membuat aduan kepada CBI selepas dakwaan dia telah ditolak penimbangtara antarabangsa awal tahun ini, lebih lima tahun selepas perjanjian dimerterai pada 30 Disember 2005.

Astro juga memberitahu CBI yang pembelian 20 peratus ke atas Sun TV merupakan transaksi sah antara dua rakan kongsi niaga lama yang telah melakukan urusniaga sejak 1996.

Siasatan terdahulu terarah ke Malaysia dan Mauritius melibatkan dengan penyaluran dana bagi pengambilalihan Aircel tetapi jejak wang kemudian membawa CBI ke negara-negara lain termasuk United Kingdom dan Bermuda.

Empat negara yang telah dihantar surat tuntutan daripada India yang meminta memberikan butiran kewangan melibatkan urusniaga Maxis-Aircel. ~ themalaysianinsider

PANAS! Nazri Kini Beban Terbaru Barisan Nasional!


Tertekan dengan pendedahan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang berjaya membuktikan kaitan antara dirinya dan anaknya dengan jutawan balak dari Sabah, Michael Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz kini merupakan beban terbaru Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bukan setakat Pakatan Rakyat menempelaknya, malah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga membidas tindakan Nazri yang disifatkannya sebagai tidak profesional.

Nazri kini diasak bertubi-tubi berhubung dakwaan menerima habuan RM3 juta dari Chia dan anaknya, Mohamed Nedim menggunakan sebuah kereta mewah Hummer bernilai RM1.4 juta milik Chia tanpa alasan munasabah.

Berikutan pendedahan Rafizi, dia sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi mendapatkan maklumat sebenar sama ada dakwaan Nazri bahawa agensi anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) sudah menutup kes Chia menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam matawang dolar Singapura yang dikatakan milik Umno Sabah, benar-benar dilaksanakan.

Ahli parlimen Padang Rengas itu kini didesak supaya bercuti dari tugasnya sementara menunggu hasil siasatan ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah Rafizi membuat laporan rasmi kepada suruhanjaya itu Rabu lalu di Putrajaya.

Dan hasilnya, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia semalam tidak membenarkan mana-mana pihak luar selain dari ahli parlimen dari menggunakan ruang sidang media di bangunan parlimen kununnya ia adalah hak eksklusif buat ahli parlimen dan bukannya pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula mendedahkan dalam satu mesej di Twitter semalam bahawa keputusan Pandikar sebenarnya bertitik tolak dari sebuah memorandum yang ditandatangani beberapa media pro-Umno mendesak Pandikar supaya menghalang pemimpin Pakatan Rakyat bukan berstatus ahli parlimen dari terus menggunakan ruang tersebut.

Dipercayai, Nazri adalah dalang di sebalik penyerahan memorandum tersebut yang diterima Pandikar pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, Nazri tidak mahu mengulas keputusan Pandikar dan tidak pula memberi sebarang komen berhubung penglibatan anaknya dan habuan untuk dirinya, sehingga hari ini.

Rafizi pula dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya, rafiziramli.com menempelak tindakan Nazri mempergunakan Pandikar menghalang sidang media dari terus dibuat bagi mendedahkan lagi siri penglibatannya dalam skandal yang memalukan Malaysia itu.

Difahamkan, kedudukan Nazri akan diputuskan perdana menteri, Najib Altantuya dalam beberapa hari lagi setelah selesai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang mula bersidang semalam di Kuala Lumpur.

Persoalannya, apakah Nazri kini bakal disingkirkan dari mempertahankan kerusi Padang Rengas dalam pilihanraya umum akan datang kerana dakwaan Rafizi sungguh kuat hinggakan media pencacai Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak mempertahankannya?

Apakah Nazri kini satu lagi 'kambing hitam' buat menjadi korban BN di saat parti yang memerintah Malaysia itu kini semakin hilang sokongan dari akar umbinya sendiri di seluruh negara?

Seluruh persoalan ini menuntut jawapan segera dari Nazri dan tidak mustahil, penyelesaian terhadap skandal terbaru ini mirip skandal bekas menteri wanita, Shahrizat Jalil yang tidak menyambung khidmat senator pada 8 April lalu.

Rafizi kini dianggap sebagai 'giant killer' sekiranya berjaya mengheret Nazri ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke kancah hina lagi mengaibkan seperti mana yang 'dinikmati' Shahrizat sekarang!

JALAN PULANG

Serbuan Ke Malaysiakini. Bermulanya Operasi Lalang II?



Kenyataan Izzah: Polis ambil keterangan Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.

"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.

Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.

Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama....bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.

Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi ini. - Bernama


Polis kunjungi Malaysiakini berhubung surat pembaca


Sepasukan 15 anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini berhubung siasatan terhadap surat pembaca berkaitan kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menuturkan kata-kata dengan niat sengaja melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan di Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk Nurul's watershed idea for the nation.

Pasukan dari ibupejabat polis Subang Jaya itu yang diketuai pegawai penyiasat ASP Nazri Harun iba di pejabat Malaysiakini jam 5.15 petang.

Mereka turut disertai anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras.

Mereka membawa waran geledah yang dikeluarkan oleh majistret Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan dan mengambil masa kira-kira 90 minit merakam kenyataan dari Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar; Pengarang Berita, Gerald Martinez serta Pengurus Sumber Manusia, A Shamini.

Mereka beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut.

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan menyifatkan kedatangan mereka sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan".

"Tiada apa yang dianggap menghasut dalam surat Oh. Kami sedang mendapatkan nasihat peguam kami mengenai perkara itu," katanya.

Malaysiakini diserbu pihak polis pada tahun 2003 dan 19 komputer dirampas, juga kerana sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.

Bagaimanapun, tiada pertuduhan difailkan dan kes itu akhirnya ditutup.
-mk

Siapa Ulamak Di Sebelah Kanan Dan Kiri Najib Ni?

Malam tadi TV3 dalam berita asyik duk tunjuk Najib bersama -sama Tok guru pondok, dengan penuh bangga Najib berucap isu Islam Pluralisme dan entah apa apa bala lagi..
Cuma aku duk terfikir, siapalah yang bodoh sangat duk karang skrip itu semua suruh Najib berucap, seolah-olah memperdayakan diri nya seniri. Nasib baik Rosmah tak ikut bersama-sama Najib.. rasanya Rosmah pun tak sanggup nak ikut.. bertemu dengan ulama-ulama pondok...
Cuba lihat siapa disebelah kiri Najib tu,, Othman Muhammdi janggut inai tu.. he he.. tokoh penentang Wahabi no 1, selain Zamihan alGari, no dua di sebelah kanan Najib, berserban dan ketayap merah.. rasa-rasanya Abu Syafiq yang baru-baru ini mengkafirkan Ustaz Zahazan... orang-orang macam ini yang duk keliling Najib..dan aku yakin.. geng-geng ini memang tak akan sokong PAS...

Aku duk ingat Najib akan jadi imam..alahai.. sembahyang asar.. bukannya sembahyang magrib atau Isya...
Tengok sendirilah.. belakang imam pun tak boleh beb..
Janggut inai duk belakang tok imam.. dan kenapa ye, takut nanti imam terkentut Najib kena ganti... macamana tu.. bolehke.. Najis Mughalazah pun tak boleh jawab... ~manjungmar

Petanda Besar Umno Bakal Karam.


Angin perubahan sedang melanda

SELAYANG: Antara petanda sesebuah parti itu akan kalah adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi.

Atau, kawasan yang selama ini tidak ada pihak yang berani kacau sudah berubah haluan.

Itulah yang berlaku di sebuah flat di Selayang, Selangor.

Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini flat ini penuh dengan bendera PKR yang akan menentang BN di kawasan ini.

Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana meraka sokong secara terbuka.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN saja yang berkibar, namun kini, ianya sudah jauh berubah.

Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara ini.

Adakah ini salah satu punca, Datuk Seri Najib Razak masih keberatan untuk membubarkan parlimen?

Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah./Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .