Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz sepakat dengan TG Presiden PAS

Umno-BN dan blogger celaka tidak dapat memisahkan dua Tok guru kesayangan Ummah

Kerana putar belit media, blogger celaka dan kesempatan Umno-BN untuk melaga-laga kedua-dua pemimpin tertinggi PAS yang disegani itu, maka idea muzakarah Tuan guru Presiden PAS sedikit masa dulu telah dilanyak secukup-cukupnya. Sehinggakan isu muzakarah ini menjadi polemik dan pertelingkahan dikalangan ahli, penyokong dan rakan Pakatan Rakyat.

Idea dan pemikiran yang dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden untuk difikirkan bersama telah disalahtafsirkan dan dihentam secara membuta tuli.

( Gambar atas: Keserasian, kemesraan dan keakraban dua Tok Guru)

Media massa memainkan peranan batu apinya dengan menimbulkan isu kononnya Presiden PAS dan segelintir pemimpin kanan PAS cuba mengajak PAS menyertai Umno. Kerana sempitnya pemikiran dan fobianya segelintir manusia yang mengaku ahli PAS terhadap Umno, begitu mudah percaya dengan berita yang dicanangkan oleh akhbar-akhbar arus perdana yang sudah sememang tali barut Umno-BN

Tapi yang menyedihkan lagi, wujud pula 'blog-blog celaka' yang sengaja memainkan sentimennya bagi mengeruhkan lagi keadaan. Bukan sahaja menyimpul persepsi yang salah terhadap pemimpin PAS, bahkan dengan ditohmah, dicerca, dihina dan lebih dahsyat mencipta idea bodoh 'projek langgar pemimpin'.

Mereka yang celaka ini cuba meyakinkan orang ramai dengan mereka cipta puak-puak dalam PAS hinggakan timbul puak 'erdogan', puak 'UG' atau puak muzakarah. Dalam blog-blog celaka mereka ditampalkan logo-logo yang memperlekeh pemimpin termasuk menterbalikkan gambar-gambar mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka cuba melaga-laga pemimpin PAS dan lebih jahat lagi, melagakan dua Tok guru, seolah-olah mereka berbalah.

Punyalah sempit pemikiran hinggakan hanya berfikir dalam skop kepala otaknya sahaja tanpa memikirkan lebih kedepan yang PAS itu bukan sahaja parti politik yang semata-mata inginkan kemenangan pilihanraya dan mendapat sokongan sementara rakyat bahkan lebih besar dari itu lagi.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam Malaysia yang memainkan peranan kebangkitan Islam di Malaysia. Ia sudah diiktiraf oleh badan-badan ulamak dan Islam sedunia, bahkan diiktiraf oleh Pengerusi Ulamak Sedunia, Syeikh Dr. Yusof Qardhawi.

Disamping perjuangan memartabatkan Islam, PAS juga tidak lupa memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia termasuk bukan Islam. Semua itu terbukti di Kelantan dibawah pemerintahan PAS. Begitu juga ketika memerintah Terengganu, bukan sahaja orang Melayu dibela, kaum Cina dan India turut terbela dan diberi keadilan.

Namun baru-baru ini Tuan Guru Nik Abd Aziz telah menyatakan kesudian beliau untuk berbincang atau bermuzakarah dengan UMNO isu Islam dan kepentingan rakyat. (Ingat! muzakarah bukan menyertai) Aku bagi kepastian kerana ada segelintir manusia yang berkepentingan cuba mencucuk jarum fitnah ataupun ada sebahagian blogger-blogger celaka yang boleh memahami ucapan pemimpin PAS.

Sedikit masa dulu, Tuan Guru Presiden pernah menyuarakannya dan sekarang telah disepakati pula Tuan Guru Mursyidul Am. ( Apa pendapat blogger celaka? ).

Namun yang pasti, muzakarah bukan bermakna menyertai Umno. Muzakarah hanyalah untuk membincangkan masalah semasa, umat dan kepentingan rakyat. Mereka itu tidak mempunyai niat lain bagi meruntuhkan kita. Lebih-lebih lagi bukan kerana jawatan. Mereka lebih memahami perjuangan daripada kita. Jika berkepentingan, mereka tidak akan menyerahkan diri mereka untuk diwakafkan kepada perjuangan jamaah. Setiap hidup mereka hanya kerana Allah.

Kembalilah wahai kawan-kawan!. Jangan kita membuang masa lagi untuk berbalah, bergaduh dan bermusuhan antara kita. Misi utama kita hanyalah untuk meruntuhkan kezaliman kerajaan Umno-BN. Jangan kita buang masa dengan pemikiran sempit kita untuk mempertahankan diri kita semata-mata tetapi jamaah kita hancur.

Ingat pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Seorang pendakwah diibarat seperti pohon yang berbuah yang memberi buah kepada manusia, tetapi manusia akan membaling batu kepada pohon untuk mengambil buah.

TG Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.

Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Yang Roboh Gerai di Pulau Pinang adalah arahan UMNO!!!!

oleh : perisik rakyat

UMNO MEMANG BANGSA PEMBOHONG!!!!!!

Terdedah lagi pembohongan UMNO di Pulau Pinang. Gerai2 yang dirobohkan oleh MPPP adalah atas arahan UMNO. Keputusan tersebut adalah keputusan UMNO dan arahan tersebut adalah arahan UMNO. Ia tidak pernah dirujuk kepada Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Artikel di bawah menjelaskan situasi yang sebenar. UMNO menggunakan beberapa ahli mereka dan menubuhkan SEDAQ untuk kerja2 "pelacuran" mereka.

Mereka yang berdemo ini, bukan Melayu pun, ini adalah barua2 UMNO kerana mereka bodoh dan mereka adalah ahli UMNO. Sememangnya ahli2 UMNO suka membodohkan diri mereka dan dilatih menyebar fitnah. Salah seorang "kawan" saya dalam Facebook bernama Armand YB PJU. Pada mulanya mamat ni bercakap terlampau baik dan lembut. Kononnya mahu PAS dan UMNO bekerja sama seperti saudara dalam Islam.

Tapi, bulan lepas, beliau datang ke Kawasan Parlimen saya dan beliau telah memberi ceramah dengan memfitnah PAS. Antara fitnah yang beliau layangkan adalah kononnya PAS diperkudakan DAP. Kami ada merakan setiap ucapan mamat UMNO yang penipu ini.

Di sini, saya sendiri melihat penipuan juak2 UMNO secara peribadi. Jelas, jeghaung-jeghaung UMNO ini tidak layak dijadikan kawan atau pun sahabat. Telunjuk mereka lurus tapi kelingking mereka berkait. Ramai kawan2 saya yang mahu memulakan perniagaan akan mengelak melakukan perniagaan atau persahabatan dengan ahli-ahli perniagaan UMNO.

Perangai penipu orang-orang UMNO sangat terkenal. Mereka ni lebih teruk dari pembohong dan penipu yang biasa kita jumpa. Mereka ini seperti tiada agama. Mereka adalah penganut agama sendiri, yakni agama UMNO.

Bagi mereka duit adalah segala-galanya. Mereka tidak hirau halal dan haram. Malaysia ini tidak akan aman kalau puak-puak ini terus memerintah Malaysia.

Sekian.

XPDC Setahun Kudeta Perak : Pekan Jelapang


JELAPANG Ketibaan rombongan kami di pekan Jelapang pada jam 8.35 pagi disambut meriah oleh jawatankuasa sambutan pimpinan DAP tempatan.Rombongan terdiri dari 22 orang itu diketui oleh YAB. Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Muhammad Nizar Jamaludin dan Isteri. Ikut sama ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, YB. Tai Sing Eng, YB. Hussain Din, YB. Ramli Tusin, YB. Ab. Yunus jamhari, YB. Mohd. Zainuddin dan YB. Chan Ming Kai.

Selain Itu ikut Serta Timbalan PesuruhJaya PAS Perak, Dr. Khairuddin, Wakil-wakil dari Sekretariat Wanita PR Perak dan para blogger.

Penduduk pekan Jelapang yang sedang menikmati cuti hari Sabtu mereka bagaikan tidak percaya apabila tiba-tiba disapa oleh Dato Seri Nizar yang datang bertandang menjenguk sebentar kehidupan harian mereka disana.

Ada juga yang bagaikan tidak percaya apabila dikunjungi oleh seorang Menteri Besar dan ramai juga yang begitu teruja untuk menyambut beliau.

Rakaman gambar-gambar yang saya paparkan disini menceritakan segala-galanya.

Disambut pimpinan DAP tempatan

Menyapa wartu emas sedang menikmati sarapan direstoran

Bersalaman dengan orang ramai direstoran

Seronok mendapat peluang bertemu mata dengan Menteri Besar Perak

Memberi penghormatan kepada kunjungan MB Nizar

Seronok mendengar MB Nizar berjenaka didalam bahasa
Kantonis

Kesemuanya bersalaman dengan MB Nizar

Berkunjung ke pasar Jelapang

Ayam juga tidak ketinggalan

Nak bersalam ke nak bergaduh ni yob? Sempat bergurau
bersama penjual ikan

Peniaga ikan meluahkan masalahnya kepada MB Nizar

Bayi comel yang mencuri perhatian MB Nizar dan isteri

Gembira bertemu dengan Menteri Besar

Penghormatan kepada kaum India

Daya tarikan utama dipasar Jelapang pagi ini

Mencuba mesin memerah santan

Permintaan bergambar tidak pernah ditolak

Belah nyior pun boleh, yob. Orang kampung le katakan...

Seronok bersalaman dengan MB Nizar pagi ini

Tegak bulu roma dapat bertemu dengan MB Nizar

Tegak lagi bulu Zambry melihat gambar-gambar disini

Seronoknya pakcik ini bertemu dengan MB

Sokongan kaum India yang berterusan

Genggaman salam yang erat sambil memberikan kata-kata
semangat dan sokongan

Peniaga buah-buahan juga meminati MB Nizar

Pemilik restoran ini seronok dikunjungi oleh MB Nizar dan isteri

Apa yang dibualkan, anda fikirlah sendiri. Polis juga menjalankan
tugasan mereka seperti yang diarahkan. Harap-harap
abang polis ini tidak ditukarkan ke Grik kerana bersalaman
dengan MB Nizar

Siapa juga pasti disapa oleh MB Nizar

Jalanraya bagai terhenti untuk melihat MB Nizar dan
rombongan xpdc

Antara puluhan SB yang mengekori sambil merakam
setiap pergerakan MB Nizar dengan kamera dan video.
Mungkin gambar-gambar dan video xpdc daripada 'bloggers'
polis ini lebih banyak daripada bloggers seperti kami

TGNA : Bincang Dalam Hal Islam Saja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kesediaan beliau untuk berdialog dengan Umno, tetapi ia hanya akan berkisar pada soal agama Islam.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar Kelantan, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS.

“PAS orang Melayu, bergerak atas nama Islam.

“Islam itu agama, bukan falsafah... bukan teori. Kenapa Umno tak boleh terima? Saya bersedia untuk bincang perkara itu dengan Umno pada bila-bila masa dan di mana saja tentang perkara ini.

“Hanya dalam topik itu sahaja, tidak lebih dari itu,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran laman Facebook Tok Guru di sini petang ini.

TG Nik Aziz memberitahu tiga bulan lalu telah menghantar surat rasmi kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan perkara tersebut, namun sehingga kini tiada jawapan.

“Tiga bulan lepas saya dah kirim surat pada presiden Umno, tapi sampai sekarang tiada jawapan,” katanya.

Sebelum ini TG Nik Aziz pernah membuat kenyataan rela PAS dibubarkan untuk bersama Umno sekiranya parti itu sedia mengubah dasarnya kepada dasar Islam seperti mana yang dibawa PAS.

Sementara itu pada majlis yang sama beliau tidak menolak realiti alam siber seperti blog dan facebook mampu dimanfaatkan untuk menjalankan gerak kerja dakwah dengan menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat.

“Tiap-tiap perkara atas muka dunia ini sifatnya bermuka dua, tinggal lagi sejauh mana kebijaksanaan kita menggunakan benda itu.

“Kalau guna ikut jalan salah, membuat fitnah, menyebar berita-berita palsu, berdosa. Begitulah sebaliknya.

“Atas kita, sebab akal yang diberi Allah Taala di antaranya ialah untuk memikir atau membentuk sesuatu perkara itu mengikut jalan kebaikan atau kejahatan,” katanya.

Pagi tadi, Najib meminta agar PAS lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.

“Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju, ada masa tutup, jadi saya tak tahu apa pendirian sebenarnya.

“Saya nak tunggu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita,” kata beliau. -MI


Konvensyen Muslimat Terengganu 2010

Konvensyen Muslimat PAS Terengganu 2010, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Perasmian Oleh Ketua Dewan Muaslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh.

TEMA : MUSLIMAT MENJANA KEMENANGAN
Kertas Kerja oleh
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah - Ketua DPP Terengganu.
2. YB Ustazah Zailah Yusof - Timbalan Ketua DMP Pusat.

Kehadiran : melebihi 2000 orang.












Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .