Ikuti Blog ini

Kerajaan "Hilang Akal" - Mahfuz

Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus.

"Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.

"Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS.

Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin.

Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun.

"Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya.

Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang.

Laknat Allah..Apa Jenis Manusia Macam ini...

Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

BERSIHKAN SPR!!!!! Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.
 
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.
Buktinya macam gambar kat bawah ni.


Rupa MyKAS sebenar macam imej contoh kat atas tu. Jelas ditulis kat atas kad tu 'BUKAN WARGANEGARA'. Kalau bukan warganegara macamana SPR boleh sahkan nama depa sebagai pengundi?
 
Puas aku cari apa sebenarnya maksud MyKAS tu dalam web JPN. Yang ada cuma pasai MyKad, MyKid dan MyPR tapi aku tak jumpa MyKAS. Hasil carian di google aku jumpa facebook Luahan Pengguna Mykas ( Kad Pengenalan Sementara).
source: http://cenangau.blogspot.com/

Coretan minggu pertama Syawal 1432H

Selamat Hari Raya diucapkan sekali lagi. Maaf Zahir dan Batin. Adalah diharap pengunjung blog yang beragama Islam sudah mula berpuasa enam dan sekiranya belum, bersedia untuk memulakannya dalam masa seminggu dua ini. Menurut pesanan Ar-Rasul, yang bermaksud, sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun. Maka adalah amat rugi sekiranya kita tidak memanafaatkan tawaran dari Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa menyediakan peluang untuk kita menebus dosa dan kesalahan kita.

Sambil menikmati betapa Pemurahnya Allah AzZa wa Jalla, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencatit beberapa perkara berhubung pelbagai isu untuk diperbincangkan.

JAIS DAN DUMC
Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, telah mengetengahkan isu ini di dalam blognya. Saya hanya ingin menyebut betapa kecewanya saya apabila mendengar pihak JAIS memohon sebulan tambahan lagi untuk menyediakan laporan. Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap professionalisma JAIS yang bertindak dengan begitu cepat ‘memeriksa’ sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut. Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik Gereja dan itu sahaja. Laporan ‘memurtadkan orang Islam’ diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak JAIS bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. ‘Pihak yang tidak dikenali’ yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?

Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan.

UNIT SELAMATKAN AQEEDAH
Ini turut dibangkitkan oleh Dr. Mariah. Sebenarnya saya tidak tahu menahu tentang Unit ini kerana ianya tidak dibincang di peringkat PAS Selangor dan mungkin merupakan initiatif Exco Agama, Dato’ Dr. Hassan Ali sendiri. Mungkin juga ianya dibincang bersama dengan penasihat-penasihat beliau tetapi bukan dengan PAS Selangor atau PAS Pusat.

Apa yang saya boleh ulas ialah ianya meletakkan kesalahan ke atas LZS dan saya tidak tahu samada analisa itu adalah tepat atau sebaliknya. Masalah timbul apabila LZS tidak diletak dibawah kerajaan Negeri dan oleh itu kita tidak boleh berbuat apa-apa. Ini menjadi lebih parah apabila budaya ketelusan dan pertanggung-jawaban tidak dihayati oleh ‘kelompok lama’.

Persoalan perlu pergi ke Gereja dahulu kemudian baru boleh mendapat layanan dari LZS seperti yang telah disebut pun ada betulnya. Takkan begitu perkiraannya. Kalau hendak dibaiki, maka baiki untuk semua, bukan untuk yang ke Gereja sahaja.

‘KETEGASAN’ MAIS
MAIS dilihat tegas mempertahankan tindakan JAIS dan dikaitkan pula dengan DYMM Sultan. Saya difahamakan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS dan Dato Adzib dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara. Mereka membincangkan Memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB. Adalah diharapkan tiada exco dari PR, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta!

Pada zaman Khir Toyo apabila BN merompak Negeri Selangor, semua diam. Samada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana. Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB. Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh.

Dulu pada zaman BN kaki rasuah memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat. Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak UMNO/BN. Institusi yang ‘above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik UMNO yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun yang akan berlaku. Sanggup mengorbankan rakyat dan Negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar Muamar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar UMNO sekarang!

MAT SABU DAN MAT INDERA
Pasti ramai terkejut bila didedahkan dengan fakta sejarah bahawa Mat Indera adalah seorang yang berpendidikan agama yang diiktiraf ketokohannya oleh kerajaan negeri Johor. Beliau mati ditali gantung pada tahun 1953. Digantung oleh kerajaan penjajah British yang telah meletakkan hadiah sebanyak RM 75,000 bagi yang berjaya menangkapnya. Maka siapa pula dalang yang menangkapnya? Pihak Komuniskah? Yang menagkapnya dan menyerahkannya kepada pihak British tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin UMNO!

Hakikatnya, pada zaman penjajah, ramai yang bangun menentang British. Pihak agamawan, pihak aliran kiri dan pihak kommunis. UMNO yang tidak pernah tahu erti susah payah perjuangan duduk dibawah ketiak penjajah. Itulah sebabnya mengapa apabila saya minta wakil rakyat dan pemimpin UMNO di Parlimen untuk menamakan seorang pemimpin UMNO yang dipenjarakan British, semua diam membisu. Saya telah membuat cabaran ini tidak kurang sebanyak dua kali di Parlimen. Ke dua-dua kali sunyi sepi.

Khairy Jamaluddin berkata bahawa UMNO memilih cara yang bijaksana, elakkan tumpah darah. Mungkin benar, tapi sekiranya ia benar sekalipun, ianya tidak memberi UMNO hak untuk memutar belit sejarah sehingga menafikan perjuangan pihak lain yang lebih gigih dan lebih ikhlas sehingga mengorbankan nyawa sendiri demi merdeka. Tidakkah pemimpin UMNO yang menyebut “hendak buat jarum pun tidak pandai, hendak bicara pasal merdeka?”

Lagipun, terdering dalam telinga saya petikan dari tulisan Lord Cromer, bekas Gabenor British di Mesir, dalam bukunya ‘Modern Egypt’, yang bermaksud; “England bersedia memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahannya, sebaik-baik sahaja telah wujud tersedia generasi intelek atau ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris untuk mengambil alih tetapi dalam keadaan bagaimana sekalipun kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka”. Petikan ini sering dibacakan kepada saya dibeberapa majlis yang telah saya hadiri sejak usia remaja lagi. Mungkin generasi itulah yang dianggap Khairy sebagai generasi bijaksana sehingga mereka bersekongkol dengan British menahan dan membunuh rakyat Negara ini yang menuntut kemerdekaan. Atau apakah mungkin bakal mantan ketua pemuda UMNO ini ingin mencabar saya untuk berdebat pula?

PELARIAN ISLAM UIGHUR YANG MALANG
Tengah-tengah bulan Ramadhan beberapa orang Pelarian Islam Uighur yang datang dengan mengharapkan perlindungan telah dikembalikan ke Negara China atas permintaan kerajaan China. Kumpulan ini adalah terdiri dari masyarakat yang beragama Islam dari Sinkiang (Xin Xiang) yang berjumlah 11 atau 12 orang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan China. Mereka datang mengharapkan suaka politik dari pihak UN. Berhenti di Malaysia mungkin kerana dianggap Malaysia Negara ummat Islam dan kerajaannya kerajaan yang akan membela nasib mereka. Mungkin terlalu meyakini berita dan propaganda yang disiarkan oleh kerajaan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi dalam isu memperjuangkan nasib ummat Islam yang kononnya sedang dimurtadkan pihak Gereja. Mungkin mereka beranggapan kerajaan sebegini sudah pasti akan membantu mereka.

Mungkin juga mereka mengharapkan PERKASA akan ke jalan raya dan begitu juga kumpulan PATRIOT, untuk membela nasib mereka. Namun, semuanya bagaikan fatamorgana. Mereka ditahan Polis, dituduh melakukan jenayah memperdagangkan manusia dan dihantar balik ke China. Ini dilakukan dengan penuh pengetahuan bahawa di China, besar kemungkinan mereka akan diseksa dan dipenjarakan. Dan perkara ini berlaku menjelang Eidul Fitri. Sedangkan pihak UN memohon supaya mereka disimpan di Malaysia sambil permohonan mereka untuk mendapat taraf pelarian di bawah lindungan UN diproses.

Akhirnya UN membidas tindakan kerajaan Malaysia, Amerika Syarikat juga turut membidasnya dan NGO antarabangsa dan tempatan, yang turut terdiri dari NGO bukan Islam, turut membidas tindakan kerajaan Malaysia. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

UMNO, PERKASA dan PATRIOT? Mereka perjuangkan ‘Melayu Islam’ kononnya. Kaum Pelarian Islam Uighur tidak dikenali mereka. Begitu juga dengan nasib ummat Islam di Urumqi. Dikhabarkan bahawa mereka telah dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Kerajaan Malaysia, UMNO, PERKASA, PATRIOT hanya berpeluk tubuh mendiamkan diri, membisu seribu bahasa. Golongan inikah yang ingin kita gelar sebagai pejuang?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

TG Nik Aziz, TG Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Penjelasan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan oleh media sekarang dijangka akan dijelaskan dengan sepenuhnya dalam ceramah umum oleh tiga pemimpin utama PAS malam esok, 10 September.

Majlis ini akan menampilkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Ceramah ini akan diadakan di Dewan Koleh Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar mula jam 9 malam.

Ia diadakan sempena dengan Konvensyen Negara Berkebajikan yang akan diadakan mulai pagi esok di tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka dijangka menjelaskan pendirian masing-masing terutama dalam isu sejarah kemerdekaan negara ekoran serangan berterusan media BN terhadap Mohamad Sabu.

Hari ini masuk hari ke 14 Mohamad Sabu diserang dalam isu ini kononnya beliau memperkecilkan peranan pasukan keselamatan dan polis dan menyokong komunis.

Ia ekoran ucapan Mohamad Sabu di Pulau Pinang 21 Oktober lalu.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Nik Aziz sehingga kini menyifatkan laporan Utusan itu mengarut manakala Abdul Hadi mempertikaikan banyak tindakan pemimpin Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Datuk Onn misalnya dipertikaikan sikapnya kerana banyak mendapatkan nasihat British sebelum membuat sesuatu keputusan untuk kerajaan Johor ketika beliau menjadi pegawai kanan negeri itu. -Hrkh

Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Kazakh: Masa untuk Umno mengikat Najib

Tidak salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek untuk berehat dan bersantai. Waktu rehat dan beriadah perlu malahan penting bagi membentuk cara hidup sihat. Kenapa pula kecoh bila perdana menteri Malaysia melawat Australia untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan?

Pertamanya, harinya ialah 31 Ogos, hari penting dalam kalender Malaysia kerana pada hari tersebut Malaysia merdeka dari koloni British.Dalam kata lain,ianya ialah Hari Merdeka. Keduanya, terdapat tandatanya siapa yang menaja percutian tersebut, adakah ia atas sebab peribadi atau sebab umum?
 
Tanpa ragu, tahun ini kerajaan menyambutnya pada 16 spetember berbanding smbutan besar2an termasuk perarakan pada 31 Ogos, bagi memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.,bagaimanapun adalah menyalahi protocol sebagai seorang perdana Menteri jika secara senyap2 tanpa memberitahu rakyat kemana tujuan kamu.
 
Separuh benar dan rahsia

Kini terdapat kekecohan akibat hal tersebut yang menarik perhatian ramai pihak termasuk komuniti diplomatic luar. Cara pembantu-pembantu PM mengelak dan tidak memberitahu hal sebenar berbanding jawapan yang telus dan jujur apabila ditanya dimana PM sangat lah membimbangkan. Bukankah PM sesebuah Negara itu adalah seorang yang dikenali ramai?. 

Malah, ada seorang pembantunya memberitahu PM bercuti keluar Negara tetapi enggan memberitahu dimana dan kenapa. Seorang lagi, mugkin terlalu teruja,memberitahu PM berada di australi untuk rawatan fisioterapi atau pembedahan lutu,sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa blog?

Najib kelihatan boleh berjalan dengan baik ketika beliau akhirnya muncul di khalayak ramai pada hari Isnin. Jadi apakah sebab disebalik keputusan PM untuk menaiki jet peribadi kerajaan dan menuju ke Australia?
Alasan terbaru ialah beliau menyambut HariRaya yang jatuh pada 30 Ogos bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi adakah lapuran yang beliau bertemu pelajar-pelajar disana saja cukup untuk menjadi justifikasi terhadap penggunaan wang rakyat?

Bukan kita mengatakan bahwa anak-anak kita tidak pentin, tettepai ada sebab musabab yang lebih kukuh yang menunjukkan PM mengambil kesempatan dari wang rakyat untuk menghabiskan hanya 2 jam masanya untuk majlis umum,dan menghabiskan masa seminggu dengan bercuti.Bagi rakyat Malaysia, Najib menggunakan alasan urusan rasmi bagi kepentingan peribadinya.

UMNO perlu ambil tindakan disiplin

Hal ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana bekas perdana menteri terdahulu juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu secara diam-diam ke luar Negara dengan duit rakyat. Sudah sampai masanya UMNO,partii politik terbsar membersihkan hal dalamannya, kerana ambil perhatian bahawa kesemua PM lepas adalah presiden UMNO. 

Jika UMNO gagal berbuat demikian, bagaimana nak mengharapkan rakyat mengundi calon nya dalam pilihanraya akan datang. Jika majlis tertinggi enggan bertindak maka rakyat dijangka terus mempunyai tangapan bahawa UMNo ialah parti paling korup di Negara ini, jika bukan dirantau ini.

Cuba renungkan.tahun 2006, bekas PM Abdullah Badawi menggunakan duit rakyag untuk percutian 6 hari ke carribean.ketika itu, dinyatakan 4 hari lawatan kerja ,tapi tiada yang kelihatan seperti lawatan rasmi kecuali beliau berucap di parmine St Vincent.seorang pemberita yang menyertai rombongan itu berkata ketika ke Jamaica,sebagai sebahagian dari lawatan tersebut, rombongan hanya berurusan dengan kemungkinan pelaburan Negara dalam explorasi tenaga dan projek pembinaan, manakala persinggahan PM di St Vncent ialah untuk berehat dari tekanan kerja.

Berita mengejut ini di siarkan dalam nota diplomatic US yang ditulis oleh misi di sini dan dihantr ke Washington. Satu lagi percutian secara rahsia yang bertopengkan lawatan kerja, dam rakyat menggelarkanPM ke 5 tersebut Mr Clean!

Era baru dimana ramai MP pembangkang yang memerhati

Sekarang, ramai pemerhati pembangkang yang memerhati dari segi kewangan, bukan hal mudah bagi pemimpin BN untuk melepaskan diri seperti masa lepas. Dan ini adalah perkembangan positif buat Malaysia.

Rakyat boleh harapkan sebarang lawatan PM ke laur Negara di teliti secara halus. Alasan seperti potensi kemasukan pelaburan tidak boleh diterima lagi tanpa butir2 terperinci.Lagipun, bagaimana lawatan-lawatan ini benar-benar membawa faedah kepada Negara?

Hal yang sama berlaku kepada kontrak2 besar komersil dan sector awam, dan lain-lain projek mega,terutama nya yang tiada tender terbuka.Kos sepatutnya dikaji secara terperinci.

Masa telah berubah,UMNO perlu bijak dan belajar menangani reality di Malaysia tahun 2010an.jika tidak, ini la sebabnya mereka selalu dituduh masih ditakuk lama,masih bermain denganpermainan perkauman dan keagamaan yang sensitif dan merbahaya.ini bukan hanya merbahaya kepada masyarakat, tetapi juga dikecam masyarakat civil dan dunia keseluruhannya.

Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June

Satu kes yang ketara ialah rombongan mewah ke Vatican dalam bulan Julai. Lawatan Najib ke Eropah bermula di negland, dengan permaisuri seolah mengejinya kerana layanan buruknya terhadap rally Bersih yang menyeru kea rah pilihanraya yang bersih dan adil.kemudian beliau ke Vatican untuk memperkukuhkan hubungan dengan Holy See.Tapi sebaik saja beliau menjejakkan kaki pulang ke tanahair, beliau menghampakan harapan kearah hubungan baik Islam-Kritian dengan menghina Kristian.

Sehingga kini,persoalan masih berlegar adakah beliau dan isterinya Rosmah merancang ke Vatican supaya mereka boleh terus dengan rancangan percutian peribadi ke Itali dan Mediterranean?percutian ini berlangsung beberapa hari hingga beliau mendapat khabar timbalannya Muhyddin merancang mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin2 UMNO bagi mmebincangkan bagaimana untuk mengurangkan salahlaku beliau dan menghalang dari kerosakan besar terhadap imej Negara.

Bila najib memendekkan cutinya, beliau mmeberi alas an rindu kepada tanahair dan berterima kasih kepada ROsmah kerana sangat memahami dan ikut serta pulang awal. Iya, satu lakonan hebat tapi tidak berakhir disitu saja.pada hari yang sama, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang dijangka akan mendedahkan peranan pegawai atasan termasuk Najib dalam isu pembelian Scorpene telah diusir dari Kuala Lumpur sebelum dapat menghadiri jamuan makan malam dan siding media.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap pemimpin atau akan kehilangan sokongan

Apa kebaikan lawatan tajaan wang rakyat ke Perth kepada rakyat Malaysia? UMNO perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dibawa oleh presiden parti mereka terhadap Negara. Beliau mungkin ketua pada masa ini tapi parti jenis apakah UMNO ini? Diktator? Bolehkan Najib berbuat sesuka hatinya,walaupun melibatkan nama UMNO dan Malaysia yang akan buruk?Bukankah ini masa untuk UMNO mengkaji semua; jika Najib masih berbelanja besar, kepimpinan lemah dan penuh skandal?

Bukan kah sudah sampai masa UMNO bertindak,mungkin tindakan disiplin dengan surat untuk minta penjelasan berkenaan salah laku tersebut? Jika UMNO fikir ini adalah strategi politik negatf dari pakatan rakyat, maka siasatan dalaman dan minta saksi tampil ke depan.

Jika UMNO sebuah parti yg bertanggungjawab, ia akan berbuat demikian.Jika tidak,janga harap rakyat Malaysia atau orang melayu akan mengundi calon nya jika meraka yang berada di pucuk pimpinan tertinggi juga tidak boleh menjadi telus dan jujur,apatah lagi memegang pimpinan dalam Negara ini.

Yang kelakarrnya, pelajar Malaysia di Perth sangat marah bila kenyataan2 mereka di putarbelitkan supaya menggambarkan presiden UMNo terkini ialah seorang pemimpin yang hebat dan memberi inspirasi , supaya beliau dapat mengelak dari berbagai tuduhan di dalam Negara.Jika benar UMNO tidak dapat mengikat presidentnya, satu hal memalukan buat parti dan negara - Malaysia Chronicle

Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Part 1



 

Part 2


 

Part 3



Tiada Bukti Untuk Dakwa Mat Sabu, Tapi Ada Banyak Bukti Mat Sabu Untuk Dakwa Utusan

Polis: Kertas siasatan kenyatan Mat Sabu siap

Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat.

Katanya polis telah mengambil keterangan daripada timbalan presiden PAS itu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Ahad lalu.

"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Beliau berkata Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara, kata Ayub.


Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga pengerusi DAP Karpal Singh. - Bernama


Tinggal 24 jam sebelum Utusan disaman


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menghantar notis supaya Utusan Malaysia supaya menarik balik laporan dan memohon maaf di atas penyiaran laporan bertarikh 27 Ogos lalu yang didakwa berunsur fitnah.


Katanya, beliau memberikan tempoh selama 24 jam untuk berbuat demikian sebelum menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran laporan muka depannya bertajuk "Mat Sabu Hina Pejuang".


"Utusan Malaysia pada 27 Ogos yang tulisannya pada muka depannya langsung tidak sama dengan ucapan saya yang sebenarnya. Saya dengar berkali-kali.


"Ia telah menimbulkan fitnah dan kemarahan orang ramai terhadap saya.


"Fitnah itu terlalu berat dan besar akibat laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos, sehingga berlaku kehangatan politik dan fitnah terhadap saya sehingga ada ancaman berat yang saya lalui pada hari ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.


Sementara itu, peguammnya Mohamed Hanipa Maidin berkata, notis tersebut dihantar kepada ketua pengarang Utusan untuk menarik balik fitnah yang dilemparkan ke atas Mohamad.

"Kalau tak tarik balik, saya d
iarahkan untuk memfailkan saman minggu depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," katanya.



Ditanya mengapa tindakan menghantar notis itu dibuat sekarang, Mohamed Hanipa berkata, ini kerana laporan akhbar itu disiarkan ketika beberapa hari sebelum cuti Aidilfitri.


"Ia berlaku dalam suasana raya... Kita perlu masa untuk study dari aspek perundangan.


"Kira Utusan ni tak adillah, (siar) dekat raya, (waktu orang) bercuti," kata Mohamed Hanipa.


Selain itu, Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh memfailkan saman kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan.


Mohamed Hanipa berkata beliau juga diarahkan oleh anak guamnya untuk menfailkan saman kepada Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berhubung bil pembayaran perubatan pembedahan ligamen lututnya yang terkoyak dirempuh kereta polis pada 9 Julai lalu. -M'kini


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .