Ikuti Blog ini

Anwar : Ambil Iktibar PRK Ijok





PARIT BUNTAR 7 MAC : Kemenangan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau bukanlah penanda aras bagi menentukan kedudukan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat di negara ini tentang tsunami politik 2008 yang menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merampas kembali kerusi DUN Ijok walaupun pada awalnya kalah pada pilihanraya kecil kawasan itu.

" Jangan gusar tentang pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, biasalah. Kita sekarang ini tumpu kepada pilihanraya umum. Imbas kembali apa yang berlaku di Ijok. Pilihanraya kecil itu berlaku sebelum pilihanraya umum. Kita letak calon hebat ketika itu, Tan Sri Khalid tapi kita kalah. Selang tidak sampai setahun pilihanraya umum, terbalik! Bukan sahaja di Ijok satu Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam siri jelajahnya di sini, malam tadi.

Beliau berada di Perak dalam siri jelajah Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia di Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar malam tadi.

Kira-kira 800 orang hadir bagi mendengar amanat Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat lain dalam siri jelajah itu.

Walaupun ceramah diadakan selepas seluruh rakyat Malaysia mengetahui keputusan PRK Kerdau dan Merlimau tidak menyebelahi calon Pakatan rakyat dari PAS, namun ia tidak sedikit pun menggoyah sokongan rakyat kepada Pakatan.

Buktinya Markas PAS di Titi Serong itu dipenuhi oleh hadirin untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar dalam ceramahnya turut menyeru masyarakat di parlimen Parit Buntar mengekalkan momentum yang ada pada hari ini supaya sokongan terus diberikan kepada
gagasan itu demi transformasi menyeluruh di negara ini.

Pejuang Libya Tembak Jatuh Pesawat Sukhoi

Ras Lanuf (Libya): Pejuang Libya dikatakan memperoleh semangat baru apabila berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi buatan Russia yang digunakan tentera regim Muammar Gaddafi ketika ketegangan semakin memuncak sejak Jumaat lalu.

Dua mayat juruterbang terbaring di atas pasir di kelilingi serpihan bangkai pesawat dan enjin yang bertaburan.

Pesawat pejuang itu terhempas kira-kira satu kilometer dari jalan raya ke Ras Lanuf atau kira-kira 650 kilometer di timur Tripoli.

"Pesawat itu ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara kami," kata Kolonel Bachir Al Maghreb, salah seorang pemimpun pemberontak di Ras Lanuf, bandar pelabuhan minyak yang kini sedang dipertahankan oleh tentera Gaddafi sejak Jumaat lalu.

Bachir mendakwa salah seorang juruterbang yang maut itu adalah warga Serbia walaupun ada yang mendakwa ia mungkin warga Lebonan atau Syria dan ia menguatkan pendapat bahawa Gaddafi mengupah tentera asing untuk mempertahankan kuasanya. - AFP









Umno-BN Tidak Usah Bermegah Menang PRK Disebalik Demokrasi Tempang


KOTA BHARU 7 MAC : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi lapor Harakah Daily.


"Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,"ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

"Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi 'pendendam' akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

"Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

"Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,"ujarnya.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

"Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,"ujarnya.-TVS

Kalau Tak Pangkah BN, Bantuan Ditarik Balik

Saya merupakan seorang warga Merlimau, Melaka yang bertugas di Sarawak. Saya sanggup pulang untuk Pilihanraya Kecil Dun Merlimau walaupun menelan belanja yang besar. Majikan saya bertanya kenapa saya perlu pulang ke Merlimau, bukankah ada undi pos? Saya jawab, “Maaf tuan, saya tidak yakin dengan undi pos.” Semangat berkobar-kobar kerana PRK tidak sama dengan PRU. Tentu banyak berubah wajah kampung saya.

Tepat telahan saya, memang berubah sama sekali! Lori keluar masuk, polis bersimpang siur di jalan raya. Kampung yang dulu aman damai kini tidak ubah seperti medan pertempuran. Bendera berkibaran sehingga menyukarkan saya untuk melihat kenderaan sebelum melintas jalan. Begitu ‘panas’ keadaan di Merlimau sehingga berkobar-kobar saya memangkah kertas undi, dengan harapan calon pilihan saya juga calon pilihan warga Merlimau.

Apabila keputusan PRK diumumkan saya jadi kecewa. Kecewa bukan kerana PAS tewas. Kecewa kerana orang kampung saya, orang Merlimau masih belum berubah, masih belum mahu berubah dan tidak mahu berubah. Pegangan saya dan keluarga tetap condong kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Tetapi tidak dengan orang kampung saya. Mereka terlalu selesa dengan kebendaan, terlalu mudah disogokkan dengan harta benda, dengan jalan tar sekangkang kera, dengan biskut marie sepeket dua. Mereka tidak nampak bagaimana Ketua Menteri tercinta dengan lahap rakus menelan setiap sen ringgit yang terbang di depan mata.

Saya cuma pulang untuk tiga hari, tetapi pelbagai kisah menarik yang saya dapat di kampung saya. Jiran saya seorang ibu tunggal anak 7, dengan pendapatan RM400 sebulan, disogokkan dengan jalan tar sehingga ke depan pintu rumah. Tetapi hanya ditabur dengan batu dan pasir, tar pula entah ke mana. Lain pula ceritanya dengan seorang ahli Umno totok, yang rumahnya di sebelah masjid. Sehari sebelum mengundi, rumahnya cantik ditar setiap pelosok halaman. Yang seorang lagi bukan setakat rumah, hingga ke rumah-rumah sewanya juga siap ditar. Ibu tunggal diberi sepeket biskut marie, sekilo gula, dan sekilo tepung gandum dengan pesanan, “Kalau kau tak pangkah BN, semua bantuan ditarik balik.”

Seorang rakan saya merupakan petugas SPR yang juga pengundi, terpaksa menggunakan undi pos. Yang hairan bin ajaibnya, borang yang ditulis nama dan kad pengenalannya diarahkan supaya dimasukkan sekali dengan kertas undi. Jadi sesiapa pun boleh tahu siapa yang undi siapa. Sudah teluskah SPR?

Teringat saya dengan seorang pelakon kelahiran Merlimau yang juga penyokong BN totok. Mungkin sedang berlakon atau mungkin nak menunjuk pada anak-anak dara di sekeliling; dengan nada bongkak dia menjerit, “Lagi-lagi sebut Allah, asyik nak minta tolong pada Allah je, bukannya nak usaha!” Na’uzubillah… bukankah segala usaha kita juga atas kehendak Allah? Semoga dia sempat bertaubat dan semoga kampung Merlimau yang saya sayangi ini tidak dilanda musibah dan mala petaka.

Banyak lagi kisah pilihanraya Dun Merlimau ini, tapi pada petugas-petugas jentera pilihanraya tentu sangat maklum. Merlimau merupakan kubu kuat BN, orang-orang Merlimau sangat setia kepada BN. Memang kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk kemenangan PAS di sini. Tapi untuk PRU13, saya berharap sesuatu boleh dilakukan kerana kami, sebagai pengundi Dun Merlimau ini amat mengharapkan perubahan. Mohon ahli-ahli Pakatan Rakyat di sini menyusun strategi untuk menghadapi PRU13. Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah mentaliti pengundi bagi menjamin perubahan di masa akan datang. Insya Allah, karat BN di Dun Merlimau ini akan terhakis akhirnya. -Pengundi Dun Merlimau

Belakangkan demokrasi umpama bom jangka

KOTA BHARU, 7 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di Negara ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,”ujarnya. -Hrkh

KEPUTUSAN SETIAP SALURAN PRK N27 & N28

KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT SALURAN PETI UNDI

N27 DUN MERLIMAU

UNDI POS

BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA

SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR

SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306

SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498

SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467

SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU

SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275

SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN

SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270

SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481

SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435

SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG

SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241

SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI

SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275

SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480

SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436

SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK

SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280

SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497

SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474

SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477


JUMLAH KESELURUHAN : PAS 2319 BN 5962 - BN MENANG MAJORITI 3643


N28 DUN KERDAU

UNDI POS

BN 39 PAS 11 ROSAK 1 MAJORITI 28 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG

SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 MAJORITI 91 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU

SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 MAJORITI 49 JUMLAH 458

SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 MAJORITI 11 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22

SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 MAJORITI 88 JUMLAH 281

SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 130 JUMLAH 320

SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 MAJORITI 89 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM

SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 MAJORITI 101 JUMLAH 276

SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 MAJORITI 111 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG

SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 MAJORITI 71 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL

SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 MAJORITI 177 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR

SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 MAJORITI 148 JUMLAH 257

SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 MAJORITI 105 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25

SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 MAJORITI 264 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23

SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 MAJORITI 141 JUMLAH 334

SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 MAJORITI 257 JUMLAH 530

SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 MAJORITI 116 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI

SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 MAJORITI 36 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI

SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 MAJORITI 242 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG

SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 MAJORITI 144 JUMLAH 346

SEK MEN KEB KERDAU

SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 MAJORITI 111 JUMLAH 33

SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 MAJORITI 135 JUMLAH 401

SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 MAJORITI 75 JUMLAH 381


JUMLAH KESELURUHAN : PAS 2336 BN 5060 - BN MENANG MAJORITI 2724

Harami Mana Pulak Ni?

Sebelum ini telah dipaparkan laporan berita di Utusan Malaysia tentang seorang perempuan yang menyamakan Tuan Guru Nik Aziz dengan Pemimpin Ajaran Sesat Ayah Pin [Ayah Pin]. Kali ini mari kita lihat wajahnya pula. Inilah perempuan yang dimaksudkan, dia tidak kenal auratnya sendiri pun, namun dengan berani menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran yang melampau.







Lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perempuan begini mendapat liputan di dalam Utusan Malaysia. Diberikan ruang dan liputan yang meluas untuk menghina ulama.

Laporan asal oleh : milosuam

Tahniah!! Kerajaan Kedah Rombak Portfolio, Kekal Anggota Exco



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta 10 anggota Exco kerajaan negeri Kedah, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit Bukit, di sini hari ini.

Azizan ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan, namun ia melibatkan sedikit rombakan portfolio.

Beliau berkata anggota yang terlibat dengan perubahan portfolio ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

Turut berubah portfolio ialah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan; Pertanian dan Industri Asas Tani; Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan.

Anggota-anggota Exco tidak terbabit dengan perubahan portfolio ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi manakala Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik kembali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan.

Anggota lain yang dikekalkan ialah Siti Aishah Ghazali (kanan) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat serta Dr Ismail Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

S. Manikumar turut dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, manakala Lim Soo Nee memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.

Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan disandang Tan Joon Long @ Tan Chow Kang.

Sementara itu, portfolio Azizan turut dikekalkan iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan.

Azizan berkata pelantikan barisan Exco itu dikekalkan kerana setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pencapaian mereka dan berharap usaha dapat digandakan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih baik.

"Pelantikan ini diharap berkekalan selama setahun... selama tiga tahun menjadi Exco sebelum ini, banyak pengalaman sudah kami lalui," katanya.

Jom, Lihat Kereta Mewah-Kereta Roket Ghadafi

Kereta yang didakwa Libya sebagai kereta terselamat di dunia yang dinamakan The Saroukh el-Jamahiriya (Roket Libya). Ini kerana ia menyerupai roket.

Bentuk seperti kereta James Bond, telah dimiliki Ghadafi sejak tahun 1999 dan mempamerkannya kali pertama semasa 30 tahun revolusi Libya, sekitar 11 tahun lalu.

Ia mempunyai pertahanan elektronik dan 'bampar' untuk pertahanan dan beg 'airbag'. Boleh memuatkan lima penumpang dengan engin V6/230hp. Dalamannya disaluti kulit dan karpet khas Libya. Harganya 2 Juta Euro pada 1999. #Maroon5! Grab a #MaxisHTC




Itulah gunanya duit, duit yang dikikis dari rakyat!!

Lihatlah penyokong Pakatan Rakyat yang dikatakan ganas itu...



edisi TVpas



edisi berita harian

Untuk Rakyat!! Wajib Tonton!!!(video ini)

Wajah Demokrasi Malaysia!!!


1Malaysia Berjaya - Sharizat Jalil Dipeluk Apek

Foto dipetik dari Akhbar Sin Chew Daily 4 Mac 2011 Edisi Pantai Timur


Sekarang baru difahami kenapa Chua Soi Lek mempertikaikan Cikgu Normala (PRK Tenang) yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Sesungguhnya kerjasama UMNO & MCA jelas tidak menjaga prinsip ISLAM, cukup berbeza kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimana agaknya kalau yang bergambar seperti diatas tu Cikgu Mala atau Dr Wan Azizah,tentu gegak gempita satu Malaysia.Tapi tu kan Umno semuanya boleh bagi mereka. -tinta hijau

Fitnah: Titah Agong sangat relevan

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah sebagai sangat relevan dengan situasi politik negara ketika ini.

Mahfuz yang merupakan ahli Parlimen Pokok Sena berkata, budaya fitnah memfinah yang berlaku dalam politik hari ini menyebabkan Malaysia lari daripada landasan demokrasi yang sebenar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Mizan sempena mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, hari ini.

"Peringatan Tuanku Mizan sangat relevan khususnya budaya fitnah yang sedang menguasai persekitaran politik negara ketika ini.

"Peringatan ini sangat relevan kerana fitnah akan menyebabkan negara kita terbabas dari landasan yang betul. Kita sudah pun terbabas daripada landasan demokrasi yang sebenar kerana landasan demokrasi yang sebenar ialah kekuatan politik itu mesti berasaskan kepada intelektual, bukan berdasarkan budaya ganas dan fitnah," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin semua parti harus memberi perhatian terhadap seruan Tuanku Mizan agar semua pihak menjauhi fitnah untuk mencapai taraf negara maju.

Beliau turut merujuk kepada fitnah terbaru yang dilakukan Umno BN terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pilihan raya kecil Dun Kerdau.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang difitnah membeli tanah peneroka Felda menggunakan nama isterinya.

"Peringatan mengenai ftnah ini sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang terbaru berlaku di Merlimau dan Kerdau apabila pemimpin-pemimpin seperti Datuk Tuan Ibrahim difitnah dan sebagainya.

"Ini satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara ini. Dalam usaha kita nak mencapai negara maju kita tak boleh maju berasaskan fitnah dan rasuah," katanya.

Tuanku Mizan semasa bertitah merasmikan persidang Dewan Rakyat menyeru semua pihak agar menjauhi perbuatan fitnah yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara.

"Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara.

"Jadilah warga yang bijak, bertanggungawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama.

"Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Tuanku Mizan. -Hrkh

"Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat"

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sewaktu para pemimpin BN berkempen di Kerdau dan Merlimau mengajak para pengundi supaya jangan lupa akan jasa BN dan jangan menggigit tangan pihak yang memberi, tiba-tiba Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

Ketika berucap di majlis perjumpaan dengan anak-anak Kedah yang belajar di Mesir, beliau meminta para pelajar dan ibu bapa supaya jangan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan RM2.5 juta untuk membantu para pelajar tersebut kembali ke Mesir menyambung pelajaran.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa.


"Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh," katanya.

Kata-kata itu ikhlas, bukan menyindir. Ada benarnya kata-kata itu. Lalu kata-kata keramat "Jangan terima kasih Kerajaan Negeri" itu tersebar dengan pantas ke laman-laman sosial medan maya. Ia menjadi hujah untuk meranapkan keegoan BN yang tidak habis-habis mendabik dada seolah-olah segala pemberian dari kerajaan itu adalah harta meredak warisan datuk nenek mereka.

Mengikut fakta Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen, jangkaan pendapatan 2011 adalah sebanyak RM211,987 million. Sebahagian besarnya adalah bersumberkan cukai dan duti: Cukai pendapatan 37.6%, cukai tidak langsung 12.8%, hasil bukan cukai 25.8%, pinjaman dan penggunaan aset kerajaan 21.8% dan selebihnya ialah pelbagai duti impot dan eksport.

Persoalan duit kerajaan adalah duit rakyat adalah perkara yang sangat asas dalam pentadbiran kerajaan dalam semua sistem kerajaan yang wujud di atas muka bumi ini.
Tiada sebuah kerajaan pun yang pemimpinnya bertungkus lumus berniaga untuk mencari sumber kewangan bagi memberi kebajikan kepada rakyatnya. Dalam Islam sendiri terdapat system zakat, jizyah dan kharaj; di mana semua itu adalah untuk mengumpul sumber dana dari rakyat yang akhirnya perlu dipulangkan untuk kesaejahteraan rakyat. Pemimpin kerajaan dan kakitangannya hanyalah mengurus kewangan tersebut, dan gaji sara hidup mereka sendiri adalah diambil dari wang tersebut.

Sebuah kisah yang masyhur sewaktu Saidina Umar menjadi khalifah di mana beliau memadamkan pelita di waktu malam ketika berurusan dengan ahli keluarganya, hanya kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan keluarga, menjadi iktibar untuk semua pemimpin kerajaan bahawa harta kerajaan adalah harta rakyat, bukannya harta pemimpin negara.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam tulisannya menyebut; seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

Tulisnya lagi, rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Salah satu faktor yang menyukarkan usaha pembangkang untuk menghakis sokongan sebahagian besar orang Melayu terhadap BN ialah kerana faktor termakan budi. 'Malu alah' dan ‘lemah lembut’ masih menjadi ciri yang bersebati dalam diri orang Melayu. Dengan kepungan kejahilan sifat maka sifat malu, kalah, lemah dan lembut menyebabkan orang Melayu umumnya terus berterima kasih kepada pemimpin kerajaan, sekalipun duit yang dihulurkan kerajaan itu adalah diambil dari poketnya sendiri.

Kira-kira watak orang Melayu dalam kalangan tersebut macam Pak Pandir yang kematian anak. Dengan sedih dia memberitahu Mak Andeh, “Bukan kita saja kehilangan anak, orang lain pun mati anak juga.” Walhal budak yang mati itu anaknya sendiri.

Orang Melayu yang sangat terhutang budi dengan kerajaan BN itu tidak putus-putus meratib, "Terima kasihlah BN yang bermurah hati bagi duit dekat kami rakyat jelata yang tak punya apa-apa ni ..." Walhal itulah duit yang diambil dari rakyat di merata kedai, warung, jalan dan pejabat melalui cukai yang dikutip secara sedar atau tidak. Tapi dia tak sedar bahawa duit itu adalah duitnya sendiri kerana dia pun sama bengap macam Pak Pandir juga.

"Walaupun itu duit rakyat tapi kita kena terima kasih juga pada kerajaan kerana merekalah yang telah menguruskan wang tersebut dengan baik sehingga kita dapat merasainya." Itu hujah penyokong BN di laman sosial setelah kalah dengan pendedahan bahawa duit kerajaan adalah cukai terkumpul dari rakyat.

Sebenarnya para pemimpin kerajaan tidak perlu diucapkan terima kasih kerana mereka tidak buat semua kerja untuk mensejahterakan rakyat (kononnya) secara percuma. Semuanya berbayar. Perdana Menteri dan para menteri, semuanya mendapat gaji dan elaun yang tinggi serta kemudahan yang banyak. Mereka yang patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang membayar gaji mereka.

Bagi pemimpin kerajaan BN pula, rakyat mempunyai sebab yang lebih kuat untuk tidak perlu berterima kasih kepada mereka. Pemimpin kerajaan BN telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membina kekayaan secara luar tabie, merompak harta rakyat, menyalahgunakan wang rakyat dan jentera kerajaan milik rakyat untuk kempen politik mereka.

Kitarannya ialah, dengan kuasa yang ada mereka bina kekayaan, dengan kekayaan yang ada mereka gunakan untuk terus berkuasa. Apa yang dihulurkan kepada rakyat hanyalah gula-gula bagi menutup mulut rakyat dari mempersoalkan tindakan mereka. Hulur sedikit, ambil banyak. Macam perangai Belanda.

Kenyataan Ustaz Azizan bahawa rakyat tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri wajar dieksploit seluasnya bagi melenyapkan keegoan BN, di samping mencerdikkan sebahagian orang Melayu yang masih menyokong BN. Musuh utama pemimpin BN ialah kecerdikan rakyat.

BN tak menang habis, PR belum tewas teruk, petrol jangan naik..

ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.

Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.

Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.

Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.

Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.

BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.

Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.

Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu.

BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.

Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.

Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.

Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.

Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.

“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.

“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.

“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.

“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.

Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.

“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.

“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.

Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.

Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.

“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.

Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.

Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.

“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.

“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.

“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.

“Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.

“Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.

“Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.

“Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN,” katanya.

Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra - Malaysian Insider

Surat Terbuka seorang pelajar untuk DS Rosmah Mansor

Anak muda

Surat Terbuka daripada seorang pelajar untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan ISLAM

Datin Seri yang dihormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,

Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,

Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak! (edisi Weblog M@RHAEN)

Pelajar Ditarik Keluar Kelas Dan Dibelasah Sewaktu Cikgu Masih Mengajar

Buat baik dapat sakit

SAKIT...Muhammad Shahfaly yang terkehel tulang bahu dan patah lengan kiri selepas dibelasah sekumpulan pelajar.

KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.
Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah.

Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.

“Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam.

Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya.

“Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam.

Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran.

Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu.

“Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya.

“Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

“Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri,” katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin.

“Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini. -hm

Kalah di Kerdau, tapi undi PAS bertambah

Majoriti kemenangan BN melimpah ruah. Melimpah di Merlimau, me-ruah di Kerdau. Yang pasti PAS kalah di Kerdau dan Merlimau. Tidak sia-sia Umi Habisda dan Daud Kilau datang ke Kerdau. Lepas ni show 2 ekor ini mesti lebat lagi padat jika ada lagi PRK. Ini ikon bagi UMNO. Tanpa ikon ini ada di dalam majlis UMNO, UMNO boleh gigit jari saja. Power gila, ikon ini. Sepower Kajol dan kotak ajaib.

BN pertahan DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad raih 5,060 undi, calon PAS Hassanuddin Salim, 2,336 undi. BN pertahan kerusi DUN merlimau dengan majoriti undi sebanyak 3,643. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, Pas Yuhaizad Abdullah 2,319

Kata fzt, perjuangan ini belum selesai. Kerdau akan terus dicowboykan dan Merlimau akan terus dilemaukan oleh UMNO. Bersorak sorai setan malam ni. Lagu 'gila judi, dan cek mek molek' akan diulang 200 kali oleh gomo sambil gelek ponggong hangit di bawah khemah berlambang dacing. Syiok sungguh kerana BN menang, dan dapat kalahkan PAS. Yang pasti setan 300 kali lagi seronok bila fitnah sudah jadi halal dalam ugama UMNO.

Kecewa ? Ahh...itu sekadar perasaan dan nafsu. " Perjuangan ini perlukan jiwa yang besar ". Kalah atau menang itu bukan lagi urusan kita, serah saja kepada Allah swt. Ukuran menang seorang yang berjuang untuk islam bukan diukur dengan neraca nafsu manusia. Ingat itu..! PAS memerlukan pejuang yang punya jiwa yang besar lagi kental. Jika badan saja besar seperti parpukari, tapi tidak memberi manfaat kepada agama, adalah baik dihumbankan saja ke hutan sawit di felda yang melata di Kerdau ini.

Buat semua penyokong PAS, kita tak kesal dilahirkan menjadi penyokong dan petugas Parti Islam Semalaysia. Masih ada pengundi yang menyokong kita, biarpun yang menyokong kita sekitar 2,336 undi di Kerdau, itu tandanya masih ada rakyat yang sudi bersama kita, kita akan terus mara walaupun seribu halangan mendepani kita.

Kalah dan menang itu anugerah Allah. Tidak perlu berdukacita. Di sepanjang PRK Kerdau kita ada benda yang kita menang iaitu kita tidak tinggal solat subuh berjemaah di markas-markas, walaupun mata merah bagai polong. Itulah kemenangan hakiki kita. Kalah tak bermakna kita akan bungkus, kita akan terus survival.

Untuk Dato' Tuan Ibrahim, PesuruhJaya PAS Neg. Pahang juga Pengarah PRK Kerdau ini, terima kasih atas layanan baik Tok Guru kepada kami, blogger-blogger PAS dan Pakatan Rakyat yang berhuni disepanjang kempen di Kerdau. Halalkan makan dan minum kami. Takbir..! Allahu Akbar.(fzt/albanjari)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .