Ikuti Blog ini

Demo seluruh negara bantah Utusan esok

"KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok.

Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat.

"Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf.

"Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

"Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. -Hrkh

Ugutan bunuh tindakan pengecut, kata BERSIH


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) membidas tindakan 'pengecut' dalang yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO itu Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pakatan Rakyat yang lain.

NONE“Ini tidak boleh diterima, SMS is bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman,” kata Maria Chin Abdullah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

“Biarlah berani ke depan dan berbincang dan bukan menjadi pengecut dengan menghantar SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman, kata Maria kepada wartawan selepas membuat laporan polis di pejabat Travers di Kuala Lumpur petang ini.

Maria juga mahu pengirim SMS itu memberhentikan tindakannya itu.

Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat berhubung ugutan bunuh SMS yang diterima lewat malam semalam dan awal pagi ini.

Antara mereka yang membuat laporan adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat, timbalan ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ambiga dan juga ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.

NONEAmbiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu.

“Ugutan itu tidak akan menukar rancangan kita (untuk berhimpun),” kata Ambiga.

Namun kata Ambiga beliau dan anggota lain akan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka tidak terancam.

"Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

NONE“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".- M'kini

Video Pelancaran BERSIH 2.0 - KLSCAH




Bongkar! Kos pembinaan masjid baru negeri Terengganu RM100 juta tak masuk akal


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.
WarkahDaily – Mungkin ada sesuatu yang tidak kena di sebalik urusan tender dan pembinaan Masjid Negeri di Bukit Besar, Kuala Terengganu apabila dilaporkan masjid yang akan dibina dengan kos RM100 juta itu hanya boleh menampung jemaah sekitar 1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa.

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudaham Awam negeri, YB Datuk Haji Za’abar Mohd Adib kepada blog yang berkaitan Kerajaan Terengganu, ‘Teganukita’ baru-baru ini.


Artikel blog Teganukita dipetik, Za’abar berkata, kerajaan juga sedang melaksanakan pembinaan Masjid Negeri di Bukit Besar , Kuala Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti jemaah 1,500 orang pada satu-satu masa. Artikel berkaitan di sini.

Apa yang menjadi tanda tanya bagi penulis WarkahDaily, kos pembinaan sebuah masjid yang menelan belanja RM100 juta yang hanya boleh memuat jemaah dalam satu-satu masa sekitar 1,500 orang sahaja.

Ia jauh berbeza dengan kos pembinaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) terletak di Presint 3, Putrajaya yang siap pada 2009 dan mula digunakan tahun tahun lepas (2010).

Menurut portal ‘Masjid Besi’, masjid yang menggunakan 6,000 tan keluli (70%) dan baki (30%) menggunakan konkrit sebagai bahan binaan itu menelan belanja sebanyak RM200 juta dan boleh menampung 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa.

Jumlah muatan jemaah itu dilihat beberapa kali ganda jauh lebih tinggi daripada Masjid Negeri yang akan dibina di Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti 1,500 orang jemaah sahaja berbanding ‘Masjid Besi’.


Masjid Besi boleh menampung 20,000 jemaah bersolat dalam satu-satu masa.
Jika kos pembinaan Masjid Negeri itu benar seperti yang dilaporkan, ini bermakna Kerajaan Terengganu masih belum serik dan insaf dengan peristiwa memalukan apabila runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang telah menggemparkan seluruh negara.

Bagi penulis WarkahDaily, mereka dilihat tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan mungkin ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan untuk ‘menggemukkan’ poket dan kantung peribadi orang-orang tertentu.

SPRM perlu bertindak dalam hal ini agar kejadian runtuh di Terengganu tidak akan berulang lagi akibat ada pihak-pihak tertentu yang suka mengambil peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni atas projek yang diumum kerajaan dan wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja oleh pemimpin perasuah dan suka songlap wang rakyat.

Jual Baju BERSIH Macam Jual Barang "Salah"!


Macam-macam jenaka yang berlaku di Malaysia Darul UMCO Porno.

Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.

Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.

Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.

Malah yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?

"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya," kata Shamsul.

Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.

"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.

"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning,” katanya.


P/s: Baru nampak baju sudha takut, belum lagi nampak ratusan ribu orang berarak tuntut pilihan raya yang BERSIH!

Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf

KOTA BHARU: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.

Majlis Penyerahan Tugas SUK Negeri Kelantan Yang Baru

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269023_234458763249347_100000556758924_868231_2519633_n.jpg


Datuk Seri Setia Raja Datuk Mohd Aiseri Alias menyerah tugas kpd Setiausaha Kerajaan Negeri ke 16 disaksikan Menteri Besar dan exco negeri. .Satu Gandingan Mantap demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

SUK Negeri yang baru ialah Datuk Dr. Haji Zainuddin Haji Ibrahim, berkelulusan PhD ( Environment Planing) UPM 2008.. Lahir 7.12.1953.

Kementerian Shahrizat mohon RM459j untuk p’raya?

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, : Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya.

Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, permohonan itu tidak relevan kerana laporan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) menyatakan bahawa berlaku pengurangan sebanyak 118 keluarga yang menerima bantuan kebajikan.

"Kalau pengurangan penerima bantuan sampai 118 ribu keluarga maknanya peruntukan untuk kebajikan sepatutnya makin kurang.

"Tapi yang anehnya kementerian meminta bajet hampir RM500 juta katanya untuk sumbangan warga miskin.

"Ini nampak terang bajet Umno untuk menghadapi pilihan raya dan saya yakin ini adalah program yang akan dibuat oleh wanita Umno untuk turun kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Zuraida Kamaruddin meminta menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengkaji semula jumlah dan pengagihan peruntukan tersebut kerana ianya hanya akan memfokuskan kepada pembangunan sosio ekonomi secara "one-off" atau lebih spesifik, perancangan jangka pendek semata-mata.

"Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus dari jumlah peruntukan asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 billion peruntukan keseluruhan buat lima kategori perbelanjaan "one-off" ini bagi tahun 2011.

"Ianya satu jumlah yang tidak relevan apatah lagi hanya untuk kegunaan bagi tempoh lima bulan sahaja, iaitu Ogos hingga Disember 2011. Ini bermakna kos perbelanjaan sebulan mencecah hampir RM92 juta," katanya yang juga ketua wanita PKR.

Tambahnya juga, menurut analisis Dr Siti Mariah (PAS-Kota Raja) setiap 222 kawasan Parlimen akan mendapat agihan sebanyak RM2.07 juta, untuk diagihkan kepada 10,350 orang golongan miskin, OKU dan warga emas yang tertindas adalah amat serius di Malaysia.

Katanya, Sharizat seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak berterusan melaksanakan program-program di saat-saat akhir.

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam.

"Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya.

Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya.

Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini.

"Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya.

Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini.

Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.

"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0.

"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya.

Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri.

"Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga.

"Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu.

"Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita.

"Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. -Hrkh

Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?


Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

bersih rally 271207 02Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerJangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEDan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

  • Perhimpunan adalah secara aman
  • Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
  • Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

bersih rally 271207 05Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

azlanSelepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

NONELebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

NONEDi Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONEApakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Beza antara 'KATAK MELAYU' & 'KATAK CINA'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7yf3yGk7k6zJjwvoPJwgs_5tVFW46guz1sc-DQkQIR6R5Cl-4KcYXiywIz9kBPrTM4NiOPsIKwm88jtHgTNeYO_MLiRrb99ySzGTM7UOjq7N5wKJkPozEjxUIA2Rx39NlwIqsMY4apLlE/s320/zul+nordin+4-3.jpgOleh Haji Abdul Subky Latif

Sekalian pemimpin tertinggi PKR yang meninggalkan parti itu atas sendiri dan berbagai sebab mencerca parti itu dan pemimpinnya khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara mereka itu adalah pengikut Anwar sejak dalam Abim dan dapat rezeki dari Anwar. Dan antara mereka juga guru-guru universiti. Anwar itu seoleh-oleh tak elok langsung.

Antara pemimpin PAS dulu begitu juga. Ustaz-ustaz belaka. Mereka cerca PAS secukup-cukupnya.

Biasalah bagi setengah suami yang menceraikan isterinya, tak betul belaka jandanya.

Tetapi tidak begitu pula bagi Lee Lam Thye, bekas pemimpin DAP yang dilihat pintar dan lincah apabila dia meninggalkan partinya menjelang pilihan raya umum 1990.

Dia adalah seorang pemimpin yang seangkatan dengan Lim Kit Siang dan kehebatannya hampir menyamai Kit Siang. Ada pandangan kiranya Kit Siang berundur, Lam Thye salah seorang calon yang layak menggantikannya.

Amat menggemparkan apabila dia meninggalkan DAP. Tetapi tidak pernah dia membuat kenyataan buruk tentang partinya dulu dan rakan-rakannya.

Orang-orang DAP pun tidak pula memburuk-burukkannya.

Semua tahu Lee Lam Thye mendapat banyak kemudahan dan peluang dari kerajaan. Kita tidak tahu apakah dia seorang yang kaya raya. Tetapi dipercayai dia adalah seorang hartawan yang tidak menonjol.

Sekalian yang keluar PKR dan keluar PAS tidak keluar saja melainkan mereka dipeercayai mendapat sesuatu dari Umno dan kerajaan. Banyak mana mereka dapat itu adalah masalah mereka.

Untuk mendapat semua itu mereka sanggup mencerca bekas partinya dan pemimpin yang mereka sokong dulu. Bahkan mereka sanggup menjadi jurucakap untuk memburukkan parti yang mereka pernah sertai dan pemimpin yang pernah mereka puja.

Tetapi orang percaya Lee Lam Thye dapat jauh lebih banyak dari yang mereka dapat. Bahkan Lee Lam Thye mendapat kedudukan dan penghormatan yang jauh lebih baik dari sekalian yang mencerca parti dan rakan-rakannya.

Pantang ada kegiatan kerajaan, mereka muncul di kaca TV memuji kerajaan begitu dan begini dan menjunjung tinggi semua pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah yang mereka pernah tentang dan cerca semasa bersama pembangkang dulu.

Tetapi Lee Lam Thye kalau muncul di kata TV dan membuat kenyataan dhttp://yayasan1malaysia.org/blog/wp-content/uploads/2011/03/6.jpgalam media, dia adalah bagi menyatakan sesuatu tentang kegiatannya dan kebaikan badan yang kerajaan amanahkan kepadanya.

Dia diberi peranan dalam kegian PLKN. Kenyataannya tentang PLKN adalah tentang rancangan sudah berjalan dan apa yang perlu dijalankan baik menambah baik perjalanannya. Tidak pernah dia mengangkat melangit kerajaan yang mengatakan latihan itu dan tidak pula memuji-muji menteri yang memberi penghormatan kepadanya.

Sehingga ini Lee Lam Thye adalah seorang yang dihormati oleh semua pihak dalam masyarakat. Malah dia lebih dihormati dari setengah menteri MCA. Menteri-menteri baik Melayu dan bukan Melayu tidak terlepas dari cacat celanya. Rakyat menilai prestasi dan penampilan mereka.

Setakat ini tidak ada yang memberi pandangan negatif tentangnya, pada hal dia adalah seorang pembangkang yang banyak dan lama mengkritik kerjaan dan Umno.

Tidak ada yang merasakan dia telah diperalatkan oleh pemimpin BN bagi memburukkan partinya.

Inilah bezanya bekas pemimpin DAP ini dengan lain-lain bekas pembangkang yang meninggalkan parti.

Tidaklah bererti meninggalkan pembangkang itu tidak betul belaka. Tetapi biasanya orang yang meninggalkan pembangkang dan menjadi penyokong tegas parti yang memerentah tidak diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat bahkan mereka tidak dipercayai oleh setengah pemimpin dan penyokong kerajaan.

Antara mereka diberi layanan menggalakkan selama mereka berguna bagi memburukkan parti yang ditinggalkannya. Mereka dapat merebut peluang kebendaan untuk sementara dan diberi jawatan baik, tetapi antara mereka ada yang tidak dikendaki lagi.

Tetapi Lee Lam Thye terus diberi penghormatan. Dan dia terus tidak dapat digunakan untuk memburukkan parti dan bekas rakan-rakannya.

Inilah yang orang politik perlu belajar dari Lee Lam Thye. Sesiapa yang hendak melompat dari pembangkang ke pihak kerajaan, contohinya sesuatu dari Lee Lam Thye.M/I

Dalam Kenangan 9 Tahun Pemergian Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor (Gambar Menarik)


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Isnin, 23 Jun 2011 ni genaplah 9 tahun pemergian beliau...tokoh politik dan tokoh agama yang sangat berjasa. 9 tahun lalu, aku baru berusia 14 tahun...ketika tu aku tinggal di asrama sebuah sekolah di daerah Baling, aku dapat berita pemergian Almarhum daripada seorang ustaz yang mengajar kelas aku ketika tu, kelihatan ramai guru mula bergegas ke Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena. Usia aku masih muda, ketika itu aku belum memahami lagi dunia politik negara walaupun sudah mula diterapkan ideologi politik islam.

Seingat aku, aku pernah hanya sekali dua sahaja mendengar ceramah Ust Fadzil...lagi pun tempat aku jauh dengan Madrasah Darul Ulum (sekolah agama yang dibuka oleh Ust Fadzil). Sekarang hanya video2 sahaja yang sempat dilihat, walaupun tidak bersama secara langsung..aku sendiri sangat terasa kehilangan seorang tokoh ilmuan yang hebat, beliau disegani kawan dan lawan...petah berkata2, lantang berhujah. Almarhum Ust Fadzil Noor...patah tidak lagi tumbuh...hilang tidak lagi berganti...Al Fatihah, moga ruhnya dirahmati Allah.

Gambar ketika hari kematian Ust Fadzil Di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena




Dalam Kenangan...



Klik sini untuk membaca biodata lengkap Almarhum Ust Fadzil Noor
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .