Ikuti Blog ini

Perlaksanaan Islam - Pakatan Rakyat Lebih Demokratik dan Matang


http://buletinonline.net/images/stories/berita/IMG_7507.JPG
Kuala Terengganu, 8 Januari - Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat Malaysia bukan sekadar simbol kehadiran ahli-ahli dan penyokong PKR namun merupakan komitmen kerja parti tersebut.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh muafakat Pakatan Rakyat cukup padu selain jentera PKR para petugas PAS seluruh negara berhempas pulas membantu memenangkan beliau.

”jentera PAS seluruh Malaysia dikerahkan dan bekerja berhempas pulas seolah-olah calon itu calon PAS,

”kita (PKR) juga diminta bekerja (pilihanraya kecil Kuala Terengganu) seolah-olah calon (PAS) itu adalah calon PKR, tidak ada perbezaan dari segi simbol,”jelas Anwar sewaktu merasmikan pelancaran bilik gerakan utama PKR di Gong Kapas, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya tugas pihak media yang dikuasai oleh Barisan Nasional adalah untuk memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata walaupun pengundi Cina tidak ramai di Kuala Terengganu namun kehadiran pemimpin-pemimpin bukan Melayu dari PKR dan pemimpin utama Parti Tindakan Demokratik (DAP) menunjukkan muafakat PR adalah jelas.

Katanya muafakat parti-parti PR jelas dalam menghormati prinsip-prinsip perlembagaan yang mempertahankan kedudukan raja-raja, kedudukan Islam sebagi agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

”Tetapi kita tekankan dalam masa yang sama penghayatan Islam dan mengangkat kedudukan Islam itu tidak sekali-sekali bercanggah dengan hak dan kebebasan hak agama yang dianuti oleh rakan-rakan kita yang lain,”tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama Anwar berkata pemuafakatan PR adalah lebih demoktratik dan matang berbanding Barisan Nasional.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/IMG_7505.JPGBeliau menjelaskan parti-parti dalam PR tidak akan bergabung dengan satu muafakat yang akan mengikat kebebasan parti-parti tersebut menyuarakan perbezaan antara satu sama lain.

”Premis dia kena ’clear’ (jelas), kita menerima proses demokrasi, orang nak bercakap, bercakaplah, mengapa dalam kita bicarakan soal demokrasi kita kurang sabar bila kita mendengar satu pandangan yang kurang enak kita dengar,

”saya tidak terlalu sensitif apabila ada pandangan-pandangan dan kenyataan antara PKR, PAS dan DAP yang tidak disepakti dengan jelas, kita harus beri ruang,

”ini (Pakatan Rakyat) bukan Barisan Nasional dimana pimpinan UMNO boleh memerintah (dictates) kemudian pimpinan MCA, Gerakan dan MIC semuanya menurut tanpa bantahan,

”muafakat kita (Pakatan Rakyat) ini lebih demoktratik lebih matang, itu prinsip kita, kita tidak mahu ada sesuatu yang terikat,”ujar beliau.

Oleh yang demikian beliau berkata pendirian PAS tentang Islam adalah jelas dan ianya bukanlah satu perkara yang baru.

Katanya penjelasan telah dibuat berulangkali dan dijelaskan sekali lagi oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bahawa beberapa peruntukan dalam undang-undang Islam yang dipanggil Hudud itu hanya diterima pakai bagi umat Islam sahaja.

”Secara umum Pakatan Rakyat mahu dengan jelas kedudukan Islam sebagai agama persekutuan itu dipandang secara serius bukan sebagai upacara rasmi,

”memberi ruang kepada umat Islam menghayati dengan mengangkat kedudukan Islam khususnya bagi umat Islam bukan setakat kahwin, secara dan beberapa aspek hukum,”tambahnya.



YB Wahid dan DS Anwar di Kampung Cina


 Calon PAS untuk PRK P036 Kuala Terengganu telah meluangkan masa untuk melawat penduduk dan premis perniagaan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Turut bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

YB Mohd Abdul Wahid telah dikenali oleh masyarakat cina memandangkan sebelum ini beliau dan keluarga telah berkecimpung didalam bidang perniaagaan.

"Saya punya ramai kenalan dan kawan-kawan daripada masyarakat cina dan tiong-hua di Kawasan Kuala Tereangganu" Ujarnya ketika ditanya pihak media. Kunjungan YB Hj Mohd Abdul Wahid mendapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar.

" YB Abdul Wahid memang seorang yang baik, saya pun dah lama kenal sama dia, memang kenal sangat." Ujar Encik Lai, 71 merupakan seorang peniaga di perkampungan ini. Menurut beliau kedatangan DS Anwar Ibrahim akan menambah 'ong' untuk perniagaannya.

Gandingan beliau dan DS Anwar Ibrahim telah mencuri tumpuan orang ramai yang berada disekitar kawasan berkenaan. Setelah beramah mesra dengan masyarakat cina, beliau berdua melawat peniaga di Pasar Kedai Payang.

"YB Abdul Wahid adalah seorang yang mesra rakyat. saya pun kenal lama juga dengan dia. Ramai orang Kuala Terengganu kenal dia." Kata Encik Mohd Razali, Pengusaha Batik di Pasar Kedai Payang.

Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Encik Hanafiah Mamat, Pngerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan HAK PAS Negeri Terengganu, YB Zaki Ibrahim (Bendahari DPPP)dan Sdra Tian Chua

di Pasar Kedai Payang

beramah mesra di Bilik Gerakan MCA

mesra rakyat

Pilihanraya Kecil: PAS & Pakatan Rakyat Kini Di Ambang Kejayaan, Hanya Takdir Atau Provokasi Yang Bakal Menjadi Penentu Segalanya Terjadi !!







Kuala Terengganu: Kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu kini masuk hari yang ketiga, berbagai insiden menarik, panas dan melucukan dapat disaksikan berlaku. Kami sempat melalui beberapa lokasi ceramah yang disampaikan oleh para pemimpin baik UMNO dan BN mahupun PAS atau Pakatan Rakyat. Semuanya kini berusaha untuk memenangi hati rakyat di Kuala Trengganu.

Sama seperti di tempat lain, tatkala musim pilihanraya kecil berlangsung maka orang tempatan akan menikmati "durian runtuh" serta berbagai "imbuhan kemewahan duniawi". Ini adalah kezaliman yang berlaku serta "gagal" untuk dihalang oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lambakan projek pembangunan terus dicurahkan, pendek kata jalanraya yang selama ini berlopak dan berdebu kini boleh diminta "tar" sehingga ke depan pintu rumah.

Menteri pusat mula melakukan berbagai kebajikan untuk rakyat. Terbaru Mat Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO menyatakan bahawa kementeriannya meluluskan serta merta peruntukan RM200,000 untuk memperbaiki sebuah jalan disitu. Bertuah benarlah rakyat Kuala Trengganu kini. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh". Segala apa yang dihajati pasti akan "terkabul". Wang bukan lagi segalanya, tetapi kuasa adalah wang. Sama ada perkara ini boleh diterima atau tidak inilah yang amat memusykilkan puak-puak UMNO dan BN sebenarnya.


Apakah rakyat Trengganu sudah mula bijak?. Apakah mereka boleh terima isu bersihnya Najib Razak dari kes Altantunya, pembatalan pengambialihan IJN oleh Sime Darby, pemberiaan semula wang royalti bagi menggantikan wang ehsan, pembinaan dan janji-janji manis yang ditabur oleh pemimpin kerajaan sejak mutakhir ini?. Atau mungkin juga mereka sebijak rakyat Kelantan "orghe bagi ambik, tapi pangkoh PAS".

Jika ini berlaku, maka kami dapat melihat bahawa BN akan tersungkur sebenarnya di Kuala Trengganu. Senario yang jelas dapat dilihat bermula pada hari pencalonan lagi. Kini telah mula merebak ke lokasi-lokasi ceramah umum yang diadakan. Majoriti rakyat akan hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berbanding dengan program anjuran UMNO dan Barisan Nasional. Inilah yang amat digusarkan sangat oleh mereka.

Namun, perjalanan masih jauh lagi. Detik 17 Januari sebenarnya bakal membuktikan serta menyaksikan perubahan sebenarnya yang bakal berlaku di Trengganu. Undi Pos khabarnya akan dijalankan dalam minggu ini, dimana lebih 1,000 kertas undi posakan diedarkan. Apakah undi pos juga akan berpihak kepada PAS kali ini. Segalanya berkemungkinan, bak kata Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman dalam satu pertemuan dengan kakitangan kerajaan di Trengganu baru-baru ini. Beliau menyaksikan bahawa kakitangan kerajaan yang bakal mengundi di Kuala Trengganu sudah "bijak" dan mula sedar atas segala "kebobrokan" yang berlaku dalam kerajaan hari ini.


Apakah undi pos yang biasanya akan menjadi penentu kemenangan BN itu akan berpihak kepada PAS?. Segalanya berkemungkinan sebenarnya. Inilah yang berlaku kepada Parlimen Indera Mahkota di Pahang dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Majoriti undi pos yang kebanyakannya dari Kem TLDM Tanjung Gelang dekat Kuantan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Akibatnya PAS menang di DUN Beserah dan PKR menang di Parlimen Indera Mahkota. Ianya satu keputusan yang cukup diluar jangkaan. Kertas undi pos memihak kepada pembangkang hingga menyebabkan pemimpin tertinggi TLDM Tg.Gelang ditukarkan 24 jam selepas itu.

Apakah ini bakal terjadi kepada kertas undi pos di Kuala Trengganu pula?. Angin perubahan sudah semakin terasa kini. Hanya takdir yang bakal menentukan siapa yang menang dan siapa yang akan kalah. Namun kelibat calon bebas, Azharuddin Mamat jangan dipinggirkan.

Masih kita ingat dalam pilihanraya umum lalu, calon PAS Mat Sabu ditewaskan dengan kemenangan tipis BN semata-mata. Ia akibat campurtangan nenek tua yang dikenali sebagai "Tok Mun" (foto) untuk mencuba nasib dan mahu mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama. Kami mendapat laporan dari kroni dalam UMNO dan BN, sebenarnya Tok Mun bukan mengeluarkan wang sendiri untuk belanja pilihanraya dulu. Wang itu adalah "sogokan" daripada UMNO sendiri.

Beliau diberi peruntukan RM30,000 oleh UMNO untuk menjadi calon bebas. Wang itu diserahkan oleh pemimpi UMNO dari Pahang dalam satu program "Tahlil" di rumah beliau sebelum pilihanraya umum yang lalu.


Calon PAS (Mohd Abdul Wahid), BN (Datuk wan Farid) dan Bebas (Azharuddin Mamat) selepas penamaan calon di Stadium Negeri 6 Januari lalu.
Kesimpulannya, melihat senario yang berlaku di Kuala Trengganu buat masa ini. Ramai yang meramalkan PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini. Harus diingat daripada empat DUN yang terdapat dalam parlimen Kuala Trengganu hanya satu sahaja yang dimiliki oleh BN, selebihnya oleh PAS sendiri. Bahkan, calon PAS yang bertanding pula ialah ADUN Wakaf Mempelam yang sudah lima tahun menjadi "Wakil Rakyat" di kawasan ini.

Khidmatnya semakin terserlah tatkala menjadi Exco Kerajaan Negeri Trengganu dizaman pentadbiran PAS satu ketika dulu. Maka itu harapan cerah untuk melihat YB Mohd Abdul Wahid Endut membenamkan keegoan Datuk Wan Farid di Kuala Trengganu semakin menampakkan tanda-tandanya. Ditambah lagi dengan masalah dalaman UMNO sendiri yang kini semakin panas dengan isu politik wangnya, perpecahan wanita dan pemudanya serta lain-lain. Ramai yang dilihat menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai medan untuk berkempen menjelang pemilihan UMNO Mac nanti. Justeru itulah kita tidak hairan jika BN tumbang di Kuala Trengganu.

Ini kerana "Timing" yang berlaku sekarang adalah masa yang paling tepat untuk mencipta kejayaan. Cuma taktik "jahat" dan "kotor" sahaja yang bakal mengangkat mereka ke puncak kejayaan dan seterusnya memenangi pilihanraya kecil ini.

Cuma apa yang ditakutkan sangat sekarang ialah "provokasi" yang akan dilakukan oleh BN kiranya mereka melihat harapan kian pudar. Jika ini berlaku maka sedikit masalah akan timbul nanti. Nama baik PAS dan Pakatan Rakyat akan sedikit tercemar dan SPR boleh melakukan apa sahaja untuk menakutka serta membatalkan keputusan sebenar.

Itu belum ditambah lagi dengan "sikap curiga" kita terhadap "kem sementara" pasukan polis yang didirikan dengan "gahnya" di situ. Pemantauan kami kini terdapat lebih dari satu "kem sementara" yang didirikan khemah tertutup dan dikawal rapi oleh mereka. Soalnya disini, mengapakah khemah yang serba "canggih siap berhawa dingin" itu didirikan?. Mengapakah terlalu ramai anggota polis dikerahkan ke Kuala Trengganu.

Kita musykil seandainya khemah-khemah itulah yang akan menjadi "Transit Port" para pengundi hantu menjelang malam pengundian nanti. Jika perkara ini gagal dipantau, sudah pasti ia akan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula orang awam dilarang masuk ke kawasan terbabit. Ini memungkinkan, keselematan "pengundi hantu" akan lebih terjaga dari kebiasaannya. Maka, kami sekali lagi menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantau perkara ini hingga malam pengundian nanti. Jangan kerana kelekaan kita, akhirnya mereka yang tidak sepatutnya menang diangkat pula nanti. Apapun, teruskan perjuangan buat semua rakan dan sahabat yang sedang sibuk berkempen di Kuala Trengganu.

[Kami mengucapkan syabas kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Trengganiu yan cukup berdisplin dan berkhemah dalam usaha meraih undi. Kami juga mendapat laporan dari sahabat dalam UMNO bahawa terdapat penyokong PAS yang "mencium" tangan Menteri Besar Pahang tatkala beliau melalui kesesakan jalan pada hari pencalonan baru-baru ini. Menurut sahabat dalam blognya "Small Talk" Peristiwa ini berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 8.30 pagi. Semasa melalui jalan yang dipenuhi penyokong Pas, MB pahang itu telah membuka tingkap dan bermesra dengan penyokong-penyokong Pas hinggalah salah seorang dari mereka bersalam dan mencium tangan Dato' Seri Adnan Yaakob. Inilah satu sikap mesra yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia mungkin kerana MB Pahang itu khabarnya pernah "mencium" tangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat, Menteri Besar Kelantan semasa pertemuan mereka dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini. Maknanya, apa yang berlaku kepada MB Pahang itu adalah balasan akibat "sikap hormat dan respeknya" kepada Tuan Guru Nik Aziz selama ini. Semoga perkara iyang baik seperti ni akan terus berkekalan hendaknya].



Demo intifadah anti Israel-AS lepas solat Jumaat esok!




KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mengarahkan seluruh anggota pemuda PAS dan mengajak umat Islam menyertai demonstrasi intifadah besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) esok.

Dalam kenyataan yang diberikan sebentar tadi, beliau berkata, umat Islam tidak harus membiarkan AS, yang secara terang-terangan menjadi pelindung kepada kekezaman tentera zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.


Katanya, beliau beserta AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi beserta pimpinan PAS yang lain, bergegas pulang ke ibu kota dari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, untuk menyertai demonstrasi selepas solat Jumaat esok.


"Kita akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kita akan berarak daripada situ ke kedutaan AS," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin, untuk sama-sama bangkit menyatakan bantahan terhadap AS.


Katanya, dewan-dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan Kawasan diarahkan untuk membawa sepanduk, kain pemidang dan placard (poster) sebagai bantahan ke atas sokongan AS terhadap kezaliman tentera Yahudi.


Terdahulu daripada itu, Syed Azman yang juga Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS Pusat berkata, pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menjadi medan berdarah akibat di bom Israel.


Katanya, selain daripada umat Islam membaca qunut nazilah pada setiap solat untuk mendoakan kekuatan umat Islam Palestin menghadapi kekejaman Yahudi, pihaknya turut melancarkan dana sumbangan yang akan dihantar seberapa segera.


"Sebelum ini pun kita (PAS), terus menerus memberikan sumbangan yang termampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


"Jika ada yang sudi membantu, sila salurkan sumbangan anda melalui Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA di akaun Maybank 564070703248," ujarnya.


Kemenangan bakal ubah politik negara secara total - Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu adalah penting bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan hala tuju pilihan raya umum (PRU) yang ke-13.
Image

Malah, sekiranya BN kalah yang paling terkesan adalah 'Perdana Menteri akan datang' Dato' Seri Najib Razak yang mengetuai kempen BN.


Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato' Mustafa Ali dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Gong Kapas dekat sini semalam.


Menurutnya, kebangkitan rakyat sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India ekoran daripada kelemahan kerajaan BN dan parti-parti komponennya yang sedang mengalami perpecahan dalaman.


Tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat akan memberi kekuatan baru kepada rakyat seluruhnya.

"Kemenangan Pakatan Rakyat akan mengubah senario politik negara secara total," katanya.


Oleh yang demikian, beliau menyeru seluruh tenaga dan kekuatan Pakatan Rakyat mesti digembelengkan dengan sepenuhnya dan digunakan bagi memastikan calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Image

Justeru, semua petugas-petugas pilihan raya Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah ataupun pendekatan yang mesra pengundi bagi memastikan setiap undi akan memihak kepada Pakatan Rakyat.


Katanya, kekuatan Pakatan Rakyat masa kini sukar ditandingi oleh BN kerana perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli pakatan rakyat begitu kukuh.


"Berbanding dengan komponen Barisan Nasional misalnya MCA di mana umumnya mengetahui di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua MCA tidak bersefahaman.


"Bila Presiden MCA Ong Tee Kiat datang ke Terengganu untuk berkempen, Timbalan Presidennya, Chua Soi Lek tidak akan hadir, sebaliknya apabila Chua Soi Lek yang datang untuk berkempen di Kuala Terengganu, Ong Tee Kiat pula yang tidak datang," tegasnya memberitahu para hadirin pertemuannya secara kebetulan dengan Chua Soi Lek baru-baru ini.


Beliau menyeru semua petugas pilihan raya Pakatan Rakyat bekerja bersungguh-sungguh sehingga calon PAS mencapai kemenangan dan diisytiharkan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .